Monday, October 27, 2014

300.0 Apendicitis - Dr. Rahim Mohd Noor

ILMU KESIHATAN: Ke36.

Assalaamu'alaikum.

"Aduh!! Sakitnya doc! Aduh! Sakit la doc!! keriau seorg pesakit muda doc; sambil menekan perutnya sebelah KANAN dlm kesakitan. Bilik kecemasan doc nampak kelam kabut sikit dgn ibu bapa serta adik beradiknya ramai sungguh. Bila doc check beliau mengalami APENDICITIS yg dah PECAH dlm perut. Terus di bawa ke bilik kecemasan Hospital dan EMERGENCY OPERATION di buat segera.

Allah masih panjangkan umurnya....sekarang syukur sujud beliau dah sehat & masuk U...alhamdulillah.

Kalau anda sakit di bahagian PERUT SEBELAH KANAN BAWAH...bila ditekan SAKIT, bila diangkat kaki kanan hapit ke perut kanan bertambah le sakitnya....itu tanda anda kena APENDICITIS!!. Diringi DEMAM dan MUNTAH. Masa ni JANGAN duk telan AIR HALIA konon angin dlm perut. Ada yang LUMUR MINYAK ANGIN le... Cek dulu klu bukannya Apendicitis...teruskan je, no problem. Elak makanan pedas dan bercuka semasa sakit perut ni. Nasihat doc; bila sakit perut jadi DOCTOR SENDIRI...test spt diatas ia bukan APENDICITIS .. OK?...Baru le nak telan halia ke dan nak buh ape di perut...teruskan je. Asalkan selamat. Jika ada persoalan...silakan. Insyallah doc cuba jawap. Boleh share ilmu ni bersama rakan.

Terima kasih daripada Dr. Abdul Rahim (DAR).
 (Klinik Abdul Rahim Sdn. Bhd., Bayan Lepas, Pulau Pinang)

Sumber: https://www.facebook.com/drrich.drrahim




    



















Wednesday, October 22, 2014

299.0 Keistimewaan unta .... jom pi sentuh unta!





Keistimewaan Unta

Unta adalah sejenis haiwan luar biasa yang sering digunakan sebagai tunggangan atau pengangkutan di padang pasir oleh kabilah-kabilah atau rombongan perniagaan semenjak zaman dahulu kala lagi. Ciri-ciri istimewa yang Allah s.w.t kurniakan kepada unta adalah satu kelebihan dan tidak terdapat pada haiwan-haiwan lain.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Ghasiah: Ayat 17-21


أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (17) وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ (18) وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (19) وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ (20) فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ (21)

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang memberi peringatan. (Surah al-Ghasyiah : ayat 17-21)

Di antara ciri-ciri istimewa yang terdapat pada unta ialah:-

1) Telinga: 

Telinga unta adalah kecil berbanding dengan haiwan-haiwan lain seperti keldai, kuda, lembu dan sebagainya. Telinga unta ditutupi bulu yang banyak untuk melindunginya daripada ribut pasir. Kedua-dua belah telinga unta boleh membengkok kebelakang dan dilekapkan ke kepalanya untuk melindunginya daripada dimasuki pasir ketika berlaku ribut pasir.

2) Hidung: 

Hidung unta ada mempunyai penutup seperti kelopak yang boleh dibuka dan ditutup untuk melindungi lubang hidungnya daripada dimasuki pasir ketika berlaku ribut pasir dsb.


3) Mata: 

Mata unta mempunyai dua baris bulu mata. Ianya berfungsi seperti perangkap habuk yang boleh digerakkan secara berselang-seli dengan cepat supaya boleh menghalang pasir daripada memasuki mata.

4) Ekor :

Ekor unta terdapat banyak bulu untuk melindungi punggung unta. Tanpa perlindungan ini, butiran pasir yang dibawa angin dan bergerak laju seperti peluru sudah pastinya akan memberi iritasi pada bahagian belakang unta.

