Tuesday, February 26, 2013

111.0 Dari Kacamata Mahdzar (1) - Bahagian 2


41        LEBIH BAIK TUTUP MULUT
REMEMBER !! KETAJAMAN LIDAH ADALAH LEBIH DARIPADA PARANG YNG MEMBELAH BATU.
BERCERITA-CERITA TENTANG KELEMAHAN SESEORANG DI DEPANNYA - MENJATUHKAN MARUAHNYA, BERCERITA-CERITA DI BELAKANGNYA - MENGUMPAT.
LEBIH BAIK TUTUP SAHAJA MULUT TU.
7.00 p.m. RABU 3/5/1978
42        ALIM PUN KENA TIPU
REMEMBER SHAIKH!! Jagalah dirimu dari ditipu oleh syaitan dengan berdindingkan “KERANA ALLAH”.

Ingatlah, seorang alim telah ditipu syaitan apabila niat hendak menolong seorang janda yang akhirnya menjadi penzina dan pembunuh ibu dan anak ~ asalnya “KERANA ALLAH”.

11.30 a.m. 13/5/1978

43        BERIMAN HINGGA KE KUBUR
Shaikh! Janganlah engkau fikir engkau telah beriman dan akan terus beriman sehingga jasadmu terbenam ke perut bumi … KERANA … kerana ujian dan dugaan dari Allah, dari wang ringgit, harta, anak isteri telah mengubah ramai sikap alim-alim ulamak kepada taraf yang lebih rendah dari orang-orang jahil TETAPI ada juga dan memang ramai yang dengan kehendak Allah “azza wajalla” telah merubah beberapa sikap dan sifat yang keji pada masyarakat kepada sifat yang terpuji,dari seorang pelacur, groovy, rugget, berbikini, mini skirt kepada seorang yang cuma kelihatan muka dan telapak tangan yang suci ~ dan Allah Maha Pengampun lagi penerima taubat. Selagi hidup dan bernyawa, selama itu pintu taubat terbuka. Dah kaku sejuk - MATI - tidak terbuka lagi.
11.45 a.m. 13/5/1978
44        MANUSIA DUA WAJAH
Shaikh! Misalnya engkau dilantik menjadi Hakim, apakah yang engkau hendak hukumkan kepada orang seperti ini:-
Bila beribadat fardhu, mendirikan solah dan ibadat-ibadat yang lain, dibuatnya bersungguh-sungguh, berpakaian seperti orang-orang alim dan pada zahirnya memang ahli syurga tetapi di luar solah, di luar masjid, di luar bulan Ramazan, dilihat zahirnya berlainan sekali ~ seluar yengki Wrangler, bell bottom, jean, hisap rokok, jalan sana sini, kacau perempuanlah, dating lah, apakah ini juga pakaian seorang alim? Adakah ini diredzai Allah? adakah ini gambaran batin juga? Ada kalanya tak boleh berenggang dengan mendengar ayat-ayat suci, lagu-lagu memuji Allah tetapi ada masanya terkumit-kumit juga mulut dengan lagu-lagu rancak SMOKIE, Boney M dll. ~ party ikut juga. Adakah hati terus berdenyut menyebut ALLAH di kala itu? Hukumkan sendiri.
10.30 p.m. 15/5/1978
45        PENEBUS DOSA
Shaikh! Janganlah engkau mengeluh panjang jika engkau ditimpa bala; misalnya accident motor, penyakit gatal, tak lalu makan ikan, kuruslah dan macam-macam lagi. Apa yang mesti dipersoalkan ialah:-
Satu saat di padang mahsyar pada hari qiamat = beribu tahun di dunia; azab satu saat di akhirat memang tidak upaya ditanggung olehmu. Maka bersabarlah engkau menerima segala PENEBUS DOSA engkau di dunia - lebih baik lagi.
11.45 p.m. 21/5/1978
46        BAHAGIAN DI DUNIA & AKHIRAT
Shaikh! Jika setiap langkah engkau, engkau sertakan niat hendakkan kemewahan dan kenikmatan duniawi, Insya’allah! Allah akan kurniakan TETAPI INGAT! INGAT DAN AWAS! TIADA BAHAGIAN ENGKAU DI AKHIRAT KELAK - RUGILAH ENGKAU. Pohonlah kebaikan hidup di dunia dan di akhirat dan minta berlindung dengan Allah dari azab api neraka - Insya’allah diqabul.
11.50 p.m. 21/5/1978
47        KELEKATU
RABBI ZIDNII ‘ILMAA



Shaikh! Shaikh! Awatlah hang ni bodoh sangat, dok jadi kelekatu malam; bila hari hujan, keluaq ghamai-ghamai pi teghepa dekat lampu yang bernyala terang - dah tahu lampu tu hangat … dak … dok beghetoh juga, menyiksa diri sendiri tapi cubalah jadi kuda ~ apabila dengaq musuh mengaum dari jauh, dah susun tapak seribu - cabut 100 m.p.h. bukan pengecut tetapi kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri untuk mempertahankan diri berbanding dengan kekuatan musuh ~ jangan dok CUBA TRY, macam kelekatu berani try ~ tak dak ilmu ~ jahil ~ nasihat orang tak mau dengaq. Tu dia laa! Tiap-tiap satu yang Allah jadikan ialah untuk manusia mengambil pelajaran darinya mengatasi kejahilan.
12.10 a.m. 21/5/1978




49        PISAU DAN TIMUN
Shaikh! Oghang kata …. Pisau di tangan kanan dan timun di tangan kiri - tunggu apa lagi, potong sajalah!! Tapi ingat dulu Shaikh …
q  Tajam dah kaa pisau tu supaya timun tak cacat
q  Timun tu pahit ka manis ka - rasa dulu sikit
q  Jangan potong atau hiris tak tentu hala - pisau, timun dan jari pun nanti rosak
q  Pisau bukan se bilah … timun bukan sebiji …. Jangan gopoh
12.15 a.m. AHAD 21/5/1978
50        SOAL JAWAB RUHANI & JASMANI 1
SOAL   :           apa yang engkau takut?
JAWAB :           takut derhaka kepada Allah, Rasul dan ibubapa ku.
SOAL   :           lagi?
JAWAB :          aku takut, aku sanggup bertungkus lumus kerana             oghang, belanja oghang lebih lagi, tetapi tidak sanggup aku menolong kedua orang tuaku .. walaupun tolong hantar bapaku ke masjid atau ibuku ke rumah sakit dengan nikmat Allah yang ada padaku.
SOAL    :          ada lagi tak?
JAWAB :          ada!!
SOAL    :          apa dia?
JAWAB :          aku sayang bini aku, anak aku … harta aku lebih dari kecintaan aku untuk bertemu dengan Allah, dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan ibubapa aku.
SOAL    :          ada lagi kot?
JAWAB :          ada, banyak lagi .. memadailah takat yang besar-besar ni.
SELASA 23/5/1978
51        SOAL JAWAB RUHANI & JASMANI 2
RABBI ZIDNII ‘ILMAA
SOAL   :           apa yang engkau khuatirkan?
JAWAB :           cuba tanya apa yang aku TAK khuatirkan dahulu
SOAL   :           okay lah! Apa yang kau TAK khuatirkan?
JAWAB :          aku tak khuatir kalau aku ditimpa bala, kalau aku tak banyak harta macam Boon Siew, atau jadi papa TETAPI apa yang aku khuatirkan ialah di antaranya … satu masa kerana aku terlalu-lalu very very busy dengan hal duniawi hingga tiada masa aku meletakkan dahiku di atas lantai, sehingga aku tidak tahu apa harus aku lakukan di bulan Ramadzan; tiada masa aku nak mengambil tahu hal keluargaku, lebih-lebih lagi ibubapa aku.
SOAL    :          ada apa-apa lagi tak?
JAWAB :          ada! Aku khuatir satu masa aku tak kenal diriku sendiri dan apa tujuan aku dihidupkan di muka bumi ini.
SELASA 23/5/1978

