Wednesday, January 30, 2013

104.0 CHECKLIST - tanda-tanda awal serangan jantung.

Apakah Tanda-Tanda Awal Masalah Sakit Jantung?

Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.
  • Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  • Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  • Lidah terasa tegang dan pendek.
  • Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  • Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  • Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
  • Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  • Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  • Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  • Rasa keletihan sepanjang masa.
  • Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  • Degupan jantung tidak menentu.
  • Nafas terasa pendek.
  • Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  • Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  • Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda…

Sumber: Wartashubhi | Koleksi Artikel Kesihatan Melayukini.net

NOTA: Untuk makluman, saya mengalami kebanyakan tanda-tanda di atas sebelum dan semasa serangan jantung pada 22 November 2008 di Pulau Langkawi dulu. Malah, kadang-kadang sesetengah tanda-tanda tersebut masih ujud hingga sekarang misalnya berpeluh yang luarbiasa, rasa keletihan, kepala berpusing tidak seimbang dan degupan jantung tidak menentu. Kadang-kadang terasa sedikit sakit di bahagian jantung, khususnya pada waktu malam hendak tidur tetapi tidak berpanjangan. Wallaahu wa'alam.


Tuesday, January 29, 2013

103.0 Penyakit Batu Karang


Penyakit batu karang mudah dihidapi oleh seseorang tidak kiralah sama ada di peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Penyakit ini terkena bukanlah semata-mata sebab menahan kencing, tetapi atas banyak faktor.Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Punca Batu Karang Terbentuk

Zaman berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Buah Pinggang

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Sakit Pada Tepi Perut

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor Risiko Batu Karang

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya :

* Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

* Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

* Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

* Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

* Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

* Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

* Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

* Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Pencegahan Batu Karang

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani 3 ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis Batu Karang

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

# Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan 2 bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

# Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

# Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

# Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala Batu Karang

* Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

* Air kencing berdarah.

* Air kencing keruh dan berbau busuk.

* Mual dan muntah.

* Sentiasa terasa hendak kencing.

* Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Melayukini.net - Terdapat gejala juga iaitu sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit. Seeloknya jika terdapat tanda-tanda yang dijelaskan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: Sihat Selalu | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Sunday, January 20, 2013

102.0 Doa penawar penyakit 3 in 1


Doa Rawat Darah Tinggi, Kencing Manis Dan Serangan Jantung

(Rujukan: http://kencingmanis1001.blogspot.com/2012/10/doa-rawat-darah-tinggi-kencing-manis.html)


Cara-caranya:
Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.



Maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”



Maksudnya:

“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” (Surah Fushillat: Ayat 44)
 
Sumber : ResepiRahsiaku
http://mahatera.blogspot.com/2012/01/doa-rawat-darah-tinggi-kencing-manis.html

Wednesday, January 16, 2013

101.0 Kuliah Maghrib - Ustaz Dato' Samsuri Ahmad

video
Video - Bahagian akhir kuliah

Kuliah Maghrib pertama di Masjid Abdullah Fahim, Bertam Perdana, SPU


Tarikh: 9 Januari 2012 = 26 Safar 1434H, Hari Rabu
Lokasi: Masjid Abdullah Fahim, Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang

Berikut adalah nota ringkasan yang sempat saya ambil ketika kuliah. Seandainya terdapat kekhilafan atau maklumat yang tidak betul, harap rakan-rakan dapat memaklumkan saya dengan segera, terima kasih.

Hadith 1: Daripada Abu Hurairah r.a.: Salah satu tanda akhir zaman ialah terasa masa berjalan pantas (tanda qiamat sudah hampir), apabila amal soleh se makin kurang, dicampakkan sifat kedekut di mana-mana juga, apabila fitnah berlaku dengan terang-terangan (atau zahir dan termasuk perkara-perkara maksiat), apabila "harraj" semakin banyak. Sahabat bertanya apakah "harraj" dan Rasulullah s.a.w. menjawab iaitu pembunuhan demi pembunuhan. [Hadith Sahih].
(Nota: kesemua tanda-tanda tersebut sedang dan telah berlaku).

Hadith 2: daripada Abu Darda: Ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba mata Nabi s.a.w. memandang ke atas (nota: di antara tanda-tanda hampir mati, mata akan memandang tepat ke langit). Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: sudah tiba masa, Allah akan mengangkat kembali ilmu dari dada-dada manusia. Sehingga apabila sampai masa, manusia tidak mampu berbuat apa-apa. Sahabat, Ziyad bin Husani berkata, bagaimana Allah akan mengambil ilmu padahal kami setiap hari membaca Al-Qur'an, bahkan kami membacakan kepada anak-anak dan isteri kami.  Nabi s.a.w. berkata: Celaka engkau wahai Ziyad, aku berfikir engkau seorang yang faham (fuqaha') di kalangan penduduk Madinah. Di Madinah ini orang yahudi mendapat Taurat dan Injil dimiliki orang-orang nasrani tetapi mereka tidak mengambil ilmu atau munafaat (Allah ambil semula ilmu dan mereka tidak beriman dengan Nabi s.a.w.; satu hari, orang-orang Islam pun akan mengalaminya).  [Hadith sahih riwayat Tarmizi].

Jubair yang meriwayatkan hadith ini ingin mengesahkan tentang hadith riwayat Abu Darda telah pergi berjumpa 'Abadah as-Sobit.  'Abadah mengesahkan betul dan ia mendengar hadith ini dan ditambah lagi, tanda ilmu diambil kembali ialah jemaah di dalam sebuah masjid adalah ramai tetapi yang solat dengan khusyuk tiada.

Jadi, jangan tinggalkan ilmu, teruslah menuntut ilmu.

Hadith 3: Nabi s.a.w. bersabda; terdapat se kumpulan Malaikat Allah bersifat bergerak (i.e. mobile) setiap saat mencari tempat di mana diadakan majlis ilmu dan akan turun turun di situ bersama dengan orang-orang ramai (di merata-rata tempat). Diletakkan sayap-sayap mereka sebagai menghormati majlis ilmu. Ramainya mereka berlapis-lapis sehingga sampai ke langit dunia. Apabila majlis ilmu selesai, mereka pun balik dan menghadap Allah. Allah bertanya (sebagai formaliti kerana Allah lebih mengetahui). Kamu datang dari mana?  Malaikat berkata kami dari bumi, dari majlis hamba-hamba Engkau.  Di dalamnya, mereka bertasbih kepada Engkau, mereka bertakbir, mereka bertahlil kepada Engkau, dari majlis di mana mereka memuji (tahmid) tetapi mereka meminta sesuatu dari Engkau. Allah bertanya apa yang mereka minta?  Malaikat menjawab, mereka meminta syurga Engkau. Berfirman Allah, mereka meminta syurga, adakah mereka pernah melihat syurga Ku?  Malaikat menjawab, tidak pernah.  Allah berkata: itu tidak melihat, tetapi jika terlihat walaupun se saat, nescaya semua orang akan Islam.

Malaikat berkata lagi; di dalam ramai-ramai itu terdapat seorang yang sangat banyak dosanya (kaki judi, zina, minum arak dll).  Dia sekadar datang berlalu di tepi tempat majlis itu (masjid) dan singgah di situ (sebenarnya ia tidak merancang untuk turut serta) seterusnya duduk mendengar kuliah.  Malaikat bertanya bagaimana dengan orang ini?  Allah berkata: bagi dia (orang yang banyak berbuat dosa ini) keampunan Aku.
[Hadith sahih riwayat Muslim].

Majlis ilmu, jika turut serta pun dapat pahala / ganjaran.

Seterusnya Ustaz Samsuri memulakan pengajian Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 m/s 2; karangan Shaikh Idris al-Marbawi dengan memberi pengenalan / riwayat hidup pengarang. Shaikh Idris berasal dari Lubuk Merbau, Perak tetapi dilahirkan di Makkah.
[akan menyusul - maklumat lanjut tentang pengarang dan Kitab Bahrul Mazi, Insya'allah].










