Tuesday, August 16, 2016

331.0 Prestasi blog Gegarsyeh pada 16 Ogos 2016



Di atas adalah petikan dari muka web Gegarsyeh pada hari ini, 16/8/2016.  Jumlah page view atau bukaan blog ini telah mencapai lebih se tengah juta kali sejak ia dimulakan.  Statistik bukaan harian ialah di antara 400 hingga 500 kali manakala bulanan mencecah lebih 17,000 kali.  Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini dan diharap sedikit sumbangan saya ini memberi munafaat kepada saudara/saudari sekelian.

Kebelakangan ini saya kurang aktif mengemaskinikan blog ini kerana masalah tiada internet dan terpaksa menumpang wifi anak-anak (apabila mereka ada di rumah).  Mobile modem ni pun kadang-kadang terhad kegunaannya tidak seperti talian internet Telekom atau Unifi.

Se perkara lagi, janganlah hendaknya saudara/saudari mengambilhati kiranya saya tidak memberi maklumbalas di atas masalah-masalah yang dikemukakan kepada saya. Pertama dan paling utama adalah kerana saya takut memberi nasihat yang salah khasnya melibatkan kesihatan seseorang atau hartabenda anda.  Saya merujuk khasnya kepada Artikel tentang Penyakit Jantung saya dan masalah Minyak Hitam kereta. Kedua adalah kerana saya bukan doktor atau mempunyai pengetahuan tentang perubatan apapun, cuma boleh menceritakan pengalaman saya sendiri dan manusia tidak sama walaupun penyakitnya nampak ada kesamaan.  Saya juga bukan mekanik kereta yang arif tentang enjin dan elemen-elemen pada kereta. Segala-gala yang saya kemukakan adalah berdasarkan pengalaman diri saya sendiri.  Nasihat atau pandangan yang saya beri mungkin betul dan mungkin juga salah.  Saya tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu yang tidak balik akibat dari mengikut nasihat/pandangan saya.

Akhir kalam, kiranya terdapat perkataan, perbuatan dan pandangan-pandangan yang mengguris hati para pengunjung blog ini, saya menyusun jari sepuluh memohon berbanyak ampun dan maaf.  Perkara yang berlaku itu adalah kelemahan saya dan tidak disengajakan.  Saya memerlukan teguran ikhlas dari anda supaya dapat menyedarkan saya,  jika ada najis burung di belakang baju kita, kita tidak tahu sehinggalah seseorang memberitahu kita..... betul tak?

Sekian, terima kasih.  Wassalam.