52        KAUM CINA
Shaikh! Renungkanlah tentang kehidupan satu kaum i.e. Cina; sebabnya istimewa juga tau; seorang atau sekeluarga Cina biasa hidup walaupun terhimpit di kelilingi oleh orang-orang Melayu tetapi kalau seorang Melayu tidak pernah hidup dikelilingi oleh kaum Cina. Mengapa jadi begini? Selidik dan banyak soal ~ akhirnya akan dapat jawapan.
SELASA 23/5/1978
53        BUKTI KEPADA DUNIA
Shaikh! Apakah yang engkau hendak buktikan kepada masyarakat dan dunia Islam?
Aku nak buktikan bahawa Islamlah agama yang benar dan diredzai Allah; akulah orang Islam dan agama Islam adalah maju dalam setiap zaman. Umat Islam adalah umat yang digeruni di atas muka bumi ini; digeruni kerana kebenarannya bukan ketakburannya atau wang ringgit.
Aku nak buktikan bahawa tiada sebab yang boleh menghalang seorang umat daripada mendirikan solah walaupun di mana jua ia berada, dalam keadaan apa sekalipun. Aku nak buktikan bahawa agama Islam ialah agama yang mudah tidak memberatkan umatnya.
10.30 p.m. SELASA 23/5/1978
54        THE BEST!
RABBI ZIDNII ‘ILMAA
NEVER THINK YOU’RE THE BEST! BUT YOU HAD TRIED THE BEST.
Manusia cuma berupaya berikhtiar menyempurnakan dirinya … dan tidak pernah ujud manusia yang paling sempurna selain dari Rasul-Rasul dan siapa-siapa yang bersifat seperti yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan Al Hadith.
10.30 p.m. SELASA 23/5/1978
55        HORMATI SAHABAT IBUBAPA
Shaikh! Hormatilah sahabat-sahabat kedua ibubapamu walaupun ketika keduanya masih hidup ataupun telah maati. Jika mereka (sahabat kepada ibubapa) suka membawa mulut, mengumpat dan buat perkara-perkara yang tidak menyenangkan, maka tutup sahaja mata dan telinga engkau ~ jangan putuskan tali silaturrahiim sesama Islam lebih-lebih lagi sahabat kepada kedua ibubapamu. Ingatlah akan “Hablum minallaah” dan “hablum minannaas”; walau bagaimanapun keadaan mereka, mereka tetap lebih tua dan sewajarnya dihormati. Mudah-mudahan dengan tingkahlaku engkau yang baik boleh mengubah sikap mereka. Jika mereka memuji akan tingkahlaku engkau, maka asuhan, didikan serta nama kedua ibubapamu yang disebut-sebut.
2.30 p.m. KHAMIS 25/5/1978
56        JANGAN BURUK SANGKA
Shaikh! Janganlah memburuksangkakan sesama manusia apatah lagi sesama saudara mara kerana kemungkinan yang diburuksangkakan itu lebih baik, entah berpuluh malah beratus-ratus kali dari engkau, dari kebajikan yang dilakukannya yang tidak engkau ketahui.
8.30 p.m. SABTU 27/5/1978
57        UBAT PENYAKIT JIWA
Shaikh Oi! Bukanlah dengan wang ringgit dapat mengubati “Penyakit Jiwa” tetapi kelakuan yang menyenangkan hati orang yang sakit jiwa itu boleh membunuh sehingga kuman-kuman penyakit itu tak dapat hidup.
8.30 p.m. SABTU 27/5/1978

58        HATI = MULUT
Shaikh! Hati dan mulut adalah dua unsur yang sama sifat tetapi manusia membezakannya dengan disalahgunakan. Apa yang keluar dari mulut boleh didengar tetapi apa-apa yang tersimpan di dalam hati, Allah jua yang mengetahui.
Jahat mulut tetapi baik hati tidak aku takut tetapi jahat hati, manis di mulut paling ku khuatiri.
Orang yang jahat mulut mungkin tidak sampai hati untuk membunuh tetapi orang yang jahat hati, manis mulut memang berani membunuh.
Itulah beza di antara hati dan mulut. Bentukkan dirimu supaya baik mulut dan baik hati.
9.20 p.m. SABTU 27/5/1978
59        SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH
Shaikh! Ingatlah ketika bapa manusia, Nabi Allah Adam a.s. ditipu oleh syaitan dengan buah “khuldi” yang menjadi larangan Allah. Di ketika itulah, Nabi Adam a.s. lapar, dahaga dan lupa, mungkin. Iblis l.a. bersumpah dengan nama Allah, akan niatnya yang baik kononnya.
Jadi, di masa engkau hidup ini, awaslah dengan orang-orang yang seperti engkau tetapi terasuk syaitan yang tak kelihatan pada mata manusia, yang mungkin bermulut manis dan bersumpah dengan nama Allah pula supaya engkau mengikut jalannya yang serong dan sesat.
AWAS! AWAS! Syaitan nampak engkau, engkau tak nampak dia. Itulah musuh ketat engkau yang paling dangerous.
10.23 p.m. ISNIN 12/6/1978

60        RETURN TO SENDER
Perhati dan renungilah! Dengarlah nasihat ini.
Orang yang hidupnya teraniaya di permukaan bumi ini janganlah terlalu bersedih hati, bersabarlah. Tuhan sanggup membalikkan penganiayaan itu ke alamat asalnya (orang yang membuat aniaya itu). Orang yang menganiayanya, jangan terlalu bergembira dalam hidup, pasti akan merasakan sakit dan pedihnya penganiayaan yang dia lakukan itu. (rujuk Kesah Nabi Adam a.s. dari buku “Rangkaian Cerita Dalam Al-Qur’an” oleh Bey Arifin, m.s. 23).
Jadi, kalau engkau teraniaya, BERSABARLAH tetapi jika engkau pernah menganiaya sesiapa, BERTAUBATLAH dan mohonlah keampunan Allah banyak-banyak.
10.38 p.m. ISNIN 12/6/1978
61        QABIL VS HABIL
Shaikh! Ingatkah lagi kesah pembunuhan atau pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini? I.e. ketika Qabil (abang) membunuh Habil (adik kandungnya sendiri), di hatinya dengan dorongan nafsu terselit hasad dengki yang memberi titian bagi iblis merasuk dan menghasut sehingga ia tergamak membunuh. Setelah berjaya, gembiralah syaitan yang kena laknat Allah itu dan Qabil menyesal dengan sebenar-benar sesalan - suasana dan keadaan Qabil memang sama dengan apa yang berlaku sekarang kepada kebanyakan manusia - buat maksiat - sesal; ada di antaranya sempat bertaubat dan disucikan Allah segala dosanya kerana ia berilmu pengetahuan. Bagai-mana pula dengan yang JAHIL, yang tertutup pintu hati dan meninggal dalam keadaan MAKSIAT? Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
10.47 p.m. ISNIN 12/6/1978

