Thursday, October 31, 2013

257.0 Bendera israel milik Islam


RAHSIA BINTANG BERCABANG ENAM BENDERA ISRAEL LAKNATULLAH
“Jika Mahu Membunuh Tanaman, Racunlah Akarnya. Jika Mahu Membunuh Bangsa, Racunlah Sejarah Mereka” - kata hukama'.

Artikel ini merupakan catatan perjalanan Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin ketika berada di Palestin. Beliau juga merupakan pengacara Rancangan Usrah TV9. Bermula pada tahun 2003, beliau mula merantau ke serata negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dengan ulamak yang ditemui, mengambil sanad dari mereka di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir, Iran dan lain-lain negara.

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke Al-Aqsa. Saya menunaikan solat tahyatul masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam Al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk israel dengan suara yang lantang.

Ketika Khutbah Bermula, Beliau Menegaskan Agar Semua Anak-Anak Muda Palestin Balik Merujuk Kepada Sejarah Kerana Orang Yahudi Telah Mula Mahu Menipu Sejarah. Mereka Mengatakan Bahawa Tanah Palestin Adalah Tanah Asal Mereka.

Ketika Selesai Menunaikan Solat Jumaat, Saya Dan Rombongan Berjalan-Jalan Sekitar Al-Aqsa. Saya Menghampiri Mimbar Al-Aqsa. Ia Merupakan Mimbar Lama Hampir Berumur 1000 Tahun.

Ketika Salahuddin Al-Ayubi Dapat Mengalahkan Tentera Salib Di Jerusalem, Beliau Membawa Dua Mimbar Dari Halab (Aleppo) Syria, Tempat Dimakamkan Saidina Khalid Al-Walid.

Saidina Khalid Al-Walid Antara Sahabat Yang Berjuang Untuk Membuka Kota Jerusalem Ini. Setelah Enam Ratus Tahun Kemudian, Jerusalem Berada Di Dalam Tangan Tentera Salib. Pada Tahun 1187, Ia Berada Ditangan Islam Kembali. Mimbar Ini Sebagai Simbol Bahawa Masjid Ini Telah Di Dalam Amanah Islam Semula.
Satu Mimbar Diletakkan Di Masjid Al-Aqsa, Satu Lagi Di Masjid Al-Khalil (Masjid Dimakamkan Nabi Ibrahim A.S). Ketika Saya Menghampiri Mimbar Salahuddin Di Al-Aqsa Ini, Saya Mengerutkan Dahi. Kenapa Di Mimbar Ini Ada Bintang Enam? Lambang Negara Israel.

Gelagat Saya Diperhatikan Salah Seorang Penjaga Al-Aqsa. Dia Menghampir Saya, Memberi Salam Dan Memegang Bahu Saya. “Aku Tahu Apa Yang Engkau Fikirikan” Kata Beliau. ‘Kamu Tentu Hairan Kenapa Ada Lambang Israel Di Mimbar Ini Kan”? Beliau Menambah. Saya Hanya Menganggukkan Kepala.

Penjaga Ini Menarik Tangan Saya, Pergi Ke Tepi Masjid. Dia Kemudian Menudingkan Jarinya Ke Arah Tingkap Berhampiran Dengan Syiling Al-Aqsa. “Cuba Kamu Lihat, Ditingkap Itu Pun Ada Lambang Bintang Enam Ini, Di Dinding Ini Pun Ada,” Katanya Sambil Menunjukkan Arah Dinding Al-Aqsa.

“Emmm, Kenapa Ya?” Tanya Saya Ingin Mengetahui Lanjut.“Sebenarnya Nak, Bintang Enam Ini Adalah Lambang Bangsa Arab Kan’an. Ia Ada Sejak Ribuan Tahun Dahulu. Bangsa Arab Kan’an Menggunakan Bintang Ini Sebagai Lambang Kaum Mereka.

Sebab Itu, Ketika Salahuddin Datang, Dia Membina Tingkap Ini Dengan Mengekalkan Lambang Bintang Enam Ini Sebagai Menghormati Kaum Arab Kan’an Yang Telah Islam." “Orang Kan’an Merupakan Penduduk Asal Tanah Palestin Ini. Sebelum Israel Dibawa Oleh Nabi Musa Ke Palestin, Mereka Telah Ada."