Monday, January 14, 2013

100.0 Tengkorak Kaum 'Aad


Kita pernah terjumpa foto di atas disebarkan di dalam internet yang mengatakan penemuan tengkorak gergasi dipercayai tinggalan Kaum 'Aad.  Semua ni auta!  Bacalah kisah sebenar di bawah ini. 

Foto yang telah diubahsuai (di atas).  Penjelasan:
The last station in the history of the picture is the website "Worth1000", which presents a wide range of altered pictures, some artistic, some humorous. The picture that was spread world wide as the Giant Skeleton of Rakshasa of Indian mythology or Aad of Islamic mythology was simply an artistic creation of "IronKite" and was submitted in a competition in the web site Worth1000.com. The original of the altered picture done by "IronKite".

Foto asal (dibawah). Penjelasan: 
This photo was taken on 16 September 2000 at an excavation site outside Hyde Park, New York. It is part of the documentation of a sensational excavation under the Paleontological Research Institution and the Department of Geological Sciences at Cornell University. What the team of more than 60 scientists, students and volunteers under paleontologist Prof. John Chiment discovered was, however, not the skeleton of a giant human being, but the skeleton of a mastodon, an extinct predecessor of the elephant. Actually, the find included one of the most complete fossils of a mastodon and possibly a less-complete mammoth. The animals lived between 10,000 and 14,000 years ago. More information at [http://www.graphics.cornell.edu/outreach/mastodon/aerial-views.html]

Bukan tengkorak Kaum `Aad 4

Bukan tengkorak Kaum `Aad 3      Bukan tengkorak Kaum `Aad 2
Lagi foto yang diubahsuai - resize dan tambah tengkorak. Sebenarnya kerja carigali tulang dinasor di Nigeria oleh pelajar Universiti Chicago tahun 1993.


Bukan tengkorak Kaum `Aad 1 (tengkorak pegang pistol?)
Ini satu lagi foto auta - siap dengan pistol?

Sila layari web: http://www.flickr.com/photos/arrayyan_lakehomes/page5/  untuk pengetahuan.

99.0 Teko Teh

Violet Breeze Bone China Tea Service for 4 - 11 Piece Set
Product #: 30601-3060203-30604 Our Price: $120.97

Saya bukan pengedar barangan di atas atau bertujuan promosi produk tersebut.  Sebenarnya saya ingin memberi sedikit nasihat.  Produk yang diperbuat daripada tulang (@bone - selalu tercatat di bahagian bawah produk tersebut) biasanya tulang haiwan. Haiwan yang terbanyak bilangannya di China ialah babi.  Jadi, janganlah beli produk "Bone China".  Beli saja produk yang diperbuat daripada seramik, kaca, tanah liat, keluli dan lain-lain. Ok!

Berikut adalah keputusan JK Fatwa pada 4 - 6 Mei 2012 tentang Bone China.

Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.

Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan. (Tamat fatwa).

Sebenarnya saya nak cerita lain, jadi cerita lain.  Saya ingin bertanya. Jika kita bancuh teh dan dimasukkan ke dalam sebarang teko, dituang ke dalam cawan, apa yang keluar?  Bukankah teh juga.  Pernahkah kandungan teko teh tetapi apabila dituang keluar kopi? Belum pernah terjadi.

Jadi, apa yang ingin saya sampaikan adalah falsafah hidup.  Apa yang kita ucap, kita tulis, kita karang dan sebagainya sebenarnya keluar dari hati kita sendiri.  Kalau ucapan yang keluar baik-baik maka maknanya hati kita pun baik dan bersih. Jikalau keluar ucapan yang tak sedap didengar, kandungan hati tadi adalah kopi Kapal Api yang kawwww punya!.  Apabila seseorang membaca tulisan kita, orang dapat menilai siapa kita.  Apabila kita bercakap-cakap atau berbual, orang dapat mengecam tinggi rendah IQ kita.

Saya sendiri, tidak dapat mengawal ucapan yang keluar dari mulut ini, khasnya ketika memandu ...... apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini dek kerana pemandu kereta di hadapan, akan keluar segala maki hamun ...... entahlah bila usia meningkat, perangai "prongoeh" menjadi-jadi. Ia menggambarkan hati saya masih tidak bersih dan penuh dengan tompokan hitam macam jantung orang kuat hisap rokok juga.  Sifat penyabar sukar dipelajari melainkan mendapat taufik dan hidayah Allah jua. 



Sunday, January 13, 2013

98.0 Pengalaman Kena Santau & Doa menghindar sihir, santau dll.

DOA KETIKA MAKAN DI KEDAI MAKAN (CEGAH SANTAU)

Memang tidak dapat dielakkan, majoriti kita terpaksa makan di kedai ketika lunch time. Sesetengah kedai memakai ilmu pelaris dan terkadang-kadang di atas sifat irihati dan cemburu serta rasukan syaitan laknatullah, maka amalan santau menjadi pilihan. Yang peliknya, kedai makan atau restoran orang Melayu yang selalu terjadi kes santau menyantau, kedai mamak 24 jam dibuka, tak pernah pulak dengar kes santau. 

Nak cerita sedikit pengalaman saya sendiri kena "santau".  Dalam awal tahun 90han dulu, saya mengalami batuk berterusan sehingga sebulan lebih.  Mulanya ingatkan sebab merokok (memang terok, 2 - 3 kotak @ 20 batang se kotak se hari).  Makan ubat batuk berbotol-botol tidak hilang hinggalah datang seorang kawan yang mencadangkan saya berjumpa bomoh santau kerana ia lihat semua kuku tangan saya biru kehitaman.
Kami pergi berjumpa tabib santau di Glugor, Pulau Pinang. Pak Mat Ketam namanya.  Kami bawa se biji kelapa muda.  Pak Mat menjampi-jampi pada kelapa dan suruh saya minum airnya sebagai penawar.  Balik rumah, saya diminta sediakan umbut pisang (bahagian tengah batang pisang) dihiris halus dicampur dengan susu lembu asli dan dimasak. Selepas dimakan/minum tiga hari berturut-turut,  Alhamdulillah, sembuh. Segala puji bagi Allah.  Ketika buang air besar, najis keluar berbiji-biji kehitaman. 

Pak Mat menceritakan, sehingga sekarang masih ada orang mengamal ilmu santau.  Dalam kes saya, mungkin pengamal ilmu santau itu hendak "test" ilmu yang dipelajari dan targetnya tidak menentu, siapa-siapa pun boleh kena. Kebiasaannya mereka ini, merokok dan kuku jari tangan kelingking panjang, tujuannya untuk meletakkan serbok santau dalam kuku tersebut dan dihembus kepada mangsa melalui asap rokok. AWAS! perhatikan orang di sekeliling kita sebelum makan di restoran/kedai makan.  Serbok santau biasanya dibuat daripada serbuk kaca, rebong buluh, habuk besi dan lain-lain.

Amalan: 

· Baca sebelum makan di kedai makan

· Baca 7x sehari sebagai pendinding

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah (2 ayat akhir surah At-Taubah)


128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.


129. kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadaNya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar." 

Segala-galanya berlaku dengan kehendak Allah jua dan tiada suatu musibah yang menimpa kita melainkan dengan izin Allah.  Terdapat hikmah di sebalik sesuatu peristiwa atau kejadian. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Orang-orang yang mengamal ilmu hitam, tempatnya di akhirat kelak ialah neraka.

video
Benteng kebal penahan sihir/santau - ayat al-Qur'an untuk amalan harian.

video
Kenapa santau berlegar di dalam masyarakat Melayu?

video
Ustaz Sharhan Shafie - amalan penawar santau dan benteng diri, baca/amal surah Al-Furqan, ayat 23.

Kaedah lain yang baru saya ketemu (dari Pondok Habib) adalah seperti berikut:-

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris 

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar).

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.














97.0 Himpunan Rahsia Ayatul-Kursi



video 

Ayat Kursi paling Agung dalam Al-Quran 

FIRMAN Allah bermaksud: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).

Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam Al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat Al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya. Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak.

Sesudah menegaskan mengenai keesaanNya, disusuli pula dengan menyebut dua sifatNya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhlukNya. Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hambaNya.

