Wednesday, March 26, 2014

280.0 Rahsia langit dikawal ketat


"Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, 
maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api' dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). 
Tetapi sekarang barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan 
(seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai 
(untuk membakarnya)."  
- (Surah al-Jin: ayat 8-9)


Kumpulan jin meneruskan cerita mereka tentang pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai kedudukan dan kerasulan di alam ini, seluruh pelosok langit dan bumi.

Ia bagi membersihkan diri mereka dan segala yang tidak sesuai dengan kehendak Allah SWT yang menurunkan risalah dan menolak segala dakwaan yang mengaku mengetahui segala urusan ghaib.

Berkenaan dengan mukadimah ayat ini yang bermaksud kami telah mencuba mengetahui rahsia langit dengan maksud:
  • Menuntut dan mendapatkannya seperti ibarat orang Arab.
  • Kami menghampiri langit.
Ibn Kathir berkata: Allah SWT mengkhabarkan tentang jin ketika Dia mengutus Rasul-Nya, Muhammad SAW dan menurunkan al-Quran kepadanya.

Antara bentuk pemeliharaan Allah terhadap al-Quran adalah di langit dipenuhi penjaga yang bengis yang akan mengusir semua syaitan sebelum mereka dapat mengintip dan disampaikan melalui dukun sehingga terjadi campur aduk yang tidak diketahui kebenarannya.

Hal tersebut adalah salah satu kelembutan Allah terhadap makhluk-Nya, rahmat bagi hamba-Nya serta penjagaan terhadap kitab-Nya yang mulia.

Al-Maraghi berkata: “Maknanya adalah al-Quran al-Karim yang mengandungi dalil-dalil aqli dan dalil alamiahnya itu merupakan para penjaga terhadap sesuatu keraguan yang dibisikkan oleh syaitan-syaitan ke dalam hati orang yang ragu.”

Kemudian keraguan itu dihembuskan ke dalam hati orang yang sesat untuk menghalang mereka daripada menerima agama dan petunjuknya. Apabila timbulnya keraguan dan waham dalam jiwa manusia, lalu mereka akan mendapatkan bukti yang akan membasmi keraguan tersebut.

Firman Allah SWT:
"Dan Sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka." - (al-Jin: 10)

Al-Maraghi berkata: “Langit itu dijaga rapi kerana dua sebab.” Sebab-sebab tersebut ialah:
  • Azab yang akan diturunkan Allah SWT kepada penghuni bumi dengan segera.
  • Atau disebabkan seorang Nabi yang mursyid (memberi petunjuk) dan muslih (memperbaiki keadaan orang lain).
Firman Allah SWT:
"Dan Sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza."

Al-Mawardi berkata: “Orang soleh adalah orang yang beriman dan selain daripada itu adalah orang musyrikin. Boleh jadi dengan maksud mereka ahli kebaikan bagi orang soleh dan sepihak lagi ahli kejahatan.”

Seterusnya tafsiran jalan yang berbeza-beza dengan maksud:
  • Banyaknya puak seperti pendapat as-Suddi.
  • Pelbagai agama seperti pendapat ad-Dahak.
  • Hawa nafsu yang pelbagai.
Al-Maraghi berkata: “Sesungguhnya Allah SWT berkuasa ke atas kami di mana sahaja kami berada, sehingga kami tidak akan terlepas daripada kekuasaan-Nya itu dengan cara melarikan diri.”

Firman Allah SWT:
"Dan sesungguhnya kami mengetahui bahawa kami sekali-kali tidak akan dapat melepaskan diri (dari kekuasaan) Allah di muka bumi dan sekali-kali tidak (pula) dapat melepaskan diri (daripada)-Nya dengan lari. Dan sesungguhnya kami tatkala mendengar petunjuk (al-Quran), kami beriman kepadanya. Barang siapa beriman kepada Tuhannya, maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut pula) akan penambahan dosa dan kesalahan. Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran."
- (al-Jin: 11-14)

Ini adalah perkhabaran daripada jin berkenaan dengan hal mereka ada yang beriman dan ada yang fasiq. Begitu juga yang zalim, menyimpang daripada kebenaran.

Perkataan qasitin memberi maksud:

  • Golongan yang rugi seperti kata Qatadah.
  • Golongan yang derhaka seperti pendapat Ibn Zaid.
  • Golongan yang amat lemah seperti kata ad-Dahak.
Firman Allah SWT:
"Barang siapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka jahanam." (al-Jin: 15)

Istiqamah dalam ayat ini ada dua tafsiran:

  • Mereka memilih jalan kufur dan sesat seperti kata Muhammad bin Zaid, Abu Mujliz dan lainnya.
  • Istiqamah atau petunjuk dan ketaatan seperti pendapat Ibn Abbas, as-Suddi, Qatadah dan Mujahid.
Al-Maraghi berkata: “Kesuburan dan kelapangan rezeki itu akan terwujud, jika wujudnya ketenteraman, keadilan dan tidak berlakunya kezaliman.”

Hamka berkata: “Inilah keinsafan dari jin Islam yang mengakui nubuwwah Rasulullah SAW. Mereka mengakui bahawa setelah mendapat petunjuk yang terdapat dalam surah Fatihah yang dibacakan oleh Nabi SAW ketika solat Subuh.”