“Umur Mimbar Ini Hampir Seribu Tahun. Tingkap Dan Mar-Mar Di Dinding Ini Berumur Ratusan Tahun. Orang Israel Menggunakan Lambang Ini Baru Dalam 100 Tahun. Mereka Menggunakan Lambang Ini Dengan Alasan Seolah-Olah Mereka Penduduk Asal Seperti Arab Kan’an Di Sini “. Penjaga Ini Menerangkan Kepada Saya Dengan Panjang Lebar. “Oh, Baru Saya Faham. Rupanya Bintang Enam Ini Bukannya Lambang Asal Israel.” Kata Saya.

Apa Ada Pada Lambang ? Ia Merupakan Simbol. Orang Yang Memakai Lambang Sesuatu Kaum Dia Akan Termasuk Di Dalam Kaum Itu. Di Dalam Islam Kita Dilarang Memakai Lambang Orang Kafir. Bukan Sahaja Lambang, Menyerupai Sesuatu Kaum Pun Kita Dilarang. Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Abu Daud: “Barangsiapa Yang Menyerupai Sesuatu Kaum, Maka Dia Akan Tergolong Di Dalam Kaum Itu”.

Israel Menggunakan Lambang Bintang Enam Untuk Menyatakan Dia Adalah Penduduk Asal Palestin Ini. Mereka Mengarang Buku-Buku Yang Menyatakan Mereka Adalah Penduduk Asal Dengan Menafikan Bahawa Arab Kan’an Adalah Penduduk Asal Di Sini.

Sebab Itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah Menekankan Kepada Pemuda-Pemuda Palestin Agar Kembali Mendalami Sejarah. Apabila Sejarah Tidak Diajar, Maka Akhirnya, Sesorang Akan Hilang Jatidirinya. Inilah Yang Sedang Berlaku Bagi Penduduk Palestin Yang Bersekolah Di Sekolah Rasmi. Enam Puluh Tahun Berada Di Dalam Jajahan Israel Bermakna Sudah Masuk Generasi Ketiga Tanah Ini Dijajah.

Saya Bertemu Dengan Penduduk Palestin Yang Merasa Selesa Berada Di Bawah Israel Kerana Semua Kelengkapan Telah Cukup Dan Keadaan Di Sini Lebih Selesa Dari Negara Arab Lain. Tidak Sedikit Yang Lebih Bangga Memakai Passport Israel Dari Memakai Passport Palestin Atau Jordan.

Pada Mereka, Saudara Di Gaza Hal Mereka. Sebab Itu, Dari Palestin Sendiri, Tidak Banyak Bantuan Yang Datang Ke Gaza. Orang Kaya Semakin Kaya Dengan Syarikatnya. Coca-Cola Tidak Diboikot Di Palestin. Iklan Terpampang Besar Di Sana Sini.

Benarlah Kata Hukama’: “Jika Mahu Membunuh Tanaman, Racunlah Akarnya. Jika Mahu Membunuh Bangsa, Racunlah Sejarah Mereka”

Jika Ini Dibiarkan, Maka Generasi Palestin Yang Akan Datang Akan Lebih Selesa Bersama Israel Dari Bersama Orang Arab. Semoga, Iman Dan Ilmu Akan Menyelamatkan Mereka. Dan Semoga Ia Menjadi Iktibar Buat Kita Di Malaysia.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------








SIMBOL HEXAGRAM (BINTANG DAUD / COP MOHOR SULAIMAN)

Umum semua tahu simbol hexagram (star of david, maggen david, seal of solomon, najmat dawud, khatem sulaiman, cop sulaiman, perisai daud) atau apa sahaja namanya pada hari ini adalah simbol yang disatukan dengan kaum yahudi dan judaism, pihak israel menggunakan simbol ini di bendera mereka.

Simbol ini boleh dikatakan terdapat dalam pelbagai agama, dan kebudayaan lain di seluruh dunia, seperti kristian, hindu, buddha, kabbalah dan juga islam.

Simbol ini diperakui sebagai simbol identiti judaism dan yahudi hanya semenjak tahun 1800. Pada abad ke-17 meletakkan simbol ini di luar sinagog adalah amalan popular untuk memberitahu kepada orang ramai itu adalah rumah ibadat mereka seperti mana orang kristian meletak simbol salib di gereja. Semenjak kurun ke-17 sahaja simbol ini mula mewakili komuniti yahudi.