62        QABIL VS HABIL 2
Shaikh! QABIL menanam mayat HABIL setelah ia melihat peristiwa perkelahian burung-burung gagak yang menanam mangsanya yang dibunuh. Jadi, dengan apa yang Allah kurniakan seperti mata dan lain-lain, lihatlah keadaan alam sekeliling dan pelajarilah darinya semoga engkau lebih mensyukuri dan membesarkan Allah.
10.51 p.m. ISNIN 12/6/1978
63        DICISION MAKING
Dari dahulu sampai sekarang, aku masih belum cekap (tidak tahu bertin-dak dalam masa yang singkat sekali) di dalam membuat keputusan (decision making) ~ aku masih berharap dan bergantung kepada ide-ide dan pertolongan orang seolah-olah aku ketinggalan di dalam mengejar sesuatu. Apakah aku tidak berupaya memberi jawapan terhadap masalah yang ujud pada diriku sendiri? Ya, itu saja jawapannya.
Berbahagialah apabila keputusan yang diambil itu disertai dengan Rahmat Allah s.w.t. dan binasalah apabila nafsu dan syaitan sudah mengatasi jalan yang sepatutnya engkau lalui. Orang yang paling dekat dengan aku ialah aku dan aku sendiri memang lemah untuk menyelesai-kan masalah diriku sendiri, boleh jadi kerana kejahilan diriku dan kekalahan aku berhadapan dengan kehendak nafsu syaitan.
Tertanya aku pada diriku; adakah otak aku sudah uzur untuk membuat keputusan sebelum bertindak? There must be something wrong, some-where! Memang benar firman Allah yang bermaksud: “sesungguhnya Kami (Allah) tunjukkan dua jalan (baik dan jahat)”, jadi manusia akan berkemudi dengan akalnya yang waras serta patuh kepada undang-undang Allah dan selamat, atau mengikut nafsu, patah kemudi, perahu kecil akan ditelan ombak ganas dan jadi mangsa batu keras. Bertawakkallah kepada Allah. Never say “give-up”.
Semua kejadian yang sudah berlaku, sekarang dan yang akan datang sudah tertulis di Luh Mahfudz (DIARY ALLAH), tiada sesuatu yang boleh merubah atau memadamnya melainkan dengan DOA.
11.55 p.m. KHAMIS 6/7/1978
64        KE SYURGA ATAU NERAKA
Berbagai-bagai malah berjuta-juta sebab, suasana, perkataan, kata-kata, yang boleh memasukkan seseorang hamba Allah samada alim, jahil, warak, jahat dan sebagainya ke dalam syurga dan begitulah pula sebaliknya berjuta-juta perkara boleh memasukkannya ke dalam neraka jahannam tidak kira siapa dia. Setengah perkara itu jelas kelihatan dan memang ketara kepada orang. Tetapi sesetengah perkara itu tidak engkau sedari samada ia membawa ke syurga atau ke neraka. Jadi, berhati-hatilah setiap langkah dan perbuatan engkau, langkah kesemua gerakgeri anggota kecil atau besar, zahir atau batin, terutama akal fikiran dan mulut. Akal boleh membawa kepada kebajikan atau kemaksiatan ~ dan mulut kalau kurang dijaga membawa kepada kebinasaan. Jadi, tuntutilah ilmu keagamaan se dalam-dalamnya.
10.00 p.m. 17/7/1978
65        PAKAIAN PENDAKWAH
Shaikh! Engkau ada mata dan akal. Cuba engkau lihat dengan mata zahir engkau terhadap ahli-ahli dakwah dan para mubaligh serta guru-guru agama ~ maksudku lihat pada pakaian mereka. Ada yang berpakaian serba hijau dari serban sehingga ke cincin, sapu tangan, jubah dan lain-lain; ada pula yang serba putih, ada pula yang berkupiah hitam tetapi berbaju Pakistan, ada pula yang tidak berkupiah tetapi berpakaian kemeja dan seluar seperti pakaian majoriti Cina, India, Melayu, Mat Saleh dll. Ada pula yang berkupiah, cukup ilmu tetapi berpakaian Menteri-Menteri Kabinet (i.e. suit baju bush jacket dan seluar) serta bermafla. Jadi, demi Allah bukanlah tujuan aku hendak mengata-ngata, terutama di bulan Ramadzan al-Mubarak ini, cuma ingin aku peringati ~ walau apapun pakaian yang dipakai, sebaik-baik pakaian ialah TAQWA, tidak kira walaupun serba hijau atau serba putih atau baju Melayu atau Mat Saleh, tidak berguna (sia-sia) jika tidak disertakan dengan pakaian batin i.e. TAQWA kepada Allah.
No date or time
66        PALING JAHAT
(ditulis dengan Tulisan Jawi)
Shaikh! Ingatlah, orang yang paling jahat ialah orang yang tetap dengan maksiatnya walaupun di dalam bulan Ramadzan yang suci kerana syaitan semua dirantai di bulan ini.
JUMAAT 18/8/1978 = 13 Ramadzan 1398
67        SEGERAKAN KEBAJIKAN
Shaikh! Lakukan dan bersegeralah kepada membuat sesuatu yang kau fikirkan “kebajikan” dan kebaikan di dunia dan akhirat; lebih-lebih lagi terhadap saudara mara engkau yang hampir dan kedua ibubapa engkau. Lakukan apa sahaja, asalkan ia mendatangkan kedamaian, keharmonian dan kebahagiaan sesama ahli famili engkau. Elakkan permusuhan, kebencian, kedengkian di antaramu … tetapi ingat! Setiap sesuatu ada batasnya. Jangan lakukan sesuatu yang melanggar batasan atau limit yang ditetapkan Allah demi menjaga keharmonian famili. Engkau dituduh malah dijatuhkan hukuman “bersubahat” jika kemungkaran ahlimu berlaku di hadapan matamu dan engkau terus ketawa riang tanda rela. AWAS!
 11.00 p.m. SABTU 19/8/1978
68        ORANG TUA KAFIR
Aku lihat dua orang tua perempuan berehat di bawah pohon ketapang, bukan Islam, uzur sungguh-sungguh. Sekilas pandang, hatiku bertanya; “apakah faedahnya Allah menghidupkan orang se demikian rupa; dah tua, uzur, kafir pulak!?”. Lantas aku bertanya lagi; “jika aku sampai ke umur itu, ke keadaan itu, apakah faedahnya kepada dunia? Anak cucu mendoakan agar cepat sedikit aku menghembus nafas”.
Aku beristighfar banyak-banyak kerana setiap makhluk Allah yang dikurniakan nyawa dan rezeki adalah menunjukkan “Rahmaan” dan “Rahiim”nya Allah kepada makhlukNya walaupun ia kafir atau Muslimin. Allah biakkan semut, anai-anai malah kuman diberi rezeki, untuk apa? Itulah tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. tetapi yang ambil perhatian sedikit sangat jumlahnya. Kebanyakan, bukan semua, memikirkan apa yang harus ku lakukan besok, 10 tahun lagi dan lain-lain. Masuklah ke dalam golongan orang yang memikir.
2.30 p.m. AHAD 20/8/1978
69        SABAR
(MUSABAQAH 1398 / 1978)
Shaikh! Sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang sabar.
Jadi, kalau engkau tidak bersabar atas satu-satu perkara maka Allah tidak beserta dengan engkau dan engkau dikawal oleh nafsu jahat dan syaitan yang kena laknat. Akibatnya, rosak amalan kebajikan yang engkau dah lakukan.
10.48 p.m. AHAD 20/8/1978
70        ANAK BAWA IBUBAPA KE NERAKA
Akan berlaku di akhirat kelak, anak-anak muda hendak diheret ke neraka kerana melanggar perintah Allah. Tetapi sebelum ia dilempar, ia meminta izin kepada Allah agar dilempar kedua ibubapanya dahulu ke dalam neraka kerana ibubapanya yang menggalakkan mereka walau-pun melakukan perkara yang munkar tidak melarang kerana pentingkan harta kekayaan dunia yang sedikit sekali. Maka Allah pun menjemput kedua ibubapa itu ke hadapanNya dan dengan penuh penyesalan. Azab Allah adalah PEDIH!
Shaikh, mahukah engkau masuk ke neraka kerana kelalaian engkau terhadap orang-orang bawahan engkau? Jika engkau tidak menegah seseorang melakukan munkar, bermakna engkau redza dan bersubahat dengannya. FIKIRLAH DALAM-DALAM.
11.15 p.m. ISNIN 28/8/1978
71        AMANAH ALLAH
(hampir dengan Exam I, 1978/79 USM)
Shaikh! Jadikanlah dirimu tergolong di dalam golongan orang-orang yang dikasihi Allah; orang yang patuh setiap perintahNya dan menjaga amanah Allah.  Setiap nikmat samada anggota badan engkau atau pakaian yang engkau pakai atau benda yang engkau makan adalah AMANAH Allah s.w.t. Maka gunakanlah ia pada jalan yang sebenarnya dengan adil ~ adil bolehlah diertikan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar. Adalah tidak adil, misalnya, kasut dipakai di kepala dan songkok dipakai di kaki. Engkau dikurniakan mata ~ lihatlah kepada kebesaran Allah yang tidak terdapat pada orang-orang buta tetapi ada batasannya; ada benda-benda tertentu yang diharamkan Allah atas hak mata. Cuba tutup kedua-dua belah mata - dunia menjadi gelap walaupun siang hari. Tutuplah matamu lama-lama dan engkau akan rasakan betapa besarnya nikmat mata yang dikurniakan Allah. engkau katakan kepada seorang hamba Allah yang buta - “bunga raya warnanya merah”. Ia akan mengangguk tetapi bolehkah engkau menerangkan bagaimanakah yang dikatakan “merah” itu? Itulah kebesaran Allah dan nikmat mata. Telinga engkau busuk - itulah nikmat Allah. Ketika engkau tidur, siapakah yang menjaga telinga engkau dari dimasuki serangga dan lain-lain? Tiada lain melainkan Allah yang menjadikan telinga engkau busuk dan serangga tidak suka kepada bau busuk. Ingatlah! Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dijadikan tangan kamu panjang dan berensel di bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari. Cuba engkau bayangkan jika tiada ensel di siku ~ bolehkah engkau menyikat rambut, menyabun badan ketika mandi atau menggaru? Itulah tanda-tanda kebesaran Allah yang kebanyakan hambaNya tidak menyedari. Dan kerana tidak sedar dan mungkin sibok dengan nikmat dunia maka ia lalai dan tidak bersyukur kepada Allah. Kalau hendak dikira dan ditulis nikmat-nikmat Allah maka telah terdapat di dalam Al-Qur’an yang bererti; “jika air lautan di dunia ini dijadikan dakwat dan ditambah lagi sekali gandapun tak tertulis nikmat Allah”. Itulah kebesaran Allah. Allaahu akbar!
1.30 a.m. 12/10/1978
72        PENDAKWAH SONGSANG
Shaikh! “Mendakwah” adalah fardhu ‘ain dan wajib atas setiap orang yang mengaku dirinya Muslim dan bertuhankan Allah. Tiada lain Tuhan yang disembah melainkan Dia (Allah). Tidaklah berguna kiranya di hadapan khalayak ramai, engkau berlaku baik, sopan santun, alim dan sebagainya tetapi di belakang orang engkau berkelakuan tidak senonoh, jahat, buat maksiat dan lain-lain. Itulah pura-pura namanya dan engkau bukan menipu sesiapa tetapi engkau menipu diri sendiri, menzalimi diri engkau sendiri. Allah mengetahui setiap perkara yang engkau lakukan walaupun tersembunyi dari mata manusia. Tiada guna engkau bijak bercakap mendakwah orang itu ini tetapi diri engkau gagal engkau dakwah dan engkau berkelakuan lebih jahat dari orang yang jahil ~ itu bukan pendakwah namanya tetapi peruntuh akhlak agama Islam. Allah Maha Adil lagi Maha Mengasihani. Mohonlah perlindungan dari Allah sahaja. Jika engkau berada dalam golongan pendakwah maka engkau telah mengotorkan badan dakwah itu dengan perbuatan engkau. Orang menaruh kepercayaan kepada engkau dan engkau mensia-siakan - itulah zalim namanya - binasa kelak.
1.46 a.m. 12/10/1978
73        PEMBERONTAKAN
SHAIKH! PERNAHKAH ENGKAU MERASA KELUH KESAH, BUAT ITU TAK KENA, INI TAK KENA DAN SEBAGAINYA? KELUH KESAH ITU IALAH HASIL DARI HATI NURANI ENGKAU YANG MEMBERONTAK DENGAN DOSA-DOSA YANG ENGKAU DAH LAKUKAN. TIADA JALAN LAIN MELAINKAN ENGKAU SEMAK SEMULA APA-APA DOSA YANG KAU BUAT DAN TERUS BERTAUBAT.
11.37 p.m. 13/10/1978
74        IKAN SESAK NAFAS
BILA ALLAH TIDAK INGIN MENGENDAHKAN ENGKAU, MAKA ENGKAU ADALAH IBARAT IKAN SESAK NAFAS DI ATAS DARAT.
BILA ENGKAU MELANGGAR PERINTAH ALLAH, MAKA ALLAH TIDAK MEREDZAINYA DAN ENGKAU AKAN TERUS DI BAWAH TELUNJUK NAFSU MU. BUATLAH SESUATU YANG DIREDZAI ALLAH WALAUPUN MENYAPU SAMPAH.
9.00 p.m. 14/10/1978
75        NAJIS DI BADAN
Shaikh! Jika najis melekat pada tubuh engkau dan engkau mendirikan sembahyang, adakah sembahyang engkau diterima Allah, Khalid engkau, Tuhan seru sekelian alam? Ingatlah! Setiap dosa yang engkau lakukan samada terang-terangan atau bersembunyi dari mata makhluk adalah najis yang kotor. Najis itu sentiasa terlekat pada ruhani engkau dan dengan ruhani yang kotor itulah engkau mengadap serta beribadat kepada Allah. Maka tidak hairanlah jika engkau bersembahyang atau melakukan amal-amal kebajikan tetapi solat itu tidak menegah engkau melakukan munkar dan fahsyar. Yakinlah dengan sebenar-benar yakin bahawa Allah Maha Pemurah, Pengasihani dan Maha Menerima taubat hamba-hambaNya selagi pintu taubat belum tertutup. Maka kikislah najis itu dengan sebenar-benar taubat ~ taubatan nasuuha. Insya’allah, ruhani engkau akan suci bersih dari dosa seperti bayi yang baharu dilahirkan ke muka bumi. Bertaubatlah segera!!
12.10 a.m. JUMAAT 27/10/1978
76        NYOK @ KELAPA