Allah, Dialah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milikNya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasaNya, seperti firman Allah bermaksud: "Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam: 93-95).

Di antara tanda keAgungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisiNya tanpa izinNya. Firman Allah bermaksud: "Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izinNya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia" (Hud: 105).

Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaanNya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaanNya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggamanNya.

Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada Allah. Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melain-kan kepada Allah.

Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dalam Al-Quran, sabda Nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling Agung?" Jawab Baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: "Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu." Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat Al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).

Daripada sudut keberkatannya ketika mati dan di akhirat, sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya" (riwayat al-Nasai).



AYATUL KURSI
(Disalin dan dipetik sebahagian daripada buku Hikmat Ayatul Kursi oleh Ali Zulfakar @ Al-Marhum Asy-Shaikh Ali Balidram, Pulau Pinang 1989)

Maksud Ayatul Kursi (ayat 255, Surah Al-Baqarah):- 

DIALAH TUHAN, TIADA TUHAN YANG SEBENAR MELAINKAN DIALAH YANG HIDUP KEKAL BERDIRI DENGAN SENDIRINYA 

TIDAK DIPENGARUHI OLEH RASA MENGANTUK DAN TIDUR 

TUHAN MEMPUNYAI SEGALA APA YANG DI LANGIT DAN APA YANG DI BUMI

TAK SEORANG PUN SANGGUP MEMBERI SYUFAAT DI SISINYA KECUALI DENGAN IZINNYA

TUHAN MENGETAHUI APA YANG ADA DI SISI MEREKA, DI HADAPAN DAN YANG DIBELAKANG

SEDANG MEREKA TIDAK MENGETAHUI SESUATU DARIPADA ILMUNYA MELAINKAN SEKADAR MANA YANG TUHAN KEHENDAKI

AMAT LUAS KURSI TUHAN SEPENUH LANGIT DAN BUMI

TIDAK BERAT BAGI ALLAH MEMELIHARA KEDUA-DUANYA DAN ALLAH MAHA TINGGI LAGI MAHA AGUNG

1)   TURUNNYA AYATUL KURSI

Kata setengah ahli-ahli tafsir, ikut mengiring turunnya “Ayatul Kursi” 40,000 Malaikat dan kata setengah setengahnya 80,000 Malaikat yang mengiringkannya ialah kerana kebesaran dan peri mulia serta pentingnya Ayatul Kursi itu.

Masa itu Saiyidina Zaid bin Sabit pun dipanggil oleh Rasulullah s.a.w. untuk menuliskannya serentak dengan itu menjadi kelam kabut dan keluh kesah kedudukan syaitan-syaitan yang tidak tahu menahu akan sebab-sebab kegelisahan mereka.

Iblis ‘alaihi al-laknatullah memerintahkan sekelian syaitan-syaitan supaya menyiasat dan mencari punca yang menyebabkan rasa resah gelisah yang berlaku dalam golongan hantu syaitan - lalu mereka dapati itu adalah bahana turunnya Ayatul Kursi di Madinatul-Almunawarah.

2)   NAMA AYATUL KURSI

Ayatul Kursi mempunyai 390 nama tetapi yang biasa dikenal dan biasa dikatakan ialah “Ayatul Kursi” kerana di dalam susunan ayat itu ada tersebut kalimat Kursi - maka dinamakan Ayatul Kursi.

Kursi adalah salah satu dari ciptaan Allah sebagaimana Allah menciptakan langit, bumi, gunung dan lautnya luas dan besarnya.

Kursi diciptakan itu melingkungi tujuh petala langit dan bumi.

3)   KURSI DARI MUTIARA

Kata Abu Al-Syaikh dan Abu Nu’aim - mendapat riwayat daripada Saiyidina Ali Karramallah Wajhahu - Kursi itu diciptakan Tuhan dari Mutiara manakala Qalam diciptakan dari Mutiara jua, panjang Qalam itu sama dengan perjalanan 700 tahun dan panjang Kursi tidak diketahui selain dari Allah.

Riwayat daripada Ibnu Jarir dan Ibny Hatim - adalah langit dan bumi terletak di dalam Kursi di antara Arasy Tuhan.

Menurut apa yang tercatet dalam Kitab Raunaqut tafasir, adalah di antara Malaikat yang menanggung Arasy dan Malaikat yang menanggung Kursi, 70 lapis awan kelam dan 70 lapis awan cahaya, tebalnya tiap-tiap selapis awan itu perjalanan 570 tahun - kiranya tidak ada lapis-lapisan yang tersebut nescaya terbakar pukulan cahaya yang begitu kuat dan cerah dari penanggung Arasy.

Menurut riwayat daripada ‘Akramah cahaya matahari itu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian cahaya Arasy.

4)   LIDAH AYATUL KURSI

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menepuk-nepuk dada Abuzar sambil berkata:

Tidak terlindung dari engkau Abuzar, Demi nyawaku di sisinya. Sesungguhnya Ayatul Kursi itu mempunyai lidah dan bibir mengucap takdis dan tasbih di kaki Arasy, dialah perbendaharaan rahmat Allah di bawah Arasy, tidak satu yang baik di dunia bagi Akhirat melainkan telah dilingkungi olehnya.

5)   KANDUNGAN AYATUL KURSI 

Ayatul Kursi mengandungi 16 fasal, tersusun dari 50 perkataan, dirangkai dengan huruf sebanyak 170 huruf, bilangan ini adalah bilangan yang terpilih - siapa mengekalkan membaca Ayatul Kursi sebanyak bilangan yang tersebut tidak ada suatu yang dituntut olehnya melain-kan berhasil, memerangsangkan jiwa, digerun dan dihormati. Tidak siapa yang boleh menyu-sahkannya samada dengan perbuatan atau perkataan.

6)   CAHAYA AYATUL KURSI
Pada malam Mikraj, Rasulullah s.a.w. terlihat tiga jenis cahaya di Lauhul Mahfuz berasing-asingan di tiga penjuru.

Rasulullah s.a.w. bertanya apakah cahaya itu, dijawab:

1) yang pertama itulah dia kedudukan cahaya Ayatul Kursi

2) yang kedua itulah dia kedudukan cahaya Surah Yaasiin

3) yang ketiga itulah dia kedudukan cahaya Qul huwallaahu ahad.

Bertanya Rasulullah s.a.w. apakah ganjaran Ayatul Kursi itu, dijawab; dialah mengandungi sifat-sifat Tuhan, siapa-siapa yang membacanya dia akan melihat wajah Allah pada hari kiamat yang diisyaratkan dalam Al-Qur’an (ertinya: Muka di hari itu penuh berseri kepada Tuhannya ia melihat).

7)   BERAT AYATUL KURSI

Abu Zar Al-Ghafari bertanya kepada Saiyidina Rasulullah s.a.w.; baginda menjawab: Jika di-bandingkan langit dan bumi dengan Ayatul Kursi samalah seperti se lingkar rantai dicampak-kan ke bumi, sekiranya langit dan bumi serta segala yang ada padanya ditaruh dalam sebuah neraca dan ditimbang dengan Ayatul Kursi nescaya Ayatul Kursi lebih berat timbangannya.

8) MEMPELAJARI AYATUL KURSI

Terdapat dalam tafsir Bahrul-ulum, menyatakan Rasulullah s.a.w. bersumpah dengan kebesaran nama Allah dan kudrat kuasaNya telah bersabda: Siapa-siapa mempelajari Ayatul Kursi dan mengetahui benar-benar akan hak ayat itu, Allah s.w.t. akan membukakan lapan pintu syurga baginya, dipersilakan ia masuk mana-mana pintu yang dipilih olehnya sendiri.

9) AMALAN AYATUL KURSI

Ibnu Dharis menceritakan katanya: Seorang sahabat telah meninggal dunia. Setelah dikebumikan, pada malamnya saudara bagi mayat itu telah bermimpi dan melihat mayat di-dalam kuburnya;

Dia bertanya : Apakah amalan yang terlebih baik bagimu?