Simbol ini sebenarnya adalah '' simbol yahudi yang baru. '' Dalam cerita rakyat yahudi, simbol ini adalah simbol yang ada pada perisai King David (Raja Daud) yang dipakai semasa pergi berperang. Walau bagaimanapun teori ini disanggah kerana mengikut tradisi lambang yahudi adalah Menorah.

Simbol '' star of david '' dalam islam

Pada abad pertengahan (medieval) simbol ini dikenali sebagai '' seal of solomon '' adalah simbol biasa dalam islam. Pada zaman empayar turki uthmaniyah simbol ini digunakan sebagai perhiasan di masjid, syiling dan bendera peribadi pasha (gelaran untuk pangkat tinggi dalam sistem politik empayar turki uthmaniyah).

Simbol ini juga digunakan sebagai bendera negeri Karamanoğlu, pada kurun ke-13 negeri ini adalah antara negeri terkuat di Anatolia. Pada zaman ini dikenali sebagai wilayah karaman. Kerajaan Emiriah Candaroğlu juga mengunakan simbol ini pada bendera kerajaan.

Simbol ini juga boleh dilihat di masjid-masjid di seluruh dunia termasuk di Malaysia (Masjid Zahir Alor Setar Kedah)

Sumber: https://www.facebook.com/pages/Melayu/146299788770386










Tuesday, October 29, 2013

256.0 Kelebihan oats untuk jantung

Saya seorang pesakit jantung yang pernah kena serangan jantung hampir lima tahun dulu. Dari sejak itu hingga sekarang ambil/makan ubat jantung, ubat cairkan darah, ubat kolestrol dan ubat kencing manis setiap hari, tak pernah miss. Dah terpaksa. Kata orang kalau kita pandai jaga makan/pemakanan atau berpantang dengan makanan yang menjadi punca penyakit, kita tak perlu makan ubat. Betullah tu, dan saya menghormati nasihat tersebut tetapi saya ni (dan kebanyakan kita) "pantang tengok" semua dibedalnya. Mujurlah, kadar kolestrol dan kencing manis masa terkawal i.e. di bawah had yang dibenarkan. Gamaknya, aktiviti harian sedikit sebanyak membantu sistem dalam tubuh badan kita.

Cuma nak cerita sedikit aktiviti harian dan rutin saya.  Setiap hari, saya (dah pencen) akan cari kerja di halaman rumah, cuci sampah, potong rumput, senggara pokok2 bunga, cuci tempat rabbit ...... supaya keluar peluh dan kena panas. Semasa kerja dulu, naik kereta air-cond., dalam pejabat aircond dari 8.00 pagi sampai 5.00 petang, tidur malam kalau musim panas sikit, pasang lagi aircond. Entahlah, kata orang lagi, aircond ni serap air dalam badan kita dan kita kena minum lebih banyak air. Kadang-kadang kita terlalu manjakan diri, tak boleh kena panas sikit, kalau park kereta sampai depan pintu kedai atau pejabat (tak mau berjalan kaki jauh sikit), ke tingkat satu sanggup tunggu lift, apa salahnya sekali sekala jalan kaki naik tangga, baik untuk anggota badan dan otot jadi sihat. Jangan tunggu pencen macam saya, baru nak buat macam2 ..... latihan semasa muda amat membantu ketika tua.

Saya beli sebuah mountain bike tak sampai RM150.00 yang ada gear, bila tidak berkebun, saya cycling dalam taman selama 1/2 jam, cukup bagi keluar peluh. Tak payah beli sampai RMribu2, sama je, janji keluar peluh dan kena panas. Jangan takut hitam (dah memang gelap pun!), pakailah pakaian trek berlengan panjang dan topi.  Kalau tak cycling atau tiada basikal, jalan kaki saja dalam taman, free .....

my mountain bike .... amat berjasa.

Ini bike A/Y Mat Sah, my father-in-law (Sayong, Kuala Kangsar, Perak). Orang2 dulu tak payah jogging kerana tiap2 hari cycling .... Raleigh original, kalau setakat 30 biji durian, no problem!

Kan dah peloh! Peloh tak boleh dibeli tetapi kena usaha supaya berpeloh.

