Saturday, September 27, 2014

295.0 Ilmu Kesihatan - Dr. Rahim Mohd. Nor

Intro: Saya telah lama mengenali Dr. Abdul Rahim Mohd. Nor ini (sejak tahun 80han).  Jika tidak silap saya, bapa beliau adalah seorang guru, Cikgu Mohd. Nor yang pernah mengajar saya satu masa dahulu (tahun 1963 - 1968) ketika di Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa, Pulau Pinang yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee.  Dr. Abd Rahim juga boleh dikatakan doktor keluarga saya kerana kesemua kami sekeluarga pernah mendapat rawatan di klinik Dr. Rahim di Bayan Lepas, Pulau Pinang.  Disamping itu, beliau juga "businessman" memiliki kedai emas dan lain-lain.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Abdul Rahim yang tergolong di dalam kelompok orang Melayu yang berjaya.

Ketika melayari web kesihatan, saya terjumpa web Dr. Rich Dr. Rahim (https://www.facebook.com/drrich.drrahim) yang banyak memberi panduan dan nasihat tentang kesihatan. Saya syorkan pembaca melayari web Dr. Rahim yang menarik ini.

ILMU KESIHATAN ke 21. Assalam. Masyallah letih doc jawap byk soalan kesihatan drp Rakan FB doc. Doc cuba bgi yg terbaik. Mai hari ni nak ajak semua jadi doktor diri sendiri. Mai kita tengok kut- kut kita kena KENCING MANIS ke atau tak. Simptom dan tanda2 ni ada tak dgn anda. 1. KERAP KENCING. Tak larat lari pi blk air je. Nasib baik tak trkencing dlm seluar nu. 2.AMAT DAHAGA dan BIBIR dan LIDAH KERING. Duk kerja minum air berkole-kole. 3. BERAT BADAN MENURUN DGN MENDADAK.. Sampai seluar terlondeh!! he!he!. 4. LETIH dan NO POWER!! 5. KERAP INFEKSI di badan dan SUSAH SEMBUH. Bila sembuh parutnya HITAM. 6. RABUN MATA sekejap. OK sekejap 7.KEBAS dihujung jari tangan dan kaki. Klu ada simptom2 ni...tunggu ape lagi. Bukan BUATAN ORANG YE. BUKAN PELESIT hirup darah ye. BUKAN ADA BENDA TUMPANG... Yang penting pi cek dulu sebelum terlambat ye. Allah bagi otak untuk fikir untuk jaga KESIHATAN kita TIP TOP.. supaya dpt beramal dgn TIP TOP... PAHALA pun TIP TOP.. Ayuh cek diri anda. Ada soalan bgi tau doc. Doc jawap setakat mampu doc bl doc lapang ye. Doa keberkatan drp ALLAH. Amin. Tk . Drp (DAR) Dr. Abdul Rahim . Hak milik terpelihara. Dilarang menguna info ini utk promo produk kesihatan.





..............................................................................................................................................................

Penyakit Sopak @ kelopak garam - Punca dan rawatan. 
Kredit kepada DrRich DrRahim (Klinik Abdul Rahim Sdn. Bhd.)
ILMU KESIHATAN Ke -22. Tadi pgi kat klinik doc " Doc tengok muka makcik ni bengkak tembam, gatal , mata tak blh buka.. jadi muka Jepun tpi sy Melayu. Sy pakai produk buh kat muka ni doc. Kata kasi COMEL tpi jadi COMOT doc. Depa kata makcik trkena Hantu ludah... Depa kata buh air garam...tpi badan dok bengkak kelopak garam juga." Klu org kata kelopak gula...habis badan buh air gula nu....he he . Klu anda kena allergik kelopak garam doc nasihat:1. Cari punca anda ALLERGIK ...yg akibat kulit gatal atau bengkak. 2.Jangan mkn atau pakai benda tu lain kali sbb tak sesuai dgn anda. 3. Jgn garu....akan akibat lagi gatal dan bengkak tpi minum air banyak untk kencing keluarkan benda allergik trsebut. 4. Dptkan rawatan allergik secara ubat, injek dan lotion segera. Doc doakan kulit anda cantik dan gebu selalu ye. Jika ada persoalan allergic ...insyallah doc akan bantu. Tk .Drp Dr. Abdul Rahim ( DAR ). Hak terpelihara. Dilarang guna info ini utk promo barang kesihatan tanpa izin.
..................................................................................................................................................................................................................
ILMU KESIHATAN ke-23. Assalam. Hari ni mai bersama doc belajak jadi bomoh tulang atau doktor orthopaedik. Emak doc atau anda klu dah menopause...kilang haid pun dah tutup; Maka kilang buat minyak pelincin disendi2 badan pun tutup. Bila minyak lutut dah OUT. Maka minyak pelincin kering dan tulang lutut BERGISIRAN setiap kali bergerak. Ini akibat kerosakan pemukaan tulang lutut dan anda rasa teramat SAKIT LUTUT (ARTHRITIS) terutama masa buang air besar atau solat duk antara duasujud. Sebab tu ORANG LELAKI ..ramai STEADY je, sbb doc dan gang lelaki tak gantung kpd HAID. 1. Klu anda gerak lutut ia BERBUNYI...makna lutut anda alami ARTRITIS. Kena mkn ubat atau injek ubat dlm lutut. 2. Klu ia bengkak lutut...makna lutut anda ada air bisa....kena doc sedut keluar. Klu tak anda tak blh lipat lutut tu. 3. Klu rawatan 1&2 gagal...anda KENA TUKAR SPARE PART LUTUT... Buh lutut drp besi (Arthroplasty). 4. Klu anda percaya pd supplement pasaran yg di promo...tak akan berkesan sbb TULANG SPARE PART KITA DAH LAMA dan RAPUH. 5. Klu percaya pd GIGITAN HANTU kat lutut.... doc tak pandai bab ni...pi lah buat apa yg patut. Ingatlah DIRI kita setiap hari kita makin tua...Manusia tiada spare part. Kereta ada spare part. Oleh itu jagalah lutut anda masa umur dua tiga siris....jangan dah 5 dan 6 siris baru nak jaga...tak berguna lagi. Doc doa lutut kita sentiasa elok dpt kita SUJUD KPD ALLAH adalah nikmat besar rahmat. Ada soalan bab ni bgi tau doc.Soalan drp anda terlalu ramai. Doc jawap yg penting dan share. Tk Drp. Dr. Abdul Rahim. (DAR). Hak terpilihara. Dilarang mengguna info ini utk promo brg kesihatan.



................................................................................................................................................................

ILMU KESIHATAN KE 24: Assalam. Doc dan anda Syukur nikmat Allah bagi kita ada jari dan kuku. Ada kuku...seronoknya dpt BERGARU. Seronok juga dpt CUBIT suami atau isteri nu. Mai doc nak ajar anda jadi doktor KUKU pula hari ni. 1. Kuku MAKAN CEKAM: dimana kuku masuk dlm isi jari. Siapa kerap kena cam ni kena potong kuku STRAIGHT. Jgn potong MELEKUNG, isi tepi akan tumbuh dan kuku akan masuk dlm isi. Ubat nya BUKAN buh INAI le, tapi POTONG ISI YG LEBIH atau BUANG KUKU yg masuk isi. 2. Kuku BERNANAH: Kebanyakan org kencing manis. Doc nasihat control kencing manis ye. Baru infeksi nanah tak jadi serta mkn antibiotik. Klu tak kontrol..SEMUT pun suka nu. 3. KUKU BERKULAT/FUNGUS..kuku berdebu: Doc nasihat sapa yg kena...rajin2lah KERINGKAN KUKU bila basah. Kulat akan biak dlm keadaan lembab. Buh CANDID LOTION bawah kuku dan makan GLUSEOFULVIN. 4. Bila jari terapit, PERDARAHAN BAWAH KUKU: Doc tebuk lubang dgn pin atas kuku untk keluarkan darah beku tersebut atau cabut je kuku tu. Nanti naik kuku yg baru. Klu tak sakit biarkan je. Ada soalan bab kuku; insyallah doc cuba tolong masa doc lapang ya. Lupa nak habak KUKU PANJANG... jaga2 tau SENANG PATAH.... rajin2 potong ye. Drp Dr. Abdul Rahim (DAR).Copy right reserve. Tk.






