Monday, October 12, 2015

328.0 Airasia

Contoh semangat, kegigihan, berfikiran positif, keyakinan diri dan cita-cita membawa kejayaan.  Bagaimana seorang yang awalnya terlibat di dalam industri hiburan boleh bertukar menjadi pemilik syarikat penerbangan.

Bukanlah suatu yang mustahil selagi ada cita-cita dan semangat juang untuk memperolehi apa yang dihajati.

Ikuti pengalaman Tan Sri Tony Fernandes dan Airasia yang dipetik dari
https://www.facebook.com/SukanStarTV/




SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA

Temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes (Gambar adalah pejabat Tony Fernandes di LCCT, ada satu pintu yang membolehkan anda naik ke atas, di antara barisan kedai-kedai, ada lif, tingkat 1) .

SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?

Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.

Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.

KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?

Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.

Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.

Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.

Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.

Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.

Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.

Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)

Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.

Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah

Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.

Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha

Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.

Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.

Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.

(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.

Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.

DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.

Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.

(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.

Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.

LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?

Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.

BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?

Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.

MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.

Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.

Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.

Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.

Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… hahaha

327.0 Prestasi Blog gegarsyeh.blogspot.com

Alhamdulillah.  Saya bersyukur kepada Allah kerana seandainya saya dijemput menemuiNya, sekurang2nya saya ada meninggalkan sebuah blog yang sedikit sebanyak dapat membantu atau membimbing para pengunjungnya dalam hal-hal tertentu yang berkaitan.   Itulah pelaburan akhirat saya (jika dan diharap ianya satu kebaikan/kebajikan yang terus menerus).  Semoga Allah tidak mensia-siakan amalan saya selama hidup ini.   Jika terdapat kesilapan, kekasaran bahasa, maklumat yang tidak tepat atau bercanggah dengan fakta atau perkataan yang mengganggu emosi pembaca blog ini, saya menyusun jari memohon ribuan ampun dan maaf.  Saya berharap sdr/sdri dapat memaklumkan saya sebarang kelemahan dan cacat cela blog ini untuk kebaikan bersama.  Saya juga mengalu-alukan cadangan dan pandangan untuk membaikinya.

Kebelakangan ini, saya menghadapi kesukaran mengemaskinikan blog ini dan menjawab permasalahan pengunjung kerana masalah internet di rumah.  Saya terpaksa berkongsi internet melalui WIFI/telefon anak-anak, jadi penggunaannya agak terhad.   Sedang membaiki keadaan dan masalah teknikal. Harap maaf.

Terima kasih di atas sokongan, komen dan pandangan sdr/sdri selama ini.  Sehingga hari ini 12 Oktober 2015, terdapat lebih 367,391 orang pengunjung yang membuka artikel2 di dalam blog ini. Bulan September mencatat jumlah hampir 12,000 orang.  Purata dalam sehari terdapat 350 - 500 orang. 

Pada saya, angka dan statistik tidaklah begitu penting kerana saya lebih mengutamakan samada kandungan blog ini benar-benar memberi munafaat atau tidak, samada ia menyelesaikan masalah atau sebaliknya menimbulkan masalah.

Paling saya risau, apabila terdapat soalan-soalan berkaitan masalah kesihatan dan penyakit.  Saya bukan doktor dan bukan pula pelajar perubatan.  Kalau tanya bab pembinaan rumah, bolehlah saya jelaskan dari piling dalam tanah sampai siap bumbung dan boleh didiami, memang bidang saya selama lebih 25 tahun. Jadi dalam hal penyakit/perubatan biasanya saya menjawab berdasarkan pengalaman penyakit (i.e. serangan jantung atau angin dalam badan) yang saya sendiri alami.  Soalan2 yang dikemukakan juga akan dirujuk kepada doktor2 pakar via email atau FB seperti Dr. Arshad dan Dr. Rahim Mohd. Nor.  Agak sukar untuk memaklumkan apakah penyakit yang dihadapi oleh penanya kerana pertama saya bukan doktor dan kedua tiada maklumat yang terperinci tentang pesakit (butiran peribadi seperti umur, sudah berkahwin, pekerjaan dll) dan penyakit (kecualilah doktor famili yang menyimpan rekod kesihatan pesakit sejak awal lagi).   Jika penyakit dan simptom penyakit mempunyai persamaan dengan yang pernah dialami oleh saya, saya bolehlah membantu memberi nasihat.  Selain dari itu, saya juga merujuk laman sesawang berkaitan kesihatan samada di dalam atau di luar negara.

