Thursday, June 27, 2013

179.0 Tujuh pantang larang selepas makan



Terlalu banyak makan dan terlalu kurang makan, kedua-duanya mengundang penyakit jika tidak dikawal dari peringkat awal usia.

Menemui ajal kerana kebuluran.

NOTA: Sumber artikel dan nasihat ini tidak diketahui tetapi rasa-rasanya nasihat yang diberikan adalah dari seorang pakar pemakanan dan boleh dipercayai. Saya terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, jika maksudnya tidak sama, harap maaf.

Below are 7 DON'Ts after meal (Berikut adalah 7 Larangan Selepas Makan):

1) Don't smoke / Jangan Merokok

Experiment from expert prove that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarette (chances of cancer higher).

{Kajian pakar membuktikan merokok sebatang rokok selepas makan adalah setanding dengan 10 batang rokok (peluang mendapat penyakit kanser lebih tinggi)}

2) Don't eat fruit immediately / Jangan terus memakan buah-buahan

Immediately eat fruit after meal will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.

{Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kita kembong dengan air. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1 - 2 jam sebelum atau selepas makan}.

3) Don't drink tea / Jangan minum teh

Because tea leaves contains a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be harden thus difficult to digest.

{Daun teh mengandungi kadar kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang dimakan mengeras dan seterusnya sukar dihadhamkan}.

4) Don't loosen your belt / Jangan longgarkan tali pinggang

Loosen belt after meal will easily caused the intestine to twisted and blocks.

{Melonggarkan talipinggang selepas makan memudahkan usus kita bersimpul dan tersumbat}.

5) Don't bathe / Jangan mandi

Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs and body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.

{Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan-tangan, kaki dan seluruh badan dan seterusnya menyebabkan kandungan darah di sekeliling perut kita mengurang. Ini akan melemahkan sistem penghadhaman di dalam perut kita}.

6) Don't walk about / Jangan Berjalan-jalan

People always say that after meal walk a hundred step will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system unable to absorb the nutrition from the food we intake.

{Ramai orang berpendapat, berjalan seratus langkah selepas makan memanjangkan umur hingga 99 tahun. Sebenarnya pendapat ini adalah salah. Berjalan-jalan akan menyebabkan sistem penghadhaman tidak mampu menyerap nutrition dari makanan yang dimakan}.

7) Don't sleep immediately / Jangan terus tidur

The food we intake were unable to digest properly. Thus will lead to gastric and infection in our intestine.

{Terus tidur selepas makan akan menyebabkan makanan yang dimakan tidak mampu dihadhamkan dengan sempurna. Ini akan membawa kepada penyakit gastrik dan jangkitan kuman di dalam usus kita}.



Tuesday, June 25, 2013

178.0 Lobak Putih - murah tapi berbaloi!

Lobak putih atau radish - berlambak di pasar dan mampu dibeli.

Lobak putih atau radish terdiri dari golongan sayoran yang sedap dan baik untuk kesihatan yang perlu kita amalkan.  Ia berasal dari Asia Tenggara dan boleh ditanam di kawasan perkampungan atau laman rumah.

Di antara munafaat/kebaikan lobak ini untuk kesihatan ialah:

1)   ia memiliki sejumlah besar amaun antioksidan dan lain-lain kompaun yang dapat membantu mengelak daripada kanser/barah.  Ia juga dapat mengelak barah usus kerana ia kaya dengan serat (fiber).

2)  lobak putih adalah antioksida yang baik yang akan merendahkan risiko penyakit jantung dan merendahkan paras kolestrol dalam tubuh badan.

3)  lobak putih juga membantu sistem penghadhaman makanan. Ia juga dapat mengubat penyakit sembelit kerana kandungan serat yang tinggi.

4)  ia juga baik sebagai agen mencuci (purifier) darah dan meningkatkan kandungan oksigen di dalam badan.  Maka ia baik bagi mengubati Jaundice.

5)  Ia membantu fungsi buah pinggang dan hati, amat baik sebagai pengubatan masalah pembuangan air kecil.

6)  Ia mempunyai indeks glycemic yang rendah dan memberi impak ke atas tahap gula. Jadi, tidak perlu risau tentang penyakit kencing manis.

7)  Lobak putih adalah punca Potassium yang baik yang boleh mengatur tekanan darah dengan sempurna.