sumber: https://www.facebook.com/drrich.drrahim

Wednesday, September 17, 2014

294.0 16 Sept = Hari Malaysia = Pembunuhan di Sabra & Shatila



Hari ini dalam Sejarah | Tragedi Sabra dan Shatila 1982
Bagi rakyat Malaysia, tanggal 16 September adalah tarikh penting menandakan terbentuknya sebuah negara berdaulat bernama Malaysia dan terbebasnya wilayah Sabah dan Sarawak dari penguasaan penjajah. Namun, bagi rakyat Palestin, pada tarikh yang sama tahun 1982, satu peristiwa tragis telah menimpa mereka yang amat jelas menunjukkan PENGKHIANATAN dunia kepada rakyat Palestin.

*****
Mengalirnya darah insan tidak berdosa di Sabra dan Shatila

Sabra adalah nama sebuah penempatan rakyat Lebanon di bahagian selatan Beirut Barat manakala Shatila pula adalah pusat perlindungan untuk pelarian Palestin sejak 1949 lagi. Menjelang 1949 sahaja, sudah ada lebih 100 000 pelarian Palestin yang berada di Lebanon termasuk Shatila dan bilangannya terus bertambah sehingga sekarang. Sabra dan Shatila adalah berhampiran dan interaksi yang berlaku antara penduduk Lebanon di Sabra dan pelarian Palestin di Shatila menyebabkan kejiranan itu secara tidak rasmi dikenali sebagai ‘Kem Sabra dan Shatila’.

*****
PLO dan Kumpulan Militia Phalangists

Palestine Liberation Organisation (PLO) ditubuhkan pada tahun 1964 sebagai badan induk yang memayungi beberapa pertubuhan lain dalam usaha membebaskan keseluruhan bumi Palestin dari Zionis Israel. Pada 1969, Perdana Menteri lebanon telah memberi kebenaran kepada pihak PLO untuk menjadikan Lebanon sebagai pengkalan operasi menentang Israel. Pejuang PLO semakin bertambah menjelang awal 70-an apabila pejuang PLO di Jordan diusir. Perkara ini telah merunsingkan Israel dan juga telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan dengan penduduk dan kumpulan militia tempatan khususnya kumpulan Phalangists. Beberapa siri serangan telah dilakukan oleh PLO ke atas Israel melalui selatan Lebanon yang mengentarkan Israel sehingga memaksa mereka melakukan serangan balas.

*****
6 Jun 1982 - bermulanya titik hitam Sabra dan Shatila.

Bagi menghentikan serangan dari selatan Lebanon khususnya dari PLO, Israel telah melancarkan beberapa siri serangan balas sehinggalah pada 6 Jun 1982, bermulanya titik hitam Sabra dan Shatila apabila Israel menghantar sekitar 60,000 tentera memasuki Lebanon untuk menghapuskan PLO. Walaupun mendapat ‘kecaman’ dari Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), Israel dengan dibantu oleh beberapa kumpulan Kristian tempatan termasuk kumpulan militia Phalangists berjaya memasuki Lebanon dan menjelang 18 Jun 1982, mereka sudah berjaya mengepung pejuang PLO di Beirut Barat.

*****
Gencatan senjata dan PENGKHIANATAN

Kepungan berterusan oleh Israel yang berlarutan selama hampir 2 bulan telah menimbulkan kerisauan berlakunya bencana kemanusiaan yang besar jika Israel melancarkan serangan terhadap pejuang PLO serta penduduk setempat. Atas ‘usaha dan perantaraan’ wakil kerajaan Amerika Syarikat, Philip Habib, satu gencatan senjata telah dipersetujui diantara Israel dan pejuang PLO.

Antara perjanjian yang dipersetujui adalah pejuang dan pegawai-pegawai PLO perlu meletakkan senjata, meninggalkan bumi Lebanon dan menutup serta menghentikan semua operasi pejabat dan prasarana PLO. Proses pengunduran atau lebih tepatnya PROSES PENGUSIRAN ini dilaksanakan di bawah pengawasan pasukan tentera antarabangsa(Amerika Syarikat, Itali dan Perancis) dan mereka dijadualkan untuk berada di lapangan selama 30 hari dari tarikh ketibaan mereka. Mereka juga BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA KESELAMATAN penghuni kedua-dua kem tersebut termasuk ahli keluarga pejuang yang ditinggalkan di Sabra dan Shatila. Di pihak Israel pula, mereka BERJANJI tidak akan meneruskan kemaraan mereka ke Beirut.

*****
Janji untuk dikhianati!!!

Pengunduran pejuang PLO yang bermula pada 24 Ogos 1982 itu selesai sepenuhnya menjelang 1 September 1982. Pengkhianatan bermula apabila Israel mula menempatkan tenteranya di sekeliling kedua-dua kem tersebut 2 hari selepas pengunduran pejuang PLO selesai. Tidak lama selepas itu, pasukan tentera antarabangsa pula melaksanakan peranan mereka dan mula meninggalkan kawasan tersebut lebih awal dari yang dijanjikan!!!

*****
Dunia menyaksikan pembunuhan ini.

Drama pembunuhan ini semakin jelas apabila pada 11 September 1982, Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel pada waktu itu ‘mengisytiharkan’ terdapat seramai 2 000 ‘pengganas’ Palestin yang bersembunyi di kalangan pelarian di khemah-khemah pelarian sekitar Beirut. Bermula pada 15 September, sehari selepas pembunuhan bakal Presiden Lebanon yang menjadi sekutu kuat Israel-Phalangists, Bashir Gemayil, tentera Israel mara dan memasuki Beirut Barat dan mengepung kem Sabra dan Shatila. Menjelang tengahari 15 September itu, seluruh penempatan telah dikepung oleh tentera dan kereta-kereta kebal Israel. Pos-pos kawalan tentera didirikan bagi memantau pergerakan penduduk di dalam kem.

Tanggal 16 September adalah tarikh yang tidak akan dilupakan. Sepasukan tentera Phalangists sekitar 150 orang mula memasuki kem Sabra dan Shatila dan tragedi bermula.

Dunia menyaksikan untuk tempoh 40 jam kemudian, tentera Phalangists ini merogol, membunuh dan mencederakan ramai orang awam yang TIDAK BERSENJATA. Kebanyakan mangsa adalah wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Bagaikan neraka, rakyat awam tiada jalan keluar akibat kepungan kukuh oleh tentera Israel. Keganasan tentera Phalangists ini berterusan sehingga 18 September 1982.

Jumlah angka korban adalah antara 700(angka rasmi Israel) hingga 3500 orang. Sehingga kini, tiada sesiapa pun yang telah dihukum atas keganasan terancang ini bahkan disokong oleh beberapa kerajaan lain.

*****
Dunia terus membisu

Dengan 4000 angka kematian yang sibuk dilaungkan oleh Amerika Syarikat akibat ‘serangan pengganas’ 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia(WTC), mereka telah melancarkan ‘kempen peperangan menentang keganasan’ yang telah memusnahkan dua buah negara - Afghanistan dan Iraq, yang sehingga kini TIDAK MENEMUI sebarang bukti sahih untuk mengaitkan pengganas dengan tragedi tersebut. Dan kempen ini masih diteruskan.