Firman Allah SWT:
Dan bahawasanya: Jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak).  - (al-Jin: 16)

Al-Mawardi menyebut dua pendapat berkenaan dengan tafsiran ayat kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar:

  • Dengan kami kurniakan banyaknya air sehingga membinasakan mereka seperti dibinasakan kaum Nuh dengan lemas dalam air. Inilah pendapat Muhammad bin Ka’ab.
  • Kami kurniakan kepada mereka banyak air yang menyebabkan tanaman mereka subur dan harta mereka banyak.
Al-Maraghi berkata: “Rahsia perkara ini telah kita kemukakan lebih dari sekali. Sesungguhnya kemajuan dan kesenangan hanya akan wujud jika adanya ketenteraman dan keadilan serta tiada kezaliman.”

Dengan demikian manusia akan menerima keadilan yang sama tanpa sebarang kezaliman pilih bulu atau melakukan rasuah dalam membuat sesuatu keputusan.

Firman Allah SWT:
Untuk kami beri cubaan kepada mereka padanya. Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, nescaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat.
- (al-Jin: 17)

Sayid Qutub berkata: “Allah SWT mengesahkan pandangan jin terhadap manusia iaitu andainya manusia beriman nescaya Kami kurniakan kepada mereka bekalan yang mencukupi untuk menguji mereka sama ada bersyukur atau tidak.”

Peralihan daripada menceritakan perkataan jin kepada menyebut isi cerita untuk menambah kekuatan pengertian dan janji kepada Allah SWT.

Tarikan seperti ini banyak dalam uslub Quran untuk menghidup dan menguatkan pengertian serta pandangan ini mengandungi beberapa hakikat dan unsur penting dalam pembentukan akidah dan kefahaman seseorang mukmin.

Hakikat yang pertama wujudnya hubungan kelurusan iman umat dan sekelompok manusia mengikuti jalan Allah dengan kemewahan rezeki. Faktor yang pertama adalah kemewahan bekalan air yang cukup. Ia selama-lamanya penting untuk pembangunan dan kelangsungan hidup.

Hubungan antara keduanya sangat kukuh. Contohnya orang Arab di Padang Sahara. Mereka hidup dengan segala kepayahan dan kesulitan tetapi mereka beriman maka dikurniakan segala kemewahan dan rezeki yang melimpah ruah.

Kemudian mereka kufur maka segalanya ditarik kembali sehingga kembali pada keadaan asal dan itulah tanda kekuasaan Allah SWT yang menentukan segalanya.

Al-Maraghi berkata: “Barang siapa yang berpaling dari al-Quran dan menolak nasihatnya, tidak menunaikan segala perintahnya serta tidak meninggalkan larangan-larangannya, maka Kami akan masukkan dia ke dalam seksaan yang berat akan menguasainya sehingga dia tidak sanggup lagi untuk memikulnya.”

Andainya di sana terdapat umat yang tidak berjalan di atas jalan Allah SWT kemudian mereka mendapat kemewahan dan kekayaan, maka mereka akan diseksa dengan pelbagai penyakit dan mala petaka yang merosakkan sifat insaniah mereka atau mengugat keamanan dan kehormatan hidup sebagai manusia.

Semuanya itu menjadikan kemewahan dan kekayaan mereka tiada ertinya (sebagaimana yang diterangkan dalam surah Nuh).

Semoga Allah menjadikan kita dari kalangan hamba-Nya yang mentaati perintah-Nya.

*Sumber dari irfanirsyad.wordpress.com

279.0 Seruan kubur


 Foto hiasan
  Foto hiasan
  Foto hiasan
  Foto hiasan
  Foto hiasan
  Foto hiasan

  Foto hiasan

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .....

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan:

"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Sumber: http://mysweetmiko.blogspot.com/2012/07/kubur-setiap-hari-menyeru-manusia.html

278.0 Manusia dan 360 sendinya



 


Manusia mempunyai 360 sendi pada keseluruhan anggota mengikut sabdaan Nabi Muhammad s.a.w., 1,400 tahun dahulu.

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah dan mencari pengampunan dari Allah dan mengalih batu atau duri atau tulang dari laluan orang ramai dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” - [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi." -  [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:

147 sendi di tulang belakang
  25 sendi antara tulang belakang
  72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
  50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
  24 sendi di dada
    2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
   2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
   2 sendi antara skapula dan dada
 86 sendi di hujung teratas
   2 sendi antara tulang scapular
   6 sambungan antara siku.
   8 sendi antara pergelangan tangan
 70 sendi antara tulang tangan
 92 sendi di hujung terbawah
   2 sendi pinggul
   6 sendi antara tulang lutut
   6 sambungan antara pergelangan kaki
 74 sendi antara tulang kaki
 11 sendi di pelvis
   4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
   6 sendi antara tulang acetabulm
   1 sendi sumphysis kemaluan

Jumlah sendi = 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota-anggota di tubuh manusia.


Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk : ayat 14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: ayat 3-4)

*Sumber dari mysweetmiko.blogspot.com

Tuesday, March 25, 2014

277.0 Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, Pengasas Hamas
(1/1/1937 - 22/3/2004)

Nama penuhnya adalah Syeikh Ahmad Ismail Hasan Abdullah Yasin. Beliau merupakan seorang pejuang. Dilahirkan pada tahun 1 Januari 1937, di sebuah bandar bernama Al-Jura, di kota Ashkelon. Bapanya, Abdullah Yassin telah meninggal dunia pada usianya 3 tahun. Beliau bersama 6 beradiknya dan seluruh keluarganya telah menyusup masuk ke Gaza dan tinggal di Al-Shanti Camp, selepas kampungnya diranapkan oleh Isreali Defense Force pada 1948 ketika terjadinya Perang Arab-Isreal. Beliau masuk ke Gaza sebagai pelarian.