Kadang-kadang, ketika jogging atau cycling, saja lalu depan surau dan singgah, tengok2 apa yang boleh dibuat, sapu sampah ke, buang taik cicak, jirus pokok, jemor lapek kaki, spray minyak pada ensel pintu/tingkap, vakum karpet ...... semua tu punca pahala, saya ni jangankan nak bina surau/masjid, nak sumbang bagi kerja ubahsuai pun tak mampu dah. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Tadi mulanya nak cerita pasal pemakanan untuk orang sakit jantung i.e. oats, tapi dah melalut ke lain pula, lagu tu lah bila dah usia meningkat.

Saya cuma copy dan paste artikel dari web kenalan. Saya pun kadang-kadang bila rajin, masak oat campur gula dan pisang sebiji dan makan, boleh tahan.  Sekurang-kurangnya ia membantu melicinkan perjalanan darah di dalam saluran darah yang sempit kerana sisa kolestrol dan lain-lain lemak yang kita makan.  Apabila umur meningkat, kolestrol dan gula adalah musuh utama, jangan main-main!

Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian.

Oats - sebelum dimasak.

Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.

"Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. "Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol." kata Dr James Anderson.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa dengan mengambil oat, ia boleh:

- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes jenis 2 , dan berat badan berlebihan.
- Mengurangkan kolesterol LDL di dalam berat badan
- Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.

Thursday, October 24, 2013

255.0 Perhatikan Aib Dirimu

Wahai diri..

Cubalah satu malam sahaja engkau duduk, lalu ajaklah dirimu meneliti aib diri. Jika hari ini engkau disanjung, dihormati, disegani, disebut-sebut namamu kerana jasa, kebaikanmu.

(Ketahuilah, bukankah Allah yang menutup aib dirimu ?)

(Cubalah jika Allah buka segala kejahatanmu. Agak-agaknya di mana engkau akan meletakkan wajahmu ? Mahukah engkau terima segala pujian dengan senang hati sedangkan hakikatnya engkau wajar di keji ?)

Tajamkanlah pandangan batinmu wahai diri. Duduk dan perhatikan setiap aib yang engkau ada.

Apa aib mataku ?
Apa aib telingaku ?
Apa aib lidahku ?
Apa aib tanganku ?
Apa aib kakiku ?
Apa aib perutku ?


Lebih dari itu...

Apa aib batinku ?
Apa aib jiwaku ?
Apa aib ruhku ?


Sebulan penuh mata tidak menangis kerana Allah; mata apakah ini ? 
Mata yang terpesona setiap kali melihat dunia ? 
Mata yang memandang hina orang lain dan melihat dirnya lebih hebat dibanding dengan mereka ? 
Atas dasar apa ?

Perhatikan telingamu.

Engkau mendengar ghibah, fitnah, adu domba, dan perkataan-perkataan cela yang lain ?
Cermatilah dengan saksama buat satu malam sahaja.

Berapa kali engkau menyemak ayat-ayat al Quran dengan penuh khusyuk sehingga hatimu bergetar ?
Risiklah diri pada malam ini. Anda mengaji minggu ini, bulan ini, bulan sebelumnya ?

Mungkin ada yang mengatakan tidak, dan menunda-nunda hingga bulan Ramadhan untuk melakukannya, menunggu hingga lupa tempat engkau meletakkan al Quran. Mungkin juga ada yang menjawab YA, dan beruntunglah jika engkau termasuk salah satu di antara orang-orang yang dimuliakan Allah sehingga dapat membaca al Quran.

Selanjutnya, apa hasil yang engkau petik dari bacaan itu ? Berapa ayat yang membuatkanmu berhenti membaca lalu... air matamu mengalir kerana takut kepada Allah ? Berapakah ayat al Quran yang menggoncangkan hati engkau di saat menyemaknya ?

Jangan-jangan... engkau membaca dengan hati yang sibuk dengan hal-hal lain, sehingga engkau tidak memperhatikan apa yang diucapkan Allah kepadamu ?

Rujukan : dari kitab Ma'alim al Suluk li al Mar'ah al Muslimah, Karya Habib Ali Al Jufri, Terbitan Dar al Ma'rifah, Beirut, cet 5, 1428 H/2007M

Terjemahan : Habib Ali al Jufri, Terapi Ruhani Untuk Semua, Cet II 2012, Penerbit Zaman, Jakarta.

