Sunday, May 29, 2011

4.0 Rehat sat dan tenangkan fikiran .....

Bapa borek ..... anak rintik.



Katun yg dihantar oleh rakan di timur tengah. Nasib yang menimpa pemerintah negeri Arab, seorang demi seorang telah turun dari takhta.  Allah memberi kerajaan kepada siapa yang Ia kehendaki dan menurunkan sesiapa yang Ia kehendaki.  apabila Allah memberi tiada siapa dapat menghalang dan demikian sebaliknya.


Pada tahun 2030 esok ni, bukan saja manusia dah cekap I.T., berok-berok pun .....


Cari binatang tersembunyi dalam foto di atas ..... ada seekor kucing .... mari kita lihat siapa yang dapat!!!!


Bush selalu menjadi bahan ejekan dunia ..... kenapa? Sendiri jawablah!


Sebuah papan tanda di Cina berbunyi "Take the child, Fall into water carefully." ?????


video
Jangan menangis mama ...... 

caravan?



Ini kerja bangla di Malaysia, pasang kotak speed fan (regulator) siling di siling ..... pastikan anda tutup suis sebelum ubah speed kipas angin ini, jika tidak ..... putus tangan.


Ketika makan angin di Cameron Highlands dan mencari hotel / apartment untuk bermalam, terjumpa signboard ni .... terus tak jadi!

Bersyukurlah kerana anak2 kita tidak berasa naik bas sekolah ni.


Lawak April fool!


Bini kelawar: abang ni lucah sungguh laa .....
Laki kelawar: nak buat camana, angin kuat sangat!

Environment pejabat bila kerajaan luluskan umur pencen sampai 60 tahun.



video
Magic ka apa ka ni? cabut kepala sambil jalan ke depan .... pelik dan sukar nak explain bagaimana dia buat macam tu.


Dalam foto kopi di atas ada kepala seorang lelaki, cuba cari dalam masa 3 saat. 
Mengikut penyelidikan perubatan, jika anda jumpa dalam masa kurang dari 3 saat, perkembangan otak anda melebihi otak biasa; jika jumpa dalam masa 1 minit, perkembangan otak adalah biasa dan jika mengambil masa 1 - 3 minit bermakna tindakbalas otak adalah perlahan. Selamat mencuba.


manusia pertama menjejak kaki di bulan ialah ....... 



Beginilah roda kehidupan kita ..... ada orang sempat merasa semua kenderaan beroda di atas, ada yang sempat merasa setakat basikal / motorsikal saja dan ada pula yang tak merasa langsung naik kereta. Demikian ibarat bas dan penumpang, penumpang yang naik bas dahulu, tak semesti turun bas dahulu mungkin penumpang yang naik kemudian yang turun dahulu. 



video
Tu laa ... jangan hapi sangat .... belum tentu jadi johan .... macam cerita arnab race dengan kura2 pulak!



Farewell dinner untuk Bush. Peristiwa ini tidak disebarkan di dalam CNN, Fox, Bloomberg etc.

Ni satu lagi pencemaran bahasa.  Apa maksudnya ?????? entahlah kena tanya depa.


Entahlah, di Cina atau Korea ada papantanda ini ..... mungkin maksudnya "No Smoking".

Hentam sajalah Labuuuuu ..... asalkan mesej landing pada tempatnya.



Inilah ilusi namanya.  Drawing ini tidak bergerak tetapi mata kita yang menggerakkannya. 
Tenung satu titik hitam (nak berkesan lagi kena besarkan lukisan ini) dan ubah ke titik hitam bersebelahannya ..... ia akan bergerak!

Berani buat, berani tanggung

lagu ni pun ada ...... 