Beberapa tahun setelahnya, beliau telah berangkat ke Cairo untuk menuntut di Al-Azhar. Kemudiannya beliau telah mengikuti Ikhwanul Muslimin dan ditangkap kerana kesalahan membawa masuk senjata ke Palestin pada 1984. Kemudian pada 1985, beliau telah dibebaskan setelah terjadinya perjanjian Jibril. Kemudian, ketika berlakunya Intifada pertama pada 1987, beliau telah mengasaskan Hamas bersama Abdul Aziz Rantisi yang mana Hamas telah menjadi sayap kanan kepada Palestine Muslim Brotherhood dan beliau telah menjadi spritual leadernya secara tidak langsung.

Pada 1989, beliau telah dipenjarakan kerana tertangkap oleh tentera Isreal. Kemudian pada 1997, pihak Jordan telah melakukan tukaran tahanan, dimana 2 tahanan ejen Mossad yang tertangkap di Jordan atas kesalahan cubaan membunuh Khaled Mishal telah ditukarkan dengan Syeikh Ahmad. Maka selepas itu beliau telah dibebaskan dan kembali menjadi pemimpin Hamas.

Sebagai perjanjian, Hamas diminta menghentikan serangan ke atas Isreal terutamanya penyerang berani mati. Pihak Hamas bersetuju namun beberapa tahun setelahnya, serangan tetap diteruskan sebagai satu jalan menghancurkan Isreal. Pada 2003, Syeikh Ahmad telah menghentam hasil perjanjian Aqsa yang mana berat sebelah. Ketika itu, serangan dilancarkan ke atas Isreal.

Bermula September 2003, pihak Isreal telah melancarkan kempen memburu dan membunuh Syeikh Ahmad. Beberapa cubaan gagal. Serangan F-16 ke atas sebuah bangunan untuk membunuh Syeikh Ahmad juga gagal.

Namun, ALLAH lebih sayangkan Syeikh Ahmad. Pada 22 Mac 2004, ketika beliau sedang berada di atas kerusi roda mengimamkan solat Subuh di kota Gaza, sebuah helikopter Apache AH-64 telah menyerang bertubi-tubi ke atas masjid tersebut di daerah Sabra. Sebelum serangan, sebuah F-16 telah terbang rendah di kawasan tersebut untuk menyembunyikan suara kehadiran Apache tersebut. Lokasi masjid hanya 100 meter daripada rumah Syeikh Ahmad.

Ketika serangan berlaku, Syeikh Ahmad dan 9 orang pengikutnya termasuk pengawalnya telah meninggal dunia. Seramai 12 orang lainnya cedera parah dah 2 daripadanya adalah anak Syeikh Ahmad sendiri. Setelah serangan itu, Abdul Aziz Rantisi telah diangkat menjadi ketua Hamas.

Al-Fatihah....

Hari ini 25/3/2014, genap 10 tahun 3 hari setelah pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Sejarahnya takkan terlupakan. Kita masih menggenggam erat akan cerita perjuangan Hamas, Intifada, dan seluruh gerakan Murabbitun yang telah lama membela nasib penduduk di Palestin daripada tercengkam dek kejahatan Isreal. InsyaALLAH, suatu hari nanti, akan datang satu pasukan daripada Timur, membebaskan kota Palestin itu daripada tangan-tangan kafir yang terlaknat.

Ketahuilah, bahawa masanya sudah tidak terlalu lama......

Syeikh Ahmad Yassin dalam kenangan.

Sebarkanlah walau satu ayat !

Monday, March 17, 2014

276.0 Kereta kami ....

Koleksi kereta-kereta yang pernah berkhidmat untuk kami sejak dulu ........

Siti Nurfairuz dan Vauxhall Viva milik Shaikh Mohamed (warna biru muda)

Kereta pertama dibeli oleh Walid, Ford Prefect K 5861 

Happy ada kereta, Khoya hantar Walid pergi solat Subuh di Masjid Kapitan Keling.

Kereta Shaikh Mansoor, Mazda 1000 PP 9170

My third car - DN 2202 Honda Accord Executive


Mercedes Benz 190E BFG 2256




Mitsubishi Pajero Diesel PCJ 5280 dibeli dari UDA, Penang
kereta syarikat Datsal Enterprise.