(gambarajah keratan rentas sebiji kelapa)

Shaikh! Tahukah engkau apa benda yang dilukis di atas tu? (Nota: lukisan asal cuma lakaran pena- Penulis)

Itulah keratan rentas se biji buah kelapa (orang Penang kata, “nyok”). Ia terdiri daripada:- 

1. sabut (porous) 

2. tempurung (keras solid) 

3. isi (separuh keras, sedap) 

4. air nyok (cecair, sedap) 

Tidakkah pernah engkau menanya diri engkau ~ bagaimana air menembusi sabut, tempurung keras dan isi? Kemudian tinggal diam-diam di dalam ruang kosong tu. Inilah tanda kebesaran dan kesenian Allah, juga ayatullah yang tidak tertulis seperti Al-Qur’an. 1, 2, 3 dan 4 di atas masing-masing ada peranan sendiri; samada peranan dalam penyebaran benih supaya nyok tetap cukup stok sampai qiamat atau-pun untuk kegunaan manusia setelah isinya diperah buat sayor, sabut untuk buat sabun, tempurung buat senduk atau perhiasan, tapi sesetengah makhluk mengambil kesempatan mencari kemurkaan Allah - dibuatnya “nira cola” (tuak). Kalau dikaji hal pokok nyok tentang faedah-nya, dari akar ke batang, buahnya, daun, pelepah dan lain-lain tentu banyak. Itu baru pokok nyok di belakang rumah engkau, belum lagi pokok “fur” di Kanada atau “oak” di Amerika. Itu baru pokok, belum dikaji lagi haiwan yang melata dalam laut, atas angin dan lain-lain. Jika dikaji lebih mendalam, maka engkau akan mendapati lebih seni lagi ciptaan Allah dan kebesaran Allah. 

Jadi, daripada engkau duduk di kedai kopi bergebang setengah jam, lebih baik memikir sebentar tentang keagungan Allah di sekeliling engkau supaya engkau lebih hampir kepada Allah. Insya’allah. 

12.30 a.m. JUMAAT 27/10/1978

77        CINTA OH CINTA!
Shaikh! Kalau seseorang menyatakan cintanya kepada engkau, apa yang harus engkau buat? Sudah tentu engkau balas cintanya dengan lebih lagi. Engkau akan mencuba membuat ia gembira selalu dan engkau benci terhadap sesuatu yang membencinya. Jika boleh, engkau tidak mahu berpisah dengannya. Engkau berharap dapat bertemu dengannya.
Allah telah menyatakan cintaNya kepada setiap makhluk yang dijadikan-Nya sebab semuanya cantik dan indah belaka samada dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya, termasuk engkau sendiri di antaranya. Kenapa tidak engkau balas cinta Allah kepada engkau? Tidakkah engkau bercita-cita untuk bertemu dengan orang yang mencintaimu? Maka adat bercinta, engkau akan lakukan apa sahaja yang diarah oleh orang yang engkau cintai dan engkau jauhkan apa yang dibenci dan yang ditegahnya. Cintailah Allah dengan sepenuh hatimu.
7.00 p.m. SABTU 11/11/1978
78        ENJOY
Shaikh! Sedarlah! Bahawa engkau dilahirkan ke dunia bukan untuk enjoy dengan apa yang ada di atas muka bumi ini tetapi … “dan tiada Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah akan Aku (Allah)” dan “Aku tidak meminta rezeki daripada mereka, dan Aku tidak ingin mereka memberi makan Aku” (maksud dari Surah Az-Zaariyaat, ayat 56 dan 57).
7.30 p.m. SABTU 11/11/1978
79        TAK KENAL, TAK CINTA
(ditulis dengan tulisan Jawi)
Dari suatu Hadith Qudsi yang bermaksud:
“Aku (Allah) suka mengenal diri Aku sendiri. Lalu Aku jadikan segala makhluk ini, lalu Aku memperkenalkan diri Aku kepada mereka. Lalu mereka (makhluk) pun mengenal Aku”.
Kata orang, “tak kenal maka tak cinta”. Jadi, kalau engkau hendak menyintai (balas) Allah, hendaklah terlebih dahulu engkau mengenal Allah dengan cara mengguna segala pancaindera, mengecap segala yang engkau dengar, lihat, rasa dan lain-lain selama engkau berjalan di atas jalan keredzaan Allah, engkau akan mengenal seterusnya menyintai Allah. Allah menyintai engkau selagi engkau tidak menyintai sesuatu melebihi cintamu terhadapNya. Allah menyintai engkau selama engkau melayani (tidak disia-siakan) cinta Allah. Jika tidak engkau hargai, maka cinta Allah akan bertukar menjadi marah dan dendam? Tetapi Allah tidak se demikian, Cuma ia tidak akan menolong engkau pada masa hadapan.
7.45 p.m. SABTU 11/11/1978
80        TABAH BILA GAGAL
Shaikh! Janganlah engkau berdukacita atau gelisah atau berputus asa apabila apa yang engkau serukan walaupun ke jalan keredzaan Allah tidak diendahkan oleh sesiapa walaupun dari keluarga engkau sendiri. Teruslah bertawakkal kepada Allah, beribadat dan memohon agar Allah melimpahkan petunjuk dan hidayatNya kepada mereka.
Rasulullah s.a.w. sendiri gagal membawa Pak Ciknya, Abu Lahab untuk sujud kepada Allah. Kita manusia sekadar berusaha kemudian menyerah segala-galanya kepada Allah Azza wajalla. Tidak berguna bertikam lidah dan bertegang urat leher yang akhirnya dihasut oleh syaitan dan membawa kepada kemurkaan Allah pula. Bersabar dan jangan berputus asa.
11.10 p.m. SELASA 14/11/1978


[Insya'allah, akan menyusul Dari Kacamata Mahdzar (1) - Bahagian 2]


110.0 Dari Kacamata Mahdzar (1) - Bahagian 1

Muka hadapan buku (Edisi 2002)

Dalam tahun 1977 iaitu ketika menuntut di USM, bila ada kelapangan saya akan menulis sesuatu di dalam sebuah buku nota kecil sebagai nasihat dan peringatan buat diri sendiri. Pada tahun 2002, saya telah menyalin semula melalui komputer dengan beberapa tambahan nota yang difikirkan perlu. Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya tulis dengan kawan-kawan dan saudara mara. Selamat Membaca!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Buku yang sekecil ini akan ku penuhi, Insya’allah! dengan apa yang ku lihat, yang aku dengar dan aku kecapi ketika aku hidup di dunia yang penuh dengan seribu malah berjuta cubaan yang aku hadapi. Aku namakan ia “DARI KACAMATA MAHDZAR”. Bukan tujuan aku untuk menyindir sesiapa tetapi adalah sebagai pedoman di masa depanku kalau dipanjangkan Allah umurku setakat yang dikehendakiNya. Kepada Allah sahaja aku berserah diri, bukan kepada sesiapa atau dunia atau pada musuhku tetapi hanya kepada DIA, yang menguasai seluruh alam. Yang Maha Mendengar, Melihat, Mengetahui lagi Maha Pengampun akan makhluk-makhluk yang sentiasa memohon kepadaNya. Ya Allah! Ampunilah dosaku dan seluruh keluargaku dan sekelian kaum Muslimin yang hidup dan yang mati.

Amiin, Yaa Rabbal’aalamiin.

Mahdzar Baladram
16 Januari 1977
Ahad

HARAPAN AKU …..

APA-APA YANG TERTULIS DI DALAM BUKU INI, DAPAT SEKURANG-KURANGNYA MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH TERUTAMA KEPADA DIRIKU SENDIRI DAN SESIAPA YANG MENATAPINYA DEMI MENCARI KEBENARAN, KESELAMATAN HIDUP DI DUNIA DAN INSYA’ALLAH DI AKHIRAT; SAMADA KETIKA AKU MASIH BERNAFAS ATAU TELAH BERSEMADI DENGAN ULAT-ULAT DI DALAM TANAH.