Tuesday, October 22, 2013

254.0 Tok Wan vs Cucu

Saya nak bincang tentang tok wan @ datuk dan cucu (maaflah, saya sendiri tiada cucu lagi). Di mana-mana pun, kaum apa pun, dari pemerhatian sayalah, tok wan menyayangi cucunya melebihi sayangnya kepada anaknya. Kenapa? saya pun tak tahu tapi jika ditakdirkan esok ni, saya pun ada cucu, mungkin saya juga akan melakukan se demikian.  Kadang-kadang, apa saja yang diminta oleh cucunya, datuk akan belikan, cakap saja nak apa.  Kadang-kadang bila cucu demam, tok wan lebih ambil berat melebihi ibubapanya, ini boleh membuatkan ibubapanya "jealous" kepada tok wan (i.e. jealous sayang!), tapi tok wan tak kisah.  Tiap-tiap kali apabila tok wan pergi menjengok cucunya dirumah anak menantunya, pasti ada buah tangan, sekurang-kurangnya mainan ikut peredaran zaman. Kalau zaman dulu, dibawanya patong plastik ayam itik atau rusa atau bola getah, kemudian advance sikit, patung Ultraman dan terkini Angry Bird dan Transformers.  Demikianlah sayangnya tok wan kepada cucunya tidak dapat dinafikan.  Kadang-kadang juga, kalau tok wan tak tengok cucunya dalam tempoh yang agak lama, boleh demam dibuatnya dan ini menyebabkan tok wan sanggup memandu jauh untuk melawat cucunya atau ambil flight bagi yang agak berada sikit.

Rupa-rupanya, sayang cucu ni ikut sunnah Rasulullah s.a.w.  Di bawah ini saya paparkan nota kuliah Ustaz Samsuri Ahmad pada 12/6/2013 di Surau Ar-Rayyan, Bertam Lakehomes, P. Pinang.

Hadith 1: Hadith sahih Bukhari. Daripada Usamah bin Zaid bin Harithah (cucu angkat Nabi Muhammad s.a.w.) katanya, Nabi s.a.w. dukung aku dan letak aku di atas sebelah pehanya. Kemudian Nabi s.a.w. ambil cucunya Hasan bin Ali diletak di sebelah lagi, kemudian dipeluk kedua-duanya. Kemudian Nabi s.a.w. berdoa "kasihanilah kedua-duanya, Hasan bin Ali dan cucu angkat aku Usamah bin Zaid. Aku sayang kedua-duanya."

Hadith 2: Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. mengajaknya berjalan-jalan tetapi baginda tidak bercakap apa-apa sehingga sampai ke pasar. Kemudian Nabi s.a.w. bergegas balik ke rumah Fatimah.  Di sana ada "dukan" iaitu Hasan bin Ali, cucu Nabi s.a.w.  Kata Abu Hurairah, aku rasa ibunya sedang mandikannya. Kemudian Hasan keluar menuju terus kepada Nabi s.a.w. dan terus saling peluk berpelukan. Nabi s.a.w. berdoa, "aku sayang sungguh kepada cucuku ini, maka semua orang sayangilah cucunya dan sayanglah kepada orang yang sayang kepada keluarganya."

Jadi, sayangilah anak cucu dan kanak-kanak.

A/yarham Shaikh Mohamed Baladram (abang sulung saya) sanggup terbang dari KL ke Rusia semata-mata untuk melihat cucu-cucunya (buat kali terakhir) walaupun keadaan jantungnya sudah cukup terok (pembedahan by-pass di IJN, KL).

Al-Marhum Shaikh Ahmad Obaid Baladram (bapa saya) dengan cucu-cucu lelaki kesayangannya, dari kiri Shaikh Faisal S. Mohamed, dukung Shaikh Ahmad Faiz S. Mahdi dan Shaikh Mahfiez S. Munawar.

Al-Marhum Shaikh Ahmad Obaid Baladram mendukung Siti Farah Najwa (anak sulung saya)

Shaikh Munawar Baladram (abang saya) dengan cucu pertama, Marissa.

30 Julai 1989: Foto jamuan terakhir sempena doa selamat Siti Farah Najwa genab satu tahun usia dihadiri oleh Al-Marhum Shaikh Ahmad Baladram kerana besok petangnya, Al-marhum kembali ke rahmatullah. Allah rahmati ruhnya dan ditempatkan bersama ruh para solihin, Amiin. Al-Faatihah.

Seronok di kelilingi cucu, anak-anak Kal Kauthar bin Hj. Yusuf Baladram.