Friday, May 27, 2011

3.0 Kematian yang indah


Kita semua, malah setiap yang bernyawa akan menghadapi maut dalam keadaan yang Allah sahaja yang ketahui. Dia maha pencipta, Dia yang menghidupkan dan Dia yang mematikan. Ya Allah, ampunilah kami, kasihanilah kami dan berlembutlah dengan kami. 
YA ALLAH! MATIKANLAH KAMI DENGAN MATI BERKEADAAN BAIK (HUSNIL KHAATIMAH) DAN JANGANLAH MATIKAN KAMI DENGAN KEMATIAN YANG BURUK (TIDAK BERIMAN) 

Tuesday, May 24, 2011

2.0 Pengalaman serangan jantung

Untuk makluman dan perkongsian pengalaman.
Serangan jantung atau heart attack atau kegagalan jantung berfungsi (heart failure) terjadi apabila saluran darah berhampiran jantung tersumbat dek kerana kolestrol yg melekat di dinding saluran darah tadi (sila lihat foto di bawah para ini). Apabila tersumbat, tekanan darah akan meningkat dan jantung gagal menghantar oksigen ke otak.  Kolestrol terbentuk dari pemakanan kita khususnya makanan berminyak dan berlemak.  Penyakit nombor satu di Malaysia ini tidak mengenal usia dan siapa kita w/pun ahli sukan. Apabila ia menyerang, nasib baik boleh diselamatkan, nasib kurang baik jadi stroke (kita kenali sebagai serangan angin ahmar) mungkin sebelah badan jadi lumpuh, tak boleh bercakap kerana kekurangan oksigen mengalir ke otak ketika serangan tersebut, nasib lagi kurang baik ialah "qiamat" individu i.e. mati.


Alkisah, maka pada 22 November 2008, kami sekeluarga dan keluarga Arni (anak saudara) dari Ipoh menaiki bot dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi.  Siangnya check-in di apartment dalam pekan Kuah. Diringkaskan cerita, malamnya kami makan tomyam di tepi pantai cenang.  Semuanya okay hinggalah lebihkurang jam 11.00, perut rasa kurang selesa, buang isi perut (cirit), kemudian diikuti dengan muntah dan dada rasa ketat, badan berpeluh dari kepala sampai ke kaki. Buat macam-macam, exercise lah, bancuh air halia, sapu minyak angin dan macam-macam lagi tak mau hilang jugak. Akhirnya, saya membuat keputusan ke hospital, masa tu jam 1.00pagi (23/11/2008), masih boleh memandu van sewa.


Pintu Utama ke Hospital Langkawi, Kedah Darul Aman

Saya dirawat oleh seorang doktor Melayu (lelaki), masih muda tetapi amat "cool", tiada langsung menunjukkan rasa panik.  Setelah di check, ia memberi saya makan ubat aspirin (dicairkan dengan air), sedikit madu lebah, sedikit morfin saya tak pasti (sebab rasa khayal) dan pil diletak di bawah lidah. Kemudian ia menyuruh saya berbaring di katil dan memasang tiub oksigen di hidung, di bahagian atas tangan kanan dicucuk dan dipasang tiub (disambung ke botol seperti air), di jari hantu tangan kiri dipasang satu alat (penyepit) disambung ke mesin membaca tekanan darah dan di dada ada 6 atau 8 pelekat wayar disambung ke mesin. Sesekali ia menelefon seorang doktor lain, menerangkan keadaan saya dan tindakan rawatan yang telah dilakukan. Kemudian dipanggil isteri saya dan mengatakan saya kena serangan jantung.  Kemudian saya dibawa dengan stretcher ke tingkat atas Wad ICU.  Adalah seorang lagi pesakit dalam wad.  Dalam wad ni, tak tahu siang atau malam, tiada tingkap besar (cuma tingkap kecil bahagian atas dinding), tiada jam dan masih khayal.

Bangunan Hospital Langkawi

Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

Di hospital manapun, tempat letak kereta menjadi masalah .... tak pernah cukup?

