Monday, September 24, 2012

63.0 Batu merah di kaki Kaabah

Batu merah (7 1/2 keping) di kaki Kaabah


Teringat saya semasa menunaikan haji pada Januari 2002.  Selepas selesai melakukan tawaf, biras saya (Hj. Hamiruddin Saniff, Jeram, Selangor) menanti peluang untuk mencium Hajarul Aswad.  Sukar untuk menghampirinya kerana terlalu ramai dan bersesak.  Tiba-tiba datang seorang Indonesia yang menyorong seorang tua di atas kerusi roda menegurnya. Katanya, diringkaskan, jika saudara tidak dapat mencium Hajarul Aswad, memadai menyentuh atau mencium 7 atau 8 keping batu merah yang terletak betul-betul di kaki Kaabah. Orang tua yang di atas kerusi roda tadi menjadi kuat, turun dari kerusi roda dan terus mencium batu-batu tersebut.

Entahlah, sejauh mana kebenarannya.  Rahsia batu merah ini tidak pernah didedahkan, pelik juga bila memikirkan  mengapa ia berada di situ. Misteri.  Wallaahu wa'alam.

Saturday, September 15, 2012

62.0 Tidur dengan kipas angin?

Petikan dari Melayukini.net. Se kadar menyampaikan apa yang diketahui. Sukar menentukan kebenarannya kerana ia tidak nyatakan siapa yang membuat kajian dan finding ini. Se kadar teori tapi logiknya ada.



Melayukini.net – Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan | Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.

Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Melayukini.net – Kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat. Elakkan juga kita tidur terlalu dekat dengan kipas angin.

Thursday, September 13, 2012

61.0 Kelebihan kulit pisang

Percaya atau tidak, cuba dulu!



Ambil secebis kulit pisang, tonyoh bahagian dalamnya pada gigi anda selama 2 minit. Lepas tu cuci dengan berus gigi, Insya'allah gigi jadi putih (bagi orang2 yang masih ada gigi laaa ......... dan tidak pakai gigi palsu - jangan marah bro, nanti kena lelong!)


Thursday, September 6, 2012

60.0 Goji guarana




34 faedah mengamalkan goji.

Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :-

1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.

2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.

3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"

4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.

5. Goji mengurangkan risiko kanser

6. Goji mengurangkan kolestrol

7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes

8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual

9. Goji membantu mengurangkan berat badan

10. Goji melegakan sakit kepala dan pening

11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak

12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda

13. Goji menguatkan jantung anda

14. Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung)

15. Goji meningkatkan halangan penyakit

16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)

17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser

18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)

19. Goji menghalang tumbesaran tumor

20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi

21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum)

22. Goji meningkat limfosit

23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang

24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat

25. Goji merawat simptom-simptom menapause

26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung

27. Goji meningkatkan kesuburan

28. Goji menguatkan otot dan tulang anda

29. Goji menyokong fungsi buah pinggang

30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan

31. Goji membantu batuk kering yang kronik

32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah

33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda

34. Goji membantu sistem penghadaman

Peringatan: Goji adalah produk kesihatan sampingan (supplementary), sebaik-baiknya rujuklah pakar perubatan sebelum mengamalkan sesuatu produk kesihatan.

Wednesday, September 5, 2012

59.0 Anda sakit?


Tak dinafikan, apabila kita jatuh sakit, hati menjadi gundah kerana kebiasaan yang selalu dilakukan tidak boleh dilakukan kerana banyak sangat pantang larangnya (khasnya tentang makan dan minum).  Bila kena diabetes, kegemaran kepada makanan dan minuman manis menjadi "musuh ketat". Bila kena serangan jantung dan level kolestrol yang tinggi, kena hadkan makanan yang berminyak dan berlemak dan macam2 lagi yang dinikmati selama ini sudah tidak boleh dinikmati lagi.  Janganlah berkecil hati atau berasa gundah kerana kita belum melihat ada orang yang jauh lebih menderita sakit daripada kita.  Sesekali pergilah berjalan-jalan di hospital. Bermacam2 keadaan pesakit dapat dilihat. Contohnya, di dalam wad patah, manusia macam robot - cucuk besi di kepala, di lutut, di buku lali dan macam2 lagi. Kita yang boleh bergerak bebas dan melakukan banyak perkara patut bersyukur kerana ramai yang terlantar sakit di atas katil hospital dah berbulan-bulan.

"Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku."  - petikan dari Al-Qur'an. Se potong ayat ini sudah cukup menenangkan aku dan memberi harapan untuk terus menikmati kehidupan ini. Putus asa bukan style aku (tak dak pun dalam dictionary aku).

Berikut adalah petikan dari web PanduanIslam.com :-

Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT,
Allah akan utuskan 4 Malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa...