Monday, October 21, 2013

253.0 Terhijabnya hati kerana ....


BAGAIMANA HATI AKAN DAPAT DISINARI SEDANGKAN GAMBAR-GAMBAR ALAM MAYA MASIH MELEKAT PADA KACA CERMINNYA DAN BAGAIMANA MUNGKIN BERJALAN KEPADA ALLAH SEDANGKAN DIA MASIH DIBELENGGU OLEH SYAHWATNYA DAN BAGAIMANA AKAN MASUK KE HADRAT ALLAH SEDANGKAN DIA MASIH BELUM MENSUCI DARI JUNUB KELALAIANNYA DAN BAGAIMANA MENGHARAP UNTUK MENGERTI RAHSIA-RAHSIA YANG HALUS SEDANGKAN DIA BELUM BERTAUBAT DARI DOSA-DOSANYA.

Hikmat kata-kata ini memberi penekanan tentang uzlah iaitu mengasingkan diri. Diperingatkan bahawa suluk uzlah tubuh badan sahaja tidak memberi kesan yang baik jika hati tidak ikut suluk beruzlah. Diingatkan walaupun tubuh badan dikurung tetapi hati masih boleh disambar oleh empat perkara:

1- Gambaran, ingatan, tarikan dan keinginan terhadap benda-benda alam seperti harta, perempuan, pangkat dan lain-lain.

2- Kehendak atau syahwat yang mengarahkan perhatian kepada apa yang dikehendaki.

3- Kelalaian yang menutup ingatan terhadap Allah s.w.t.

4- Dosa yang tidak dibasuh dengan taubat masih mengotorkan hati.

Diri manusia tersusun daripada anasir tanah, air, api dan angin. Ia juga diresapi oleh unsur-unsur alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan, haiwan, syaitan dan malaikat. Tiap-tiap anasir dan unsur itu menarik hati kepada diri masing-masing. Tarik menarik itu akan menimbulkan kekacauan di dalam hati. Kekacauan itu pula menyebabkan hati menjadi keruh. Hati yang keruh tidak dapat menerima sinaran nur yang melahirkan iman dan tauhid. Mengubati kekacauan hati adalah penting untuk membukakannya bagi menerima maklumat dari Alam Malakut. Hati yang kacau itu boleh ditakluknya dengan cara menundukkan semua anasir dan unsur tadi kepada syariat. Syariat menjadi tali yang dapat mengikat musuh-musuh yang cuba menawan hati. Penting bagi seorang murid yang menjalani suluk jalan kerohanian menjadikan syariat sebagai payung yang mengserasikan perjalanan anasir-anasir dan daya-daya yang menyerap ke dalam diri agar cermin hatinya bebas daripada gambar-gambar alam maya. Bila cermin hati sudah bebas daripada gambar-gambar dan tarikan tersebut, hati dapat menghadap ke Hadrat Ilahi.

Selain tarikan benda-benda alam, hati boleh juga tunduk kepada syahwat. Syahwat bukan sahaja rangsangan hawa nafsu yang rendah. Semua bentuk kehendak diri sendiri yang berlawanan dengan kehendak Allah s.w.t adalah syahwat. Kerja syahwat adalah mengajak manusia supaya lari dari hukum dan peraturan Allah s.w.t serta membangkang takdir Ilahi. Syahwat membuat manusia tidak reda dengan keputusan Allah s.w.t. Seseorang yang mahu menuju Allah s.w.t perlulah melepaskan dirinya dari belenggu syahwat dan kehendak diri sendiri, lalu masuk ke dalam benteng aslim iaitu berserah diri kepada Allah s.w.t dan reda dengan takdir-Nya.

Perkara ke tiga yang dibangkitkan oleh kata-kata Hikmat ini ialah kelalaian yang diistilahkan sebagai junub batin. Orang yang berjunub adalah tidak suci dan dilarang melakukan ibadat atau memasuki masjid. Orang yang berjunub batin pula tertegah dari memasuki Hadrat Ilahi. Orang yang di dalam junub batin iaitu lalai hati, kedudukannya seperti orang yang berjunub zahir, di mana amal ibadatnya tidak diterima. Allah s.w.t mengancam untuk mencampakkan orang yang bersembahyang dengan lalai (dalam keadaan berjunub batin) ke dalam neraka wil. Begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang menghadap-Nya dengan hati yang lalai.