Sama juga apabila ada soalan-soalan berkaitan kereta/motor dan minyak hitam.  Saya bukanlah mekanik atau pakar tentang kereta/motor. Saya boleh menolong menyebarkan pengalaman dan hasil pembacaan untuk dikongsi bersama, tidak lebih dari itu. Saya mengalu-alukan, jika terdapat mana-mana mekanik atau pengedar minyak hitam dapat tampil membantu saya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.  Inilah tujuan blog ini, berkongsi maklumat dan pengalaman.

Sekian dan terima kasih di atas kunjungan serta sokongan anda!
 




326.0 Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

Assalaamu'alaikum para saudara, sahabat dan kenalan di Blog ini.

Tidak lama lagi (14 Oktober 2015 Rabu), kita akan menyambut tahun Hijrah, sempena penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah.  Ia merupakan permulaan kalendar Islam.  Sebelumnya, dunia mengenali kalendar yang dicipta oleh orang Kristian sempena kelahiran Nabi Isa a.s. (iaitu 579 tahun sebelum berhijrahnya Nabi Muhammad s.a.w.).

Seperti biasa, di kalangan kita (orang2 Malaysia) akan timbul Ustaz2 dan Ustazah2 di dalam Facebook, Blog, Twitters dan sebagainya seperti tumbuhnya cendawan di musim hujan.  Masing2 memberi keterangan dan lengkap dengan hujjah2 tentang Doa akhir dan awal tahun hijrah boleh diamal atau tidak (bukan susah jadi Ustaz dan Ustazah, tak payah pi Maktab Mahmud atau Universiti Al-Azhar Kaherah, cukup dengan copy dan paste ..... macam yang saya selalu buat). 

Saya pun bukan arif sangat bab2 agama tetapi penjelasan oleh Kiyai Muhammad Idrus Ramli cukup memuaskan hati saya dan saya rasa ingin berkongsi dengan anda semua.
 .............................................................................................................................................

DALIL DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Oleh : Kiyai Muhammad Idrus Ramli

SOAL: “Apakah doa akhir tahun dan awal tahun ada dalilnya?

JAWAB: “Ya jelas ada dalilnya. Masakan doa tidak ada dalilnya. Di dalam al-Qur’an Allah subhanahu wata’ala berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ (60)

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina". (QS. Ghafir : 60).

Ayat di atas memberikan pesanan agar kita selalu berdoa kepada Allah, dan Allah menjanjikan akan mengabulkan doa kita. Sedangkan orang yang sombong dari menyembah-Nya seperti tidak mahu berdoa kepada-Nya, diancam dimasukkan ke neraka Jahanam.

Perintah berdoa dalam ayat di atas bersifat mutlak dan umum. Karena itu berdoa pada akhir tahun dan awal tahun, masuk dalam keumuman perintah ayat tersebut.

SOAL: “Tapi dalil khusus akhir tahun dan awal tahun kok tidak ada.”

JAWAB: “Ada, yaitu diqiyaskan dengan doa awal waktu dan akhir waktu. Misalnya doa pada awal bulan dan akhir bulan. Dalam kitab-kitab hadits diriwayatkan:

DOA AWAL BULAN

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ: " اَللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ رَبِّيْ وَرَبُّكَ اللهُ " رواه الدارمي والترمذي وقال: حديث حسن

Dari Thalhah bin Ubaidillah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila melihat hilal (bulan pada tanggal 1, 2 dan 3), maka beliau berdoa: “Ya Allah, perlihatlah bulan ini kepada kami dengan kebahagiaan, keimanan, keselamatan dan keislaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (HR. al-Darimi [1730] dan al-Tirmidzi [3451]. Al-Tirmidzi berkata: “Hadits ini hasan”.).