Proton Wira 1.3,  PDT 6859 (manual)



Naza Ria 2.5 WLV 1196 (Sal)

Mine, Perodua Kancil 660 manual PFJ 6359

Perodua Myvi auto 1.3,  PJD 8732 (Sal/Farah)


Nissan Teana 2.0, PLK 8105 (Sal)


Hyundai Getz 1.3 Auto, PGC 4504 (Sal/Fatin)





Friday, March 14, 2014

275.0 Makkah - rumah-rumah sejarah

Makkah tempat lahirnya Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. (Jangan salah faham pula, Islam telah lahir serentak dengan kelahiran Nabi Adam a.s. lagi). Cuma pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. i.e. Nabi akhir zaman dan Nabi yang terakhir, Islam telah lengkap dengan lengkapnya Al-Qur'an sebagai panduan kepada manusia (yang dilantik Allah sebagai khalifah di muka bumi ini sahaja, bukan di planet lain seperti Marikh, Pluto, Jupiter dan lain-lain).  Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. terdapat Nabi-Nabi lain (setahu kita 25 Nabi, mungkin lebih) dari keturunan Yahudi, seperti Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Yaakob a.s. dan lain-lain.  Ada di antara mereka dilantik menjadi Nabi beserta kitab-kitab seperti Zabur, Taurat dan Injil sebagai panduan kepada pengikutnya iaitu Bani Israel. Tapi yang dikatakan manusia pilihan Allah ini (kerana apa sahaja yang mereka minta diqabulkan Allah seperti air terpancar dari 12 punca mata air, makanan salwa atau burung puyuh dan buah-buahan dari langit dan lain2) memang tak guna, bukan sahaja mereka mahu mengikut menyembah Allah yang Esa, malah mereka mengejek, mencerca, mencedera dan membunuh Nabi-Nabi tersebut. Unta Nabi Salleh a.s. yang membekal minuman susu kepada seluruh penduduk pun dibunuh mereka. Mereka membuat lembu dari emas dan menyembahnya (Surah Al-Baqarah).  Mereka, bani Israel dan sekarang dikenali sebagai yahudi, mendabek dada mengatakan merekalah manusia pilihan Tuhan dan orang lain adalah haiwan.  Tiba-tiba apabila lahirnya Nabi kita, mereka menolak Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w. keturunan Arab bukan dari darah daging yahudi (perpecahan darah Arab dan Yahudi bermula dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.).

Berbalik kepada Makkah, dah lari jauh dari topik, bukan apa geram sangat kat yahudi laknatullah, seperti dapat dilihat di dalam web dan berita, sedang diperbesarkan kawasan Masjidil Haram bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dari seluruh dunia yang kian bertambah. Kita bukan anti pembangunan tetapi terdetik juga sedikit sebanyak rasa sedih apabila tempat-tempat dan lokasi yang menjadi sejarah keagongan kepada umat Islam dihapuskan terus dari sejarah dunia.......tinggal kenangan.  Bukan kita hendak menyembah tempat sejarah tetapi sekurang-kurangnya kita tahu ..... misalnya: oh di sinilah Nabi s.a.w. dan isterinya Siti Khadijah tinggal selama 32 tahun .... ia mengembalikan kita kepada bayangan kehidupan Rasulullah s.a.w. 1,435 tahun dahulu.... satu nostalgia.  Banyak tempat-tempat sejarah dah diratakan dan satu masa, generasi akan datang sekadar mengenali sejarah dari buku-buku atau melayari website. Tapi bak kata pepatah "kalau diluah, mati bapa, kalau ditelan mati mak" ..... habis lama mana nak kulum? Kerajaan Arab Saudi pun dalam dilemma, tak dimusnahkan, orang-orang buat kerja khurafat di situ dan pembesaran Masjidil Haram tak dapat diteruskan .....dimusnahkan, tak tinggal apa lah! (Sila lihat di blog ini dibawah topik: http://gegarsyeh.blogspot.com/2012/11/makkah-pembangunan-vs-kemusnahan-sejarah.html)

Di bawah ini adalah beberapa tempat tinggalan sejarah di Makkah yang telah dimusnahkan.......

1. Rumah Nabi s.a.w. dan Siti Khadijah


This is the approximate region, outside the Marwah exit, where the house of Ummul Mu’mineen Khadija (may Allah be pleased with her) was located. It was here that the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) lived from the time of his marriage to her until he emigrated to Madinah.

· When the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) married Khadija (may Allah be pleased with her), he moved out from the house of his uncle Abu Talib and into the house of his bride. At the time of their marriage he (peace and blessings of Allah be on him) was 25 and Khadija (may Allah be pleased with her) was 40 years old. They stayed together for 25 years.

· Khadija (may Allah be pleased with her) was the Prophet’s (peace and blessings of Allah be on him) first wife, he married none other during her lifetime. She bore all his children except for Ebrahim, who was born to Mariya Qibtiya (Mary the Copt). All of the children were born at her home. They were named (in order of birth) Qasim, Zaynab, Ruqayyah, Umm Kulthoom, Fatima, Abdullah, and Ebrahim (scholars, however, disagree about the exact number and order of births). All the sons passed away during childhood, but all the daughters lived to see their father become a prophet. Each daughter embraced Islam and migrated to Madinah, and all but Fatima died during the lifetime of the Prophet (peace and blessings of Allah be on him). Fatima died six months after her father’s death.

· As well as their immediate family, the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) and Khadija (may Allah be pleased with her) also had extended members of their household. Barakah (who later became more commonly known as Umm Ayman), was the freed African slave the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) inherited from his father and whom he would sometimes affectionately address as ‘mother’. Zaid bin Haritha was a slave boy given as a bridal gift to the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) by Khadija (may Allah be pleased with her); he was set free by the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) but Zaid chose to stay with him and became an adopted son. The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) also took his cousin Ali into his household on account of the financial hardships his uncle Abu Talib was experiencing.

