Sunday, May 12, 2013

146.0 Yang pelik, aneh dan menakjubkan!

Perkembangan teknologi moden terkini boleh mengambil foto dan video keadaan ambrio haiwan (manusia pun boleh) di dalam rahim ibunya.  Saksikan kebesaran dan betapa uniknya ciptaan Allah.











Bangunan BMW

Allah, artist yang teragong!

Tak payah picit terok2 dah ..... dah senang lagi nak senang! Kreatif.

Big Gun Hitler - pernah diguna di dalam WW2.

Hotel murah, tak lama lagi nak bina kat Chow Kit Road, Bangla dah book semua.

Bangunan pejabat di India, Jabatan Perikanan kot?

Keluarga yang ditakdirkan berhormon tinggi. Masyaa'allah.

Kelip-kelip, di mana baterinya?

Lagu ni pun adaaaa ...... kreatif

Pelik tapi benar.

lanskap ciptaan manusia.

unik tak? berjalan dalam kolam renang

arnab spesis giant, macam ni kalau anjing pun lari.

siang-siang tak pa, kalau malam? lari pecut 100m laaa ...... 

awak tinggal di mana? oooo saya tinggal di rumah terbalik tu.

agak-agak berapa ramai? se ribu? lebih.

kat Malaysia, kereta tembikai tiada, tembikai ada la.


tupai buat parti



145.0 Berita baik untuk pesakit jantung

Di India, jantung palsu telah dicipta dan dalam peringkat ujian. Mekanismanya mengambilalih fungsi jantung yang gagal mengepam darah ke seluruh badan.


Di German juga, alat membantu pengaliran darah bagi jantung yang bermasalah telah direkacipta, masih peringkat percubaan.




Thursday, May 9, 2013

144.0 Sek. Keb. Kampong Jawa, Pulau Pinang

Bila ada kelapangan, saya akan berkemas stor dan melihat barang-barang lama yang tersimpan sejak zaman British, zaman Jepun dan British semula hingga Merdeka.  Seronok tengok barang2 antik zaman dulu. Saja nak share dengan kawan-kawan  dan saudara mara.


Sek. Keb. Kampung Jawa, Jalan Timah, Pulau Pinang sekarang dikenali dengan nama Sek. Keb. Tan Sri P. Ramlee (sejak 13 November 2011)  dulunya terletak berhampiran kilang bijeh Eastern Smelting Co. Ltd., Gudhwara Sikh Temple dan Pejabat Haiwan. Bila sikh bersembahyang dan baca khotbah boleh dengar, bila kuda atau anjing sedang dirawat menyalak boleh dengar dan dengung mesin memproses bijeh 24 jam boleh dengar.  Masa rehat boleh lari ke kedai Kasim Nasi Kandar beli nasi dengan telor rebus sebelah, kuah taroh banyak2, 30sen saja. Saya mula mengenali huruf dan angka dari sekolah ini sejak tahun 1963 hingga tamat pada 1968 (6 tahun) kemudian masuk ke Sek. Abdullah Munshi, Jalan P. Ramlee @ Caunter Hall.

Report Card atau Buku Peringatan Kemajuan Pelajaran Murid-Murid milik abang sulung saya, A/Yarham Shaikh Mohamed Ahmad Baladram tahun 1952.

Report card abang kedua saya, Shaikh Mahdi @ Jalud (ventriloquist) tahun 1956.







Aku, no 3 dari kiri depan sekali dengan beg peti pada Disember 1963, tamat Darjah 1A.

A/yarham Cikgu Abu Bakar Yasin, Guru Besar pada tahun 1963


Sedih juga apabila mengetahui nama sekolah telah ditukar nama sempena pelakun, pelawak dan pengarah filem terkenal P. Ramlee. A/yarham bersama Saloma pernah sekali datang memberi ucapan motivasi kepada pelajar SKKJ ini pada tahun 1963. Pada usia 7 tahun masa itu, bukan kenal sangat siapa P. Ramlee ini.

Sekarang dah maju dan terkenal serta banyak berubah. Kelas 1A tahun 1963 ditempatkan di tingkat 1 (lihat foto di atas, bangunan di belakang tu, yang ada speaker Winli. Bangunan lama dikekalkan sebagai kenang2an, lantai papan, dulu tingkap dua daun dari kayu, papan hitam guna kapor tulis).

Pengisytiharan tukar nama oleh TYT Gabenor pada 13/11/2011 lalu.