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : " اَللهُ أَكْبَرْ ، اَللّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ ، وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى ، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ ". رواه الدارمي

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila melihat hilal, maka berdoa: “Allah Maha Besar. Ya Allah, perlihatkanlah bulan ini kepada kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, keislaman dan pertolongan pada apa yang Engkau cintai dan Engkau ridhai. Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah.” (HR. al-Darimi [1729]).

عَنْ قَتَادَةَ ، أَنَّهُ بَلَغَهُ ، أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : " هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، آَمَنْتُ بِاللهِ الَّذِيْ خَلَقَكَ " ، ثلاث مرات ، ثم يقول : " اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ ذَهَبَ بِشَهْرِ كَذَا وَجَاءَ بِشَهْرِ كَذَا ". رواه ابو داود

Dari Qatadah, bahwa telah sampai kepadanya, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila melihat hilal, maka berdoa: “Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Aku beriman kepada Allah yang telah menciptakanmu.” Sebanyak tiga kali, kemudian berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan ini, dan datang dengan bulan ini.” (HR. Abu Dawud [5092]).

Hadits-hadits di atas menunjukkan anjuran membaca doa pada awal bulan, setelah perginya bulan sebelumnya. Doa akhir tahun dan awal tahun, dianjurkan juga, dengan diqiyaskan pada doa awal bulan di atas. Di sisi lain, dalam kitab-kitab hadits juga disebutkan doa-doa yang dianjurkan pada awal terbitnya Matahari dan setelah terbenamnya Matahari, sebagaimana dijelaskan dalam kitab-kitab tentang doa dan dzikir, seperti kitab al-Adzkar karya al-Imam an-Nawawi dan semacamnya. Wallahu a’lam.

SOAL: “Kalau dalil doa akhir tahun dan awal tahun tersebut didasarkan pada dalil qiyas, apakah hal ini dibenarkan?”

JAWAB: “Ya tentu dibenarkan. Qiyas dalam ibadah telah dilakukan oleh para ulama sejak generasi salaf, para sahabat, ahli hadits dan para imam madzhab, termasuk Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Bukhari dan lain-lain. Bahkan Syaikh Ibnu Baz juga banyak melakukan qiyas dalam bab ibadah, sebagaimana dapat dibaca dalam sebagian fatwa-fatwa beliau.

SOAL: “Apakah penjelasan khasiat doa akhir tahun dan awal tahun tersebut dapat dibenarkan?”

JAWAB: “Ya tentu saja dibenarkan. Khasiat ayat al-Qur’an, doa dan dzikir telah diakui oleh seluruh ulama. Syaikh Ibnu Qayyimil Jauziyyah, murid terkemuka Syaikh Ibnu Taimiyah, panutan kaum Wahabi-(bukan-Salafi), berkata:

وَمِنَ الْمَعْلُوْمِ أَنَّ بَعْضَ الْكَلامِ لَهُ خَوَاصُّ وَمَنَافِعُ مُجَرَّبَةٌ فَمَا الظَّنُّ بِكَلامِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ الَّذِيْ فَضْلُهُ عَلَى كُلِّ كَلامٍ كَفَضْلِ اللهِ عَلَى خَلْقِهِ الَّذِيْ هُوَ الشِّفَاءُ التَّامُّ وَالْعِصْمَةُ النَّافِعَةُ وَالنُّوْرُ الْهَادِيْ وَالرَّحْمَةُ العَامَّةُ الَّذِيْ لَوْ أُنْزِلَ عَلَى جَبَلٍ َتَصَدَّعَ مِنْ عَظَمَتِهِ وَجَلالَتِهِ قَالَ تَعَالَى وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ للمؤمنين [ الإسراء: 82 ] وَ مِنْ هَا هُنَا لِبَيَانِ الْجِنْسِ لاَ لِلتَّبْعِيْضِ هَذَا أَصَحُّ الْقَوْلَيْنِ. (ابن القيم، زاد المعاد في هدي خير العباد، 2/162).