· When the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) received the first revelation of the Quran on Mount Hira he came back home and said to Khadija (may Allah be pleased with her), “Wrap me up, wrap me up.” Khadija (may Allah be pleased with her) wrapped him up in a blanket. When he (peace and blessings of Allah be on him) regained peace of mind after a short while, he related to Khadija (may Allah be pleased with her) what had happened to him with the remark, “I feel my life threatened.” Khadija (may Allah be pleased with her) replied, “By no means, I swear to Allah that He would never put you to shame. You join the ties of relationship, you speak the truth, you bear people’s burdens, you help the destitute, you entertain guests and you mitigate the pains and grief suffered for the sake of truth.” She unhesitatingly believed in him, and accepted Islam immediately.

· The boycott in She’eb Abi Talib took a heavy toll on the health of Khadija (may Allah be pleased with her), and shortly after it was ended she passed away. She was the Prophet’s trusted advisor and loyal companion, and was known by the title “Mother of the believers.” The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) once said of Khadija (may Allah be pleased with her), “When no one believed me, she believed in me, when people accused me of lying, she affirmed my truthfulness, and when people tried to impoverish me, she made me a partner in her wealth.”

· When the idolaters of Makkah plotted to assassinate the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) they surrounded his house at night. The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) was inside along with Ali (may Allah be pleased with him). The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) told Ali (may Allah be pleased with him) to sleep in his bed and cover himself with his green garment and assured him full security under Allah’s protection and that no harm would come to him. The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) then came out of his house and cast a handful of dust on the assassins and managed to work his way through them reciting these verses of the Quran:“And We have put a barrier before them, and a barrier behind them, and We have covered them up, so that they cannot see.” [36:9]

· The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) made his way to the house of Abu Bakr (may Allah be pleased with him) from where they set off on the Hijrah to Madinah. Unaware of the Prophet’s escape, the would-be assassins waited for him to come out of his house. Only at dawn when Ali (may Allah be pleased with him) awoke and came out did they realize that they had been tricked. They interrogated him about the Prophet’s whereabouts, but he pleaded ignorance. They then dragged him to the Ka’bah and kept him captive there, but he divulged nothing.

· The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) stayed in the house of Khadija (may Allah be pleased with her) for around 29 years.

Please note that the location shown above is only an approximation and it is highly unlikely that the house existed at the same ground level.

References: Local Makkan guide, When the Moon Split – Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri, The Sealed Nectar – Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri, Muhammad – Martin Lings

2.  Rumah Saiyidina Abbas bin Abdul Mutalib


This is the approximate area, outside the place of Sa’ee where the house of Abbas (may Allah be pleased with him) was located. Abbas (may Allah be pleased with him) was a paternal uncle of the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) and protected him while he was in Makkah.

· Abbas ibn Abdul Muttalib was about three years older than his nephew. A wealthy merchant, during the early years of Islam he protected the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) while he was in Makkah, but only became a convert after the Battle of Badr in 624 CE (2 AH). His descendants founded the Abbassid caliphate in 750 CE.

· In spite of his noble standing among the Quraysh, Abu Talib, another uncle of the Prophet (peace and blessings of Allah be on him), was quite poor. He had a large family and did not have enough means to support them adequately. His poverty-stricken situation became much worse when a severe drought hit the Arabian peninsula. It was during this time of drought, before his call to prophethood, that the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) said to his uncle, Abbas: “Your brother, Abu Talib, has a large family. People as you see have been afflicted by this severe drought and are facing starvation. Let us go to Abu Talib and take over responsibility for some of his family. I will take one of his sons and you can taken another and we will look after them.” Abbas approved and together they went to Abu Talib and said to him: “We want to ease some of the burden of your family until such time as this distressing period has gone.” Abu Talib agreed and the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) took Ali into his household and Abbas took Jafar into his. Jafar stayed with his uncle, Abbas, until he was a young man.

· Abbas was one of the youngest brothers of the Prophet’s (peace and blessings of Allah be on him) father Abdullah. During the early years while Islam was gaining adherents, Abbas provided protection to his kinsman but did not adopt the faith.

· He was captured during the Battle of Badr and accepted Islam just before the fall of Makkah, 20 years after his wife, Umm al-Fadl. Umm al-Fadl (may Allah be pleased with her), whose real name was Lubaba bint al-Harith, was one of the earliest converts to Islam and was a close friend of Khadija (may Allah be pleased with her), the first wife of the Prophet (peace and blessings of Allah be on him).

· Abbas (may Allah be pleased with him) was given the right to provide Zamzam water to pilgrims, the rights of which was passed down to his descendants. He is buried at the Jannatul Baqi cemetery in Madinah.

· The house of Ali (may Allah be pleased with him) was close to the house of Abbas (may Allah be pleased with him).

References: The History of Makkah Mukarramah – Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani, Wikipedia, MuslimAccess.com

3.  Rumah Ummi Hani @ Fakhita binti Abu Talib (sepupu Nabi s.a.w.)


This area, on the side of the Bab-e-Abdul Aziz gate is believed to have been the location of the house of Umme Hani (may Allah be pleased with her), the cousin of the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) and the daughter of Abu Talib. It was from here that the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) was summoned by Jibraeel (upon him be peace) and taken to Bayt Al-Maqdis in Jerusalem. This incident is known as ‘al-Isra’ (the night journey) and occurred around 621 CE.