Nak tahu lebih lanjut tentang x-student dan perkembangan sekolah ni, boleh buka dan joint group ni:  https://www.facebook.com/groups/231856703494906/

[ akan bersambung, Insya'allah - nak pi Alor Setar kejap, ada kerja ]

Wednesday, May 8, 2013

143.0 Kenali STROKE!


What Is a Stroke?

Stroke is a medical emergency and a leading cause of death in the U.S. It occurs when a blood vessel in the brain bursts or, more commonly, when a blockage develops. Without treatment, cells in the brain quickly begin to die. The result can be serious disability or death. If a loved one is having stroke symptoms, seek emergency medical attention without delay.


Stroke Symptoms

Signs of a stroke may include:
Sudden numbness or weakness of the body, especially on one side.
Sudden vision changes in one or both eyes, or difficulty swallowing.
Sudden, severe headache with unknown cause.
Sudden problems with dizziness, walking, or balance.
Sudden confusion, difficulty speaking or understanding others.

Call 911/999 immediately if you notice any of these symptoms.

Stroke Test: Talk, Wave, Smile

The F.A.S.T. test helps spot symptoms. It stands for:

Face. Ask for a smile. Does one side droop?

Arms. When raised, does one side drift down?

Speech. Can the person repeat a simple sentence? Does he or she have trouble or slur words?

Time. Time is critical. Call 911/999 immediately if any symptoms are present.


Stroke: Time = Brain Damage

Every second counts when seeking treatment for a stroke. When deprived of oxygen, brain cells begin dying within minutes. There are clot-busting drugs that can curb brain damage, but they have to be used within three hours of the initial stroke symptoms. Once brain tissue has died, the body parts controlled by that area won't work properly. This is why stroke is a top cause of long-term disability.

142.0 Badiuzzaman Said Nursi - boleh berjalan di atas air!

Badiuzzaman Said Nursi adalah merupakan seorang pejuang, pemikir islam Turki dan seorang Wali Allah swt. Membaca kisah hidup dan liku-liku perjuangannya membuatkan air mata saya mengalir. Pengorbanan yang dilakukan oleh beliau amat besar maknanya buat seluruh rakyat Turki dan seluruh dunia islam.

Ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan fitnah mencetuskan kekacauan, beliau dengan berani berkata di depan hakim : “Sekiranya saya ada seribu nyawa, saya sanggup mengorbankan semuanya demi untuk syariat islam.Kerana syariat itu adalah sumber kesejahteraan dan kebahagiaan, keadilan sejati serta kebajikan” Bila ditanya oleh hakim apa pendapat said Nursi terhadap pemerintah, beliau dengan tegas menjawab: “Ketua sebuah Negara adalah hamba kepada Negara itu. Selagi seseorang ketua Negara itu menurut sunnah Rasulullah maka dia pemimpin kami dan kami patuh dengan arahannya. Tetapi sekiranya ketua sesebuah Negara tidak mengikut sunnah, maka dia adalah perompak.”

Nak kenali beliau secara lebih detail dan kepintarannya, bukalah web ini: http://kisahbest.my/2013/01/subhanallah-pejuang-yang-mampu-berjalan-atas-air/


Thursday, May 2, 2013

141.0 Kerjaya saya: Memancung kepala

Kisah Benar : Tukang Pancung Di Mekah

Mungkin profesion yang akan diperkatakan ini agak ngeri untuk sesiapa sahaja dan hanya mereka yang benar-benar sanggup sahaja yang akan mampu melakukannya. Paparan kisah dari Mekah ini menceritakan bagaimana seorang lelaki menjadikan kerjaya memancung kepala pesalah sebagai punca pendapatannya. Lelaki Arab yang bernama Abdallah bin Said Al-Bishi ini mengambil alih tugas bapanya, Sa’ad Al-Bishi dengan mewarisi pekerjaan ngeri iaitu sebagai tukang pancung di Arab Saudi. Beliau merupakan antara tukang pancung paling masyhur di negara itu. Bukan calang-calang orang yang sanggup dengan tugas berat ini.

Abdallah memegang pedang khas yang digunakan untuk memancung kepala pesalah

Tiada Belas Kasihan

Menurut Abdallah, dengan menggunakan sebilah pedang bernama ‘Sultan’ yang digunakan untuk memenggal kepala setiap pesalah, beliau berkata tukang pancung tidak boleh berasa belas kasihan terhadap orang yang akan dipancungnya. Tukang pancung seperti Abdallah yang bertugas mencabut nyawa pesalah, termasuklah seorang warga Indonesia iaitu Ruyati Satubi, yang dipancung di Arab Saudi tidak lama dahulu. Pelaksanaan hukuman mati itu yang dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia.