APA YANG AKU FIKIRKAN, JIKA AKU MATI, HARTA BENDA DAN SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN AKU TIDAK DAPAT MENOLONG SESIAPA TETAPI TULISAN-TULISAN, AMAL-AMAL KEBAJIKAN, TINGKAHLAKU, KATA-KATA, SIFAT SERTA SIKAP, MUNGKIN MENJADI INGATAN DAN KENANG-KENANGAN SAMADA BAIK ATAU BURUK

SHAIKH

“TIDAK KAMI (ALLAH) JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK MENYEMBAH KAMI” (MAKSUD AL-QUR’AN)

NOTA

TERDAPAT DUA BUAH BUKU KECIL, “DARI KACAMATA MAHDZAR 1” YANG MULA DITULIS PADA 16 JANUARI 1977 HINGGA 11 MAC 1979 DAN DISUSULI “DARI KACAMATA MAHDZAR 2” BERMULA DARI 18 MAC 1979 HINGGA 6 JUN 1981. INSYA’ALLAH AKAN MENYUSUL BUKU KETIGA.

TULISAN ASAL BESERTA LAKARAN DAN LUKISAN DI DALAM BUKU KECIL 8CM x 13CM SETEBAL 200 MUKASURAT TELAH DISALIN SEMULA (KOMPUTER) PADA KHAMIS 25 JULAI 2002 DAN TAMAT PADA 29 JULAI 2002 DENGAN TAMBAHAN BEBERAPA HIASAN GRAFIK TANPA MENJEJASKAN KANDUNGAN ASALNYA.

DI DALAM BUKU INI JUGA TERDAPAT CATETAN KETIKA PENULIS MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS CERAMAH AGAMA OLEH PENCERAMAH-PENCERAMAH YANG TERKENAL.

PENULIS 25 JULAI 2002

PERINGATAN

1) Waktu-waktu yang tertulis di bawah setiap tulisan (jika ada) adalah waktu aku meletakkan titik pada ayat yang terakhir.

2) Setiap tulisan kebanyakannya selepas terjadi satu-satu peristiwa atas diriku yang memaksa aku menasihati diriku sendiri menerusi tulisan itu.

3) Jika terdapat tulisan yang bertentangan dengan isi Al-Qur’an dan Hadith Nabi s.a.w., tolonglah tunjukkan.

PENULIS


1)   MENYUMPAH?!

Mahdzar! Perkara yang lepas jangan dikenang dan diingat-ingat di dalam hati, lebih-lebih lagi kalau ditimpa satu kesusahan seperti “fail” test motor. Bersikap benar (HAK) dan SABAR walaupun perkara itu pahit dan tak sanggup ditelan. Jangan maki-maki atau menyumpah-nyumpah sebaliknya mintalah doa kepada Allah agar diberi petunjuk ke jalan keredzaan Allah. bersyukurlah walaupun ditimpa kesusahan. Akhirnya engkau akan mendapati ia manis, lebih dari manisan atau gula. Bersyukurlah! Bersyukurlah!

AHAD 16/1/1977

(Tambahan 2002: penulis telah mengambil 4 kali ujian menunggang motor baru lulus. Alasan gagal kerana terlupa tanda No Waiting, motor bergoyang ketika brek kecemasan dan tangan keras ketika bagi signal … logikkah alasan ini? Sendirilah jawab!)

2)   NIKMAT DUNIA

Mahdzar! Korbankan sedikit masa ketika semester berjalan - lupakan nikmat cerita-cerita bohong di t.v., drama dan agen-agen yang tiada faedah, yang tak bersangkut dengan exam. Tumpukan masa untuk STUDY. Esok ni, bila cuti panjang, ha! Jolilah! Nak tengok 24 jam pun hang tengoklah tetapi ingat “HABLUM MINALLAH” dan “HABLUM MINANNAAS” jangan pula lupa. Anggaplah t.v. tidak menolong 1.0% pun di dalam exam kelak. Ada juga rancangan yang harus ditonton i.e. “CAHAYA”. Berkorbanlah!!

AHAD 16/1/1977

(Tambahan 2002: ketika ini Penulis sedang mengikuti Kursus Pra-Sains selama setahun, Sessi 1976/77 Universiti Sains Malaysia)

3)   AMANAH!

Mahdzar! Belajar di universiti adalah amanah dari Allah Subhaanahu wata’ala. Allah mengkehendaki engkau belajar di situ. Ingatlah! Orang yang mungkir bila diberi amanah adalah munafik kata Nabi s.a.w.

Dermasiswa itu juga amanah dari Allah, juga dari titik peluh rakyat. Maka gunakanlah ia pada jalan yang betul. Jangan joli tidak tentu hala. Semoga dengan wang itu, rakyat akan merasa nikmat dari usahaku. Jangan berlaku sombong pada ulama, ibubapa dan orang-orang tua. Tiada mereka maka tiadalah engkau.

ISNIN 17/1/1977

4)   RAJA!

Satu sabdaan dari Nabi Muhammad s.a.w. ialah “semua kamu adalah raja dan seorang raja akan ditanya tentang pemerintahannya kelak di akhirat”. Engkau Mahdzar adalah raja. Pemerintahan engkau adalah atas menguasai dan menunjuk kebenaran kepada orang bawahanmu. Engkau juga akan ditanya tentang ke manakah dibelanjanya amanah terhadap engkau, termasuk harta orang tuamu. Berlaku adillah wahai raja!

ISNIN 17/1/1977

5)   MAKSIAT! MASYARAKAT!!

Mahdzar! Bila engkau ditimpa bala maka jangan disalahkan sesiapa jua - salahkan dirimu sendiri dan kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh mulut, telinga, mata, hidung, tangan serta kaki dan lain-lain anggota lagi. Kejahatan-kejahatan itulah yang menyebabkan punca kegagalan untuk hidup sejahtera di dunia dan akhirat. Jangan angankan sesuatu yang tak sepatutnya diangankan lagi tetapi cubalah fikir dan mencari jalan untuk mendirikan satu masyarakat yang cintakan Allah serta Rasulullah s.a.w. seterusnya sesama Islam.

SELASA 18/1/1977

6)   PANDAI BERCAKAP! AMALANNYA MANA?

Mahdzar! Hang pandai cakap, pandai pidato tetapi sayang; adakah hang amalkan dengan setiap satu yang hang cakapkan?

Jangan pandai cakap saja. Buat dulu - dah jadi amalan hang sampai tak boleh dipisahkan maka cubalah menceritakan kemanisannya kepada orang yang paling dekat, perlahan-lahan. Tak guna memaksa, jangan bertegang urat leher. Bertawakkallah selalu, moga-moga Allah memberi petunjuk.

ISNIN 24/1/1977

(Tambahan 2002: ketika ini, Penulis terlalu ghairah untuk berdakwah walaupun ilmu agama tak banyak mana. Ada beberapa tindakan Penulis yang tidak “ngam” dengan ahli-ahli keluarga).

7)   HARTA - KUFUR - TAAT

Mahdzar! Manusia ini yang tidak berwang atau berharta hendak sedikit harta pun cukuplah tetapi bila diberi Allah sedikit harta, ia tidak bersyukur 80%malah hendak, hendak dan hendak lagi sehingga akhirnya jadi seorang kufur yang tidak tahu bersyukur. Pilihlah Mahdzar! Di antara banyak harta dan kufur kepada Allah atau sedikit tetapi bersyukur. Ingat, barang siapa yang bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah walaupun sedikit nescaya Allah menambah lagi. Janganlah keluh kesah bila ditimpa sesuatu musibah. Terus tabah dan sabar, akhirnya akan berjaya. Insya’allah.

ISNIN 24/1/1977

8)   BAHAYA DALAM HIDUP!!

Mahdzar! Sehingga ini engkau masih mengamal satu perkara yang paling bahaya dalam hidup ini i.e. “burned the midnight oil” - study ulang-kaji di saat-saat akhir- esok ujian, malamnya baru baca - bahaya! Bahaya! Bahaya! Jangan engkau teruskan lagi atau kegagalan di-ambang pintu kejayaanmu kelak. Awasi, ubahsuaikan.

SELASA 25/1/1977

9)   PERANG! PERANG!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Dari celeknya mata aku hingga hendak menutup kedua kelopak mata, se saat pun aku tidak pernah berehat - berperang - berperang dengan satu benda yang ghaib bersenjatakan keimanan yang amat sedikit ibarat bersenjatakan pistol menembak gajah. Adakalanya gagal aku, ada kalanya menang aku hingga musuh itu lari berborai terbelah tubuhnya. Bilakah agaknya akan tamat peperangan ini. Benar sekali sabda Rasulullah s.a.w. kepada sahabat-sahabat baginda sekembalinya dari satu peperangan yang paling dahsyat tetapi Rasulullah s.a.w. mensifatkan itu yang paling kecil, yang paling besar ialah berperang dengan nafsu.

Cubalah tanam lebih banyak sehingga karat-karat di tubuh akan terkikis. Aku seolah-olah semakin jauh daripada Allah, bukannya semakin dekat. Aku lari dari Allah. aku menghampiri iblis. Ya Allah! akulah yang menzalimi diriku - akulah yang bodoh, maha lemah lagi dhaif. Ampunilah aku. Berilah kemenangan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Amiin.