· The event of the night journey to Jerusalem is mentioned in Surah al-Isra (also known as Surah Bani-Israeel) in the Quran:“Glory be to the One who took His Slave for a journey by night from the Sacred Mosque to the furthest Mosque, whose precincts we have blessed. “ [17:1]

· The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) had prayed the evening prayers with Umm Hani and her family, then they all went to sleep. At dawn he said to them,“I prayed the evening prayers with you in this valley, then I went to Jerusalem where I prayed, and here I am praying the dawn prayers with you.”“Messenger of Allah,” said Umm Hani, “do not tell people this lest they reject and injure you.”. “Indeed I shall tell,”said the Prophet.

· The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) went to the Ka’bah where he began to recount his miraculous journey and ascension to heaven. The Makkan pagans, of course, ridiculed his claim. Some ran to Abu Bakr (may Allah be pleased with him) and told him the story, thinking that it would shake his faith in the Prophet. “If he said so,” Abu Bakr (may Allah be pleased with him) said, “it must be true.” Abu Bakr’s answer as to why he believed is inspiring to all generations of Muslims. Since he had believed Prophet was indeed a prophet, one to whom an angel brought revelations from Allah, Lord of the worlds, why should he not also believe the Prophet’s account of his travel through space and time? From that day onwards, Abu Bakr (may Allah be pleased with him) was called ‘Siddeeq’, one who believes.

· In an attempt to prove that the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) was lying, those Makkans who were familiar with Jerusalem and the Sacred Mosque (al-Aqsa) quizzed him about his journey. The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) described everything in detail, and no one could fault his description. Additionally, the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) told the Makkans about a caravan travelling from Jerusalem to Makkah, mentioning the number of camels, their condition, and the time that they would arrive in Makkah. The caravan from Jerusalem appeared exactly when the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) said it would, and everyone saw that his description was accurate. But the pagans remained fettered to their disbelief.

· Some scholars are of the opinion that the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) went to sleep at night in the house of Umme Hani (may Allah be pleased with her), then rose after a brief while and went to the Ka’bah, for he loved to visit it during the night hours. While he was there, the desire to sleep came over him again and he lay down in the Hijr. It was from here that Jibraeel (upon him be peace) awoke him.

· Umme Hani’s real name was Fakhita. She grew up with the Prophet (peace and blessings of Allah be on him).

4.  Rumah Arqam bin Abu Arqam r.a.


This area, at the foot of Mount Safa was the approximate area where Daarul Arqam (The house of Arqam) was located. It was here in the initial period of Islam that the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) secretly preached Islam.

· The house belonged to a Sahabi named Arqam bin Abu Arqam (may Allah be pleased with him). For some time after the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) proclaimed his Prophethood, this house was the secret centre of propagation. It was here that the Muslims gathered to perform salat and to learn about Islam. As it was a short walk away from the Ka’bah and its bustling crowds, the pagans who lived nearby did not take notice of the many people who used to gather here.

· Daarul Arqam was also known as Daarul Khaizaraan. It was here that the following verse from Surah al-Anfal was revealed:“O Prophet, Allah is sufficient for you, and for those who follow you among the believers.” [8:64]

· When Umar (may Allah be pleased with him) wanted to take his Shahadah (declaration of the faith of Islam) he asked Khabbab (may Allah be pleased with him) where he would find the Prophet (peace and blessings of Allah be on him). Upon hearing of his desire to accept Islam, Khabbab (may Allah be pleased with him) exclaimed,“Umar, I have hope that Allah hath chosen thee through the prayers of His Prophet, whom yesterday I heard pray: ‘O Allah, strengthen Islam with Abu Hakam (Abu Jahal) the son of Hisham or with Umar the son of Khattab!”. “O Khabbab,” said Umar, “where will Muhammad now be, that I may go to him and enter Islam?” Khabbab (may Allah be pleased with him) told him that he was at the house of Arqam near the Safa Gate with many of his companions.

· Umar girt his sword again and went to Safa, knocked at the door of the house, and said who he was. The Sahabah had been warned that he was coming but they were struck by the subdued tone of his voice. One of the companions went to the door and looked through a chink and came back in some dismay. “O Messenger of Allah” he said, “it is indeed Umar and he is girt with his sword”. “Let him come in,” said Hamza (may Allah be pleased with him). “if he has come with good intent, we will give him a wealth of good; and if his intent be evil, we will slay him with his own sword.” The Prophet (peace and blessings of Allah be on him) agreed that he should be admitted and, advancing to meet him, he seized him by the belt and pulled him into the middle of the room saying, “What has brought thee here, O son of Khattab? I cannot see thee desisting until Allah sent down some calamities upon thee”. “O Messenger of Allah,” said Umar, “I have come to thee that I may declare my faith in Allah, and in his Messenger and in what he has brought from Allah”. “Allahu-Akbar!,” said the Prophet, in such a way that every man and woman in the house knew that Umar had entered Islam; and they all rejoiced.

· Because the valour and courage of Umar (may Allah be pleased with him) was acknowledged by all, it was after his conversion to Islam that the Muslims started performing salat in the open and Islam was propagated in public.

References: Muhammad – Martin Lings, Virtues of Hajj – Sheikh Zakariyya Kandhalvi

5.  Rumah Perhimpunan @ Darun Nadwah


This photo, which is north-west of the Ka’bah, shows the approximate place where the Darun Nadwah (Assembly House) was located. The house functioned as a house of parliament for the Quraysh and it was from here that they plotted to kill the Prophet (peace and blessings of Allah be on him). Note that this area is located in the new expansion project of the Haram.