Bandingkan pula sikap Amerika Syarikat dan dunia terhadap pembunuhan kem Sabra dan Shatila ini. Jelas, yang terbunuh adalah dari kalangan wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak bersenjata, dan yang lebih menyayat hati adalah mereka dibunuh semasa mereka sepatutnya mendapat PERLINDUNGAN ANTARABANGSA melalui jaminan yang ditaja sendiri oleh Amerika Syarikat, dan peristiwa ini berakhir seperti tiada apa yang berlaku.

Permainan Amerika Syarikat dan sekutunya dalam ‘misi keamanan’ yang dilancarkan mereka lebih jelas kalau kita lihat dari siri-siri pembantaian rakyat awam seperti kes di Syria, Mesir, Palestin, Rohingya dan lain-lain. Peranan mereka sebagai pembantu dalam ‘menghapuskan keganasan’ seperti dihalalkan oleh seluruh pemimpin negara Islam apabila tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh mereka begitu juga dengan Konferens Organisasi Islam(OIC).

*****
Peranan kita

Tragedi berdarah Sabra dan Shatila ini akan terus diingati bagi mereka yang merasakan semua mangsa terbabit itu ialah saudara-mara mereka. Tragedi ini hanya satu bahagian kecil daripada siri-siri kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Peranan kita adalah untuk terus membongkar siri-siri kekejaman Israel ini dan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya untuk kita membebaskan cengkaman Israel terhadap negara Palestin keseluruhannya.

Sumber: Al-Aqsa Dalam Bahaya, Dr Maszlee Malik [AKA]
https://www.facebook.com/aqsa.syarif

Monday, September 15, 2014

293.0 Kencing berdarah

Kencing berdarah atau hematuria bukan perkara biasa yang boleh dipandang ringan. Kehadiran darah dalam air kencing mungkin kecederaan dalaman akibat melakukan senaman berlebihan atau penggunaan ubatan dan bahan kimia, tetapi ia juga gejala kepada penyakit lebih serius iaitu kanser.

Penyakit ini terbahagi kepada 2 jenis:-

1) Darah dalam air kencing dapat dilihat dengan mata kasar apabila bahan kumuh itu berwarna merah atau coklat gelap (gross hematuria).

2) Darah hanya dapat dikesan menerusi mikroskop oleh pemeriksaan doktor (microscopic hematuria) selepas pesakit mengadu pedih dan sakit pada kemaluan ketika membuang air kecil.

# Rawatan untuk memulihkan kencing berdarah bergantung kepada punca pendarahan berlaku. Ini kerana, kadangkala air kencing bertukar merah bukan disebabkan darah tetapi kerana senaman, pemakanan dan pengambilan ubatan.

# Biasanya, masalah air kencing berwarna merah akan hilang sendiri beberapa hari kemudian. Namun, air kencing kita tidak sewenang-wenangnya berdarah hanya disebabkan pengambilan ubatan atau senaman.

# Jadi, sebaik menyedari ada darah dalam air kencing, segera berjumpa doktor kerana penyakit ini memerlukan rawatan perubatan,” katanya.

# Kencing berdarah berlaku apabila organ seperti buah pinggang, saluran tiub ureter iaitu sambungan tiub dari buah pinggang ke pundi kencing, pundi kencing, prostat dan uretra bocor dan membenarkan sel darah memasuki air kencing.

# Kebocoran itu pula disebabkan seseorang menghidap penyakit seperti batu karang, jangkitan di bahagian pundi kencing atau kencing kotor, bengkak kelenjar prostat, kanser pundi kencing, kanser prostat dan kanser buah pinggang.

# Jangkitan saluran air kencing berlaku apabila bakteria memasuki tubuh melalui uretra dan membiak dalam pundi kencing.

# Gejala ditunjukkan jika terkena jangkitan seperti kerap membuang air kecil, rasa pedih seperti terbakar ketika kencing dan bau air kencing terlalu hancing.

# Bagi wanita pula, jangkitan juga biasanya disebabkan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra ke pundi kencing dan membiak di situ.

# Ini terjadi apabila tabiat mereka yang suka mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar, selain kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor selepas melakukan hubungan seks.

# Jangkitan buah pinggang (pyelonephritis) juga berlaku apabila bakteria memasuki organ itu dari saluran darah dan memasuki ureter dengan gejala seperti demam dan sakit rusuk. Sakit batu karang turut menyumbang kepada kehadiran darah dalam air kenicng.

# Bagi lelaki, semakin mereka berusia, kelenjar prostat mereka akan membesar atau bengkak dan proses ini mengecilkan uretra sehingga menyekat aliran air kencing.

# Keadaan ini menyebabkan sama ada sukar membuang air kecil atau keinginan kuat untuk membuang air kecil,” katanya.

# Darah dalam air kencing juga boleh berpunca daripada kecacatan dalam sel darah merah atau seseorang menghidap sel sabit pada anemia, iaitu kelainan genetik pada tubuh manusia yang diwarisi dari keluarga.

RISIKO YG TINGGI MENGHIDAPI KANSER PUNDI KENCING:
1) TABIAT MEROKOK
2) PENDEDAHAN TERHADAP BeBERAPA JENIS BAHAN KIMIA YG SEPERTI BAHAN YG TERDAPAT DI DALAM PEMBUATAN TEKSTIL ATAU PEWARNA

**Bagaimanapun, pendedahan dalam jangka masa lama iaitu lebih 10 tahun atau kuantiti banyak diperlukan untuk membolehkan seseorang pekerja dalam industri ini mendapat kanser pundi kencing.

# Ujian air kencing boleh menentukan sama ada seseorang itu menghidap jangkitan pundi kencing atau sakit batu karang.

MENCEGAH SEBELUM TERLAMBAT:-

1) Banyakkan minum air kosong, walaupun minum air manis perlu berselang dengan air kosong.

2) Jangan tahan kencing dan jaga kebersihan alat sulit bagi mengelak terkena jangkitan akibat bakteria.

Jika anda mengalami gejala di atas, sila dapatkan rawatan lanjut.
-Perunding Urologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), Dr Muhilan Parameswaran- — with Yusuf Ucop.



[Sumber: https://www.facebook.com/MAcottonmaniac]

Wednesday, August 20, 2014

292.0 Sista Ovari (Cyst Ovary) atau Kanser Ovari

Sista ovari (Cyst Ovary)





Salah satu penyakit yang menyerang para remaja atau wanita ialah sista ovari atau kanser ovari.  Bunyi "kanser" sahaja sudah cukup membimbangkan dan merunsingkan kehidupan.  Walau bagaimanapun, para remaja dan wanita janganlah terlalu gentar dengan penyakit ini kerana berita baiknya sista ovari bukanlah ketumbuhan seperti kanser yang sering kita dengar dan ia biasanya boleh hilang dengan sendirinya tanpa apa-apa rawatan. Manakala berita gundahnya ialah sesetengah sista ovari tidak hilang malah ia bertukar menjadi kanser (Dengan Allah jua kita berlindung).

Ikuti artikel pengenalan lanjut tentang perkara ini yang saya ambil dari sumber: http://kambingemas.blogspot.com/2007/09/sista-cyst-di-ovari.html  dan

Apakah yang dimaksudkan dengan Sista Ovari?

Sista atau ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa jenis sista ovari. Gulungan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini disebabkan kebimbangan mereka kepada kanser ovari. Satu perkara yang perlu diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti biasanya. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser. Yang menggembirakan kita ialah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari biasanya tidaklah membimbangkan.

Tanda dan Gejala

Lazimnya, sista ovari tidak membahayakan dan tidak menimbulkan gejala. Jika berlaku juga gejala, ia termasuklah:

Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen Berat badan bertambah. Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis. Kesakitan semasa melakukan seks Haid tertunda, tidak teratur atau sakit. Semakin banyak timbulnya bulu roma di muka.

Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam, dan/atau muntah. Kemungkinan ini disebabkan oleh sista yang berdarah kerana telah pecah atau terpintal/terpusing.