Mengapa begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang lalai? Bayangkan hati itu berupa dan berbentuk seperti rupa dan bentuk kita yang zahir. Hati yang khusyuk adalah umpama orang yang menghadap Allah s.w.t dengan mukanya, duduk dengan tertib, bercakap dengan sopan santun dan tidak berani mengangkat kepala di hadapan Maharaja Yang Maha Agung. Hati yang lalai pula adalah umpama orang yang menghadap dengan belakangnya, duduk secara biadab, bertutur kata tidak tentu hujung pangkal dan kelakuannya sangat tidak bersopan. Perbuatan demikian adalah satu penghinaan terhadap martabat ketuhanan Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi. Jika raja didunia murka dengan perbuatan demikian maka Raja kepada sekalian raja-raja lebih berhak melemparkan kemurkaan-Nya kepada hamba yang biadab itu dan layaklah jika si hamba yang demikian dicampakkan ke dalam neraka wil. Hanya hamba yang khusyuk, yang tahu bersopan santun di hadapan Tuhannya dan mengagungkan Tuhannya yang layak masuk ke Hadrat-Nya, sementara hamba yang lalai, tidak tahu bersopan santun tidak layak mendekati-Nya.

Perkara yang ke empat adalah dosa-dosa yang belum ditebus dengan taubat. Ia menghalang seseorang daripada memahami rahsia-rahsia yang halus-halus. Pintu kepada Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi adalah taubat! Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahsia Allah s.w.t selagi dia belum bertaubat, samalah seperti orang yang mati syahid yang belum menjelaskan hutangnya terpaksa menunggu di luar syurga. Jika dia mahu masuk ke dalam Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi yang mengandungi rahsia yang halus-halus wajiblah bertaubat. Taubat itu sendiri merupakan rahsia yang halus. Orang yang tidak memahami rahsia taubat tidak akan mengerti mengapa Rasulullah s.a.w yang tidak pernah melakukan dosa masih juga memohon keampunan sedangkan sekalipun baginda s.a.w berdosa semuanya diampunkan Allah s.w.t. Adakah Rasulullah s.a.w tidak yakin bahawa Allah s.w.t mengampunkan semua dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan baginda s.a.w (jika ada)?

Maksud taubat ialah kembali, iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Orang yang melakukan dosa tercampak jauh daripada Allah s.w.t. Walaupun orang ini sudah berhenti melakukan dosa malah dia sudah melakukan amal ibadat dengan banyaknya namun, tanpa taubat dia tetap tinggal berjauhan dari Allah s.w.t. Dia telah masuk ke dalam golongan hamba yang melakukan amal salih tetapi yang berjauhan bukan berdekatan dengan Allah s.w.t. Taubat yang lebih halus ialah pengayatan dua kalimat:

"Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah s.w.t."

"Kami datang dari Allah s.w.t dan kepada Allah s.w.t kami kembali."

Segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t, baik atau buruk itu kehendak-Nya kepada kita. Sumber yang mendatangkan segala sesuatu adalah Uluhiyah (Tuhan) dan yang menerimanya adalah ubudiyah (hamba). Apa sahaja yang dari Uluhiyah adalah sempurna dan apa sahaja yang terbit dari ubudiyah adalah tidak sempurna. Uluhiyah membekalkan kesempurnaan tetapi ubudiyah tidak dapat melaksanakan kesempurnaan itu. Jadi, ubudiyah berkewajipan mengembalikan kesempurnaan itu kepada Uluhiyah dengan memohon keampunan dan bertaubat sebagai menampung kecacatan. Segala urusan dikembalikan kepada Allah s.w.t. Semakin tinggi makrifat seseorang hamba semakin kuat ubudiyahnya dan semakin kerap dia memohon keampunan dari Allah s.w.t, mengembalikan setiap urusan kepada Allah s.w.t, sumber datangnya segala urusan.

Apabila hamba mengembalikan urusannya kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t sendiri yang akan mengajarkan Ilmu-Nya yang halus-halus agar kehendak hamba itu bersesuaian dengan Iradat Allah s.w.t, kuasa hamba sesuai dengan Kudrat Allah s.w.t, hidup hamba sesuai dengan Hayat Allah s.w.t dan pengetahuan hamba sesuai dengan Ilmu Allah s.w.t, dengan itu jadilah hamba mendengar kerana Samak Allah s.w.t, melihat kerana Basir Allah s.w.t dan berkata-kata kerana Kalam Allah s.w.t. Apabila semuanya berkumpul pada seorang hamba maka jadilah hamba itu seorang Insan Sirrullah iaitu Rahsia Allah s.w.t...