· Qusay bin Kilaab built the Darun Nadwah approximately 150 years before the birth of the Prophet (peace and blessings of Allah be on him). The house was used for public meetings; discussions were held to settle important matters like war and peace, caravans assembled before going out, and marriages and other ceremonies were conducted. It was also from here that battalions received their flags before marching in battle.

· The leaders of the Quraysh gathered in Darun Nadwah to scheme against Islam and the Muslims. When Islam was gathering strength in Makkah and the Quraysh feared their power would become undermined they held a special council to discuss how they could get rid of the Prophet (peace and blessings of Allah be on him).

· Iblees (Satan) was also present in this meeting disguised as Sheik Jaleel of Najd. Some of the leaders of the Quraysh were of the opinion that they should banish the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) from their territory, while others felt they should imprison him till death. Finally, Abu Jahl put forth his idea that they should each select a strong youth from their tribe, arm them with swords and strike the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) in one go. By assassinating the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) in this manner,all of the clans would have a share of his blood and the Prophet (peace and blessings of Allah be on him)’s protectors, Banu Abdu Munaf could not take on all of the Quraysh at one time. Sheik Jaleel (Iblees) commended the plan and the Quraysh set their trap.

· However, Jibraeel (upon him be peace) came to the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) and told him of the plot to assassinate him. That night, the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) asked Ali (may Allah be pleased with him) to sleep in his bed after assuring him that no harm would come to him and he himself managed to slip away unnoticed. It was only at dawn that the Quraysh realised that it was Ali (may Allah be pleased with him) that was sleeping on the bed and that they had been tricked. Regarding this incident Allah (Glorified and Exalted is He) makes mention in Surah al-Anfal:“Remember how the unbelievers plotted against you to imprison you, to kill you, or to exile you from Makkah. They plot and plan, but Allah plans too, and the best of planners is Allah.” [8:30]

· Darun Nadwah came into Muslim control after the conquest of Makkah. Due to the close proximity to the Masjid Haram, many Muslim leaders and Khulafa stayed there when they performed Hajj and Umrah, among them being Umar (may Allah be pleased with him) on one occasion.

· The Abbasi Khalifah, Mu’tadhid Billah included the Darun Nadwah in the Masjid Haram in the year 284 AH (897 CE)

References: The History of Makkah Mukarramah – Dr Muhammad Ilyas Abdul Ghani, When the Moon Split – Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri, Al-Islam.org

6.  Rumah Abu Jahal @ Amr ibn Hisham 


This spot, just outside the present Masah is believed to be the approximate location of the house of Abu Jahal. Abu Jahal was a relative of the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) and one of the worst enemies of Islam. He was described by the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) as the ‘Fir’awn’ of this Ummah.

· Abu Jahal’s actual name was Amr ibn Hisham but he was commonly known as Abu Hakam (“Father of Wisdom”) among the Quraysh as he was considered a wise man. His relentless hostility and belligerence towards Islam earned him the name Abu Jahal (Father of Ignorance) among the Muslims. He was a member of the Banu Makhzum clan of the Quraysh.

· Abu Jahal was not a real uncle of the Prophet (peace and blessings of Allah be on him) [not his father’s real brother] but his father’s cousin. He was a staunch polytheist and greatly disliked the Prophet (peace and blessings of Allah be on him), taking any opportunity to rebuke and publicly humiliate him.

· He was one of the greatest persecutors of the Muslims. When a Muslim convert was discovered among the hierarchy of a tribe, Abu Jahal would reprimand the convert and then ridicule him in front of his fellow tribesmen so he would lost their respect. When he discovered a trader had converted to Islam he gave orders that no one should engage in business with him. As a result, the convert trader was unable to sell his wares and became impoverished.

· Convert slaves belonging to the polytheist Quraysh received the harshest punishment. Abu Jahal beat Harithah bint al-Muammil (may Allah be pleased with her), one such slave, for her conversion to such an extent that she lost her eyesight. He attacked Sumayyah bint Khayyaṭ, the mother of Ammar (may Allah be pleased with him) and inflicted on her mortal wounds by stabbing her with a spear in her private parts. This blessed lady was the first to meet martyrdom in the cause of Islam.

· When Umar (may Allah be pleased with him) embraced Islam, he was determined to announce his new faith to the Prophet’s (peace and blessings of Allah be on him) enemies and the first place he went to was the house of Abu Jahal. Umar (may Allah be pleased with him) knocked on his door, Abu Jahal came out and greeted him,“Welcome! What brings you here?”
“I have come to tell you that I have embraced the religion of Allah and His Messenger, Muhammad,” Umar calmly stated.
Abu Jahal heard this and disgustedly said, “May God ruin you and what you have brought!” and slammed the door shut.

References: Local Makkan guide, When the Moon Split – Safiur Rahman Mubarakpuri, Fazail-e-Aamal – Sheik Zakariyya Kandhalvi

Thursday, March 13, 2014

274.0 Perkuburan Al-Baqi', Madinatul Munawwarah

“Dari Ibn `Umar r.a. bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: `Sesiapa berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah hendaklah dia meninggal dunia di sana, kerana aku akan memberi syafa’at bagi pihak setiap orang yang meninggal dunia di situ.”
(Riwayat Al-Tirmizi)







Perkuburan al-Baqi' (البقيع) yang juga dikenali sebagai Jannatul Baqi' (جنة البقيع) adalah kawasan lapang yang menempatkan tanah perkuburan bagi penduduk-penduduk Madinah. Ia terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi.