5) Kaki: 

Kaki unta unta adalah panjang supaya berada di kedudukan tinggi. Juga membantu mempercepatkan perjalanan. Bahagian bawah kaki ada tapak elastik yang boleh melebar apabila unta berjalan di atas pasir yang lembut dimana haiwan lain tidak boleh berjalan di atasnya. Ini membuatkan unta layak digelar sebagai kapal padang pasir. Dalam keadaan yang sukar di padang pasir, Kumpulan unta boleh merentasi padang pasir sehingga 50-60 km sehari. Kereta pun tidak mampu menyaingi unta di permukaan padang pasir yang beralun-alun.

6) Leher: 

Dengan leher yang panjang, unta boleh makan tumbuh-tumbuhan yang tinggi atau yang ada atas tanah dengan mudah. Leher panjang unta membantu untuk angkat kepala pada tempat tinggi. Ia juga berfungsi untuk menstabilkan badan apabila membawa beban berat.

7) Perut: 

Ada 4 sudut. Sistem penghadaman sangat kuat sehingga dlm suasana kering, ianya boleh mrnghadamkan apa sahaja objek selain makanan seperti getah.


Keistimewaan-keistimewaan lain yang terdapat pada unta ialah:-

1) Dengan ciri-ciri istimewa Allah s.w.t anugerahkan terhadap kulit dan sistem pertahanan dalam badannya, unta berupaya untuk bertahan sekiranya suhu dalam badan berubah secara mendadak sehingga 7°C (i.e. dari 34°C kepada 41°C). Unta hanya akan berpeluh apabila suhu badan naik sehingga 41°C. Berbanding dengan manusia apabila suhu badan melebihi 37°C, besar kemungkinan ini akan mengakibatkan kematian.

Sementara itu, pada malam hari badan unta akan mengeluarkan haba ke udara luar yang sejuk tanpa menghilangkan air dari badan. Mekanisma seperti ini mampu untuk mengekalkan sehingga 5 liter air di dalam badan.

2) Tubuh badan unta memiliki sistem yang boleh memproses airnya sendiri apabila tidak terdapat sumber air untuk dijadikan minuman. Bonggol yang terdapat pada belakang unta sebenarnya mengandungi lemak yang boleh diproses mengeluarkan air untuk digunakan oleh sistem tubuh badan unta.

Apabila unta menarik nafas yang mengandungi udara panas daripada persekitaran, udara panas ini akan mencairkan lemak yang disimpan pada belakang unta secara perlahan-lahan. Proses pembakaran lemak (oksidasi) ini akan menghasilkan air dan karbon dioksida yang dikelarkan semula apabila unta menghembuskan nafas keluar.

Unta boleh menyimpan lemak pada bonggolnya melebihi apa yang disimpan oleh haiwan-haiwan lain. Berbanding dengan haiwan lain seperti kambing biri-biri yang terkenal dengan punggung yang berisi, ianya hanya boleh menyimpan kandungan lemak sehingga 11kg sahaja. Seekor unta boleh menyimpan sehingga 120kg lemak di dalam bonggolnya. Dengan simpanan lemak sebanyak ini, unta mampu hidup tanpa air di gurun yang panas dan kering selama sebulan setengah tanpa meminum air. Jika diperhatikan, bonggol unta yang kehabisan lemak apabila digunakan sepenuhnya akan mengempis dan membengkok ketepi.

Apabila unta terlalu haus dan dahaga, ianya mampu untuk meminum sejumlah air tawar atau air masin dengan jumlah yang amat banyak sehingga kehilangan dahaga. Darah unta mengandungi Enzim Albumin yang banyak melebihi lain-lain organisma. Enzim ini mampu memberi ketahanan kepada tubuh badan unta jika berlaku kekurangan air dalam badan.

Allah s.w.t telah mengurniakan kebolehan luarbiasa kepada unta sehingga mampu untuk meminum air masin dengan jumlah yang banyak. Organ buah pinggang unta mampu menapis garam dan mengeluarkannya melalui air kencing selepas mengambil kandungan air bagi keperluan tubuh badannya. Berbanding dengan manusia, ianya akan mengalami risiko kematian apabila meminum air masin bagi menghilangkan dahaga.