Jenis-jenis sista ovari

Sista fungsi - Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal. Contohnya, ia terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan biasa. Ianya mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan hormon. Sista folikel dan korpus luteum - sista folikel terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Sista korpus luteum merupakan jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari. Sista yang abnormal atau sista neoplasma - Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna. Dalam beberapa kes tertentu, ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan perubatan dari doktor. Ini termasuklah:

Sista dermoid - yang mengandungi pelbagai jenis tisu seperti bahan-bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.

Ovari polisistik - disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Ini akan menyebabkan berlakunya haid yang tidak teratur, timbulnya bulu-bulu roma di badan dan ketaksuburan atau kemandulan

Perkara yang perlu diingat:

Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap tumor ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. Endometriosis mungkin menjadi lebih serius jika berlakunya sista ovari dan peluang anda untuk menjalani oforektomi (pembuangan ovari) adalah lebih tinggi. Dalam beberapa kes tertentu, jika berlakunya sista ovari yang malignan, rawatan awal biasanya memberi lebih jaminan untuk sembuh. Wanita yang mendapat sista ovari selepas putus haid lebih mudah mengalami malignansi.

Beringat untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa sesak, tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu dikesan dan dirawat maka lebih baiklah peluang anda untuk sembuh.

Pengesanan

Anda boleh mengesan sista ovari melalui:

Pemeriksaan pelvis di mana doktor dapat merasa saiz ovari dan mengesan sebarang keabnormalan yang wujud. Ultrasound - alat ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar atau imej organ dalaman dengan meletakkan satu alat di atas abdomen atau memasukkan alat tertentu ke dalam faraj. Laparaskopi - satu pembedahan kecil yang dilakukan untuk membolehkan doktor melihat struktur dalam abdomen anda.

Ujian darah bagi mengesan tumor- ujian ini akan dilakukan jika doktor mensyaki adanya malignansi.

Rawatan

Bergantung kepada:

Saiz dan jenis sista. Umur, sama ada anda berada dalam tahun-tahun yang subur atau telah putus haid.. Ingin mendapatkan anak Tahap kesihatan keseluruhannya.

Keterukan gejala yang dialami.

Sesetengah sista akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika ianya tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista tersebut. Jika sista itu dapat dikesan lebih awal, ianya hanya mungkin memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin dibuang tanpa melibatkan ovari. Kadangkalanya ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin melibatkan pengeluaran tiub Fallopian dan juga rahim.

Soalan untuk ditanya

Adakah anda mengalami sakit abdomen yang amat sangat, demam dan muntah-muntah?

JIKA YA

Berjumpalah doktor.

JIKA TIDAK

Adakah anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah:
Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen
Haid tertunda, tidak teratur atau sakit
Kesakitan semasa melakukan seks
Kesakitan yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis.

JIKA YA

Hubungi doktor

JIKA TIDAK

Gunakan rawatan/pengurusan sendiri

PENGURUSAN SENDIRI DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
  • Dapatkan pemeriksaan pelvis secara berkala seperti yang disarankan oleh doktor.
  • Jika mendapat kesakitan yang ringan ambillah ubat penahan sakit.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
Sumber: http://kambingemas.blogspot.com/2007/09/sista-cyst-di-ovari.html
_____________________________________________________________________________

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.

Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.

Jadi, apabila kita memakannya paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Seorang doktor memaklumkan saya bahawa semua wanita ada sista/cyst cuma samada ia kecil atau besar, boleh hilang dengan sendirinya atau kekal.

Nota: evening primrose oil

Maklumat yang baru saya terima ialah minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak itu mendapat kanser. Mengikut kajian ke atas pesakit kanser payudara pula, ramai di antara mereka menggunakan evening primrose ini.

2.) Ayam.
Ayam ternakan disuntik dengan hormon estrogen untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Bertukarlah kepada ayam kampung.

3.) Ikan keli yang dibela.
Jika perlu makanlah ikan keli yang ditangkap di sawah padi etc.

KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adalah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bagi wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS.

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yang digalakkan:
  • Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
  • Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
  • Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
  • Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
  • Buah-buahan - Nenas & betik
  • Ubi kayu
  • Sup miso (sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm sup utk di jadikan miso sup)
  • Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan:

  • Daging merah (kambing & lembu)
  • Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
  • Produk tenusu seperti keju
  • Ikan haruan
  • Gamat
  • Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
  • Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
  • Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
  • Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
  • Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
  • Makanan berlemak/ berminyak

FIBROID DAN CYST

♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH:

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tangan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada gangguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshad dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

Thursday, August 7, 2014

291.0 Jom boikot produk israel


Sehingga ke saat ini, 7 Ogos 2014 Khamis = 1,867 orang telah syahid
(hendak tunggu sampai mencecah 2,000 orang baru nak bertindak kah?)

Alhamdulillah ..... israel juga mengalami korban jiwa dan kerosakan harta benda.

Kemusnahan di Ghazzah @ Gaza

Melihat kepada apa yang sedang berlaku di tanah Palestin membuatkan kita rasa marah, geram, panas diikuti dengan beberapa perkataan yang tak enak didengar telinga ...... setakat itukah keimanan kita?  sekadar itukah kadar bantuan yang dapat diberikan kepada saudara2 kita yang menjadi mangsa kejam israel laknatullah sejak tahun 1948 lagi?  Memang benar, setakat itulah sahaja kemampuan kita buat masa ini.  Banyak lagi yang boleh kita buat untuk membantu Palestin selain berdoa untuk kemenangan mereka yang jihad fii sabiilillaah, menghulurkan derma kepada Tabung Palestin yang telah diwujudkan, melibatkan diri di dalam mengwujudkan kebencian dunia ke atas rejim israel melalui websites, blogs dan apa sahaja mediamassa yang boleh digunakan ataupun paling mudah "BOIKOT" produk pengeluaran israel (Bar Code: 729 tetapi sekarang telah ditukar kepada 871).
Pernah tak dengar sebuah kisah benar, ketika Nabi Ibrahim a.s. sedang dibakar (tetapi sedikitpun tidak menjejaskan badannya) oleh orang-orang musyrik di dalam kawah api yang luas dan dalam, tiba-tiba terdapat se ekor burung yang beterbangan ulang alik ke kawasan air, mengambil air di dalam parohnya dan dibuang ke dalam api yang marak membakar itu.  Memang satu perbuatan yang sia-sia dan tidak masuk akal.  Apabila ditanya, kenapa dia berbuat demikian, jawabnya, ia berasa malu di hadapan Allah jika ditanya apakah tindakannya ketika Nabi Ibrahim dibakar jika ia tidak berbuat apa2.  Kebanyakan kita dalam situasi dan kategori keimanan "burung" ini.  Tetapi jika ramai-ramai melakukannya, Insya'allah ia akan berkesan juga.  Sama-samalah kita berusaha membantu saudara Palestin kita dan kepada Allah kita bertawakkal.

Diharapkan dengan memboikot barangan israel dan negara2 yang se tongkol dengannya (khasnya USA), akan menyebabkan ekonomi negara mereka merudum terok.  Banyak lagi barang atau bahan ganti produk mereka yang kita boleh pilih di pasaran dan inilah masanya kita mempromosi produk tempatan.


Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa tentang perjuangan Palestin ini ......."Antara perkara yang sudah nyata dan tetap dalam Al-Qur’an, hadith, dan ijmak para ulama adalah, jihad bagi membebaskan negara daripada serangan dan cengkaman musuh Islam adalah wajib. Memelihara keselamatan dan kebebasan bumi Palestin menjadi kewajipan kepada penduduknya, mereka yang ada sekitarnya, dan seluruh umat Islam yang ada di serata pelosok dunia."