Kawasan ini telah dijadikan sebagai tanah perkuburan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Ramai ahli keluarga dan para sahabat Baginda dikebumikan di kawasan perkuburan al-Baqi`. Qadhi `Iyad rahimahullah meriwayatkan bahawa Imam Malik mengatakan seramai 10,000 para sahabat yang telah meninggal dunia di Madinah telah dikebumikan di perkuburan Baqi`.

Pada hayat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda selalu keluar pada lewat malam untuk menziarahi kawasan perkuburan ini serta mendoakan keampunan buat penghuni-penghuni kubur.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengajarkan kepada para sahabat akan suatu ucapan untuk mereka ucapkan apabila melalui kawasan kubur, iaitu:

السلام عليكم أهلَ الدِّيارِ ، من المؤمنين والمسلمين . وإنا ، إن شاء الله ، لَلاحقون . أسأل اللهَ لنا ولكم العافيةَ


“Kesejahteraan ke atas kamu semua wahai penghuni kampung, dari kalangan orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan kehendak ALLAH akan mengikuti kamu. Kami memohon kepada ALLAH untuk kami dan untuk kamu sekalian akan kesejahteraan.”
-  (HR Muslim, dari Abu Musa al-Asy`ari `Abdullah bin Qis)

Kawasan perkuburan ini dibuka untuk lawatan selepas waktu solat fardhu `Asar dan Subuh. Hanya lelaki dibenarkan masuk. Selain dari waktu tersebut, pintu pagar masuk ke kawasan perkuburan Baqi` akan ditutup. Moga-moga dengan menziarahinya hati kita kuat ingat akan mati dan mengenangkan nasib kita pada Hari Akhirat.

Dan jika tuan-tuan mendapat peluang menghantar jenazah ke kuburan, rebutlah peluang tersebut. Biasanya selepas solat fardhu di Masjid Nabawi akan diadakan solat jenazah dan sejurus selepas itu terus dihantar jenazah tersebut ke perkuburan Baqi` yang terletak bersebelahannya sahaja. Besar ganjaran buat sesiapa yang dapat mensolatkan jenazah dan menghantarnya ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa menghadiri jenazah sampai jenazah itu disolatkan, maka ia mendapatkan satu qirath. Dan barang siapa menghadirinya sampai jenazah itu dikuburkan, maka ia mendapatkan dua qirath.”  Ada yang bertanya: “Apakah dua qirath itu?”   Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sama dengan dua gunung yang besar.”- (Sahih Muslim)

Semoga kita semua mati dalam keadaan Islam dan ALLAH Ta`ala redhakan kita, amiN

-Muzirwordpress
[Petikan dari Rayhar Travels]
...................................................................................................................................................................
Foto maqam keluarga (Ahlul Bait) dan sahabat Rasulullah s.a.w. di Jannatul Baqi'.
Rujukan: http://www.sunniforum.com/forum/showthread.php?53478-Jannatul-Baqi
-(Amazing-Pictures-of-the-Graveyard-of-Madinah).

Maqam Ibrahim bin Rasulullah s.a.w. 
(satu-satunya putera Nabi s.a.w. yang meninggal dunia ketika masih bayi)

Maqam sembilan isteri Nabi s.a.w. iaitu: 
Aishah binti Abu Bakar
Saffiyah binti Huyuy ibn Akhtab
Umm Habibah Ramla binti Abu Sufyan
Hafsa binti Umar al-Khattab
Sauda binti Zama al-Amiria
Zaynab binti Khuzaymah
Zaynab binti Jahsh
Umm Salamah binti Abu Umama
Juwayriya binti al-Harith

Maqam Ahlul Bait

Maqam Ahlul Bait

Maqam Saiyidina Uthman bin 'Affan r.a.

Maqam tiga puteri Rasulullah s.a.w. - Zainab, Ummi Kalsum dan Ruqaiyya

Maqam Fatimah Az-Zahra binti Rasulullah s.a.w.

Innaalillaahi wainnaa ilaihi raaji'uun: 13 Mac 2014 (Khamis) seorang peserta Umrah, Tuan Hj Nik Ismail bin Nik Wan Harun yang mengikuti agensi Rayhar Travels (Malaysia) telah kembali ke rahmatullah ketika berada di Madinah. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 10 Mac 2014. Allah rahmati ruhnya dan ditempatkan bersama ruh para solihin, amiin.






Teringat saya kepada bekas Pengurus di tempat saya bekerja dulu i.e. UDA Wilayah Utara, Pulau Pinang, Y.M. Tuan Haji Raja Ali bin Raja Busu yang juga telah kembali ke rahmatullah pada 31 Disember 1999 dan dikebumikan di Jannatul Baqi'.  Mengikut berita di akhbar, Allahyarham beserta isteri, anak, menantu dan beberapa lagi ahli keluarga sudah berpakaian ihram sedang menaiki van atau mini bas bertolak dari Madinah ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Di tengah perjalanan, dipercayai tayar kenderaan pecah dan mengalami kemalangan serius, kesemua di dalam bas dan pemandunya dilaporkan meninggal dunia. Kesemua jenazah dikebumikan di Baqi'.  Allah rahmati ruh mereka kesemuanya, amiin.