AHAD 30/1/1977

(Nota: petikan hadith di atas adalah hadith maudhuk atau hadith palsu, tidak boleh digunapakai - Penulis 25/2/2013)

10)   CAKAP BANYAK

Shaikh! Ikut hati mati. Ikut kata binasa, ikut nafsu alamat tidak dapatlah petunjuk dari Allah. Hidup di dunia untuk mengecap kenikmatan di akhirat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud; “tidak Kami jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat kepada Kami”. Seorang ahli tasawuf, tidak akan bercakap melainkan yang memberi faedah kepadanya dan orang yang mendengarnya. Tidak ia berbuat sesuatu melainkan yang diredzai Allah dan sesama manusia. Shaikh! Kasihani-lah dirimu.

ISNIN 7/2/1977

11)   APA LAGI YANG HANG MAU?

Shaikh! Apa lagi yang hang kehendaki? Semua hang mahu dah dapat. Kalau dulu bercita-cita sangat nak motor, dah dapat. Tidakkah hang bersyukur? Nak meja, dah dapat, lampu meja, tempat study, tong sampah, buku, duit poket (tak pernah kering kontang), apa lagi? Janganlah dok cita-cita yang bukan masanya nak dicita-citakan. Citakan “graduate” - itu patut bukan yang lain. Bersyukur dan bersabar-lah. Jadikan solat dan sabar itu sebagai penolong kamu. Insya’allah, dengan mengingati Allah, hati akan tenang.

ISNIN 7/2/1977

12)   JALAN KELUAR - TAQWA

Shaikh! Bertawakkallah selalu kepada Allah. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kau lakukan walaupun manusia tidak tahu. Selalulah berdoa dengan doa “Seribu Dinar” (rujuk Surah At-Tholaq ayat 2) ~ bermaksud; “barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.

Maka Shaikh! Cuma dengan mengingati Allah banyak-banyak sahaja, hati akan menjadi tenang dan kerja boleh dilakukan dengan tiada apa-apa kesulitan. Dengan keyakinan yang sepenuhnya terhadap ayat yang tersebut di atas, maka hatimu akan sentiasa tenang tidak gusar terutama bila hampir kepada hari peperiksaan. Insya’allah.

7.45 p.m.; ISNIN 14/2/1977

13)   MAULIDUR RASUL S.A.W.

Ya Shaikh! Beribadatlah untuk Allah - Lillaah dan persiapkan bekalan untuk akhirat yang sudah pasti akan kedatangannya.

Tetapi ingat, janganlah engkau lupa nikmat-nikmat di dunia. Pergunakan segala nikmat-nikmat itu untuk bekalan sebagai persiapan akhirat. Cubalah sedaya kamu untuk menjejak (mengikut) sunnah Rasulullah s.a.w., juga kekasih Allah s.w.t. Peduli apa orang yang menentang.

8.20 p.m.; RABU 2/3/1977 = 12 Rabiul’Awwal 1397

14)   CERAMAH PAK HAMKA

Nota: catatan ceramah oleh Pak Hamka di Dewan Sri Pinang sempena sambutan Maulidur Rasul.
  • Awasi pengaruh barat seperti pergaulan bebas lelaki perempuan remaja. Jika terpengaruh ia akan merosakkan jiwa. 
  • Jiwa terbahagi kepada tiga i.e. fikiran (tuntut ilmu), perasaan (bentuk seni di dalam diri) dan kemahuan (untuk mengatasi) 
  • “Allah itu indah, Ia suka kepada keindahan”. Mencari keindahan melalui pancaindera; mata (penglihatan) dan telinga (pendengaran). Keindahan untuk dilihat bukan untuk dirosakkan. 
  • Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina - ilmu keekonomian. 
  • Makrifat (mengenal Allah) yang tidak nampak di mata tetapi nampak di hati, tidak dengar di telinga tetapi dengar di jiwa - itulah Allah. 
  • Hiduplah seperti ikan yang hidup di air masin; walaupun bergaul berbilang bangsa, Melayu tetap Melayu, Islam tetap Islam - ikan yang sudah ditangkap, dibelah dan dimasinkan maka jadilah ikan masin. Jangan jadi sampai begitu. 
RABU 2/3/1977 = 12 Rabiul’Awwal 1397

15)   BALA?! SEBABNYA!

Shaikh! Kalau kamu berjaya di dalam sesuatu pekerjaan maka jangan-lah berbangga dengan kejayaan itu atau berkat usaha tetapi perbanyakkan syukur dan terus bertawakkal. Jikalau engkau ditimpa bala’ maka janganlah keluh kesah, sebaliknya hendaklah engkau berikhtiar mengatasinya - itulah hidayah dan petunjuk dari Allah. Bersabarlah. Ingat, bala’ diturunkan itu adalah akibat daripada perbuatan, pekerjaan yang tidak diredzai Allah oleh anggota-anggota engkau samada sengaja atau tidak. Maka selalulah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah. Insya’allah, diqabulkan. Jadikanlah solat dan sabar sebagai penolong engkau.

11.50 p.m. JUMAAT 25/3/1977

16)   BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR

Shaikh! Setiap kejadian, peristiwa dan tragedi yang berlaku di sekeliling engkau, bukanlah sia-sia dijadikan Tuhan. Bila engkau bertemu dengan sesuatu yang menggembirakan, bersyukurlah banyak-banyak dan jika bala’ yang engkau ketemu, segeralah bertaubat dan beristighfarlah banyak-banyak …… kemudian engkau fikirkan kembali apa yang telah engkau lakukan yang dianggap kurang sopan kepada Allah dan makhlukNya - sesungguhnya itulah petunjuk dan peringatan agar engkau sentiasa berada di landasan kebenaran. Ilmu Allah sangat luas, tak mungkin makhluk yang se lemah kita mengetahui tujuan atau matlamat sebenar disebalik tragedi-tragedi yang terjadi di sekekliling kita. Mungkin engkau fikirkan sesuatu yang baik, tetapi ia akan merosak kan dan mungkin engkau fikir sesuatu yang buruk tetapi dialah penawar - Allah jua yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang engkau lakukan - usah bersembunyi

12.40 p.m. AHAD 18/8/1977

17)   PETUNJUK DARI ALLAH

Ya Shaikh! Janganlah bersusah hati atau berdukacita kalau apa yang engkau serukan tidak mahu dituruti orang kerana manusia memangnya degil lagi keras tapi ingat; sekeras kerak nasi, kena air lembut kan!! Jadi berikhtiarlah mencari air yang kena pada tempatnya - tuntut banyak lagi ilmu tentang agama Islam dan gunakan diplomasi supaya “kambing-kambing menghampiri pucuk ubi”. Ingatlah kembali, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. sekalipun tidak mendapat hidayat kerana kedegilan-nya yang akhirnya ia dicelakakan ~ Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tiada upaya mengislamkannya, jadi berpeganglah dengan ajaran Al-Qur’an yang menyebut (bermaksud); “kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Ia kehendaki”. Belajarlah lagi ilmu bercampur gaul dengan masyarakat dan memahami “apa” yang masyarakat suka - saikologi yang tertentu. Maniskan mulut dan kata-kata di mana sahaja kamu berada, Shaikh!

12.43 p.m. 20/9/1977

18)   MEMERHATI KEHIDUPAN DUNIA

Shaikh! Apabila engkau melihat akan hal dunia - lihatlah keadaan orang-orang yang lebih susah kehidupannya daripada engkau supaya engkau sentiasa bersyukur kepada Allah. Tetapi dalam keadaan seorang yang beribadat atau bab agama - maka lihatlah orang-orang yang ke atas daripada engkau seperti alim ulamak yang benar-benar alim, yang mempraktik apa yang dicakapnya, yang kuat ibadat, berzakat dan lain-lain supaya timbul cita-cita engkau untuk mengikut jejak mereka.

10.15 p.m. SELASA 6/12/1977

19)   TAKBUR - KEBENCIAN ALLAH

Shaikh! Ingatlah di dalam setiap saat denyutan jantungmu. Bahawa “takbur” atau banggakan dengan kelebihan yang ada pada engkau adalah sangat dibenci Allah walaupun sebesar biji zarah - sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Apabila Allah benci akan hambaNya, maka jadilah kita hidup tak berhaluan melainkan ikut syaitan - walaupun seorang alim - hilang darjat atau bintang kebesaran yang Allah janjikan kepadanya. Berikhtiarlah mengikiskan “TAKBUR DAN RIAK” - beristighfarlah selalu.

10.20 p.m. SELASA 6/12/1977

20)   LULUS UJIAN PEPERANGAN

Ya Shaikh! Jangan engkau mengaku engkau dah beriman melainkan setelah lulus ujian ~ ya, ujian-ujian keimanan dari Allah rabbul’aalamiin. Usah engkau mengaku engkau dah menang padahal peperangan belum tamat. Hadapi peperangan. Kalah - menang bukan soalan tetapi ikhtiar dahulu.

Ingatlah! Kalau iman engkau lebih kuat maka lebih hebat pulalah ujian Allah dan hadiahnya pun tentulah besar kalau menang, betoi tak?!