Jadi, para saudara dan sahabat2ku yang mengalami kesakitan, jangan bersedih, berputus asa dan gundah kerana "it's not the end of the world."  Dengan mengalami kesakitan (walaupun se kadar duri yang tertusuk di tapak kaki - maksud hadith) sebahagian dosa kita telah digugurkan dari buku senarai dosa.  Yang bahayanya ialah kita sentiasa sihat, selalunya kita lupa kepada Allah. Betoi tak?

Saturday, August 11, 2012

58.0 Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah, Pulau Pinang

Nota: Petikan dari buku Cenderamata kerana pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah, Pulau Pinang pada 1 Ogos 1958 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri.

Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah (Sekarang dikenali sebagai Sek. Men. Keb. Agama Al-Mashoor (L) di Jalan Air Itam) Pulau Pinang sebenarnya telah wujud sejak tahun 1916. Pada tahun tersebut, beberapa orang Arab terkenal di Pulau Pinang telah menyatakan hasrat yang terpendam iaitu "anak-anak Islam mestilah jangan dibiarkan tertinggal dalam hal menuntut pelajaran agamanya sendiri.  Sekiranya anak-anak Islam tidak dididik dengan pengajaran agamanya,  maka akhirnya kelak pemuda dan pemudi Islam akan sesat dan rugi di dunia dan akhirat."
Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958. 
Petikan dari Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958.

Demikianlah di atas asas kesedaran dan keinsafan ini dan juga dengan berkat adanya rasa bekerjasama dan bantu membantu di antara sesama kaum Islam, maka dengan pertolongan Allah Subhaanahu wata'ala pada tanggal 16 Muharram 1335 (tahun 1916), terciptalah sebuah madrasah agama dengan tugas pertamanya memberi pelajaran membaca Al-Qur'an dan mengajar ilmu fardhu 'ain kepada anak-anak Islam iaitu bertempat di Lebuh Acheen (Acheen Street), Pulau Pinang dengan nama "Madrasah Al-Qur'an."  Gurunya yang pertama ialah Yang Mulia Tuan As-Syed Abdul Rahman Al-Habsyi dengan murid-muridnya seramai 16 orang.

Pengusaha-pengusaha yang telah menjayakan rancangan madrasah tersebut pada ketika itu ialah Yang Mulia Tuan-Tuan:  As-Syed Mahdzar Aidid, As-Syed Syeikh Al-Hadi, Asy-Syeikh Ali Bawazir, As-Syed Umar As-Saqaf, As-Syed Umar Mahdzar dan Asy-Syeikh Hasan Baghdadi.

Petikan dari Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958.

Madrasah yang baru dibuka ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat Islam di bandar ini.  Dari bilangan 16 orang pelajar telah meningkat hingga ke berpuluh-puluhan.  Untuk menyesuaikan dengan keadaan, madrasah ini telah berpindah ke Kampung Jawa Lama dan kemudian berpindah pula ke Lebuh Teck Soon (sekarang ini dibina KOMTAR dan tempat letak kereta bertingkat), berkat usaha lanjutan dari Yang Mulia Tuan-Tuan; Haji Bachik Melaka, Mydin Shah, Al-Haji Karwa dan As-Syed Syeikh Al-Hadi. Madrasah ini dinamakan "Madrasah Masyhoor Al-Islamiah" iaitu sempena dengan nama Tuan Habib Al-Masyhoor, seorang tua yang amat disegani masyarakat pada masa itu. 


Penuntut dan Mudir (Al-Marhum Shaikh Ahmad Obaid Baladram, bapa blogger), cawangan Balik Pulau, Pulau Pinang tahun 1938

Penuntut dan Mudir (Al-Marhum Shaikh Ahmad Obaid Baladram), cawangan Balik Pulau, Pulau Pinang tahun 1939

Bergambar sempena pementasan Kisah Saiyidina Omar Al-Khattab

Penuntut  Madrasah Mashoor al-Islamiah, cawangan Balik Pulau, Pulau Pinang tahun 1938

Penuntut dan guru  Madrasah Mashoor al-Islamiah, bahagian lelaki di Lebuh Teck Soon, Pulau Pinang

Penuntut dan guru  Madrasah Mashoor al-Islamiah, bahagian puteri di Jalan Burmah, Pulau Pinang

Sebahagian daripada asrama baharu bahagian puteri Al-Mashoor Al-Islamiah di Jalan Air Itam (sekarang menjadi bangunan sekolah/asrama anak-anak yatim)






Di antara tenaga pengajar dan pengurusan Al-Mashoor ketika di Lebuh Teck Soon. 
Duduk dari kanan: Tuan Haji Abdullah Bukhari (sekarang imam, Masjid Kapitan Kling), A/yarham Ustaz Ahmad Bajunaid, A/Y Tuan Shaikh Husain Bakar Rafiq, A/Yarham Shaikh Ahmad Obaid Baladram.