“Dan telah dimaklumi bahwa sebagian perkataan manusia memiliki sekian banyak khasiat dan aneka kemanfaatan yang dapat dibuktikan. Apalagi ayat-ayat al-Qur’an selaku firman Allah, Tuhan semesta alam, yang keutamaannya atas semua perkataan sama dengan keutamaan Allah atas semua makhluk-Nya. Tentu saja, ayat-ayat al-Qur’an dapat berfungsi sebagai penyembuh yang sempurna, pelindung yang bermanfaat dari segala marabahaya, cahaya yang memberi hidayah dan rahmat yang merata. Dan andaikan al-Qur’an itu diturunkan kepada gunung, niscaya ia akan pecah karena keagungannya. Allah telah berfirman: “Dan kami turunkan dari al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS. al-Isra’: 82).

Kata-kata “dari al-Qur’an”, dalam ayat ini untuk menjelaskan jenis, bukan bermakna sebagian menurut pendapat yang paling benar. (Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma’ad, 2/162).

Perhatikan, dalam pernyataan di atas, Syaikh Ibnu Qayyimil Jauziyyah menjelaskan bahwa khasiat doa dan dzikir termasuk hal yang dimaklumi di kalangan umat Islam.

Bagi yang tidak percaya dengan khasiat tersebut, tangisilah dirinya, karena telah menyimpang dari kemakluman yang diakui dalam agama.”

SOAL: “Dari mana untuk mengetahui khasiat ayat al-Qur’an, doa dan dzikir?”

JAWAB: “Sebahagian dari hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Sebahagian juga dari pengalaman orang-orang soleh dan ilham yang diterima oleh para auliya atau orang-orang yang ma’rifat kepada Allah. Hal ini sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafizh as-Suyuthi dalam al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an.”

SOAL: “Apakah kepercayaan terhadap khasiat yang diperoleh dari kaum para auliya dan orang-orang soeh tidak merosakkan akidah Islam.”

JAWAB: “Tidak merosakkan. Bahkan mempercayai khasiat yang diperoleh dari pengalaman dan ilham para auliya dan orang soleh termasuk bahagian dari akidah umat Islam. Hal ini sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Taimiyah dalam al-‘Aqidah al-Wasithiyyah.”

SOAL: “Siapa dari kalangan ulama yang menganjurkan doa akhir tahun dan awal tahun?”

JAWAB: “Ya banyak sekali, terutama ulama Timur Tengah dan seluruh dunia. Anda boleh baca dalam kitab Kanz al-Najah wa al-Surur fi al-Ad’iyah al-Ma’tsurah allati Tasyrahu al-Shudur, karya Syaikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Qudus al-Makki al-Syafi’i, (1277-1335 H).”

Wallahu a’lam.

Saturday, August 22, 2015

325.0 Kesan makan mi segera pada kesihatan

Mi segera menjadi kegemaran khasnya kepada kanak-kanak, remaja di sekolah maupun di universiti (termasuklah saya satu masa dulu) dan peringkat umur dewasa (mungkin dah terpaksa atau cari makanan yang ringkas).  Jenama terkenal seperti Maggi telah lama berada di pasaran dan merupakan jenama mi segera yang mula-mula diperkenalkan.   Kemudian baharulah timbul jenama-jenama baru.  Biar apapun jenamanya, kandungan di dalam perencah dan mi itu sendiri mengundang bahaya kepada pemakannya.