Jawab mayat : Sebaik-baik amalan bagiku ialah membaca Al-Qur’an

Ditanya lagi : Apakah ayat yang terlebih Afdhal di dalam Al-Qur’an?

Jawab mayat : Ayatul Kursi.

Tanya lagi : Adakah engkau berkehendak sesuatu daripada kami?

Jawab mayat : Aku tidak berkehendak apa-apa selagi Ayatul Kursi menjadi amalanku.

10) CEMETI AYATUL KURSI

Sabda Rasulullah s.a.w.; (bermaksud) Se mulia-mulia ayat dalam Surah Al-Baqarah ialah Ayatul Kursi. Syaitan akan bertempiaran lari di rumah-rumah yang membacanya, dicemeti oleh Ayatul Kursi.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali bin Abi Talib, Rasulullah s.a.w. bersabda; Tidak ada siapa-siapa yang membaca Ayatul Kursi dalam sebuah rumah melainkan syaitan menyingkirkan diri dan tidak dimasukki oleh perbuatan sihir. Hai Ali, ajarkanlah dia kepada anak isterimu, keluar-ga dan tetanggamu.

11) BERKAT AYATUL KURSI

Al-Hassan bin Syam’un meriwayatkan daripada Saidatina Aishah r.a. anha berkata: Datang seorang sahabat mendapatkan Rasulullah s.a.w. dan mengadu bahawa kekurangan berkat di rumah tangganya.

Jawab Rasulullah s.a.w.: Di manakah engkau dari Ayatul Kursi? Ayatul Kursi itu tidak dibaca-kan pada suatu makanan melainkan ada berkatnya.

Ulamak mengambil daripada Hadith itu dan menerangkan, Ayatul Kursi sebanyak 313 kali pada apa sahaja makanan dan minuman ditiupkan tiap-tiap kali bacaan pada makanan dan minuman itu, akan bertambah berkat dengan izin Allah.

12) PERISTIWA AYATUL KURSI - syaitan mencuri

Rasulullah s.a.w. telah memberi tugas kepada Abu Hurairah r.a. untuk mengawal harta zakat yang berupa makanan dan buah-buah tamar. Kata Abu Hurairah r.a., pada suatu malam ia telah terserempak dengan satu lembaga seperti manusia, sedang mencuri harta zakat itu.

Terus dicelah oleh Abu Hurairah r.a. dan menakut-nakutkannya, perkara itu akan disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Jawab lembaga yang seperti manusia itu, “aku sungguh-sungguh berkehendakkan makanan kerana anak-pinakku sedang kelaparan”. Abu Hurairah r.a. berasa kasihan dan membiarkan lembaga itu mengambilnya.

Pada keesokan harinya, Abu Hurairah r.a. berjumpa Rasulullah s.a.w. dan terus ditanya, “Hei Abu Hurairah, apa yang telah terjadi malam tadi?” Jawab Abu Hurairah r.a., “dia mengaku ya Rasulullah atas kesusahan dan kelaparan anak-pinaknya, sehingga hamba kasihan maka hamba biarkan dia.” Jawab Rasulullah s.a.w., “dia telah membohongi engkau dan dia akan kembali lagi”.

Dengan kata-kata Rasulullah s.a.w. itu, Abu Hurairah r.a. berjaga-jaga, benar lembaga itu kembali pada malam kedua dan mencuri dari harta zakat, apabila disergah oleh Abu Hurairah r.a. dia merayu-rayu sebagaimana malam yang pertama sambil berjanji dia tidak akan kembali lagi. Pada paginya, Abu Hurairah r.a. mengadap Rasulullah s.a.w. dan dia ditanya, jawab Abu Hurairah r.a., “tawanan itu datang lagi dan merayu-rayu, hamba kasihan dan membiarkannya tetapi dia berjanji tidak akan kembali lagi.” Jawab Rasulullah s.a.w., “dia telah membohongi engkau dan dia akan kembali lagi.”

Pada malam ketiga, Abu Hurairah r.a. berjaga-jaga dan terus menangkap lembaga itu, kata Abu Hurairah r.a. kepadanya, “engkau bersalah dan aku akan hadapkan engkau kepada Rasulullah kerana engkau telah berjanji tidak akan kembali lagi mencuri tetapi engkau telah kembali dan mencuri.” Jawab lembaga itu, “biarkanlah aku ya Abu Hurairah, aku akan memberitahu kepada engkau beberapa kalimat yang mana Tuhan akan menyertai engkau apabila engkau menyebutkannya.” Sahut Abu Hurairah r.a.,“sebutkanlah perkataan-perkataan itu.” Jawab lembaga itu, “apabila engkau hendak tidur bacalah “Ayatul Kursi” sehingga akhir nescaya engkau senantiasa dalam pemeliharaan Allah dan syaitan tidak berani menghampiri engkau!” Abu Hurairah r.a. pun membebaskannya.

Pada pagi-paginya, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Abu Hurairah r.a. atas kejadian malam tadi. Jawab Abu Hurairah r.a., “Ya Rasulullah, dia telah mengajarkn kepadaku beberapa kalimat katanya akan memberi manfaat padaku, apabila hendak tidur bacalah “Ayatul Kursi” nescaya aku dalam pemeliharaan Allah dan tidak dihampiri oleh syaitan”. Jawab Rasulullah s.a.w., “dia telah mempercayakan engkau tetapi dia pendusta, tahukah engkau hai Abu Hurairah siapakah yang engkau berjumpa tiga malam berturut-turut itu?” Jawab Abu Hurairah r.a., “saya tidak tahu.” Jawab Rasulullah s.a.w., “itulah dia syaitan.”

13) JIN TEWAS

Sekumpulan daripada periwayat-periwayat iaitu Abu Ubaid, Ad-Darani, Al-Tabrani, Abu Nu’aim, Al-Baihaqi, katanya didapati daripada Ibnu-Mas’ud r.a. berkata: Pada suatu hari terserempak seorang manusia lelaki dan satu jin, kedua-duanya bergelut masing-masing hendak menewaskan lawannya maka manusia tadi membaca Ayatul Kursi tatkala bergelut. Tewaslah bangsa jin itu. Tiada siapa-siapa seorang manusia membaca Ayatul Kursi dalam rumahnya melainkan lari syaitan daripadanya. Kata Ibnu Mas’ud, manusia lelaki itu ialah Saiyidina Umar Al-Khattab.

14) PERTOLONGAN AYATUL KURSI

Abi Qutadan r.a. meriwayatkan katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Siapa-siapa membaca Ayatul Kursi tatkala dalam kecemasan nescaya mendapat pertolongan sebagaimana kejadian seorang dalam pengembaraan merentas hutan rimba tiba-tiba diserang oleh seekor serigala maka terus ia membaca Ayatul Kursi, berpaling serigala itu dan pergi dari mana ia datang meninggalkan mangsanya.

Sheikh Al-Buni rahimahullah berkata: Siapa-siapa membaca Ayatul Kursi sebanyak 170 kali, dia ditolong Allah dalam segala kesusahan dan kecemasan, dilapangkan dadanya tidak berdukacita dan dijauhkan dari mala-petaka daripadanya. 