Sumber : Fatawa Min Ajli Falastin, Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Saya paparkan satu artikel menarik di bawah ini tentang usaha memboikot dari sumber:  https://www.facebook.com/nshahidahz?fref=photo

Bercakap perihal boikot, saya teringat initipati pembelajaran dalam kelas 'World Food System' waktu di universiti dahulu. Selama satu semester kami hanya membincangkan perihal rantaian sistem makanan sahaja. Jika betul-betul mendalami isu ini, kita akan sedar bahawa sistem rantaian makanan di zaman moden kini membawa kesan negatif yg sgt kritikal dan kompleks meliputi sosio-ekonomi, kesihatan, gaya hidup seharian kita.

Ekonomi; 'Market capitalization' P&G sahaja melebihi jumlah KDNK sebahagian negara. Dasar monopoli ekonomi yg banyak mengeksploitasi hak peniaga2 tempatan dlm sesebuah negara. Salah satu faktor kenapa perniagaan orang2 tempatan (tidak kira negara mana sekalipun) sukar utk berkembang disebabkan sistem monopoli oleh syarikat2 gergasi antarabangsa ini.

Kesihatan; Kebanyakan makanan segera dan barang kosmetik menjejaskan kesihatan dan menularkan virus baru dan sel-sel kanser yang sukar diubati.

Gaya hidup; Mengurangkan keberkatan hidup dan keluarga apabila makanan sehari-hari tidak lagi dimasak oleh air tangan sendiri. Tidak hairanlah semakin renggang dan rosak institusi kekeluargaan kini.

Kita bersemangat untuk memboikot. Tetapi atas dasar apa kita memboikot? Adakah atas dasar kasihan semata-mata? Tidak cukup untuk kita melihat isu ini pada satu lapisan sahaja.

Mula mendalami, dan cari alasan yang lebih kukuh untuk kita memboikot! As starting, boycott for the sake of Palestine! As we go further, boycott for the sake of justice. Boycott for the sake of a better system in world. The consequences will not only benefit the Palestinians but people around the world (including us)! 

Ketahuilah, sistem rantaian makanan yg didominasi puak kapitalis zionist ini bukan hanya membunuh rakyat Palestine shj tetapi satu dunia sebenarnya. Dengan kefahaman, insyaAllah kita bukan hanya jijik melihat sistem rantaian makanan segera ini (terutamanya) kerana ia menumpahkan darah anak-anak Palestine tetapi juga kerana ia membunuh keberkatan hidup kita..

Jadi betulkah boikot adalah alternatif terbaik? Iya, saya percaya boikot adalah usaha terbaik yg mampu dilakukan rakyat bawahan seperti kita. Boikotlah berperingkat-peringkat, secara kolektif dan mengikut kemampuan kita. Tak mustahil, desakan 'bottom up' masyarakat sivil mampu menjejaskan kuasa-kuasa besar di atas sana. Seperti yg dinasihatkan oleh professor saya yang telah berbelas-belas tahun mendalami bidang 'Food System' ini,

"There's no other efficient way for you (people) to make a change other than stop buying the fast food and start support you local markets. Back to basic." - Mr. Haroon Akram-Lodhi.

Now you have more reasons to boycott those goods, don't you?

Yang pernah mendengar kuliah pengajian 'World Food System' di Trent University, Canada,
Nurshahidah zahid

PS: Post ini tidak ditulis untuk tujuan akademik (sepenuhnya).Maaf jika terdapat kelonggaran hujah di mana-mana. Ianya lebih kepada post separa-akademik yang diharapkan dapat menyuntik kefahaman dan semangat kita dalam menjalankan usaha boikot. Moga-moga berkat dan bermanfaat.

Friday, June 27, 2014

290.0 Cucuk tanam di rumah taman.

Introduction

Suatu masa dulu, apa sahaja yang saya tanam tidak menjadi dan menemui kegagalan. Kata orang "tangan saya panas, pasal tu pokok tak mahu hidup". Tapi saya ni jenis degil dan tidak mudah mengalah. Saya hadir kursus landscaping selama 4 hari anjuran swasta di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas dan minat berkebun mula berputik. Saya tolak ke tepi apa kata orang dan mulalah saya mengisi ruang lapang saya (setelah pencen) dengan menanam pokok2 renek disamping exercise mengeluarkan peloh di tengah panas matahari. Hasilnya ....... lihatlah foto-foto di bawah ini. Tinggal di rumah taman memang terhad halamannya, jadi saya gunakan sepenuhnya untuk bercucuktanam. Kita kena juga pertimbangkan jiran di sebelah. Daun-daun dari pokok kita terbang masuk ke halaman rumahnya, jadi sebagai timbalbalas, kita tawarkanlah atau berkongsi hasil dari cucuktanam kita kepadanya ...... bila2 perlu daun kari ke, pandan ke, aloe vera ke, cuma minta saja ....... dan apabila ada buah-buahan, sama-samalah kita rasa.   Begitulah hidup bermasyarakat di dalam perumahan taman.

Keadaan dan kesuburan tanah juga penting. Biasalah di rumah-rumah taman, kontraktor akan menambun beberapa lapis batu-batu kecil, hardcore dan tanah merah.  Sebaiknya, dikorek buang semua batu-batu dan diganti dengan tanah baja hitam (lihat foto) atau tanah merah (tanah bukit) yang tidak berselut.

Tahun 2007 - keadaan tanah halaman ketika pemaju menyerahkan rumah kepada pembeli.

Tanah halaman terdiri dari batu-batu kecil, pasir dan bahan2 buangan binaan.

Lapisan tanah campor batu setebal 6 inci dibuang 

Tanah merah diganti dan diratakan


Penanaman rumput secara susunan palet rapat-rapat.

Mula menanam pokok kelapa batang merah.

Keadaan rumput hijau

Tanah di sekeliling rumah saya terdapat anai-anai putih kerana asalnya tapak perumahan ini adalah kawasan ladang kelapa sawit dan getah.  Ia juga merupakan ancaman kepada pokok-pokok untuk hidup subur dan adakalanya merosakkan sistem akar hingga pokok tumbang.  Saya pernah menanam pokok betik, berhasil dan menikmati buahnya yang manis dan besar (lihat foto di bawah).  Tak lama kemudian, tiba-tiba ia rebah ke bumi, patah di bahagian bawah kerana dimakan anai-anai. Saya juga menanam pokok mempelam. Setelah 4 tahun, ia membesar setinggi 15 kaki tetapi tidak berbuah. Ia pernah berbuah sekali tetapi tak lekat, buah-buahnya jatuh ke bumi ketika putik lagi.  Saya mengambil keputusan menebang buang kerana daun-daunnya beterbangan ke rumah jiran dan banyak semut kerengga.

Tanah baja hitam Alamanda 7.5 liter - terdapat dijual di kedai-kedai runcit
6 paket = RM10.00


Sempat berbuah lebat dan manis.

Akhirnya tumbang ke bumi kerana dimakan anai-anai putih.

Selain anai-anai, satu lagi ancaman kepada pokok buah-buahan ialah haiwan seperti tupai ......

Tupai suka makan buah-buahan di atas pokok.

Buah yang masak ranum menjadi sasaran tupai menebok.....
dah rezeki dia .... niat kata sedeqah dapat pahala! Jangan marah!
Satu lagi petua seorang Komando, jika kita sesat dalam hutan dan kelaparan, 
carilah buah-buahan yang ada kesan ragut atau sisa haiwan kerana ia tidak beracun dan boleh dimakan. Haiwan lebih mengenali buah-buahan beracun atau tidak beracun.

Pokok-pokok yang ditanam bukan sahaja menghasilkan buah untuk dinikmati tetapi ia juga menyejukkan suasana halaman rumah dan mata yang memandang.  Apa yang penting, keluarkan sedikit modal (wang dan peloh), cucuk saja ke bumi, Insyaa'allah ia tumbuh (tidak perlu attend kuliah universiti untuk jadi pekebun yang berjaya). Ilmu cucuk tanam lebih kepada kreativiti dan logik.  Kita bukan nak hasilkan buah-buahan klon, atau nak jadi Tok Qadhi nak kahwinkan pokok.  Itu sudah peringkat tinggi......perlu baca dan berguru.

