Thursday, April 25, 2013

136.0 Bateri kamera dan fon cepat habis ....

Ruj: http://my.news.yahoo.com/5-tip-untuk-memanjangkan-jangka-hayat-bateri-anda-071938136.html

Gambar ihsan www.psdgraphics.com

5 Tip untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda

Pernah tak anda sedang di dalam perbualan dengan kawan anda, tiba-tiba anda mendengar “Tung tung” dari speaker telefon anda? Anda tengok telefon anda – dan ia mengadu bahawa anda mempunyai lebih kurang 5% bateri tinggal sebelum ianya mati. Anda akan berpusu-pusu mencari plag untuk mengcas telefon anda, ataupun anda biarkan sahaja ia mati.

Anda tidak perlu sampai ke tahap ini – anda mesti nak berbual atau melayari internet dengan lebih lama bukan?

Kami di Majalah Tech ingin memberikan beberapa tip untuk membolehkan anda memiliki jangka hayat bateri yang lebih lama hari demi hari:

1)   Nyah-aktifkan radio yang anda tidak guna
Untuk pengetahuan anda, radio yang digunakan oleh telefon anda adalah di antara penyumbang utama kenapa bateri anda cepat habis – dan radio yang kami maksudkan di sini bukan radio FM. Jika anda tidak menggunakannya, anda boleh tutup radio 3G, Bluetooth dan WiFi anda untuk menjimatkan bateri di dalam telefon anda. Selalunya pilihan ini diakses daripada seting anda. Juga, tutup aplikasi yang menggunakan GPS anda – walaupun anda tidak menggunakannya secara aktif, di latar belakang GPS anda masih digunakan oleh aplikasi tersebut, dan ianya memakan bateri anda.

2)   Kurangkan tahap kecerahan skrin anda
Selain dari radio, skrin adalah bahagian yang paling banyak memakan kuasa bateri anda. Kami cadangkan untuk meletakkan tahap kecerahan skrin anda ke 50% dari maksimum. Anda juga boleh mengaktifkan mod skrin automatik – di mana telefon anda boleh menaikkan atau mengurangkan tahap kecerahan dengan automatik. Anda juga boleh menggunakan gambar latar belakang yang berwarna gelap – ini juga dapat mengurangkan penggunaan bateri oleh skrin anda. Bagi pengguna Android – jangan guna gambar latar belakang ‘live’ – itu memang akan mengurangkan jangkahayat bateri anda dengan cepat!

3)   Tutup aplikasi yang anda tidak guna
Android dan iOS mempunyai pengurusan memori yang agak bagus, jadi aplikasi akan tetap berjalan walaupun ada banyak yang dibuka di latar belakang. Walau bagaimanapun anda patut menutup aplikasi yang tidak digunakan jika terdapat lebih dari 10 yang berjalan di latar belakang telefon anda. Jangan lupa juga tutup ‘widget’ yang anda tak perlukan – ia pun makan bateri anda.

4)   Tutup ataupun kurangkan kekerapan notifikasi telefon anda
Notifikasi yang anda terima di telefon anda memang berfaedah – email baru, twitter baru, ataupun aplikasi yang inginkan perhatian dari anda, ianya akan menghantar notifikasi kepada anda. Namun demikian notifikasi-notifikasi ini masih memakan bateri – lebih-lebih lagi kalau ianya jenis yang datang bertubi-tubi ke telefon anda. Untuk memanjangkan masa bateri anda – tutup sahaja notifikasi yang anda tak perlukan.

5)   Beli pek bateri tambahan
Ini tip penting – beli bateri tambahan untuk kegunaan anda. Malang bagi pengguna zaman sekarang – telefon tidak mempunyai masa bertahan yang panjang, seperti model-model lama. Jadi, memiliki bateri tambahan adalah penting. Di pasaran kini terdapat banyak model yang anda boleh pilih untuk dijadikan sebagai bateri pilihan anda.







Saturday, April 20, 2013

135.0 Kenali Yaman .... bumi anbiyak

Kedamaian dan kesejahteraan bumi Yaman

Kubu di atas bukit

Pembangunan fizikal Yaman, kawasan berbukit bukau.

Masjid Muhdzar - menara tertinggi di dunia yang dibina dari tanah merah.

Ahli keluarga Baladram di Tarim, Hadhramaut, Yaman


Istana Yaman



Habib Umar Hafidz bin Muhammad Ibni Asy-Syeikh Abi Bakr - seorang ulamak terkenal di Madrasah Darul Mustofa, Tarim

Potret ulamak Yaman

Anak Yaman berpakaian tradisional

Simbol/lambang orang Yaman

Majlis ilmu

Sambutan Maulidur Rasul di Tarim



Ahli Keluarga Baladram di Tarim







Kita mungkin kenali Yaman sebagai sebuah negara Arab yang sederhana. Penduduknya berkulit gelap dan memakai baju kemeja dan kain pelikat dengan pisau sabit di pinggang. Wanitanya tidak pernah kita tengok dan level cemburunya kaum lelaki amat tinggi. Mereka masih memegang kuat akan hukum hakam agama Islam dan sehingga sekarang Yaman masih menjadi pusat pengeluaran ulamak-ulamak terkenal dunia. Penduduk Yaman dipanggil juga Hadhramie (berasal dari Hadhramaut, Yaman).