3) Unta juga diberikan kelebihan untuk mengeluarkan susu sebanyak 2 kali sehari secara berterusan selama setahun sebagai sumber minuman dan bekalan nutrisi. Apabila Afrika mengalami musim kemarau pada tahun 1984-1985, suku-suku kaum di Kenya yang mengembala lembu dan hidup dengan hasil minuman susu lembu akhirnya mengalami kepupusan serta mati kebuluran akibat kehabisan bekalan makanan dan susu. Tetapi sebaliknya suku kaum yang mengembala unta, masih boleh bertahan dan hidup kerana mereka mendapatkan bekalan nutrien daripada susu unta sepanjang musim kemarau yang berlaku selama hampir dua tahun.

Maha suci Allah yang telah menciptakan unta dengan ciri-ciri istimewa bersesuaian dengan iklim serta bentuk muka bumi yang didiaminya. Dengan kelebihan yang ada pada haiwan ini, maka mudahlah untuknya menyesuaikan diri dan hidup dalam suasana persekitaran gurun pasir yang paling ekstrem dan mempunyai udara kering, ribut pasir dan suhu panas yang boleh mencecah sehingga 50°C. Dalam masa yang sama, ianya sangat memberi faedah kepada kehidupan manusia secara keseluruhannya. Maka tidak hairanlah kenapa unta mendapat jolokkan sebagai ‘Ship of the desert’.
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan” (Surah Ar-Rahman: Ayat 13)
Sumber Rujukan : The Quran Miracles Ecyclopedia
 .....................................................................................................................................................
Kita selaku manusia berakal boleh mempelajari sesuatu dari ciptaan seekor unta yang unik.  Saya paparkan di bawah ini sedikit ulasan yang diambil dari web:
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=13082.html

Ulama telah buat kajian tentang unta, didapati unta ada sifat-sifat terpuji yang harus diikuti oleh manusia, antaranya (secara ringkas) ialah:

1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, oleh sebab itu dia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan. Justeru, manusia kena belajar sikap tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.

2. Unta mentaati tuannya, oleh sebab itu dia senang dipelihara. Justeru, manusia kena taat Tuhan dan mudah amalkan agama.

3. Unta mengenali tuannya dan ingat tempat kembali, sebab tu dalam hukum fiqh jika ada jumpa binatang yang sesat maka boleh ambil untuk diiklankan kecuali unta sebab unta akan tahu sendiri jalan pulang. Justeru, manusia kena kenal dan tahu tempat kembali iaitu akhirat maka sentiasa beramal untuk akhirat.

4. Unta tidak akan melakukan hubungan seks di hadapan manusia kerana sikap malu yang tinggi, bahkan jika dia tahu ada manusia yang intai waktu dia mengawan maka dia akan marah dan mungkin akan bunuh orang tersebut. Justeru, manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi, bukan senang-senang buat maksiat depan khalayak orang, bahkan ada manusia yang lebih teruk dari binatang dalam bab ni hingga tak malu bercumbu-cumbu di hadapan orang.

5. Unta tidak akan berkongsi bini macam binatang lain. Justeru, manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga.

6. Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling, jika musim sejuk maka kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula dia akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. Justeru, manusia harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana keliling.

7. Bahagian-bahagian dari diri unta banyak manfaatnya, hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat. Justeru, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun bagi umat.
.................................................................................................................................................

Hukum tentang meminum air kencing unta.

Ini pertama kali saya mendengar/terbaca bahawa air kencing unta boleh diminum bagi tujuan perubatan.  Walau bagaimanapun, terdapat pendapat dan hukum tentang perkara ini dari ulamak2 terkenal, di antaranya saya paparkan di bawah ini untuk pengetahuan kita semua.

Sumber dari web:http://soaljawab.wordpress.com/2007/08/11/air-kencing-unta/

Assalamualaikum kpd ahli panel yg dihormati…

sy terbaca dlm buku ensiklopedia solat dr pustaka imam syafii yg mengatakan air kencing unta bole diminum berdasarkan sebuah hadis ckp bhw nabi bnarkan ( sy x ingat matan hadis tp muttafaqun alaih )

mohon penjelasan ttg hukum ini adakah ia bole diminum dan adakah dikira x najis klu disentuh ? atau hadis ini utk situasi darurat shj

syukran…

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hadith minum kencing unta riwayat Anas merupakan hadith sahih (al-Bukhari #2855, Muslim #1671) yang mengisahkan terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mereka sakit, lalu Nabi s.a.w. menyuruh mereka minum susu dan kencing unta, dan akhirnya mereka pun sihat.