1. Pokok daun kari

Masakan orang utara Malaysia, khasnya Pulau Pinang, tidak akan missed kari ..... kari ikan, kepala ikan, kari daging, dalca, kari ayam dan sebagainya.  Kari tak kan sah kalau tak dimasukkan daun kari.  Sesetengah orang berkata, buat apalah susah2 tanam kalau sekadar nak guna sehelai dua baik beli saja di pasar.  Tapi apabila kita pergi ambil sendiri di taman yang kita tanam, rasanya (feeling) lain dan lebih seronok kerana hasil dari titik peloh kita tanam.  Di samping ia mewangikan masakan, ia juga punya banyak khasiat lain yang belum pernah kita terokai. Ikuti satu artikel yang saya petik dari  sumber: ‪#‎petua‬#mentariminda#bernamaradio24


Pokok daun kari yang ditanam di halaman belakang rumah saya

Daun kari segar dan sentiasa hijau.

Amat mudah ditanam, cari anak pokok dan tanam. 
Kadang-kadang daunnya pecah-pecah kerana diserang ulat dan serangga
seperti siput babi, ulat dan serangga.

Sejenis serangga berwarna putih pada ranting pokok daun kari.

Sejenis ulat berwarna hitam memakan daun kari hingga berlubang-lubang.


Khasiat daun kari selain mewangikan masakan ialah: 

1. Penawar cirit birit dan buasir

- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Loya dan pening

- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

3. Diabetes

- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

4. Agar rambut panjang dan sihat

-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

6. Lebam dan bengkak

- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

7. Kecantikan dan kesihatan diri

- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

2.   Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

Mulanya saya ambil se pokok kecil dari kampong Kuala Kangsar dan cuba tanam di dalam pasu.  Setelah beberapa tahun ia membesar dan saya terpaksa pisahkan dan jadikan dua pasu manakala anak-anaknya saya cuba tanam di atas tanah sebagai ujian, nampaknya ia hidup juga walaupun mengambil masa untuk membesar.

asalnya ia kecil dari mulut pasu, lihatlah sekarang kena asingkan ke dalam dua buah pasu pula .... subur.

Pasu kedua - sama besarnya.

Percubaan menanam anak-anaknya terus ke tanah.

Lidah buaya mempunyai banyak munafaat dan kegunaannya. Saya bentangkan petikan dari  sumber: http://manfaatbuahdaun.blogspot.com/2013/11/manfaat-lidah-buaya-untuk-kesehatan.html 

Manfaat Lidah Buaya untuk Kesihatan, Kecantikan Wajah dan Rambut


Lidah buaya sejak dulu dikenal sebagai tanaman obat berkhasiat. Meskipun biasa ditanam dalam pot sebagai tanaman hias, namun lidah buaya kerapkali digunakan untuk bahan perawatan kecantikan, dari mulai menyuburkan rambut hingga menghilangkan jerawat.

Lidah buaya mengandungi berbagai macam senyawa biologis aktif, seperti mannans asetat, polymannans, antrakuinon, berbagai lektin dan zat saponin dan senyawa antrakuinon. Senyawa antrakuinon yang terdapat pada lidah buaya merupakan zat yang dapat menangkal bakteri.

Lidah buaya layak disebut sebagai tanaman herbal karena mengandung sekitar 75 jenis zat yang bermanfaat dan kurang lebih sekitar 200 senyawa lain yang sangat berkhasiat.

Manfaat Lidah Buaya untuk Kecantikan
 
1.   Menghilangkan Jerawat

Caranya sangat sederhana dan dapat dilakukan dirumah tanpa harus pergi keluar rumah. Ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil getahnya atau lendir yang terdapat didalamnya. Oleskan pada bagian wajah yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 menit kemudian bilas dengan air hangat.

2.   Menghilangkan Flek Hitam

Bagi anda-anda yang memiliki flek-flek hitam diwajah karena pengaruh kosmetik atau bekas jerawat adalah metode ampun untuk menghilangkannya dengan cara alami. Caranya: setelah muka dibersihkan, ambil jelly lidah buayanya, lalu bersihkan dari lendir-lendirnya dan siapkan ke muka setiap pagi juga malam hari. Biarkan selama 30 menit. Setelah itu bersihkan dengan air bersih lalu keringkan. Lakukan minimal 2x sehari berturut-turut. Dijamin, muka anda akan mulus dan terbebas dari flex-flex hitam.Walau memakan waktu lama, namun bila dilakukan secara rutin, hasilnya pun akan maksimal.

3.   Kesihatan Bulu Mata

Bagi anda-anda yang rajin menggunakan maskara, tentunya akan berefek pada kesehatan bulu mata anda. Diantaranya: bulu mata kering dan cepat rontok. Namun anda jangan khawatir karena ada resep khusus yaitu kegunaan jelly liday buaya yang bisa memperkuat akar bulu mata serta menyehatkan bulu mata anda dan bulu mata anda pun akan lebat. Caranya: setiap akan tidur, atau pun saat anda bersantai, cuci bulu mata anda agar terbebas dari bahan kimiawi seperti maskara. Lalu ambil jelly Lidah Buaya, dan oleskan dengan lembut serta pelan-pelan pada bulu mata anda. Biarkan selama 30 menit lalu cuci dengan air biasa hingga bersih. Bila teratur menggunakannya, dijamin bulu mata anda akan kuat, tidak mudah rontok dan tebal.

4.   Menyuburkan Alis

Jelly lidah buaya juga bisa digunakan untuk mempertebal alis anda. Caranya setiap tidur diolekan ke alis anda, lalu keesokan harinya dicuci bersih. Semakin anda rajin melakukannnya, maka hasilnya pun akan maksimal.

5.   Perawatan Rambut

Dalam hal perawatan rambut yang telah banyak dilakukan, penggunaan lidah buaya dapat mempercepat pertumbuhan rambut, mengurangi munculnya ketombe, dan juga dapat menggantikan fungsi kondisioner dalam melembutkan rambut. Ambil 2 pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah dicuci (lakukan pada sore hari). Lalu balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya, usahakan melakukan perawatan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimal.

6.   Perawatan Kulit

Tidak peduli jenis kulit apa yang Anda miliki, lidah buaya dikatakan memang cocok untuk semua jenis kulit karena dia memberikan supply oksigen ke sel yang bisa membangkitkan kekuatan dan menyehatkan kulit. Ambil sepotong lidah buaya dan sisihkan bagian gelnya saja. Ingat, ini tidak termasuk cairan lengket yang menempel pada kulitnya. Hancurkan gel ini dan oleskan sebelum Anda tidur. Selain jerawat hilang, kulit juga akan menjadi lembut, bersinar dan katakan goodbye pada kulit keriput.

7.   Gel bercukur

Apabila Anda ingin bercukur dengan nyaman dan aman, Anda tak harus menggunakan krim cukur. Cukup mengoleskan gel yang terdapat pada lidah buaya maka Anda akan mempermudah Anda mencukur bulu serta mencegah iritasi. Lidah buaya akan membuat kulit tetap dingin dan nyaman tanpa terasa pedih.

8.   Pembersih makeup

Anda boleh mencoba gel lidah buaya ini untuk membersihkan makeup Anda. Langsung mengambil gel alaminya, maka ia akan membersihkan makeup dengan lembut tanpa meninggalkan iritasi.

9.   Melembabkan

Tak perlu bingung mencari pelembab yang alami dan aman untuk kulit sensitif. Anda cukup mencari yang berbahan lidah buaya sehingga kulit menjadi tetap dingin. Ia juga aman untuk kulit sensitif, kulit berjerawat. Bahkan lidah buaya akan membantu menyembuhkan jerawat dan bekas jerawat.