Nabi Muhammad s.a.w. pernah menyebut dan memuji penduduk Yaman di dalam Hadith2 sahih. Saya paparkan artikel dari web: http://pondokhabib.wordpress.com/2013/04/20/keutamaan-penduduk-yaman-dan-alquran-dan-hadits-negeri-para-nabi-dan-habaib/.

Web ini mengesahkan kelebihan penduduk Yaman sepertimana yang terdapat di dalam Al-Qur'an dan al-Hadith.

Keutamaan penduduk Yaman dan Al-Qur’an dan Hadiths (Negeri Para Nabi dan Habib) 
Bumi Nabi-nabi… Yaman, keutamaan dan keberkahannya.
Yaman merupakan salah satu negara di Jazirah Arab, letaknya berdekatan dengan negeri tauhid Saudi Arabia. Yaman merupakan salah satu tonggak sejarah dalam Islam, mempunyai banyak sekali keutamaan, telah masyhur dalam kitab-kitab sejarah Islam betapa banyaknya keutamaan serta kebaikan yang Allah s.w.t. limpahkan kepada negeri ini, dahulu kala di masa jahiliyah maupun sesudah datangnya Islam, berupa kemuliaan akhlak para penduduknya, para Rasul dan Nabi, keajaiban-keajaiban dunia, kerajaan-kerajaan bersejarah, para ahli sya’ir, para penulis kitab, para ulama, para fuqoha, ahli ibadah, ahli zuhud, dan selain daripada yang demikian.

Keutamaan negeri Yaman dan ahlu Yaman… dalam Al-Qur’an
Allah subhanahu wa ta’ala telah memberkahi negeri Yaman, dan berfirman bahwa negeri Saba’ (sebuah negeri di Yaman) adalah sebuah negeri yang baik, sebagaimana difirmankan dalam Al-Qur’an surah Saba’, ayat 15 :
 Ertinya : “Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda [kekuasaan Tuhan] di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. [Kepada mereka dikatakan]: “Makanlah olehmu dari rezeki yang [dianugerahkan] Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. [Negerimu] adalah negeri yang baik dan [Tuhanmu] adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” [Surah Saba’ a:15]


“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui” [Surah Al-Maaidah, ayat 54].

Kaum yang Allah subhanahu wa ta’ala sebutkan di atas, sebagai kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, mereka adalah bangsa yaman, sebagaimana datang penjelasan tafsir ayat di atas dalam hadits di bawah ini,

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani dari sahabat Jabir bin Abdillah bahwasanya beliau berkata : Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam telah ditanya tentang firman Allah (“maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya“) beliau berkata : “mereka adalah sekelompok kaum dari negeri Yaman.”

Ahlu Yaman berbondong-bondong memasuki agama Allah
Dari Abi Hurairah berkata: tatkala diturunkan ayat (”Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. (1) Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, (2)” )- Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam berkata: penduduk negeri Yaman telah datang kepada kalian, mereka adalah orang-orang yang paling lembut hatinya. Iman itu ada pada Yaman dan Fiqih ada pada Yaman dan hikmah ada pada Yaman [HR. Imam Ahmad]

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas : suatu ketika Nabi s.a.w. berada di Madinah tiba-tiba beliau bertakbir : Allahu akbar…. Allahu akbar, telah datang pertolongan Allah dan telah datang penduduk Yaman, suatu kaum yang bersih hati mereka, lembut tabiat mereka… Iman itu ada pada Yaman dan fiqih itu ada pada Yaman dan hikmah itu ada pada Yaman [HR. Ibnu Hibban]

Keutamaan negeri Yaman dan penduduknya dalam lembaran sunnah Rasulullah s.a.w.
Dari Abu Hurairah beliau berkata : Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam bersabda: penduduk negeri Yaman telah datang kepada kalian, mereka adalah orang-orang yang paling lembut hatinya, Iman itu ada pada Yaman, dan hikmah ada pada Yaman. [ HR. Bukhari-Muslim]

Berkata Imam Al-Baghowi dalam kitab Syarhus Sunnah ketika menerangkan hadiths di atas “yang demikian itu merupakan pujian kepada penduduk Yaman, dikeranakan mereka adalah kaum yang bersegera dalam beriman kepada Rasulullah s.a.w., dan baiknya keimanan mereka kepada Allah subhanahu wa ta’ala”