Klinik Kardiologi dan Kardiotorasik, HSB - pemeriksaan dan rawatan susulan

Ruang legar, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Pada 25/11/2008, saya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Mulanya naik ambulan ke jeti Kuah, naik bot / feri penumpang dengan diiringi oleh isteri saya, Nasir Ali (sahabat dan jiran sejak zaman budak2 lagi), seorang doktor wanita dan 2 orang jururawat. Sampai di Kuala Kedah, disambut oleh ambulan juga. Saya dirawat oleh Dr. Hj. Abd Rahim bin Tahir (pakar jantung dan Ketua Unit Kardiologi) dan Dr. Billy. Mereka melakukan "echo" di katil (guna alat macam lihat bayi dalam perut) dan membuat kesimpulan jantung saya cuma berfungsi 30% - 35% dan terdapat saluran yang tersumbat. Hampir setahun lepas itu (21/10/2009), dilakukan "Angiogram" (lihat foto di bawah) i.e. dimasukkan saluran paip halus melalui tebokan lubang di pangkal peha kanan hingga ke jantung, kemudian dimasukkan sebatang "stent" (lihat foto) macam spring dan satu belon (lihat foto - angioplasty) di tempat saluran yang tersumbat. Stent akan kekal di situ. Pada 23/6/2010, dilakukan angiogram kedua, tetapi dimasukkan tiub melalui saluran darah di tangan kanan ke jantung. Foto / filem Angio seperti di bawah ini.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan hingga sekarang keadaan saya adalah baik walaupun ada kalanya terasa penat.  Jutaan terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang terlibat di Hospital Langkawi dan Hospital Sultanah Bahiyah (harap maaf kerana saya tidak sempat berkenalan dan tiada maklumat tentang doktor di Hospital Langkawi).






Foto/filem menunjukkan lokasi stent yang dipasang pada saloran darah tidak tersumbat.
Stent atau spring ini akan kekal di kedudukannya dan tidak boleh dikeluarkan sehingga mati.

Foto/filem menunjukkan lokasi ballon yang dipasang pada saloran darah tidak tersumbat.
Balloon ini dikeluarkan setelah dikembangkan pada saloran darah yang sempit dan tidak dapat memuatkan stenting/spring.


Jadi, nasihat saya, jangan terlalu yakin bahawa kita tidak akan diserang penyakit jantung kerana kita masih muda atau ahli sukan.  Cuma tiga kemungkinan apabila kena serangan jantung; pertama - dapat diselamatkan tetapi kena berhati-hati kerana serangan kedua boleh menyebabkan kematian; kedua - dapat diselamatkan tetapi separuh badan menjadi lumpuh, tidak boleh bercakap dan memerlukan perhatian / bantuan orang untuk bergerak dan sebagainya dan ketiga - tidak dapat diselamatkan. Sentiasalah berjumpa doktor dan jagalah pemakanan. Ada yang mengatakan penyakit jantung adalah warisan keluarga - mungkin ada kebenarannya kerana Allahyarham bapa saya, Shaikh Ahmad Baladram meninggal kerana jantung pada 31 Julai 1989 (71 tahun), ibu saya Aisyah Zakaria meninggal selepas kena stroke (lumpuh) pada 29 Januari 1994 (69 tahun) dan abang sulung Shaikh Mohamed (tidak pernah merokok) meninggal pada 3 November 2005 (Hari Raya Puasa) selepas se tahun menjalani operation by-pass jantung di IJN, K. Lumpur (lihat foto).  Allah merahmati ruhnya dan ditempatkan bersama ruh para solihin. Amiin.



Foto kenangan bersama A/yarham Shaikh Mohamed selepas menjalani pembedahan "by-passed" di IJN, KL pada 7 November 2004; di sebelah kanan, anak lelakinya Shaikh Faisal dan menantu. Se tahun selepas ini, pada Hari Raya Aidil Fitri 2005, A/yarham seorang pesara guru berusia 60 tahun ketika meninggal dan tidak pernah merokok, kembali ke rahmatullah. Allah rahmati ruhnya, Amiin.

Ingin saya nasihatkan kepada sesiapa yang ingin mengambil iktibar;  kalau merokok, berikhtiarlah mengurangkannya atau berhenti terus.  Saya menghisap rokok sejak tingkatan 5 (masa tu rokok 20 batang cuma RM1.40), bermakna selama  33 tahun merokok tidak berhenti kecuali ketika mandi dan tidur (bila bekerja, 3 kotak 20 batang sehari).  Selepas kena serangan jantung, berhenti terus. Beli rokok diganti dengan beli ubat (makan tidak berhenti sampai mati kot). Ubat Plavix sekotak 14 biji RM95.00 dan Coralan 56biji RM200.00 (kena beli sendiri), tak campur ubat yang dibekalkan oleh hospital kerajaan (percuma). Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi saya peluang kedua.