KHASIAT AYATUL KURSI SERTA KIFIATNYA
(Petikan dari kitab LUM`ATUL AURAAD oleh Syikhanaa Wan Ali bin Abdul Rahman, Kelantan; m/s 143)

Ini khasiat Ayatul Kursi bermula hurufnya seratus tujuh puluh dan kalimahnya lima puluh dan ayatnya tujuh ayat (riwayat) daripada Abi Hurairah radhiallaahu`anhu daripada Nabi s.a.w. bersabda ia; “barangsiapa keluar dari tempat kediamannya maka membaca ia akan Ayatul Kursi, dibangkit oleh Allah Ta`ala kepadanya tujuh puluh ribu daripada Malaikat meminta ampun mereka itu baginya dan mengawali mereka itu akan dia dan mendoa mereka itu baginya dan barangsiapa baca Ayatul Kursi tatkala keluar daripada tempat kediamannya, ditunaikan hajatnya dan diampunkan dosanya dan dihilangkan kejahatannya dan diwakil Allah Ta`ala dengan dia akan Malaikat mengawali mereka itu akan dia daripada tiap-tiap penyakit dan kebinasaan daripada jin dan manusia dan tiap-tiap barang yang ditakut akan dia” dan sabda Nabi s.a.w.; “barangsiapa kembali kepada tempat kediamannya maka membaca ia akan Ayatul Kursi nescaya ditanggal oleh Allah Ta`ala akan kepapaannya daripada dua matanya” dan sabdanya; “bahawa setengah daripada khasiatnya bagi menghasilkan berkat dan bertambah bahawa engkau baca akan Ayatul Kursi atas makanan gandum syair atau beras atau lainnya, tiap-tiap kali engkau baca akan dia, engkau hembuskan atasnya hingga sempurna bilangan-bilangan tiga ratus tiga belas kali nescaya hasil berkat dan bertambah padanya dengan izin Allah Ta`ala dan demikian lagi dibaca akan dia atas dirham (wang)” Demikianlah tersebut di dalam khawaasul Qur`an (rujuk Kitab) daripada Nabi s.a.w. bahawasanya bersabda ia; “barangsiapa membaca Ayatul Kursi tatkala dukacita dan kesusahan nescaya ditolong akan dia oleh Allah Ta`ala” dan ada seorang laki-laki di dalam safirnya seorang diri, tiba-tiba melalui atasnya oleh harimau maka membaca ia akan Ayatul Kursi maka berpaling lari harimau itu. Demikianlah tersebut di dalam khawasul Qur`an. berpaling lari harimau itu. Demikianlah tersebut di dalam khawasul Qur`an. Kata setengah dari pada Ahlul Khawas; kotakan olehmu akan dirimu daripada Ayatul Kursi kerana barang yang diriwayat bahawasanya Nabi s.a.w. membaca ia akan Ayatul Kursi tujuh kali tiap-tiap hari mengkotakan dengan dia akan zatnya yang Muhammadiah dan dibaca akan dia enam kali kepada segala pihak yang enam dan ketujuhnya dimesrakan ke dalam dirinya dan dikatakan tertib ini akan kota Nabi s.a.w. (hikayat) Bahawasanya seorang laki-laki saudagar musafir ia membawa hartanya yang banyak maka berhenti ia pada malam di satu tempat di padang maka membaca ia akan Ayatul Kursi tujuh kali akan jadi kota pada segala pihak kelilingnya dan mengkali ia atas membaca akan dia maka mendatang akan dia oleh penyamun maka melihat ia akan kota yang sangat teguh kelilingnya maka meninggal ia akan dia. Kemudian berpindah saudagar itu kepada tempat yang lain dan penyamun itu ikut di belakangnya melihat ia akan dia di dalam kota yang teguh kemudian berpindah ia kepada tempat yang lain dan penyamun itu ikut di belakangnya maka melihat ia seperti dahulu juga dan tiada dapat ia sampai kepadanya maka bertanya oleh penyamun itu akan saudagar, berkata penyamun bagi nya bahawasanya kami ikut akan dikau masa tiga malam maka tiada dapat sampai kami kepada engkau dan kami lihat akan kota yang sangat teguh pada keliling engkau. Maka khabar oleh mu akan kami daripada ini ketentuan bagi engkau. Maka katanya; aku baca Ayatul Kursi tujuh kali kepada pihak yang enam atas niat jadikan kota maka memelihara akan daku oleh Allah Ta`ala dengan berkat Ayatul Kursi (kata) Asy-syeikh Al-Bauni; barangsiapa takut daripada datang bala’ dan seteru maka hendaklah ia berhadap kepada pihak seteru dan bala’ itu maka hendaklah ia baca akan Ayatul Kursi sebilang-bilang kalimahnya iaitu lima puluh atau sebilang-bilang hurufnya iaitu seratus tujuh puluh kali nescaya tiada memberi mudharat akan dia oleh bala’ dan seteru itu hingga bahawasanya apabila ada engkau pada tempat ketakutan maka engkau guris pada bumi atas rupa daerah lingkungan dengan dibaca Ayatul Kursi dan masuk olehmu dan jemaah kamu di dalam daerah itu dan jadikan jemaah kamu itu di belakang kamu dan baca olehmu akan Ayatul Kursi pada hal berhadap kepada pihak seteru nescaya tiada melihat mereka itu akan dikau. Dan sabda Nabi s.a.w. bagi Saiyidina Ali bin Abi Talib; apabila engkau berkehendak kepada sesuatu hajat maka baca olehmu akan Ayatul Kursi kemudian mula olehmu dengan kaki engkau yang kanan pada berjalannya. Dan kata Imamul Kuffa Mujrib; tiada disyubhat padanya bahawasanya barang-siapa membaca akan Ayatul Kursi bagi memudahkan segala pekerjaannya dahulu daripada masuk padanya nescaya dimudahkan Allah Ta`ala akan pekerjaannya. Dan telah menyebut oleh Imam Al-Ghazali daripada Ibnu Qatiibah katanya; mengkhabarkan daku oleh satu Syeikh daripada Bani Ka`aab katanya; aku masuk negeri Basrah kerana menjual tamar. Maka tiada aku dapat tempat melainkan satu rumah buruk dibuat sarang padanya oleh labah-labah. Maka aku kata; apa hal rumah ini. Kata mereka itu, ia makmur. Maka aku berkata bagi pemilik nya; engkau sewakan daku rumah engkau ini. Maka katanya; pelihara oleh mu dengan diri engkau.Maka bahawasanya ada padanya `Ifrit daripada jin. Sungguhnya telah mengambil akan dia tempat kediaman, membinasa ia akan tiap-tiap orang diam padanya. Maka aku kata; sewa olehmu akan daku dan tinggal olehmu akan daku sertanya,maka Allah Ta`ala menolong akan daku atasnya. Maka katanya ambil olehmu akan dia. Maka aku diam padanya. Maka tatkala malam masuk kepadaku seorang yang hitam, dua matanya seperti jamung api dan baginya kelam. Dan menghampiri ia akan daku. Maka aku kata; (baca Ayatul Kursi hingga akhir ayat). Maka tiap-tiap aku kata satu kalimah berkata ia seperti aku. Maka tatkala sampai aku kepada kata; (rujuk kitab), tiada berkata ia suatu. Maka aku ulang-ulang akan dia beberapa kali maka hilanglah kelam itu. Maka mengambil aku akan tempat daripada setengah pihak daripada rumah itu. Maka tidur aku. Maka tatkala berpagi aku maka aku dapat pada tempat yang aku lihat itu bekas terbakar akan `Ifrit yang amat besar. Maka aku kata dengan apa terbakar ia. Maka berkata ia; dengan katanya; (Rujuk Kitab) (riwayat) daripada Ibnu Abbas radhiullahu anhu; bahawasanya berkata ia, sabda Nabi s.a.w.; “bahawasanya Nabi Musa bin Imran berkata ia bagi Jibrail a.s., apa pahala bagi orang yang membaca Ayatul Kursi. Maka menyebut ia baginya; barang yang tiada terhingga daripada pahalanya. Kemudian datang Jibrail akan dia pada kali yang lain maka berkata ia baginya bahawasanya Tuhan engkau berfirman bagi engkau; barangsiapa berkata di belakang tiap-tiap sembahyang yang maktubah (lima waktu); membaca ...... hingga akhir Ayatul Kursi maka bahawasanya malam dan siang itu dua puluh empat saat tiada daripadanya satu saat melainkan naik kepada Aku daripadanya tujuh puluh ribu kebajikan hingga di tiup sangkakala. (riwayat) daripada setengah mereka itu bahawasanya melihat ia di dalam tidurnya akan beberapa perkara yang menakuti dan mengejut akan dia. Maka datang ia kepada setengah daripada orang solihin dan mengadu ia kepadanya akan barang yang ia dapat akan dia di dalam tidurnya. Maka berkata ia baginya; apabila engkau datang kepada tempat tidur engkau maka engkau kata; (rujuk Kitab) tiga kali dan baca olehmu akan Ayatul Kursi tiga kali. Maka apabila sampai kepada (rujuk Kitab) maka ulang olehmu akan dia tiga kali dan tidur olehmu. Maka bahawasanya engkau sentosa daripada barang yang engkau dapat akan dia itu. Memperbuat oleh laki-laki itu akan demikian itu maka tiada mendapat ia akan sesuatu yang dibenci kemudian daripadanya. (dan setengah) daripada khasiatnya bagi membakar akan syaitan dan jin. Maka engkau berkehendak membakarkan jin daripada manusia maka bang olehmu pada telinga yang kanan tujuh kali dan baca olehmu padanya akan Fatihatul Kitab dan (rujuk Kitab) kedua dan Ayatul Kursi dan surat Wassoffaat sekeliannya dan akhir surat Al-Hasyr iaitu (rujuk Kitab) maka bahawasanya terbakar jin itu seolah-olah ia di dalam api (rujuk Kitab) (dan setengah) daripada khasiatnya apabila ada engkau pada tempat ketakutan maka duduk olehmu dan orang yang beserta engkau atas bumi dan engkau suruh akan mereka itu bahawa menjadi mereka itu akan belakang mereka itu kepada setengahnya kemudian guris olehmu atas mereka itu akan daerah dan engkau baca akan Ayatul Kursi tujuh kali dan engkau kata kemudian daripadanya;(m/s 152)