Manfaat Lidah Buaya untuk Kesihatan

1.   Mengatasi Diabetes

Konsumsi lidah buaya dengan cara tertentu akan dapat membantu Anda dalam menurunkan level gula darah untuk Anda yang menderita diabetes. Caranya dengan merebus lidah buaya yang sudah dibuang durinya dengan air 3 gelas dan menyisakan air rebusan hingga setengahnya. Ramuan ini dapat dikonsumsi tiga kali per hari masing-masing setengah gelas.

2.   Mengobati Luka

Dalam menangani luka-luka ringan, lidah buaya memiliki banyak fungsi. Anda dapat menggunakannya untuk mengobati luka bakar, meredakan rasa perih karena terbakar sinar matahari (sunburn), mengurangi warna lebam karena memar, meredakan rasa perih karena lecet, dan mengurangi kerusakan sel akibat frostbite.

3.   Mengobati Wasir

Siapkan setengah dari batang lidah buaya beserta dua sendok madu dan setengah cangkir air matang. Cara membuatnya cukup mudah iaitu parut lidah buaya, kemudian ditambahkan madu dan setengah cangkir air matang pada parutan tadi. Aduk sampai rata ramuan ini dan saring kemudian. Minum ramuan ini tiga kali sehari.

4.   Melancarkan pencernaan

Pencernaan yang sehat merupakan kunci dari tubuh yang sehat sebab pencernaan yang buruk dapat berujung pada berbagai macam penyakit. Nah, lidah buaya ini sudah dikenal sejak lama sebagai tanaman obat yang membantu melancarkan pencernaan dan menjaga pencernaan supaya tetap sehat.

5.   Mengeluarkan racun dari dalam tubuh

Sama seperti rumput laut, lidah buaya merupakan tanaman yang mengandung gelatin. Gelatin tersebut berfungsi untuk menyerap racun yang berada pada usus dan mengeluarkannya bersama dengan kotoran. Proses detoksifikasi ini jelas sangat menguntungkan bagi tubuh Anda.

Mengingat banyaknya manfaat lidah buaya, ada baiknya jika Anda mulai menanam lidah buaya di dalam pot dan halaman rumah.


Nota: Video tentang khasiat aloe vera boleh dilihat di sini: http://www.youtube.com/watch?v=AejZjR0qIig&feature=share

3. Pokok Mas Cotek

Seorang sahabat memberi saya sepohon Mas Cotek dalam pasu. Saya sendiri pernah dengar tetapi tidak pernah lihat pokok ini sebelum ini. Apabila buahnya telah masak kemerahan, saya ambil terus makan, rasa isinya seperti buah jambu air. Mas cotek mempunyai banyak khasiatnya dan sekarang telah dikomersialkan secara meluas, ikuti petikan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Emas_Cotek

Mas Cotek yang saya tanam di dalam pasu.
Mungkin mas cotek jantan kerana daunnya agak kecil.
Buahnya apabila masak berwarna kemerahan dan boleh dimakan terus.


Lihat pada daunnya terdapat bintik-bintik keemasan

Bila masak, buahnya berwarna merah menyala.

Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.

Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba.

 Mas Cotek dikomersialkan.

Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:
  1. Flavonoid
    • Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
    • Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
  2. Tannis
    • Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
  3. Triterpenoids
    • Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient
  4. Phenols
    • Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik
Kegunaan lain: untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam.ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.

Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair.selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan sebanyak 3-5 biji sehari untuk menyihatkan badan.

4.   Daun Pandan (Pandanus amaryllifolius Roxb)

Saya juga menanam pokok/pohon daun pandan wangi.  Ia amat mudah tumbuh dan memerlukan penjagaan yang minima dan cepat membesar.  Kadang-kadang terlalu subur dan merimbun, jadi saya terpaksa trim sikit dan sedekahkan ke kedai runcit berdekatan.

Masa dulu-dulu, apabila ada kenduri kahwin, bunga telor biasanya dibuat dari raga kecil atau telor dibungkus dengan kain dimasukkan "bunga rampai" yang wangi direnjis2 dengan pewangi dan diikat pada lidi tebal. Bunga rampai itulah asalnya daun pandan yang dihiris halus.

Bunga telor moden (Ehsan dari Sinofloral)

Kadang-kadang ketika bersanding, bunga rampai akan ditabur ke arah mempelai.

 Bunga rampai memeriahkan majlis perkahwinan
(Ehsan: http://amiro82.blogspot.com/2013/03/kelebihan-daun-pandan.html)

Rupa-rupanya, daun pandan bukan sekadar wangian majlis atau di dalam masakan atau kueh mueh orang Melayu, ia lebih dari itu. Berikut adalah sebahagian dari manafaat dan khasiatnya terdapat di web: http://amiro82.blogspot.com/2013/03/kelebihan-daun-pandan.html

Daun pandan hijau subur dan wangian bagi masakan. Bukan itu saja malah banyak lagi munafaat dan khasiatnya yang belum kita terokai.

Daun pandan ini ada banyak khasiat selain sebagai pewangi almari dan dalam kereta. Ibarat ambi pure semulajadi.

1.   Khasiat dan Kegunaan Daun Pandan

Semua orang kenal daun pandan. Bahasa botaninya P. amarylifolius. Inggerisnya screw pine leaves. Ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman menanamnya dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya. Kadang-kadang kita tidak terfikir begitu banyak faedahnya kepada kita dalam kehidupan seharian. Mari kita lihat sepenuhnya!

2.   Kegunaan Daun Pandan dalam Makanan.

-Air perahan daun pandan boleh digunakan membuat kuih-muih tradisional seperti
kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka
(bengkang,kata orang utara)

-Daun pandan yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam.
-Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih,
sirap dan berbagai jenis bubur.

3.   Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :

- Daun Pandan boleh digunakan sebagai Pewangi bedak sejuk
- Pewangi asli bunga rampai.
- Ubat pencegah lipas

Caranya:
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.

-Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

4.   Khasiat Daun Pandan dalam perubatan:

Daun Pandan ubati Lemah saraf
- ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.

Buang angin dalam badan- Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.

Gelisah : Ambil 2 helai daun pandanmuda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.

Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)

Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.

Kelemumur-  Ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika. Kemudian basuh dengan air sekali lagi. Dari sumber: http://bukitbemban.blogspot.com/. Bagi menghilangkan kelemumur. Caranya ialah:- Ambil 10 lembar daun pandan lalu tumbuk sampai halus, dan letak 2 gelas air. Setelah ditapis, usapkan air hasil tapisan tersebut ke rambut yang sebelumnya sudah dikeramas. Kemudian bilas dengan air bersih.

Ubat panau.

- Ambil segenggam daun pandan, tumbuk hingga halus, kemudian ambil airnya dan campur dengan sedikit garam. Minum ramuan ini sehari sekali selama 3 hari berturut-turut.

Ubat darah tinggi.
-Ambil 2 gelas air, campur dengan daun pandan secukupnya lalu direbus sampai air menjadi 1 gelas. Minumlah setengah gelas pagi dan setengah gelas petang.

Dengan cara ini tekanan darah perlahan-lahan akan menurun sampai pada titik normal. Tetapi harus ingat, perlu patuhi apa nasihat yang doktor tetapkan.

Lemah saraf

Ambil 3 lembar daun pandan segar, cuci, potong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 2 gelas, tapis ketika panas. Minum pagi dan petang selepas makan .

Mengurangi gelisah 

Ambil 2 lembar daun pandan segar, cuci, potong kecil-kecil. letakkan dengan 1 gelas air mendidih, tutup gelas, tapis semasa masih panas. Minum sehari sekali selepas makan. Lakukan selama 3 hari.

Sengal-sengal sendi

Ambil 5 lembar daun pandan segar, 20 daun serai segar, cuci bersih, tumbuk keduan-duaya sampai halus. Tambahkan 1 sendok makan minyak kayu putih dan minyak gandapura. Aduk semua bahan, sapukan pada bahagian yang sakit. Lakukan sampai rasa sakit berkurang.