Ibn Qayyim memetik kata-kata Ibn Sina (pengarang Kitab al-Qanuun) : Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. [Zaad al-Ma'aad, 4/47-48].

Ulama’ khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam rh. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”

Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta. WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam







Monday, October 20, 2014

298.0 Penyakit Hati / Liver

Saya terpanggil untuk memaparkan masalah penyakit hati atau hepatitis kerana baru-baru ini saya menerima berita sedih tentang dua kematian akibat penyakit hati. Pertama, pada 6 Oktober 2014, anak kepada rakan sesekolah saya bernama Faiz Anwar bin Haji Azmi berusia 32 tahun telah kembali ke rahmatullah setelah menjalani perubatan penyakit hati sejak bulan Mac 2014 di Hospital Selayang, KL. Kedua, rakan se pejabat saya, Miswar bin Ahmad juga telah kembali ke rahmatullah pada 16 Oktober 2014 lalu kerana penyakit kanser hati yang dikesan pada bulan Jun lalu di Hospital Selayang juga.  Allah merahmati ruh kedua-dua mereka, Amiin.


A/yarham Faiz Anwar bin Haji Azmi
Ajal maut telah ditetapkan Allah.

Majlis tahlil untuk A/Y Faiz Anwar - berdiri: Haji Azmi, rakan sekolah saya.

A/Yarham Miswar bin Ahmad (berbaju biru), rakan se pejabat.
Orangnya sentiasa senyum dan periang.

Kami, rakan2 se pejabat di Pulau Pinang sempat pergi melawat A/Yarham 
di rumahnya di Gombak, KL pada 23 Sept 2014

16 Okt 2014 - suasana hiba di rumah ibumertuanya
Kita dari Allah dan kepada Allah kita semua dikembalikan.

Kebiasaannya, penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda awal hinggalah pesakit mencapai tahap serius di mana ianya tidak boleh disembuhkan kecuali ada penderma organ yang bersesuaian.  Kebiasaannya juga doktor memberi tempoh hayat di antara 3 hingga 6 bulan mengikut pengalamannya.  Apapun, Allah berkuasa di atas setiap sesuatu.

Functions of your liver

Your liver is one of the largest and most important organs in your body. It is located in the upper right part of your abdomen and is involved in almost every process happening in your body.
liver functions

Your liver is a hardworking food processor:

It converts the food you eat into energy and produces chemicals your brain and spinal cord need.

It produces bile, a substance that helps you digest your food and absorb the important nutrients.

It controls the production and excretion of cholesterol.

Your liver is a strong defender:

It helps to resist infections by producing immune factors and removing bacteria from the blood.

It controls blood clotting.

Your liver is an effective detox centre:

It filters and neutralises drugs, alcohol, and environmental toxins that enter your body.

Your liver is an efficient storage facility:

It stores vitamins, minerals and sugars, and releases them in the blood when your body needs them.
It regulates fat stores.

For additional information on the liver and what it can do, click on this link.
Medicinenet.com
British Liver Trust
Webmd.com

Tips on liver care

Your liver takes care of your overall health, but it also depends on you to take care of it so that it can do its job properly. However, it seldom complains when it is injured…until the damage has reached an advanced stage. So it needs your help every day to keep it healthy.
Eat right.
Eat a balanced diet rich in different types of vegetables, fruits and proteins. Avoid excess fats and carbohydrates as they can cause fat deposits in the liver. Eat smaller meals as they are easier to digest and are less of a burden to the liver.

Mind the alcohol.

Drink moderately or stop altogether. This covers beer, wine, cocktails, champagne and liquor in any other form.
Do not abuse drugs.