{artikel di atas adalah terjemahan dari Bahasa Inggeris}

Lobak putih yang dijual di Tesco, Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang
pada 26 Jun 2013 @ RM4.49 se kilo gram.


177.0 Nasihat Kesihatan - Dr. Hamid Arshat



Nota Dr. Hamid Arshat - dipetik dari FB: https://www.facebook.com/hamidarshat45

Pagi ini bedah buang 2 fibroid besar 9cm dan 7 cm. Untuk cegah makan lebih sayur2 hijau dan buah2. Makan buah2 dulu kemudian sayur2 - soup sayur, salad, rojak atau pecal. Makan nasi dan lauk terakhir. Minum teh hijau, cina atau teh charmomile. Jauhkan minum soft drink , juz dan kordial dalam botol atau kotak. Penting kurangkan gula dan karbohaidret dalam minuman dan makanan. Buat juz segar dari buah2 atau air kelapa muda. Makan lebih ikan dan jauhkan daging. Kurangkan penggunaan plastik dan insecticide spray.


Monday, June 24, 2013

176.0 Berapa berat ruh?

Sepertimana kita semua maklumi bahawa ruh adalah termasuk di dalam ilmu ghaib.  Tidak boleh kelihatan oleh mata kasar atau dikesan oleh peralatan teknologi sains tetapi kita akui kewujudannya.  Lebih nyata apabila kita melihat kematian, di mana jasad yang selalunya aktif akan tinggal kaku dan sejuk i.e. menandakan bahawa ruh telah meninggalkan jasad seperti burung bebas dari sangkarnya.  Malah semua kaum dan bangsa di dunia ini mempercayainya. Demikian taqdir Allah sejak Nabi Adam a.s. dicipta hinggalah pada saat sekarang ini.  Amat sedikit ilmu yang Allah s.w.t. beri tentang ruh. Di dalam Al-Qur'an kita diajar untuk menjawab persoalan tentang ruh. Antara lain maksud Al-Qur'an (nota: maaf, saya lupa ia di dalam surah apa): "jika mereka bertanya kepada mu (Muhammad) tentang ruh, katakanlah, ia adalah dari urusan Allah dan tidak diberi ilmu pengetahuan tentangnya melainkan sedikit."


Di dalam tahun 1901, Dr. Duncan MacDougall cuba membuktikan kewujudan ruh di dalam tubuh manusia dengan mengukur berat seseorang ketika ia menghadapi maut. Ia mempunyai enam orang pesakit dan kesemua mereka mengalami kehilangan berat badan purata 21 grams. 

Itu teori yang dikeluarkan oleh Dr. Duncan, tetapi percayalah, ruh bukan jisim dan sesuatu yang bukan jisim tidak mempunyai berat.  Jika ujud perbezaan berat badan ketika hidup dan ketika mati, maka kemungkinan besar ia disebabkan kandungan angin di dalam badan yang disedut atau dilepaskan ketika mati.

Wallaahu wa'alam.

Sunday, June 23, 2013

175.0 Jahatnya Syiah

Hajar Aswad: 8 bekas cukilan inilah hasil tangan Syiah Qurmutiyah ketika menghancurkan Kaabah

Peristiwa Serangan Ke atas Kaabah pada 317-339 Hijrah atau 929-952 Masihi

Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil.

Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah]. 

Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya kedalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.

Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air. Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.

Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji).”

Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (Ainul Kuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.

Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah "Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.

Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.

Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah Al-Assad.

Petikan dari kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir.

Imam Al-Ghazali berkata: “Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.

Imam Ibn-Taimyah berkata: “Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Syiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis."

Sumber: sumber http://akakdisebalikpintu.blogspot.com

Tinggalan anak cucu cicit Qurmotiyah, Presiden Syria Bashar Assad 
- bertindak kejam ke atas rakyatnya sendiri khasnya pengikut Sunni.

Ketika solat (3 waktu sahaja) boleh sujud ke arah mana sahaja,
asalkan bukan menghadap Makkah.


23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.  Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.  Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (di sisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3.  Kebanyakkan pengikut Syiah ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.  Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5.  Kebanyakan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.  Menghalalkan nikah mutaah

7.  Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.  Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.  Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10. Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Usman.

11.  Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.  Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).  Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.  Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14.  Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.  Kain kafan mayat mereka bertulis

16.  Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17.  Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.  Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.  Suami halal meliwat isteri.