PENJELASAN TENTANG AYAT KURSI
(Petikan dari buku Risalah Doa oleh H. Dja’far Sabran, Penerbit P.P. Assegaff bertarikh 24 Oktober 1973; m/s 70 - 79)

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam setelah Hijrah. Menurut riwayat, ketika Ayat Kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu Malaikat sebagai pengantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya. Rasulullah s.a.w. segera memerintahkan kepada penulis Al-Qur’an, iaitu Zaid bin Tsabit agar segera menulis-nya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadith yang menjelaskan fadhilah ayat Kursi. Sebabnya disebut ayat ini dengan Ayat Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan Kursi, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Dan bukan yang dimaksud dengan kursi ini tempat duduk Tuhan, tetapi adalah kursi itu adalah syiar atas kebesaran Tuhan..

Jika dibandingkan dengan kebesaran kursi adalah se umpama se rumpun pohon di- tengah padang pasir yang luas. Di samping kiri dan kanan kursi yang megah itu dijadikan pula beribu-ribu kursi yang kecil untuk menambah keindahan dan kemegahannya. Duduk pada tiap-tiap kursi itu Malaikat yang membaca ayat kursi dan Malaikat yang menulis pahala orang yang membaca ayat Kursi itu.

BEBERAPA KHASIAT AYAT KURSI (buku Risalah Doa; m/s 73)

1) Imam Ghazali menerangkan di dalam Kitabnya, Khawasul Qur’an; bahawa Ibnu Kutaibah meriwayatkan suatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah, iaitu salah seorang pedagang kurma bernama Ka’ab sampai di sana, ia mencari tempat penginapan tetapi semuanya telah penuh diisi oleh pedagang-pedagang yang telah datang terlebih dahulu. Kemudian Ka’ab melihat sebuah rumah kosong, di dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Kelihatan-nya rumah itu telah lama tidak didiami orang.

Ka’ab datang kepada yang empunya rumah, ia ingin menyewa tempat itu selama kurang lebih satu minggu. Kata yang empunyua rumah, rumah itu aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata-kata orang; rumah itu ditempati oleh jin Ifrit. Banyak orang yang menempatinya binasa kerananya. Ka’ab berkata, meskipun demikian kerana tempat lain tidak ada, saya bersedia tinggal di tempat itu, asal saja yang empunya mengizinkan.

“Baiklah” kata yang empunya rumah. “Saya tidak keberatan dan saya tidak memungut sewa apa-apa”. Ka’ab tinggal di rumah itu mulai sore hari tidak merasa takut, tetapi setelah tengah malam, Ka’ab nampak bayangan hitam dengan dua buah mata bernyala-nyala seperti api mendekatinya, maka Ka’ab bangun dan membaca: “Allaahulaa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum” tetapi bayangan hitam itu selalu mengikuti apa yang dibaca oleh Ka’ab sehingga hampir pada ayat akhir. Tetapi setelah Ka’ab membaca akhir ayat yang berbunyi; “walaa ya uuduhuu hifdhuhumaa wa huwal ‘aliiyul ‘adziim” tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya.

Ka’ab hairan dan diulanginya lagi; “walaa ya uuduhuu hifdhuhumaa wa huwal ‘aliiyul ‘adziim” tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya. Maka dibacanyalah berulang kali dan bayangan hitam itupun lenyaplah dari pandangan Ka’ab dan tercium sesuatu bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Kemudian Ka’ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapatkan gangguan apa-apa. Di pagi hari, Ka’ab melihat di salah satu sudut rumah itu ada bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan tampak ada abu.

Di saat itu Ka’ab mendengar suatu suara berkata; “Hai Ka’ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas”. Ka’ab hairan dan berkata; “Dengan apa aku membakarnya?” Jawab suara itu; “Dengan firman Tuhan “walaa ya uuduhuu hifdhuhumaa wa huwal ‘aliiyul ‘adziim”.

2) Siapa yang membaca ayat Kursi dengan dawam setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk ke rumah dan ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan pergi musafir, Insya’allah ia akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang-binatang yang memudaratkan. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kekaraman dan kebakaran. Didapatnya keselamatan dari kesihatan jasmaninya dengan izin Tuhan yang Hidup dan Berdiri Sendiri (Maha Kaya). Demikianlah yang terdapat dalam keterangan pada Kitab Khawasul Qur’an, karya Imam Ghazali.

3) Terdapat keterangan di dalam Kitab-Kitab Asrarul Mufidah; Barangsiapa mengamal-kan membaca ayat Kursi, setiap kali membaca sebanyak lapan belas kali (18), Insya’allah dia akan hidup berjiwa Tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezeki-nya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, dipeliharakan dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

4) Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a. membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud, jadi tujuh (7) kali setiap hari, adalah benteng Rasulullah s.a.w. (anggota sujud ialah tujuh yakni dua tapak tangan, dua tapak kaki, dua lutut dan kening).

5) Syekh Abul ‘Abbas Al-Bunni menerangkan; “sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya, iaitu lima puluh kali (50), ditiupkan pada air hujan kemudian diminum-nya, maka insya’allah Tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada pelajaran yang dipelajarinya.” Demikianlah keterangan yang didapat dalam Kitab Khazinatul Asrar, halaman 148.

6) Siapa yang membaca ayat Kursi sesudah selesai sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampun dosanya. Dan siapa membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dia dari gangguan syaitan dan siapa membaca ketika marah, makan akan hilang marahnya.

7) Syekh Al-Bunni menerangkan; “Siapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya iaitu 170 huruf, maka insya’Allah Tuhan akan memberikan pertolongan pada segala hal dan menunaikan segala hajatnya dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutinya”. Demikianlah keterangan yang terdapat dalam tafsir Al-Qudsi.

8) Barangsiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan kepada dua Malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi. Demikian sabda Nabi Muhammad s.a.w. dari Abi Qutadah.

9) Abdurrahman bin ‘Auf menerangkan: Bahawa apabila ia masuk ke rumahnya, dibaca-nya ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pendinding dari syaitan. Demikian keterangan yang terdapat di dalam Tafsir Al-Qudsi.

10) Seorang pedagang sedang dalam perjalanan melalui padang pasir menuju sebuah negeri untuk menjual barang dagangannya. Ia selalu diikuti oleh rombongan perompak. Setelah malam hari, ia membaca ayat Kursi sebanyak tujuh (7) kali dengan i’tikat membuat dinding pertahanan sekitar dirinya dan sekitar hartanya sebelum tidur. Dibacanya ayat Kursi terus menerus sampai dia tertidur.