Innaalillaahi wainnaa ilaihi raaji'uun. 
Allahyarham Hani Mohsin di saat-saat akhir terlantar di lapangan terbang KLIA kerana serangan jantung.  Dalam perjalanan untuk melancung ke Pulau Langkawi bersama anak perempuannya. Usia 41 tahun ketika meninggal. 

Tinggallah jandanya, Tiara dan anak perempuan tunggalnya.

 

Saudara kita Hani Mohsin telah kembali ke rahmatullah pada 20 Julai 2006 (jika tak silap saya) kerana serangan jantung. Foto di atas kurang 24 jam sebelum Allahyarham meninggalkan kita.  Siapa sangka dalam usia se muda itu dan melihat pada fizikalnya telah kembali ke rahmatullah. Allah lebih menyayanginya dan merahmati ruhnya.


video

Ya, maut datang tanpa amaran atau notis. Malikal Maut yang ditugaskan mencabut nyawa anak cucu Adam tidak kira siapa kita, berapa umur kita dan di mana kita berada, ia akan melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah.   Mungkin ada tanda2 awal tetapi kita tidak menyedarinya (kata orang tua-tua "buang tabiat agaknya").  Mudah sungguh dan betapa tenang kematiannya.  Allah rahmati ruhnya.


Allah mengambil nyawanya ketika ia sedang sujud di Masjid Nabawi, Madinatul Munawarah. Serangan jantung? Alangkah indahnya mati dalam keadaan begini.

Seorang lagi hamba Allah yang kembali ke rahmatullah ketika solat.


Lagi akibat serangan jantung.  Keseorangan. Mengikut ceritanya, Allahyarham ditinggal keseorangan di rumah (di negeri utara Malaysia) apabila isterinya ke rumah anaknya di Johor. Allahyarham juga seorang perokok jika dilihat peninggalan barang-barangnya di atas meja bulat.  Allah rahmati ruhnya walau dalam keadaan apapun akhir hayatnya.

video

Miklos Feher, seorang footballer akhir hayatnya di padang bola selepas menerima kad kuning dari pengadil. Senyumannya juga senyuman terakhir. Hukum akal mengatakan tak mungkin orang se sihat ini boleh diserang sakit jantung tetapi takdir Allah mengatasi segala-galanya.

video

Ini satu lagi kes serangan jantung di padang bola.  Seorang pemain bola sepak Saudi Arabia, kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang tak pernah kita bayangkan. Pelik. Demikianlah taqdir Allah.







Monday, May 23, 2011

1.0 Salam perkenalan


Tanggal 23 Mei 2011, maka lahirlah blog saya bertajuk "gegar" atau alamat penuhnya "gegarsyeh.blogspot.com". Gegar akan dipenuhi maklumat perniagaan, kesihatan, pengalaman dan apa saja maklumat yang difikirkan perlu bagi minda yang bersih dan kesinambungan hidup insan. Belum terlewat pada usia mencecah 55 tahun untuk memulakan sebuah blog dan diharapkan mendapat tunjuk ajar dari blogger yang masih muda dan berpengalaman.  Sebenarnya saya belum merancang apa kandungan sebenar blog ini, jadi ianya akan dipinda dari masa ke semasa mengikut selera. Mungkin saya akan memilih beberapa artikel atau ilmu pengetahuan yang terdapat di halaman sesawang lain dan masukkan dalam blog saya ini (rujukan dari mana sumber diambil akan dimasukkan). Pada peringkat pengenalan/permulaan akan dimuatkan pengenalan diri saya, diikuti sedikit nasihat tentang penyakit jantung yang saya alami sendiri.

Okay lah buat permulaan, bye ..... Wassalam.

Y.B. (i.e. Yang Benar): Mahdzar bin Ahmad bin Obaid bin Said bin Ahmad Said bin Audz bin Ali Baladram