19.  Harus taqiah (boleh menipu\berpura-pura) untuk menarik ahli suannah masuk syiah.

20.  Mereka tidak ada solat teraweh. Jika ada orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.  Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.  Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23.  Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

10 Muharam - Pada tarikh tersebut ia turut sinonim dengan peristiwa Kerbala dimana cucu baginda Nabi Muhamad SAW, Saiyidina Hussain telah dibunuh dengan kejam oleh musuh-musuhnya (Nota: kita juga pernah mendengar "cerita" bagaimana Saiyidina Hussain telah dibunuh, kepalanya dipancung dan disepak seperti bola.  Cerita ini adalah tidak benar, cuma rekaan oleh sesetengah tukang cerita dan ahli syair). Peristiwa tersebut pasti diingat oleh seluruh umat Islam. Walaubagaimanapun, Islam tidak menyuruh penganut-penganutnya untuk menyambut peristiwa tersebut dengan cara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ini berlainan pula dengan golongan Syiah. Peristiwa tersebut disambut dengan aktiviti-aktiviti yang cukup menyeksakan diri sendiri. Malah peristiwa ini telah menjadi acara tahunan dan disambut dengan cukup meriah dan besar-besaran oleh golongan Syiah di beberapa negara seperti Iran, Iraq, Afghanistan, Turkey, Azerbaijan, Pakistan, Lebanon, Bahrain dan Sebelah utara India.

Lihat saja beberapa gambar di bawah yang dirakamkan.

Perbuatan ini tidak mengikut syariat Islam.  Adakah imam 12 (Iran) mereka melakukan perkara ini?
Tidak, kerana imam 12 maksum!

Melebihi hindu merayakan thaipusam lagaknya ....

Adakah dosa anda telah terhapus atau bertambah lagi dosa?

The bloody floor of a mosque in New Delhi, India, as Shiite Muslims flagellate themselves today during a Muharram procession marking Ashura
Lantai Masjid dipenuhi darah
Shiite Muslims flagellate themselves during a Muharram procession
Seorang Penganut Syiah sedang melibas pisau ke badannya
 Bloodied devoted Shiite Muslims are watched by crowds during the ceremony in Mumbai
Di India
Paramedics treat a Pakistani Shi'ite Muslim after he flagellated himself during an Ashura ceremony in Rawalpind
Terpaksa dirawat selepas upacara tersebut




Daftar Kejahatan Syiah Se panjang Sejarah Islam:
  • 23 H (Baba Aladdin) Abu lu'lu membunuh Khalifah Umar R.A.
  • 34 H (Abdullah Ibn Saba) membunuh Khalifah Uthman R.A.
  • 61 H Syiah Rafidah membunuh Imam Husain di Asyura R.A.
  • 100 H Syiah Rafidah membunuh 500,000 Muslim di Khorasan
  • 280 H Syiah Zaidiah membunuh 50,000 Muslim di Yaman
  • 317 H Syiah Qurmutiah menyerang Masjid Haram Mekah, merosakkan Hajarul Aswad dengan 8 cukilan dan membunuh 400,000 jamaah haji
  • 483 H Syiah Hashasheen (assasens) membunuh Imad al deen Zinki dan 200,000 Muslim di Mesir.
  • 1099 M Syiah Fatimiah menyerang Palestin dan membantu penyerahan AlQuds ke pihak Nasrani (kristian).
  • 656 H Syiah Alawiah bersama Hulagu menyerang Baghdad membunuh lebih 800,000 orang di Iraq dan lebih 2 juta orang di Syria, Lebanon, Jordan dan Palestin.
  • 907 H Syiah Safawiah membunuh 1 juta Sunni in Iran
  • 1149 H Syiah Qadianiah mengubah Kiblat ke (Mashahd) di Iran.
  • 1289 H Syiah Isnaashariah mencetak Quran dari Mirza Tubrusi di Iran Qum.
  • 1366 H Syiah Isnaashariah fatwah (Karbala) adalah 7x lebih baik daripada Mekkah.
  • 1406 H mengebom bahagian dalam Masjid Alharam untuk menghantar pesanan anti Amerika!
  • 1407 H Syiah Irak membunuh 402 warga Saudi selama haji, 85 di antaranya adalah polis.
  • 1408 H Fatwa melalui the Islamic union di Makkah (Khomaini adalah kaum Kuffar)
  • 1409 H Syiah Rafidah mengebom Masjid Al Haram dan membunuh 1 lelaki Pakistan.
  • 1841 M Syiah Druz menyerang Kekaisaran Turki.
  • 1972 M Syiah Druz bersama Israel menyerang Palestin.
  • 1983 M Syiah Druz bersama Israel menyerang Lebanon
  • 1982 N Syiah Alawiah membunuh 40,000 sunni di Homs Syria
  • 2011 M Syiah Alawiah + Isnaashariah membunuh 200,000 Sunni di Syria
  • 2013 M - Mesir?
  • seterusnya? Malaysia?
Semoga kita sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus dan benar oleh Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Amin.