Ketika pagi hari dia ditemui oleh beberapa orang yang tidak dikenal, mereka berkata: “Wahai pedagang, padamu ada rahsia yang ajaib. Ketika kami pada malam tadi hendak merompak harta bendamu dan membunuhmu, kami melihat pagar besi yang tidak bisa ditembusi pada sekitar tempat tidurmu. Berkali-kali kami datang ke tempat itu, kami tetap melihat adanya pagar tersebut. Kami ingin mengetahui apakah amalanmu dan kami berjanji tidak akan lagi mengerjakan pekerjaan yang jahat ini, asal saja kamu beritahukan amalan apa yang kamu kerjakan”. Kemudian pedagang itu menerangkan amalannya. (kitab Khasaisul Qudsi).

11) Syekh Buni menerangkan: Siapa yang takut terhadap serangan musuh, hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama-sama jemaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh sambil membaca ayat Kursi sebanyak kata-katanya, atau sebanyak huruf-hurufnya, maka Insya’Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

12) Syaikhul Kabir Muhyuddin Ibnul Arabi menerangkan: Bahawa siapa yang membaca ayat Kursi sebanyak seribu (1,000) kali dalam sehari semalam kemudian dawam (atau terus menerus) membacanya sampai empat puluh (40) hari, maka demi Allah dan demi Rasul, demi Al-Qur’an yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan ruhani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. Demikian keterangan yang terdapat di dalam Kitab Khawasul Qur’an.

13) Abdullah Al-Qurtubi menerangkan:Bahawa ayat Kursi ada mengandung keistimewaan, di dalamnya terdapat Ismul-a’zam, tersusun dalam 50 kata-kata, terdapat tujuh belas (17) huruf mim ( ﻡ ) dan tujuh belas huruf wau ( ﻭ ).Ayat Kursi membahas ke Esaan zat Allah s.w.t. dan kesempurnaan sifat-sifatnya.

14) Terdapat keterangan di dalam kitab Durrul mantsur; Yang terafdhal dia di antara surah-surah di dalam Al-Qur’an adalah suratul Baqarah dan yang terbesar di antara ayat-ayat dalam surah al-Baqarah ialah ayat Kursi. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang di dalamnya dibaca Suratul Baqarah.

15) Terdapat di dalam kitab Itqam, bahawa siapa yang membaca empat (4) ayat pada permulaan suratul Baqarah dan ayat Kursi, ditambah dua ayat setelah ayat Kursi kemudian ditutup dengan tiga ayat pada akhir suratul Baqarah, maka dia dan keluarganya tidak didekati syaitan dan jika dibacakan pada orang gila, nescaya akan sembuh, dengan izin Allah s.w.t.

MAKSUD DOA (yang mengiringi bacaan Aayatul Kursiy) 
(Diperolehi dari Al-Ustaz Haji Hassan Abd. Latif, Bayan Baru, Pulau Pinang)
"Puja dan Puji untuk Allah, Tuhan serawa sekelian Alam. Dan Shalawat serta Salam untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan demikian itu juga ke atas Para Keluarga dan Para Sahabat baginda. "

"Wahai Tuhan kami ! Aku bermohon kepada Mu, dan bertawassul dengan (keagungan Ayatul Kursiy) Mu Yaa Allah, Yaa Allah, Yaa Allah, Tuhan Yang Pemurah, Tuhan Yang Pemurah, Tuhan Yang Pemurah; Tuhan Pengasih, Tuhan Pengasih, Tuhan Pengasih; Yaa Huu, Ya Huu, Yaa Huu (Yang menggerakkan segala perbuatan); Yaa Rabbaahu, Yaa Rabbaahu, Yaa Rabbaahu (Yang mengendalikan pentadbiran Alam); Yaa Saiyyidaahu, Yaa Saiyyidaahu, Yaa Saiyyidaahu (Yang mendahului tiap sesuatu). Wahai Tuhan yang menjinakkan hatiku, di- sisi Mu lah, ku dampingi diriku, Wahai Tuhan yang memenuhi segala keperluan ku, di sisi Mu- lah aku panjatkan segala seruan doa ku.

"Yaa Allah, Yaa Allah, Yaa Allah; Allah, Tiada Tuhan Melainkan Dia, Yang Hidup dan Berdiri dengan sendirinya, Wahai Tuhan yang Hidup dan yang berdiri dengan sendirinya, Berdirilah segala sesuatu di langit dan di bumi dengan perintahNya. Wahai Tuhan yang menghimpunkan segala keperluan makhluqNya, yang berada (mahupun) dari kalangan mana, berada di bawah kelembutan RahmatNya dan tertakluk di bawah keperkasaanNya. Aku bermohon kepada Mu, wahai Tuhan kami, tundukkanlah bagi ku Ruhaniyat yang mulia dari ayat yang mulia ini dan tolongilah dengannya bagiku, bagi menyempurnakan hajat ku. Wahai Tuhan yang tidak dihampiri mengantuk dan tidak tidur, tunjukkilah kami akan jalan yang lempang, sehingga terbebaslah kami dari berpaling mempertuhankan tuhan yang lain dari- Nya. Tiada Tuhan yang sebenarnya, melainkan Engkau Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku (kiranya tidak mendapat hidayat dariMu), tergolonglah dari kalangan golongan yang zalim. Wahai Tuhan, bagi Nya segala perbendaharaan langit dan bumi. Siapa lagi (selain Nya) yang dapat memberikan syafaat, selain keizinan di sisi Nya.

"Ya Tuhanku, angkatlah bagiku (darjatku) dan jelaskan apa yang Engkau kehendakki bagiku, dari serba hajatku dan tetapkanlah perkataanku, pekerjaanku, amalanku dan berkatilah (dengan ayat Kursiy) bagiku juga keluargaku dan hartaku. Wahai Tuhan yang amat mengetahui setiap apa yang di hadapan mereka, maupun di belakang mereka, dan tiadalah mereka itu mengetahui tentang IlmuNya, melainkan siapa yang dikehendak-kinya (dapat mengetahui hikmat perbuatannya). Wahai Tuhan yang mengetahui pada yang tersembunyi maupun yang terang-terangan."

"Aku bermohon kepadaMu, wahai Tuhan kami, bahawa Engkau tundukkanlah dan perturut-kanlah bagiku akan Khadam ayat yang mulia ini dan terhadap seruan doa yang bermanfaat serta jadikanlah bagiku pertolongan buat memenuhi hajatku. HAILAN (3X) - Kesenangan; JAULAN (3X) - Yang melakukan lawatan; MALIKAN (3X) - Yang Menguasai."

"Wahai Tuhan, yang tiada berupaya merobah dalam kerajaanNya oleh sesuatu, melainkan yang dikehendakkiNya. Luas KursiNya, meliputi se lebar langit dan bumi. Ya Allah, tundukkilah bagiku, akan hambaMu KANDIYAAS, hingga berkatalah ia bagiku dalam perihal-ku dan bangkitkanlah bagiku serta membantu aku dalam segala keperluan hajatku. Wahai Tuhan yang tiada keberatan bagiNya buat menanggung langit dan bumi dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. "

"Wahai Tuhan yang bersifat dengan sifat yang kepujian, Yang Maha Mulia, Tuhan Yang Membangkitkan segala makhluk (di akhirat), Yang Maha Menyaksikan, Yang mewakili diri-diri hamba yang bertawakkal kepadaNya, Yang Maha Kuat, Yang Maha Tangguh, tempatkanlah bagiku pertolongan dalam memenuhi keperluanku dengan sebaik-baik (sehalus-halus) pertolongan. Tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."

"Peruntukkanlah bagiku di atas khidmat dirimu Wahai Saiyyidul Kandiyaas, perkenankanlah bagiku, Kamu (Al Kandiyaas) dan kesemua khawadim di bawah perintahmu dan berilah bantuan dalam semua urusanku dengan hak yang diperuntukkan dan dikadarkan Allah bagi nya. Dan dari kebesaran dan kemuliaan Penghulu Kami Nabi Muhammad yang diatas baginda, Shalawat dan Salam."