Ahlu Yaman adalah orang-orang yang pertama minum dari telaga rosulullah

Dari sahabat Tsauban berkata : Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam telah bersabda “sesungguhnya aku (nanti di akhirat) berada di samping telagaku, aku akan menghalangi setiap manusia yang akan minum dari telagaku sehingga penduduk Yaman dapat meminum air dari telagaku terlebih dahulu, aku memukul dengan tongkatku sehingga mengalirlah air telaga tersebut sampai pada mereka. [HR. Muslim]

Berkata Imam An-Nawawi menjelaskan kandungan hadiths di atas: “hal tersebut merupakan karomah bagi ahlu Yaman karena Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam mendahulukan mereka dalam hal meminum air telaga beliau, sebagai balasan atas kebaikan-kebaikan mereka dan bersegeranya mereka dalam memeluk agama islam” [Syarah Shohih Muslim]

Nabi mendo’akan hidayah dan barokah kepada ahlu Yaman

Dari sahabat Zaid bin Tsabit : bahwasanya Nabi mengarahkan pandangannya ke arah negeri Yaman, kemudian beliau berkata : Ya Allah… jadikanlah di hati mereka kelapangan dalam menerima Islam [HR. Tirmidzi berkata Imam Al-Albani - hadiths hasan shohih]

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar bahwasanya Nabi s.a.w. berdo’a : Ya Allah berkahilah kami pada Yaman kami (negeri Yaman) [HR. A-Bukhari]

Rasulullah mendo’akan dengan hidayah dan keberkahan tidaklah yang demikian itu beliau lakukan melainkan kerana keutamaan dan kebaikan pada sesuatu yang beliau doakan, dan pada hadiths di atas merupakan penetapan akan keutamaan negeri Yaman berupa barokah dari doa Rasulullah s.a.w.

Bersegeranya ahlu Yaman dalam menyambut dakwah Islam
Diriwayatkan dari sahabat ‘Imron bin Husein, beliau berkata : suatu hari aku berada di samping Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam tatkala datang kepada beliau sekelompok kaum dari bani Tamim, maka berkata Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam kepada mereka, “aku sampaikan kepada kalian berita gembira (seruan kepada Islam dan balasannya berupa syurga), mereka berkata kepada Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam : engkau telah memberi kami khabar gembira, maka berilah kepada kami sesuatu (sebagai hadiah) –maka berubahlah wajah Rasulullah- kemudian datang penduduk Yaman menemui Rasulullah s.a.w., maka berkatalah Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam kepada mereka “ wahai para penduduk Yaman, aku sampaikan kepada kalian berita gembira (seruan kepada Islam dan balasannya berupa syurga) yang mana bani Tamim tidak menerima khabar gembira tersebut dariku. Ahlu Yaman berkata kepada Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam : kami menerima seruan engkau, kami mendatangi engkau dalam rangka mempelajari agama.” [HR. Al-Bukhari]

Penduduk Yaman adalah sebaik-baik penduduk bumi
DariJjubair bin Muthim berkata : suatu ketika kami bersama Rasulullah s.a.w. di suatu jalan antara Makkah dan Madinah, maka berkata Rasulullah s.a.w.: hampir-hampir saja bangsa Yaman melebihi kalian, seakan-akan mereka seperti gumpalan awan, mereka adalah sebaik-baik penduduk bumi. [HR. Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam Al-Baihaqi,]

Sebaik-baik lelaki adalah lelaki ahlu Yaman

Dari sahabat ‘Amr bin Abasah, Rasulullah s.a.w. bersabda : sebaik-baik lelaki adalah lelaki penduduk Yaman” [HR. Imam Ahmad, Al-Bukhari]

Kegigihan ahlu Yaman dalam menjalani ketaatan kepada Allah

Dari Abu Sa’id al-Khudri berkata: Rasulullah s.a.w. berkata : “Sesungguhnya akan datang suatu kaum yang kalian akan merasa minder jika membandingkan amalan kalian dengan amalan mereka” sahabat Anas bin Malik bertanya : wahai Rasulullah, apakah mereka kaum dari kaum Quraisy? berkata Rasulullah : “Tidak, akan tetapi mereka adalah kaum dari negeri Yaman” [HR. Ibnu Abi Ashim,]

Berkata Imam Ibnu Jarir ath-Thabari dalam tafsirnya : “sesungguhnya Allah mendatangkan ahlu Yaman pada masa kekhilafan Umar bin Khotob, kala itu sikap mereka terhadap ajaran agama Islam merupakan yang paling baik diantara kaum-kaum yang lain yang memeluk Islam [dari luar Makkah dan Madinah] dan mereka pada waktu itu adalah kaum yang paling banyak memberi pertolongan kepada kaum Muslimin.

Keutamaan ahlu Aden (penduduk kota Aden)
Dari Ibnu Abbas berkata : Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam berkata : akan keluar dari antara kota Aden dan kota Abyan 12.000 orang yang akan menolong agama Allah dan menolong RasulNya.



134.0 Koleksi Seni Khat

Sdr/Sdri yang meminati mana2 design Seni Khat ini boleh copy, download dll. tiada halangan.