174.0 Orang kaya

Dalam dunia sekarang ini terdapat orang2 kaya, orang sederhana dan orang2 miskin.  Tapi sifat ego dan mementingkan diri sendiri menjadi agenda hidup orang2 kaya (bukan semua lah tetapi kebanyakannya). Ia tiada masa untuk mengintai atau menjengok keadaan jirannya atau ahli keluarganya yang lain, yang jauh lebih susah atau memerlukan bantuannya untuk meneruskan hidup.  Dirinya akan berkata, "segala-galanya adalah atas usaha dan titik peluh diriku sendiri, mengapa perlu dikongsi dengan orang lain? Jika aku susah, ada sesiapa menolong aku?"  Soalan dan pemikiran seperti inilah yang membendung orang2 kaya supaya terus bakhil tetapi dermawan terhadap keperluan diri sendiri dan keluarganya. Alangkah baiknya jika seorang kaya membuka mata dan hatinya seluas-luasnya, lihat sekeliling, adakah sudah tidak ada orang yang memerlukan bantuan. Memang benar, seorang individu tidak boleh masuk campur urusan orang lain, atau mengumpat mencela orang lain, jauh sekali cemburu dan irihati.  Jadi saya paparkan info ini sekadar pengetahuan dan pengajaran.  Kadang-kadang perbuatan orang kaya boleh mencapai tahap "gila".

Lukisan Paling Mahal Di Dunia – RM130 Juta!

Lazimnya, lukisan yang dilukis dengan menarik dan mempunyai nilai abstrak yang tinggi akan dijual pada harga yang tinggi. Namun, siapa sangka dengan lukisan yang hanya dilukis dengan cara yang paling senang dan ‘simple’ ini, di mana ia akan dijual padaharga setinggi USD$44 juta. Nak tahu apa yang menariknya pasal lukisan tu, mari tengok di bawah ni.

2
Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun “seni” pada lukisan ini betul-betul gila! Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa lukisan pada kanvas biru dengan satu garisan putih ini mampu dijual pada harga yang tinggi. Malah, lukisan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan keadaan mata yang tertutup.

Lukisan yang dinamakan “Onement VI” yang dilukis oleh seorang pelukis ekspresionis abstrak, Barnett Newman telah dijual pada Selasa lalu di pusat lelongan Sotheby dengan nilai USD$43.8 juta.

Lukisan yang dilukis di atas kanvas berukuran 8.5 kaki x 10 kaki ini telah dilukis oleh Newman pada tahun 1953. Hingga semalam, lukisan Newman sebelum ini iaitu “Onement V” telah memegang rekod dengan nilai USD$22.4 juta pada tahun lepas. Sekiranya Newman masih hidup, kemungkinan besar karya lukisannya boleh mencecah nilai jualan sebanyak USD$50 juta.

3
Sessi lelongan bermula

"Onement VI" by Barnett Newman is on dis
Berbincang tentang uniknya satu garisan putih di atas latarbelakang biru bernilai US$43.8Juta?

5
Puas hati? Bangga!

King Walid Saud miliki harta US$30Billion lebih


Dubai - berebut-rebut membina bangunan tertinggi dunia.

kaya atau gila?