"Dan perkenankanlah wahai Saiyidul Kandiyaas, bersegeralah sepantas kilat bagi mengatasi urusanku, melainkan (beres) dengan sekelip mata memandang atau dengan sedekat-dekatnya (berhasil). Sesungguhnya Allah di atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa."

"Ya Allah, jadikanlah bagiku gambaran yang jelas (dalam urusanku) dan warisilah bagiku keamanan (padanya). Dan mudahkanlah bagiku dengan rahmatMu Yaa Allah, di atas apa jua tuntutan dan keperluan. Dan dahuluilah bagiku pertolongan dengan InayatMu pada meng-hasilkan setiap hajat ku. Wahai Tuhan yang Berkuasa, Wahai Tuhan yang Perkasa, Wahai Tuhan yang Maha Gagah lagi Maha Agung. Wahai Tuhan yang memberikan pertolongan dan kemenangan. Dan Allah telah menetapkan, ”Aku dan RasulKu (Pasti menang).” Sesungguh-nya Allah Maha Kuat lagi Maha Gagah. "

(Solawat)

96.0 Panduan Kerosakan Kereta - D.I.Y

Enjin My Kanz @ Kancil 660Ex

Enjin My Merz - 190E

My Benz

Berikut adalah beberapa panduan untuk mengenali dan membaiki kerosakan kereta. Diambil dari web blog: http://lisankuterjaga.blogspot.com/

Abnomaliti (A),
Kemungkinan Kerosakan (K)
Cadangan Penyelesaian (P):
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Stereng kereta bergegar.
K- Tayar bengkak sebab dah nipis

- Angin dalam tayar tak seimbang dengan yang lain
- 'Alignment' tayar lari/ tidak dilakukan terutamanya setelah menukar tayar baru

P- Segera periksa tayar anda andai ada kebocoran, segera tampal tayar atau jika tayar sudah sangat teruk dan tidak selamat untuk terus digunakan lagi, tukar tayar baru. Hal ini penting untuk elak pancit di tengah jalan, meletup dsg. 'Alignment' tayar penting untuk kesesuaian tekanan pada kesemua tayar, juga untuk elak tayar cepat rosak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Bahagian bawah berdekatan tayar mengeluarkan bunyi ketika anda membelok ke kiri atau ke kanan, terutamanya belok lipat

K- Drive shaft longgar atau hampir tercabut

P- Segera ke bengkel kereta yang berdekatan untuk pemeriksaan. Kalau betul drive shaft yang bermasalah memang confirm kena tukar baru. Mahal! Tapi andai anda berdegil untuk tidak menukarnya, kereta anda bakal tidak boleh berjalan tiba-tiba (gear tak boleh masuk). Anda akan terpaksa menunggu lori/trak tunda datang menarik kereta anda dan seterusnya mengenakan cas bukan sahaja pada kos mengganti drive shaft baru, tetapi juga kos menunda (towing) yang beratus itu....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Penanda suhu enjin kereta menunjukkan H (normal biasanya tengah-tengah antara C-H)

K- Enjin panas kerana air/coolant tidak mencukupi untuk menyejukkan enjin
- Tangki air/coolant bocor
- Kipas enjin rosak

P- Setiap kali sebelum atau setelah memulakan perjalanan jauh, anda harus memastikan air dalam tangki air pada aras sepatutnya. Jika tangki didapati bocor (sama ada tambah air banyak kali tak penuh2 or nampak air mengalir laju membasahi permukaan bawah kereta, yang semestinya bukan dek air yang dituang tertumpah), maka segeralah ke bengkel untuk tampal tangki atau tukar yang baru.Jika setelah masalah ini selesai, namun suhu masih tinggi terutamanya setelah berjalan lama, mungkin disebabkan kipas enjin yang gagal berfungsi, maka haruslah segera menukarkannya, melainkan anda sanggup untuk memberhentikan perjalanan sementara setiapkali suhu didapati naik. Jika tidak awas kerana kereta anda bukan sahaja akan berasap, malah boleh terbakar atau meletup!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Kereta tersedak (choking) sewaktu berjalan atau mati tiba-tiba apabila berhenti seketika (cth time kat traffic light or nak bayar tol) setelah lama berjalan

K- Spark plug rosak
- Contact point tak elok dah

P- Tak boleh nak buat apa, sah kena ke bengkel, tukar!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mai kita kongsi pengalaman. Satu ketika dulu saya ada sebuah kereta Honda Accord 1.6 plet DN 2202. Tiba-tiba aircond tak sejuk. Saya pun bawa ke beberapa kedai aircond (5 atau 6 kedai), semua kata punca dari compressor dan kos menukarnya RM500.00 hingga RM600.00.  Pada suatu hari, dalam perjalanan balik kampung ke Kuala Kangsar, ikut jalan lama (belum ada highway), kerana terlalu panas, saya berhenti di sebuah kedai mekanik aircond di pekan Simpang. Saya minta seorang mekanik, umur belasan tahun check aircond. Dia kata, ini tak dak apa2, cuma wiring fault. Dia potong beberapa wayar dan ganti wayar baru, siap dan aircond sejuk balik, kena bayar RM10.00 sahaja. Itulah, kerana kita tiada ilmu tentang sesuatu, kita terpaksa menanggung kos, nasib baik, kita terselamat dari tipudaya orang.  Saya bukan nak mengata, tapi kadang2 ungkapan orang "tak tipu bukan Cina" memang boleh dipakai, bukan semualah. Yang geramnya, ada juga mekanik Melayu yang terpengaruh dengan budaya tipu ni, halai haram dok sebelah!

 Foto dengan anak, Siti Farah Najwa di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar Mei 1989.

Baru-baru ini, getah luar dekat cermin di bahagian pintu pemandu kereta Kancil 660 saya bengkok dan tak melekat kerana dah lama dan perlu ditukar.  Saya telefon pusat service Perodua, kos menukar se batang getah 1 kaki lebih panjang RM96.00 termasuk upah.  Takajuit den, gotah cabok RM96.00? Saya tanya mereka, "getah tu buat dari emas ke?", mereka ketawa.  Lalu saya pergi ke Jalan Sekerat, Sungai Petani. Di situ semua spare part kereta, baru dan secondhand, ori dan tak ori semua jenis kereta ada. Saya tanya India tu, getah cermin Kancil original adakah? Ada, katanya, saya tanya berapa harga? RM20.00 sahaja original. Upah pasang RM10.00.  Settled. Kadang-kadang kita kena rajin sikit survey sebelum membuat sesuatu keputusan yang menguntungkan.


Satu lagi nasihat saya, jika anda hendak membeli kereta secondhand, eloklah dibuat pemeriksaan di PUSPAKOM yang berdekatan, keluarkan sedikit duit asalkan puashati.  Zaman sekarang banyak penipu dan tak dinafikan terdapat juga kakitangan Kerajaan yang rasuah, akhirnya kita juga yang menjadi mangsa! Pernah terjadi kereta Mercedes Benz 230E milik majikan saya, dibawa ke PUSPAKOM dan gagal kerana kereta potong i.e. kereta yang dah accident terok, dipotong bahagian2 tertentu dan disambung dengan yang baru dari kereta lain.  Satu lagi penipuan yang perlu diawasi ialah nombor casis yang diusik atau ditindih, tidak sama dengan nombor dalam kad pendaftaran kereta. Kadang-kadang, nombor casis okay, nombor enjin pula diusik, dipasang enjin secondhand yang dibeli daripada kedai keling botoi!  Kalau PUSPAKOM keluarkan keputusan GAGAL, maksudnya kita tak boleh buat apa-apa, nak renew roadtax atau nak jual / pindahmilik semua tak boleh.  Kalau ada masalah berkaitan sila hubungi Pegawai Perhubungan PUSPAKOM, tel: 1800 88 6927, atau no. fax: 03-2052 7436 atau email: customerservice@puspakom.com.my

No. casis - WDB2010242 ...... satu pada plet yang dilekatkan pada bahagian hadapan (enjin) dan satu lagi dicetak terus pada casis atau rangka kereta.