10.30 p.m. SELASA 6/12/1977

21)   JANGAN CEPAT “HOT”

Shaikh oi Shaikh! Jangan hang maghah bila oghang tak mau sembahyang. Cuma suruh dengan baik - dah lepeh satu soalan di akhirat. Kalau oghang buat maksiat, jangan kata dia jahat, salahkan dighi hang balik. Tugeh hang, sebagai seoghang yang tau itu maksiat ialah menghalang oghang itu buat maksiat, kalau hang tak halang bermakna hang subahat dengan dia. Kalau laghang dengan mulut pun dia tah mau dengaq jugak, cukuplah dengan benci dalam hati - selemah-lemah iman.

10.38 p.m. SELASA 6/12/1977

22)   LAMPU BLOW DIBUANG

Shaikh! Cuba hang petik suis lampu - dengan izin Allah lampu menyala. Terang benderang satu bilik bergantung kepada kuasa lampu tadi 20 Watts - 30 - 40 - 100 W atau besar lagi. Pernah dak hang tengok, orang ambil lampu menyala, buang dalam tong sampah? Tentulah kerja orang gila. Samalah dengan manusia. Allah menyanjung seorang manusia itu kalau ia sentiasa “menyala” dan menerangkan muka bumi ini dengan melarang orang dari membuat mungkar dan fahsyar dan menyuruh kepada amal ma’aruf dan sentiasa menyalakan syiar Islam di bumi Allah. Baik, kalau manusia tadi dah jadi lampu yang “blow”; apa harus dibuat?? Nak dibiarkan gitu saja? Tentulah diganti dengan yang baharu dan yang blow tadi dibuang saja - tak guna lagi!! Cubalah jadikan diri engkau - kalau boleh “spotlight” yang menyuluh jarak jauh dengan kuasa yang kuat ~ mestilah karan letrik yang banyak diperlukan - iman yang teguh itu daripada ilmu yang bermunafaat dan amal kebajikan yang tidak tercela.

10.50 p.m. SELASA 6/12/1977

23)   NIKMAT ILAHI TAK TERKIRA BANYAKNYA

Shaikh! Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud; “sesungguhnya Kami jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”. Contohnya, cuba tilik:-
  • Lubang hidung mengadap ke bawah - bagaimana kalau lubang hidung macam serombong feri Pulau Pinang - bila hujan jenuh nak tudung 
  • Telinga - tahi telinga, busuk. Itulah nikmat Allah. Bila tidur binatang-binatang atau serangga pun tak tergamak nak masuk dalam telinga 
  • Telinga ada cuping - menangkap suara percakapan. Bagaimana kalau cuma berlubang seperti hidung? Teruklah nak kena tahan suara dengan cekop telinga; baiklah, kalau kedua-dua tangan diguna - jenuh kena kalih kepala macam robot baru boleh dengar. 
  • Air mata masin - supaya mata tak busuk 
  • Lihat jari-jari yang tak sama saiznya atau sama panjang - sebab jari kelinking boleh korek lubang hidung l atau mengangkat barang dll. 
  • Lidah - alat perasa sensitif 
  • Bulu kening, bulu mata, bulu hidung - sebagai penapis habuk. 
Masyaa Allah. Allahu akbar.

11.24 p.m. SELASA 6/12/1977

24)   SUASANA SEKARANG

Shaikh! Lihat dan fikirkan apa yang terjadi di sekeliling engkau:-

Orang lebih sanggup berkorban untuk orang lain sehingga anak isteri atau ahli keluarga terbiar.

Orang lebih ramah dan lebih suka bercerita hal-hal atau masalah peribadi kepada orang luar bukan kepada ahli keluarganya.

Binatang ternakan atau peliharaan mengambil tempat di hatinya … bukan anak atau isteri.

Manusia tidak bersyukur, ia bercita-cita untuk memperolehi apa yang ada di luar dari genggaman tangannya. Inilah yang harus engkau berlindung dan pohonlah pertolongan Allah.

Anak-anak tidak cinta dan sayang lagi akan ibubapanya - difikirkan wang dapat memberi kebahagiaan hidup bukannya saling faham memahami atau cuma berdoa kepada Allah - anak sanggup berkorban untuk orang lebih dari ibubapa yang telah banyak berkorban dan merasai pahit maung membesarkannya. Puji-pujian orang digemari lebih daripada pingat Allah yang akan dikurniakan kerana cintanya kepada ibubapa

Wang mempunyai bahang yang sungguh sensitif - seorang menjadi tamak, kufur kerana wang, seorang anak menderhaka kerana wang dan seorang tertindas kerana wang - WANG!

11.52 p.m. 20/12/1977

25)   JADILAH HAMBA ALLAH TULIN

Shaikh! Janganlah jadi seperti sesetengah orang, ia sanggup bertungkus lumus kerana orang, kerana pangkat dunia dan kerana cintanya pada kebendaan dunia yang sementara. Contohnya, ada orang yang sanggup berdiri berjam-jam menonton bolasepak, wayang, tinju, konsert budaya dan lain-lain tetapi tanpa disedari waktu untuk mengingati Allah berlalu dan ia tak sanggup berdiri 10 - 15 minit beribadat kepada Allah; 5 X 15 = 45 minit lebih kurang se jam dalam 24 jam, ke manakah tenaga yang bakinya 23 jam itu dihabiskannya; adakah ke jalan yang diredzai Allah? atau jalan yang dimurkai Allah?

Secara tak disedari manusia bertuhan lebih dari satu. Ia bekerja keras untuk memenuhi nafsunya - jadilah hamba nafsu bukan hamba Allah, bertungkus lumus untuk pangkat - hamba pangkat; keluar rumah beserta dengan takbur - hamba puji-pujian orang bukan untuk mencari keredzaan Allah s.w.t. Cubalah jadi seorang hamba Allah.

12.16 a.m. 20/12/1977

26)   AYAT-AYAT ALLAH

Shaikh! Perhatilah kepada segala ciptaan Allah yang terlihat oleh mata - matahari, bulan, langit, pokok-pokok, bukit bukau dan lain-lain. Kemudian lihat pula kepada kemajuan benda yang dicipta manusia dengan keizinan Allah supaya manusia bersyukur dan berterima kasih kepadaNya, agar manusia lebih khusyuk dan lebih merendahkan diri kepada Allah. Ayat-ayat Allah ada dua bahagian - pertama yang tertulis di dalam Al-Qur’an yang suci yang boleh dilihat dan dibaca serta difahami. Yang kedua ialah segala apa benda yang terlihat, terdengar, boleh dirasa, dipegang oleh pancaindera walaupun ianya ujud dari kerja tangan manusia, misalnya kemajuan-kemajuan teknologi. Dengan sains seorang itu lebih tawadhuk kepada Allah - ia melihat benda-benda yang lebih halus dengan mikroskop …. dia sedarlah betapa Allah itu Maha Seni, contohnya. Segala-galanya ayat Allah supaya manusia berfikir dan lebih taat serta bersyukur atas nikmat Allah s.w.t. Alhamdulillah.

12.24 a.m. 20/12/1977

- 1978 -

27)   NAK BAGI SEDAP CERITA

Ya Shaikh! Jangan sanggup MENIPU kerana nak sedapkan cerita rekaan. Apa yang kau buat, yang kau ingat, yang kau kata …. Semuanya baik di dalam hati sekalipun adalah di dalam PENGETAHUAN Allah - kau tak boleh lari!

1.08 a.m. 4/1/1978

28)   MENGUBAT PENYAKIT ATAU CARI PENYAKIT (NOTA: ditulis di dalam tulisan jawi)

Shaikh! Bukanlah dinamakan mengubati penyakit kalau ubat dimakan atau diminum tetapi segala pantang larangnya dibuat juga ~ sampai bila pun tak akan sembuh. Kalau engkau berpenyakit gatal, jangan makan udang, ketam atau makanan yang menggatalkan. Samalah dengan penyakit yang ada di dalam hati engkau, yang membuatkan doa engkau tak dimaqbulkan atau diterima Allah. Penyakit adalah ibarat seperti karat besi yang sukar tanggal yang membuatkan engkau tak kenal yang soheh dengan yang batil dan yang benar dengan yang salah. Penyakit karat besi ini akan menjauhkan engkau dari Allah dan engkau tidak akan nampak jalan yang lurus. Tidak berguna engkau mengubatinya dengan sembahyang atau amalan-amalan kebajikan jika segala pantang larang atau tegahan Allah engkau masih lakukan dan dah sebati dengan kehidupan engkau sehari-hari. Fikir - fikir - dan fikir. Tinggal - tinggal - dan tinggalkanlah. Doa - doa - dan terus berdoa. Jangan berputus asa.

12.17 a.m. 7/1/1978

29)   MATI (NOTA: ditulis di dalam tulisan jawi)

MATI! Itu yang engkau takut. MISKIN! Itu yang engkau khuatir. Engkau tidak disuruh minta mati. Tetapi engkau disuruh mengenangkan mati, mengingati mati kerana segala amalan-amalan engkau berakhir bila engkau mati, segala yang engkau cita-citakan, yang engkau rancang, yang engkau ingin, cinta berakhir dengan mati atau semua nikmat di muka bumi ini berakhir dengan qiamat - qiamat awal ialah mati. Qiamat akhir ialah qiamat besar yang melibatkan sekelian alam - planet-planet, alam jin, alam Malaikat dan lain-lain. Dengan melihat atau sembahyang atas jenazah, boleh menginsafkan dan mengenangkan mati supaya engkau lebih taqwa kepada Allah Rabbul’aalamiin.