Tidak dinafikan, ia makanan segera yang paling mudah disediakan, sedap dan cepat mengenyangkan.  Teringat saya di Padang Arafah dan Mina ketika menunaikan ibadah haji tahun 2002, selain makanan bermasak, mi segera dalam bekas plastik (berjenama lain dari Maggi) juga dibekalkan dan boleh diambil pada bila-bila masa apabila lapar. Pada masa itu, bahaya memakan makanan ini tidak disebarkan secara berleluasa dan kekurangan media massa berbanding sekarang ini.  Apabila terjumpa website http://www.carigold.com/portal/forums/ (dipetik dari www.malaysiaria.com.my) yang menceritakan kandungan di dalamnya dan kesannya kepada organ-organ dalaman kita, tersentap juga saya, dan selepas ini saya mungkin berfikir dua tiga kali sebelum memakan mi segera.  Memang boleh dimakan tetapi janganlah terlalu kerap.  Jika ada makanan ganti, eloklah didahulukan dan diberi keutamaan dan mi segera pilihan terakhir....OK!

Berikut petikan dari laman yang dimaksudkan.

Kesan Makan Mi Segera Pada Kesihatan. Ia sangat beracun lebih dari syabu.


Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.


Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?


__________________
Sumber: http://www.carigold.com/portal/forums/

Monday, August 3, 2015

324.0 Himpunan Foto-foto Penang klasik dan sekarang

Baru-baru ini saya terjumpa sebuah laman yang memaparkan persekitaran Pulau Pinang semasa dulu, mungkin sejak zaman penjajahan British (sebelum Merdeka!) hingga tahun 60han.  Tiada yang lama maka tiada yang baru.  Bezanya orang lama tidak melihat apalagi menikmati apa yang kita rasai dan kecapi sekarang ini tetapi kita dah lalui sebahagian masa yang telah berlalu. Di sini saya paparkan Penang masa dulu hingga sekarang dan beberapa foto keluarga dalam simpanan saya supaya generasi sekarang berpeluang melihat sendiri suasana masa dahulu.   

Mengimbau kembali kenangan manis suatu masa dahulu.  Saya masih ingat kalau pergi ke Penang Road, mesti pekena Nasi Ghani Briyani (berhadapan corner Boston Bar) atau Murtabak Ghafur dekat Bertam Lane. Masa tu Restoran Craven A di Simpang Enam / Jalan Macalister jadi tumpuan ramai dan masih ingat ada papan iklan berlampu Jam Tangan Titoni di atas bumbung deretan kedai 3 tingkat. Untuk keluarga dan anak2 kecil akan bertumpu di Great World, ada lanca pusing (Ferris Wheel).

Setahun sekali ada Pesta di Padang Tambun, sekarang menjadi bengkel bas MPPP dan kedai2/bengkel Lorong Kulit. Segala-galanya telah berubah.

Berhadapan Boston Bar ini (kiri) terdapat restoran Ghani Briani

Lapangan terbang Bayan Lepas dan kapalterbang Malayan Airways

 Lukisan artis kampong Sungai Gelugor, Penang (estet)

Jalan utama di Balik Pulau semasa Jepun memerintah
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)

Bangunan rumahkedai Penang Road selepas dibom 16/2/1942
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)

Bangunan rumahkedai Chulia Street selepas dibom 16/2/1942
 (Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)

 Bangunan rumahkedai Campbell Street selepas dibom 16/2/1942
 (Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)

Bangunan rumahkedai Penang Road berhampiran panggung Odeon 
selepas dibom 16/2/1942
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
 Kedai ubat Cina di simpang Chulia Street dan Pitt Street
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
 Sekolah Convent di Lebuh Farquhar 16/2/1942
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
Bangunan rumahkedai Chulia Street selepas dibom 16/2/1942
 (Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)

 Bangunan rumahkedai Acheen Street selepas dibom 16/2/1942
 (Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)

Boston Bar corner Penang Road

 Keretapi Bukit Bendera

Kilang bijeh Eastern Smelting Co. (berasap) di Jalan Dato Keramat

Tapak kilang bijeh setelah diratakan.