Masihkah anda ingat akan peristiwa tersebut? Warga Indonesia itu dipancung setelah sabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging. Si pesalah tersebut, Ruyati Satubi, 54 tahun menemui ajalnya di mata pedang sebagai hukuman atas perbuatannya.

Tunjuk perasaan diadakan di Indonesia sebagai bantahan terhadap hukuman ke atas Ruyati

Istimewanya, Abdallah sendiri mengakui bahawa dialah yang ditugaskan untuk memenggal kepala Ruyati ketika ditemubual oleh stesyen TV Lebanon. Beliau juga tidak keberatan ketika wajahnya dirakamkan kerana baginya tugas adalah tugas. Dan yang utama adalah untuk melaksanakan undang-undang Islam.

Kali Pertama Memenggal Kepala

Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, kira-kira seminggu setelah ayahnya meninggal dunia. Beliau yang berusia 32 tahun ketika menerima tugas berat itu di mana pada hari pertama bertugas, beliau telah diamanahkan untuk memancung tiga orang pesalah!. Abdallah mengakui agak gugup saat pertama memenggal kepala orang kerana takut gagal.

Abdallah ketika ditemubual oleh TV Lebanon

Pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya itu melengkung seperti bulan sabit dan panjang setengah meter. Abdallah turut membuat pengakuan bahawa telah memancung lebih 100 kepala.

Menyingkap sejarah lalu, sewaktu kecil Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan pintu gerbang Raja Abdul Aziz. Ketika itu, beliau mengikuti ayahnya menjalankan tugas kerana ingin melihat organ pencernaan, sebagaimana dipelajari di sekolahnya.

“Namun, apa yang saya lihat ialah kepala manusia melayang. Dari lehernya darah mengalir seperti telaga. Cukup dan saya tak tahan lagi melihatnya,” ujarnya. Seterusnya, pada sebelah malam beliau susah tidur dan turut bermimpi ngeri.

Memenuhi Tuntutan Syari’at Islam

Arab Saudi mengenakan hukuman pancung ke atas pesalah kes bunuh. Hukuman pancung ini biasanya dibatalkan jika keluarga mangsa memaafkan pesalah. Namun, keluarga si pesalah diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan keluarga mangsa. Menurut ahli psikologi daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Turki Al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksana dengan cara memenggal kepala, bukan gantung atau tembak sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara lain di dunia.

Gambar sekadar hiasan…cara pelaksanaan hukuman pancung dijalankan

Hukuman pancung di khalayak ramai

Bagi melancarkan tugasnya, Abdallah memakai hanya pedang buatan Jowhar yang diperbuat dari besi keras agar tidak mudah patah dan memang khusus bagi memancung kepala. Jowhar sebuah kota kecil di Somalia, sekitar 90 kilometer sebelah utara ibu kota Mogadishu.

Bapa kepada tiga anak itu berkata beliau tidak berasa apa-apa perbezaan ketika memancung pesalah lelaki atau perempuan. Bahkan, beliau mengaku pernah memenggal kepala temannya sendiri yang dikenakan hukuman mati.

Gambar menunjukkan pelaksanaan hukuman pancung di Arab Saudi

Selain memenggal kepala, Abdallah juga melaksanakan hukuman potong tangan atau kaki. Pesalah yang akan dipotong tangan akan dibius terlebih dahulu bahagian yang akan dipotong itu. Jika hukuman pancung kepala, tiada sebarang ubat bius akan diberikan kepada pesalah.

Abdallah memberitahu bahawa syarat utama menjadi tukang penggal adalah seseorang itu tidak boleh berasa belas kasihan terhadap orang yang akan dipancung kerana katanya “Jika saya kasihan akannya, dia akan menderita. Apabila hati ini berasa kasihan, tangan ini bakal gagal,” katanya tegas.

Abdallah Al-Bishi tidak menganggap pekerjaannya sesuatu yang kejam, malah beliau merasa selesa dengan profesionnya itu, dan menganggapnya sebagai bentuk pengabdian untuk Allah SWT. Bahkan, dia sedang melatih anak pertamanya, Badr untuk menggantikannya kelak, sebagaimana dia menggantikan ayahnya dahulu.

Begitulah, demi melaksanakan undang-undang Islam segala bentuk hukuman yang ditetapkan harus ditaati. Jika hukuman seperti ini dilaksanakan di Malaysia, mungkin juga kadar jenayah mampu dibendung. Fikir-fikirkan…