Hitamkan rambut dan mencegah uban

Khasiat daun pandan juga dapat menumbuhkan, menghitamkan, dan mencegah uban di rambut.

Lagi Info Kegunaan, manfaat dan khasiat daun pandan

Daun pandan: Tanaman yang tumbuh subur di daerah tropica ini dapat menghilang kelemumur dan menghitamkan rambut. Selain aroma wanginya sering digunakan untuk aroma dan perwarna masakan dan minuman, Ternyata daun pandan memiliki khasiat khusus sebagai penambah selera makan dan penenang.

Selain ditanam untuk menghias laman ia dapat jugak mencegah tikus, cicak dan seranga yang lain daripada masuk ke dalam rumah. Air pandan boleh diguna untuk membilas lantai.

Daun pandan sering digunakan dalam masakan.  Baunya mempunyai wangi yang tersendiri.  Daun Pandan boleh dicampur untuk membuat kuih, kek dan sebagai perasa dalam minuman.

Sumber rujukan lain: http://www.trymasak.my
http://www.oldtraffords.com/2011/02/kegunaanmanfaat-dan-khasiat-daun-pandan.html#ixzz2Ot8UbXzb

5.   Pokok Kunyit (Curcuma longa) 

 Daunnya lebar, besar dan hijau

Di penjuru belakang halaman rumah saya tanam pokok kunyit atau Curcuma longa . Alhamdulillah, daunnya besar-besar dan menghijau.  Amat mudah menanamnya dan memerlukan penjagaan minima.  Kalau masak kuah pindang, mesti tak lepas memasukkan daunnya.  Pernah sekali apabila ia sudah cukup matang, tumbuh pula bunga di antara dahan2nya.

Bunga kunyit 
(ehsan dari http://zulbahrihussin.blogspot.com/2011/10/bunga-pokok-kunyit.html)

Banyak kegunaan dan khasiatnya di antaranya seperti yang dipetik dari sumber ini:  http://zulbahrihussin.blogspot.com/2011/01/pokok-kunyit_2061.html


Curcuma longa nama saintifik diberikan untuk kunyit.  Sebut saja pasal masakan, wanita khususnya kaum ibu pasti menyentuh kunyit. Ada yang telah siap dipeket kita panggil kunyit debu atau pun kunyit serbuk. Dari segi penggunaan kunyit yang telah diproses memanglah mudah,  namun setengah dari kita tetap menyukai kunyit hidup.  Rizom kunyit ia itu isi kunyit perlu ditumbuk menggunakan lesung batu.  Proses untuk menyiapkan hidangan agak lambat.

Permintaan terhadap daun kunyit dikatakan amat tinggi di musim perayaan terutamanya dua perayaan besar masyarakat melayu.  Daun kunyit begitu senonim dengan rendang.

Dari segi perubatan kunyit juga digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik. Kunyit dapat meningkatkan pengaliran dalam melancarkan perjalanan darah.  Pokok kunyit menggemari suasana yang redup dan perlu mendapat pancaran matahari yang mencukupi.

Cara penanaman kunyit amatlah mudah,  isi kunyit dibiakkan melalui pecahan rizom. Mata tunas yang telah terbit memudahkan untuk kita menanamnya.Tanamlah dimana saja, bekas barangan terpakai seperti tin cat, tayar buruk, periuk belanga yang telah rosak boleh dijadikan bekas semaian.

Ketika menyudahkan teks ringkas mengenai pokok kunyit ini, saya sempat menelefon seorang kawan, bertanyakan harga daun kunyit dipasaran. Satu kilogram...enam ringgit, itu harga tolak secara borong. Tanamlah dari sekarang nanti bulan puasa kau boleh buat duit......pesan beliau ringkas......

6.   Pokok Rambutan
Anak pokok rambutan ketika mula ditanam.

 Membesar ..... jenis Anak Sekolah.

Jun 2014 - ia berbuah buat kali kedua tetapi tidak banyak berbanding kali pertama tahun sudah.

Berbuah kali kedua - Jun 2014

Dapatlah rasa sejambak pada Jun 2014 - isinya tebal, bijinya kecil dan lekang manis.


Saya membuat ujian menamam pokok rambutan jenis "Anak Sekolah"  Saya tanam dua batang anak pokok setinggi satu setengah kaki.  Satu tidak subur dan terpaksa dibuang dan satu lagi sudah berbuah buat kali kedua. Buahnya berwarna merah, isinya manis, tebal dan lekang.  Sebelum ini, saya pernah mencuba menanam pokok manggis (di halaman tepi rumah taman) tetapi pertumbuhannya tidak menggalakkan mungkin kerana keadaan tanah berselut dan tidak sesuai, jadi saya buang.

Sedikit maklumat tentang pokok rambutan yang diambil dari http://pokok-rambutan.blogspot.com/

Terkenal dengan nama 'Rong Rien' atau 'Anak Sekolah'. Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981. Saiz buah sederhana besar (40 gm/buah), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah. Isinya manis, lekang dan pejal.

Terdapat beberapa varieti yang ditanam di Malaysia, namun hanya enam varieti sahaja yang popular iaitu R134, R156 (Muar Gading), R162 (Ong Heok), R170 (Deli Cheng), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Keenam-enam klon ini berbeza dari segi bentuk buah, isi dan tahap kemanisan.

Indeks kematangan buah rambutan - Secara umumnya buah rambutan sudah boleh dipetik diantara 12 -19 minggu selepas berputik dan berbeza mengikut varieti. Rambutan Anak Sekolah atau Rongrien (R191) didapati sesuai dipetik pada peringkat 16 minggu selepas berputik.

7.   Pokok kelapa

Saya terjumpa dan mengambil sebatang anak pokok kelapa yang setinggi 2 kaki di dalam longgokan sampah di halaman rumah di Taman Bertam Indah dan cuba menanamnya di rumah Bertam Perdana.  Hasilnya selepas 3 tahun, berbuah buat kali pertama. Pokoknya sekarang setinggi 15 kaki. Bolehlah makan kelapa muda dan minum airnya sebagai penawar, Insyaa'allah.




8.   Pokok Longan

Saya juga cuba menanam pokok longan.  Anak pokok dibeli dari nursery di Jalan Pongsu Seribu.  Setelah beberapa bulan menanamnya, tumbesarannya tidak menggalakkan kerana mungkin keadaan tanah tidak sesuai,  ia cuma berbuah sebiji setinggi 6 kaki dan akhirnya saya membatalkan hasrat menanamnya (tebang buang).

Sebiji saja berbuah!


9.   Mempelam harum manis

Pada Julai 2014 saya membeli anak pokok mempelam harum manis di Pasar Permatang Manggis, Kepala Batas dengan harga RM13.00 sahaja.  Ini adalah cubaan kedua setelah pokok mempelam yang pertama membesar tetapi gagal mengeluarkan buah.

Korek lubang se dalam lebih kurang satu setengah kaki dan masukkan tanah merah beserta campuran tanah baja hitam.

Dilindungi dengan dawai matapunai supaya tidak dirosakkan oleh belalang kunyit khasnya atau lain-lain serangga.  Anak pokok sebaiknya jangan didedahkan terus kepada cahaya terik matahari, boleh buat bumbung atau apa2 lindungan.
................................................................................................................................................
Perkembangan tumbuh-tumbuhan di halaman rumah saya pada 30 April 2015.

Perkembangan pokok mempelam harum manis yang ditanam sejak Julai 2014.

Alhamdulillah, pokok rambutan berbuah buat kali ketiga.


Pokok kelapa rendah pun berbuah lebat, dapatlah merasa kelapa muda.

Bunga kertas - guna baja bunga, ia jadi subur. Disebelahnya pasu pokok kari dan daun kunyit.