Tapak kilang bijeh diganti dengan kompleks Penang Times Square.

Zaman British - kereta kuda


 Masjid Kapitan Keling, Lebuh Buckingham
Sebuah masjid yang mengamalkan dua Imam (Syafie dan Hanafi) secara bergilir-gilir. Ia menjadi Masjid Negeri Pulau Pinang sebelum Masjid Negeri di Green Lane dibina. Bapa saya, Shaikh Ahmad Baladram menjadi Imam (Syafie).

Public transport - kalau tak silap bas City Council

Dulu jam tangan Titoni amat digemari.

Bukit Bendera

Feri - dibina dan diimpot dari Hong Kong sebelum dibina sendiri di Pasir Gudang..

Bukit Bendera - train baru sikit.

Menara jam Victoria dekat jeti - round about Padang Kota Lama dan Lebuh Downing/Beach Street (Jalan Pantai).

Menara Masjid Kapitan Keling.  Saya pernah naik hingga ke tingkat atas
melalui anak2 tangga berpusing2 dan dari situ boleh nampak
view Pengkalan feri Pulau Pinang.

Bukit Bendera


 Bukit Bendera

Bukit Bendera



Yellow Bus milik Boon Siew ke Balik Pulau via Jelutong.
Nota: bucu bangunan 7Up ni sudah roboh kerana dilanggar kereta.

Sebuah rumah Melayu di Kampong Rawa / Jalan Patani

Restoran Nasi Kandar Mobile dulu-dulu.
(dipetik dari laman blog Geng Kepala Batas)

Panggung Odeon masih kekal tetapi tak se meriah dulu. 

Guru (Shaikh Ahmad Baladram) dan murid Sekolah Al-Mashoor Penang tahun 1939
(Mulanya cawangan Al-Mashoor, Teck Soon St. dibuka di Kongsi, Balik Pulau). 

Sijil Tamat Persekolahan Al-Mashoor tahun 1937

 Bangunan asal Al-mashoor di Teck Soon St.
sekarang multistorey car park (KOMTAR)

 Rumah Syed Hadi salah seorang pengasas Sekolah Al-Mashoor di Jelutong
telah menjadi milik cina dan dijadikan tokong.

Halaman rumah 126, Patani Road
Fort Prefect no. plet K 5861
 Rumah 126 Patani Road di mana kami 10 beradik dibesarkan.


 Bah - kerap juga berlaku pada tahun 60han - 70han.

Foto semasa hari raya Aidil fitri

 
 Bilik tengah, tingkat atas rumah 126.

Rumah 126 juga dijadikan asrama sementara untuk pelajar lelaki
sekolah Al-Mashoor

 Shaikh Munawar & isteri Fatimah Darus serta anak2,
Siti Muniera dan Shaikh Mahfiez di laman rumah 126.

Pasukan Sepak Raga Patani Road/Kampung Rawa

A/Yarham P.Ramlee dan Saloma di Pesta Pantai Bagan pada 6/4/1973
(sebulan  sebelum kembali ke rahmatullah).

Melawat monyet di Waterfall bersama keluarga dari Singapura
Bandingkan Georgetown sekarang.
 Penang Road di awal pagi.
 Georgetown di waktu malam

Yang lama dan yang baru - pembangunan Georgetown tidak begitu pesat.
Banyak bandar baru telah tumbuh dan sedang dimajukan.

 Sejarah Pulau Pinang 1985 - Jambatan dan Proton

Line Clear nasi kandar terkenal di Penang

 Roti bakar + telor setengah masak Hutton Lane ... memang sedap!

Bakar guna arang.

Anak mamak roti bakar generasi kedua.

Mamak generasi pertama berusia lebih 70 tahun masih strong 
dan boleh ambil order.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
aku ketika 31 Ogos 1957
Kedai foto Star, Jalan Dato Keramat
(Foto asal B&W, diwarnakan oleh Tuan Syed Idrus Hashim Al-Haddad)