 YAB Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika lawatan 1957.

Berdiri dari kanan menyambut kehadiran YAB Tunku: A/Y Ustaz Ahmad Bajunaid, A/Y Ustaz Shaikh Ahmad Baladram, dan A/Y Ustaz Shaikh Ali Baladram.

YAB Tunku meletakkan batu asas pembinaan bangunan baru Madrasah

Foto diambil dari website Alumni Al-Mashoor (L)





Bergambar bersama TYT Gabenor, YTM Raja Tun Uda - bangunan baru di Lebuh Teck Soon.

Masa terus berlalu dan Al-Mashoor terus gah melahirkan pemimpin masa depan.
Foto diambil dari website Alumni Al-Mashoor (L)

Bangunan warden asrama Lelaki
Foto diambil dari website Alumni Al-Mashoor (L)

Bangunan SMKA Al-Mashoor (P) di Medan Lim Cheng Theik, Jalan Burma, Pulau Pinang
Kejayaan cemerlang terus dicipta, Syabas Al-Mashoor!























Wednesday, August 8, 2012

57.0 Antara tutup dan dedah ......

Kebelakangan ini, di dada akbar tempatan terpampang artis-artis wanita (tempatan) telah berhijrah daripada pendedahan kepada menutup aurat.  Trend ini amat membanggakan, syukur Alhamdulillah. Apabila Allah memberi petunjuk dan hidayah, tiada siapa dapat menghalang dan demikian sebaliknya apabila Allah menutup hidayahNya ke atas seseorang, tiada siapa dapat memberinya hidayah hatta Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.  Kita pernah mendengar cerita (hadith) di mana ketika Abdul Mutalib (datuk Nabi s.a.w.) sedang nazak, baginda Rasulullah s.a.w. menghampirinya meminta ia mengucapkan kalimah syahadah tetapi ia enggan hingga ke hujung hayatnya.  Betulkan saya jika saya tersilap!.


Sekali lagi diucapkan syabas kepada: 

1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah


Ini baru ujian peringkat awalan.  Apabila kita bercadang untuk berhijrah daripada kurang baik kepada yang lebih baik, mahu tak mahu kita akan menghadapi cabaran dan ujian di samping celaan dan kata-kata yang kurang menyenangkan samada daripada rakan taulan atau saudara mara atau peminat sendiri. Mungkin akan kedengaran bisik-bisik, "tutup apa macam tu, nampak subang kat telinga",  "dah puas buat maksiat, buat baik pulak lah"  dan macam-macam lagi yang negatif akan berlegar.  Jadi, banyakkan bersabar disamping menambah ilmu fardhu 'ain yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam mempelajarinya.

Baru-baru ini juga, terpampang di akbar tempatan, anak pak Raman ( ........ binti Abdul Rahman) ditangkap di restoran / pusat hiburan kerana menjadi "penari tiang".  Alangkah sedihnya, anak bangsa kita terperangkap di dalam kancah hina demi mencari rezeki RM500.00 se malam.  Sebelum ini juga, gah di Malaysia, anak genius yang dibiayai pelajarannya oleh kerajaan Malaysia (anak kacukan Malaysia - Pakistan, jika tak silap saya) di London menjadi pelacur kelas atasan membuat ribuan Pound Sterling se hari. Lebih terok, dalam akbar Isnin sudah, artis bollywood (yang menjadi idola dan pujaan masyarakat Malaysia) membuat pendedahan yang berani ..... "Chopra bangga berbogel." Tahu berapa harga maruah yang Playboy bayar kepada Chopra? Ratusan ribu Dollar. Tawaran ini amat menarik .... artis Malaysia bagaimana? Sesetengah kita mungkin berkata, apa nak kesahkan, perkara biasa di luar negara pulak tu.  Apa yang merisaukan ibubapa di Malaysia sekarang ini, akbar dan media massa memaparkan isu-isu yang tidak sihat untuk tatapan semua kategori.  Sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi minda remaja yang bakal menjadi pemimpin generasi akan datang.



Sedarlah anak bangsaku,  sokonglah sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadi baik dan berdoalah agar yang masih bergelumang dengan dosa diberi petunjuk dan hidayah kembali ke jalan yang benar.  Situasi ini amat merbahaya kerana kita juga mempunyai anak-anak remaja dan anak-anak buah yang sedang berhijrah ke arah dewasa.  Mereka amat terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat kerana kemajuan sains dan teknologi serta media massa yang canggih.