Miskin yang engkau takutkan? Padahal itu akan menyebabkan lebih mudah hisab engkau di akhirat. Tiada siapa memusuhi engkau jika engkau miskin tetapi cukup keperluan harian engkau. Engkau bebas bergerak tanpa diiringi oleh sesiapa. Tiada apa yang harus dikhuatirkan selagi hati engkau setiap masa dan waktu berdenyut dengan sebutan “Allahu Akbar” dan puji-pujian di atas ke atasNya yang lain. Ingatlah! Jangan mengaku engkau telah beriman selagi engkau tak diuji Allah.

12.43 a.m. 7/1/1978

30)   TAHU APA YG TAK TAHU? TAK TAHU APA YG TAHU?
(NOTA: ditulis di dalam tulisan jawi)

Shaikh! Janganlah jadi orang yang tak tahu apa yang ia tak tahu ataupun orang yang tak tahu apa yang ia tahu dan tak tahu mengatasi apa yang ia tak tahu. Mereka inilah punca krisis umat.

Janganlah jadi seperti orang yang dah ditutup Allah pintu hatinya kepada kebenaran, yang cuba berdalih dari kebenaran untuk menjaga periok nasi sendiri - burung yang terbang pun dikatakan kerbau. Orang seperti ini tempatnya di neraka - ada mata tak melihat, ada akal tak fikir, ada telinga tak mendengar - orang yang tanggapannya negatif.

10.30 p.m. JUMAAT 18/1/1978

31)   TANDA ADA IMAN

Rabbi zidnii ‘ilmaa

Shaikh! Pernahkah kau merasa kemanisan dari amal kebajikan engkau atau engkau runsing di atas amal kejahatan engkau atau sebaliknya? Bila engkau gembira dan kecap nikmat dari amalan kebajikan engkau serta dukacita atau runsing di atas apa yang kau hukumkan salah pada syarak - itulah tandanya keimanan telah lahir dalam jiwa engkau. TETAPI; kalau kau rasa tak berdosa dengan amalan kejahatan dan malas beramal ibadat maka itu tandanya terdapat penyakit pada jiwa engkau - ada kesalahan dalam perjalanan hidup engkau dan engkau tidak akan sampai kepada keredzaan Allah. Sesat di hujung jalan, balik-lah ke pangkal jalan dan betulkan aqidah engkau, jangan asyik betulkan orang tapi diri kita sendiri yang tak betul. Fikir dua kali sebelum melangkah se tapak ke hadapan.

10.45 p.m. JUMAAT 18/1/1978

32)   DAHULU DI ALAM RUH …

Shaikh! Ingatkah engkau ketika di alam ruh dahulu? Sudah tentu kau dah lupa. Engkau telah berjanji kepada Allah s.w.t., bahawa engkau sanggup menerima dugaan apa sahaja dari Allah untuk menduduki syurgaNya. Jadi, setiap apa yang ada di muka bumi ini adalah perhiasan dan setiap perhiasan adalah berdaya penarik, baik ciptaan manusia seperti alat-alat penghibur halua telinga dan pancaindera ataupun ciptaan Allah seperti perempuan dan perhiasan padanya. Inilah ujian-ujian sebelum engkau beriman dan berhak menduduki syurga Allah; engkau harus bahkan mesti menghadapinya dan mempelajari cara-cara mengatasinya dengan apa-apa yang dianjurkan di dalam Al-Qur’an dan Hadith Rasulullah s.a.w. Ingatlah! Takbur atau ego boleh membutakan hati kepada kebenaran. Kau akan sesat kalau kau buta dan tanpa tongkat.

11.00 p.m. JUMAAT 18/1/1978

33)   ATI-ATI DENGAN DUNIA

Shaikh!

ATI-ATI DENGAN DUNIA DAN SEGALA ISINYA - DUA SAJA KEMUNGKINAN; DIA SUJUD PADAMU ATAU ENGKAU SUJUD PADANYA. KALAU ENGKAU SUJUD PADANYA - BERAPA TUHAN YANG ENGKAU SEMBAH? KALAU LEBIH DARI SATU TUHAN - KAFIR.

ATI-ATI - BIAR MATI NAMUN SUJUD PADA DUNIA, SAMA SEKALI TIDAK.

12.30 a.m. 28/1/1978

34)   PAKAI “CLOSE-UP” TUHAN

Shaikh oi! Ingatlah! Malaikat tidak akan rapat kepada orang yang mulutnya busuk; tak guna pakai “Close-up” pun - bukan untuk berdampingan. Mulut busuk kerana tahi gigi, bolehlah dipakai “Close-up”, Colgate, Raiya dan lain-lain tetapi mulut yang busuk kerana “berbohong” sampai bila-bila Malaikat tak rapat. Bila Malaikat tak rapat ……….

2/1978

35)   BUKAN! BUKAN! BUKAN! ITULAH ….

Shaikh! Ingatlah! Bukan semua yang bulat itu bola dan bukan semua bola bulat. Bukan semua yang bersinar itu permata. Bukan semua wajah perempuan yang cantik itu menggambarkan keperibadian yang baik.

11.08 p.m. RABU 26/4/1978

36)   JAGA TEPI KAIN OGHANG

Shaikh! Jangan terlampau dok jaga tepi kain oghang padahal tidak disedari kain sendiri koyak kat punggung, penuh tahi kucing dan kotor tidak dicuci.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud;

“bahagialah bagi orang yang menyelidiki di mana kesalahan dirinya sendiri dan tidak dia sibok mengkaji kesalahan yang terdapat pada orang lain”.

11.16 p.m. RABU 26/4/1978

37)   DAKWAH DENGAN DIPLOMASI

Shaikh! Nak dakwah seseorang itu biarlah dengan DIPLOMASI supaya tidak menyakitkan hati sesiapa yang mendengar perkataan yang engkau luahkan. Sebaik-baiknya dakwahkanlah diri engkau dahulu. Tugas engkau hanyalah menyeru manusia bukan memaksa. Berjaya atau gagal bukan soal engkau. Bertawakkallah kepada Allah s.w.t.

11.21 p.m. RABU 26/4/1978

38)   YAKIN DAN TAWAKKAL

Shaikh! Keyakinan kepada kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. mengatasi kekuatan segala apa yang ujud di dunia ini. PUNCANYA “KEYAKINAN” dan “TAWAKKAL KEPADA ALLAH”. Engkau yakin bahawa nasi di tangan engkau tidak akan masuk ke mulutmu tanpa keizinan Allah dan pisau yang tajam tidak melukakan tangan dengan kehendak Allah jua.

11.28 p.m. RABU 26/4/1978

39)   KAKI KEDAI KOPI

SHAIKH!! SHAIKH!!

Hang sedarkah apa yang hang buat selama ini? Sejauh manakah hang menilai pahala dan dosa yang hang lakukan berbanding dengan orang sekeliling kau?

Ingat dan sedarlah Shaikh! Bukan semua kaki kedai kopi membuang masa begitu sahaja tanpa apa-apa faedah duniawi dan akhirat. Malah ada di antaranya melakukan amal jariah lebih daripada engkau, lebih dari pendakwah-pendakwah berjubah hijau, lebih dari para mubaligh. Allah menilai amal kebajikan pada niat tulus ikhlas dari hati yang putih bersih tanpa dinodai oleh maksiat. Bukan macam engkau yang selama ini hatimu yang putih berbintik-bintik tompokan maksiat yang hitam, walaupun kecil tetapi memadai untuk meresapkan syaitan ke dalamnya supaya tompokan itu semakin membesar.

Ingat dan berhati-hatilah! Penilaian amal seseorang bukan pada pandangan mata kasar sahaja kerana jiwa, niat serta qasad seseorang tidak dapat dibaca oleh mata kasarmu walaupun tebal mana spectacles engkau, melainkan ia diluahkan sendiri oleh kelopak bibir individu itu yang tidak suka berbohong atau engkau menuntut ilmu memahami rahsia ruhani seseorang, Insya’allah dikurnia Allah selepas bintik-bintik maksiat sebesar kuman sekalipun telah habis terkikis.

Ingat! Ingat! Dan Ingat! Lima sen yang engkau sedekah dengan hati yang ikhlas melebihi beribu-ribu kali ganda pahala daripada bersedekah beribu-ribu ringgit tetapi disertai dengan se kuman niat takbur dan hendak menunjuk-nunjuk. Damaikan dan tenangkanlah hati dengan amal-amal kebajikan. Berdukacitalah apabila engkau telah melakukan tegahan Allah - bertaubatlah! (rujuk Diary 1978, tarikh 14 Januari 1978)

11.37 p.m. KHAMIS 27/4/1978

40)   FIKIR SEBELUM CAKAP

(NOTA: muka pertama tulisan ini telah sengaja dikoyak oleh seseorang - tak tahu apa tujuannya)

Jangan bercakap berkenaan sesuatu yang tidak memberi faedah dunia dan akhirat walaupun tujuan engkau untuk mengeratkan silaturrahiim.

Sebelum beberapa saat engkau hendak mengeluarkan buah percakapan fikirkanlah dahulu akan akibat dari percakapan itu.

TELITI DAN FIKIRKANLAH.

8.00 p.m. AHAD 30/4/1978

[akan menyusul, Bahagian 2, Insya'allah]