Sunday, December 1, 2019

340. UCAPAN PENGHARGAAN

Assalaamu'alaikum para pengunjung blog gegarsyeh.blogspot.com.

Setelah sekian lama saya tidak timbul kerana menghadapi masalah komputer riba rosak dan cuma mengharapkan penggunaan hanfon yang amat terhad.

Di sini saya menggunakan/menumpang laptop isteri saya untuk menyatakan rasa terharu dan ucapan ribuan terimakasih di atas minat saudara / saudari mengunjungi blog saya ini. Untuk makluman statistik blog ini menunjukkan lebih 832,000 orang mengunjungi sejak ianya ditubuhkan.

Saya memohon berbanyak2 maaf kerana terdapat komen dan soalan yang amat terperinci yang bukan di bidang saya.  Misalnya tentang kesihatan, maaflah saya tak dapat memberi nasihat kesihatan kerana saya tiada kelulusan doktor atau perubatan (sekadar kongsi pengalaman sakit jantung bolehlah).  Saya nasihatkan tuan/puan rujuk terus kepada doktor peribadi. Takut saya nak beri nasihat atau pandangan tentang sakit atau perubatan tuan/puan.  Harap maaf.  Satu lagi tentang cadangan atau pilihan minyak selinder (minyak hitam) kereta. Maaflah banyak2, saya bukanlah mekanik yang ada kelulusan, cuma boleh cerita tentang pengalaman sendiri. Rujuklah kepada mekanik atau rakan mekanik yang ada kelulusan dan pengalaman. Harap anda tidak berkecil hati.

Tapi kalau perlu nasihat tentang binaan bangunan, proses dari piling bawah tanah hingga bumbung,  Insyaa'allah saya boleh membantu kerana lebih 20 tahun kerja saya membina bangunan. Saya bekerja di pejabat UDA Holdings (Pulau Pinang).  Malah saya bersedia membantu dan memberi khidmat nasihat serta bimbingan jika anda bercadang membangunkan sesuatu tanah.

Hampir terlupa, hari ini genablah usia saya 63 tahun. Alhamdulillah dikurnia Allah kesihatan yang baik dan hidup yang sederhana. Jika mengikut kiraan tahun Hijriah, umur saya menjadi 65 tahun. (Lahir pada jam 9.30 pagi hari Rabu 28/11/1956 = 25 Rabiul Akhir 1376).

Foto di bawah ialah sempena sambutan Merdeka yang yang pertama 31 Ogos 1957 dan di bawahnya berpakaian Arab ketika usia 3 tahun.