Friday, June 21, 2013

173.0 Album Staf UDA, Pulau Pinang sejak 1981

Pada 3 Ogos 1982, saya mendaftar diri sebagai Pegawai Tadbir (Kemajuan) di pejabat UDA @ Urban Development Authority @ Perbadanan Pembangunan Bandar, Wilayah Utara, Pulau Pinang bertempat di Lapisan 3, KOMTAR, Jalan Penang, Pulau Pinang (bersebelahan KFC).  Keputusan untuk berkhidmat di UDA dan berhenti dengan notis 24 jam dari PDC @ Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (Bahagian Arkitek) adalah tepat dan memuaskan hati. Pada masa mendaftar, En. Mohd. Ali Yahya (MAY) adalah Pengurus dibantu oleh dua orang Pegawai Kanan, Tuan Haji Shafie Abd Rashid (Unit Task Force) dan Tuan Haji Ideris Ahmad (Unit Projek UDA).  Saya memperoleh banyak pengalaman tentang pembangunan tanah selama hampir 20 tahun berkhidmat di UDA dan akhirnya membuat keputusan berhenti (VSS) pada 31 Ogos 2001.  Dalam tempoh tersebut, selama 3 tahun saya dipinjamkan ke Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagai Pengurus Baitulmal (1990 - 1992), bertanggungjawab khusus tentang pembangunan tanah wakaf dan Baitulmal, urusan Zakat & Fitrah, pentadbiran dan pengurusan pejabat. 

MAY @ En. Mohd Ali Yahaya, my first boss di UDA (KOMTAR), Penang
Sekarang pemilik dan pengurus Chalet dan Restoran di Simpang Umbai / Tiang Dua, Melaka.

Tuan Haji Ideris bin Ahmad, Pegawai Kanan 

Tuan Hj Shafie Abd Rashid, Pegawai Kanan

 
Ruang pejabat UDA di KOMTAR, Lapisan 3

My comfort zone ....

Rakan dan staf UDA (1982), Penang 
dari kiri: Norhashiman Aziz, Mohd Sabri Osman, Syed Idrus dan Halim Mat

Mungkin generasi baru kurang mengenali UDA dan sebagai panduan di bawah ini saya paparkan petikan dari Wikipedia.

Perbadanan Pembangunan Bandar
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Logo asal UDA semasa ditubuhkan pada 12/11/1971

Logo terbaru UDA Holdings Berhad

Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (Bahasa Inggeris: Urban Development Authority) merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996. Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan. Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan bandar. Pengerusi UDA terkini adalah Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed bermula 16 Jun 2010.

Sejarah

UDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan pada 12 November 1971 di bawah Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan Pembangunan Bandar. Pada tahun 1996 ia diperbadankan sepenuhnya dan menukar nama kepada UDA Holdings Sendirian Berhad. Kemudian pada tahun 1999, ia disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Perumahan dan hartanah

Pembangunan

UDA membangun dan mengambil alih beberapa bangunan bandar yang dianggapnya sesuai. Walaupun tugas ini secara amnya hanya merangkumi projek pembangunan semula "bangunan-bangunan usang", UDA juga bertanggungjawab bagi penyenggaraan bangunan-bangunan bersejarah di kawasan bandar. Beberapa perbandaran baru telah juga dibangunkan oleh UDA, termasuklah Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, Selangor dan juga Bandar Baru UDA di Johor Bharu.

Penyenggaraan

Hartanah-hartanah yang dimiliki atau diurus oleh UDA diselenggarakan oleh anak-anak syarikatnya. Hartanah ini termasuklah kompleks beli belah dan bangunan pangsapuri. UBSB (Urus Bangunan Sdn Bhd) ialah anak syarikat yang mengendalikan kegiatan memungut sewa, mengurus kawasan letak kereta, penyenggaraan bangunan, keselamatan dan pelbagai perkhidmatan lain. City Guards pula ialah anak syarikat yang mengendalikan kerja-kerja keselamatan dengan 212 kakitangan keselamatan dan 10 buah cawangan mengawal 22 bangunan di negeri-negeri Selangor, Terengganu, Perak, Johor dan Negeri Sembilan, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, ada anak syarikat lain yang terlibat dalam urusan penyenggaraan seperti Daya Urus dan Pihak Pengurusan Bangunan Pertama.

Pelancongan dan runcit

UDA juga sejak akhir-akhir ini telah melibatkan diri di dalam industri perhotelan dengan membuka sebuah hotel dan resort pelancongan di Kuala Lumpur, Port Dickson, Kuala Terengganu dan Seberang Perai. Kesemuanya dikendalikan oleh anak-anak syarikat milik penuh UDA Holdings.

Selain itu, UDA turut menubuhkan rangkaian pasaraya runcit melalui anak syarikat usaha sama UDA Ocean. UDA juga turut menceburi bidang francais dan memiliki jenama pakain yang dipanggil "Bonia".

Album UDA Wilayah Utara, Pulau Pinang