Wabillahi taufiq wal hidayah wal hamdu lillahi rabbil 'alamin.

Sumber: https://www.facebook.com/fakeh.saka
21/10/2013

252.0 Maki hamun .... return to sender!



Kuliah Maghrib: Ustaz Shamsuri Ahmad
Tarikh: 12/2/2013
Tempat: Surau Ar-Rayyan, Bertam Lakehomes, Kepala Batas

Hadith 1:

Daripada Abu Umai al-Hadhrami daripada Abdullah Mas’ud (nota: kedua-dua adalah sahabat Nabi Muhammad s.a.w.). Abdullah telah menziarah Abu Umai. Kebetulan, Abu Umai tiada di rumah. Dia memberi salam (kepada isteri Abu Umai) untuk izin masuk dan minta minum. Kebetulan tiada air di rumah Abu Umai. Isteri Abu Umai menyuruh jariah/khadam perempuannya pergi dapatkan air. Khadam itu pergi dan lambat kembali. Isteri Abu Umai merasa marah dan memaki khadam itu. Abdullah Mas’ud merasa tidak senang. Dia minta diri dan balik. Di dalam perjalanan, kebetulan Abdullah bertemu Abu Umai. Kata Abu Umai, “wahai Abdul Rahman (nota: gelaran Abdullah Mas’ud) kenapa gopoh hendak balik dan aku tiada rasa cemburu. Aku tiada masalah jika engkau masuk, beri salam dan minum air.” Abdullah pun menceritakan apa yang berlaku. Kata Abdullah, aku pernah dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “sesungguhnya laknat, maki hamun yang keluar daripada mulut seseorang kepada seseorang, tetapi kata-kata itu tidak kena atau tidak seperti yang ia kata (laknat), maka perkataan itu mengadu kepada Allah, “Ya Allah, aku ini dituju kepada seseorang tetapi orang itu tidak seperti yang dikatakan (nota: misalnya celaka), ke mana aku hendak pergi?” Allah perintahkan ia (perkataan itu) balik kepada orang yang kata atau yang mengeluarkannya. Kata Abdullah Mas’ud, kerana aku takut, kerana aku, isteri engkau akan kena laknat.”

Pengajaran dari hadith sahih di atas:

1) Jangan memaki hamun orang
2) Tersilap maki orang, akan makan diri sendiri
3) Menceritakan sifat, perangai dan peribadi para sahabat Nabi s.a.w.

Hadith 2:

Riwayat Omar Al-Khattab (Sahih Bukhari). Ada seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. bernama Abdullah tetapi orang ramai memberi gelaran “himar” (keldai). Abdullah ini suka membuatkan Nabi s.a.w. ketawa (sebagai penglipur lara dan menggembirakan Nabi s.a.w.). Nabi Muhammad s.a.w. pernah menyebatnya kerana ia minum arak. Suatu hari, ia dibawa lagi kepada Nabi s.a.w. kerana kesalahan yang sama (sudah berkali-kali dihukum sebat). Terkeluarlah dari mulut sahabat-sahabat Nabi s.a.w., “semoga Allah melaknat engkau, sudah berapa kali engkau dibawa kepada Nabi s.a.w. dengan kesalahan yang sama.” Nabi s.a.w. menegah, “jangan maki ia, demi Allah aku menjadi saksi, di dalam hatinya sayang Allah dan RasulNya.”

Pengajaran: Jangan memaki hamun orang lain.




Saturday, October 19, 2013

251.0 Sheikh Abdullah Fahim - sejarah yang diabaikan.

Pegawai Pentadbir Madrasah Daeratul Ma'arifi al-Wataniah,
Kepala Batas, Pulau Pinang pada tahun 1953.
(Sumber: blog Geng Kepala Batas)

Pesanan dan wasiat A/yarham kepada pemimpin akan datang.

Sheikh Abdullah Fahim: Ketua Dewan Ulama PAS pertama
- Mohd Fadli Ghani, Jabatan Arkib PAS

Kepulangan Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini.

Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an.

Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab.

Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921. Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.

Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah. Perkataan "al-Wathaniyah" atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya. Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).

Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed.

Foto: tahun 1941, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi dengan A/yarham bapanya di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak

Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.

Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.

Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.

Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga. Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS. Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain.

Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama. Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.

Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di Arabic School, Kepala Batas iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.

Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada (bekas) Perdana Menteri, Datuk Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.