Even seemingly harmless medicines can damage the liver. Follow your doctor's prescribed treatment strictly. Do not indulge in recreational drugs.
Avoid environmental pollutants

When using insecticides, mildew sprays or spray paints, make sure the room is well-ventilated, or wear a suitable mask.
Beware of herbal supplements

Be careful what you take. Not everything "natural" is safe. Some herbal remedies are reported to cause liver toxicities.

Observe practices that lessen the risk of infection to the liver.

Wash your hands properly after using the toilet and before eating, practice safe sex and consider vaccination for viral hepatitis.
Stay active.

Exercise regularly to increase muscle mass and reduce body fat. There is good evidence that gradual weight loss coupled with increased exercise will also reduce the fat deposits in the liver.
De-stress regularly.

Make time for hobbies, meditation, tai chi, yoga or whatever that helps you relax and unwind. The less stress on you, the less stress on your liver.

Symptoms Questionnaire

The symptoms of liver disease are often not obvious. Symptoms can be non-specific such as tiredness, a general feeling of being unwell and mild weight loss. As these may also be present for many reasons, liver disease can be overlooked, especially in its early stages.

Below is a list of symptoms associated with liver problems. If you feel you have any number of these symptoms, you may wish to see your doctor. If your symptoms are associated with a liver problem, Essentiale® may be appropriate for you.

Do you have:

[ ] Acne, blemishes hives or itchy skin?

[ ] Discolouration in eyes (particularly yellowish blips)?

[ ] Haemorrhoids or varicose veins?

[ ] Hormonal imbalances (PMS, menstrual or menopausal concerns)

[ ] Heat in upper body such as warm face or hot eyes?

[ ] Light coloured stools?

[ ] Gas, bloating, nausea, especially after eating fatty foods?

[ ] Difficulty digesting fats?

[ ] Tiredness or sleepiness after eating?

[ ] Weak tendons, ligaments or muscles?

[ ] Mild frontal headaches?

[ ] Tendency to loss of appetite or other eating disorder?

[ ] Weight gain, or difficulty controlling your weight?

[ ] Tendency to wake around 1am to 3am?

[ ] Pain under right shoulder blade?

[ ] Outbursts of anger, irritability or rage?

[ ] Depression that isn't necessarily related to life events?

[ ] High bilirubin levels?

[ ] Elevated liver enzymes (SGOT, SGPT)?

* Disclaimer: This questionnaire is not a replacement for a medical check-up and is not intended to diagnose any type of liver disease.

Sumber: http://www.essentiale.com.my/taking-care-of-your-liver/liver-symptoms-questionnaire

Self Assessment

You may have asked yourself, "What does liver disease have to do with me?" Just because you don't smoke, don't drink alcoholic drinks or don't eat unhygienic seafood doesn't mean that your liver is healthy and normal. There are many factors that affect liver health. A busy lifestyle without enough leisure time to de-stress, lack of sleep and exercise can eventually damage the liver.

Take the liver health check below and find out whether you belong to this high risk group. This assessment can't give you a diagnosis of liver damage, but it can help you evaluate your risk, so you can seek treatment if necessary.

Do you have these problems or illnesses?

[   ] Obesity (Body Mass Index or BMI (mass kg/height m2 ) of 25 or above, especially those with abdominal obesity, i.e men with waist measurement above 35 inches or women with waist measurement above 31 inches)
Yes No
[   ] Diabetes Yes No
[   ] High blood pressure / cholesterol Yes No
[   ] Habitual drinker Yes No
[   ] Overwork, lack of rest (Works more than 10 hours, sleeps less than 6 hours daily) Yes No
[   ] Hepatitis virus carrier Yes No
[   ] Mother/spouse is a hepatitis virus carrier Yes No

Monday, October 6, 2014

297.0 Komen tentang blog gegarsyeh.blogspot



Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin.  Segala puji bagi Allah 'Azza wajalla yang telah memberi saya peluang menghirup udara duniawi sehingga ke saat ini...... singgah sebentar dalam perjalanan yang masih jauh dan tak tahu bagaimana nasib saya di sana kelak.

Sejak memulakan blog ini pada 23 Mei 2011 dan hingga sekarang 6 Oktober 2014 (Selamat menyambut Aidil Adha 1435), saya telah memasukkan sebanyak 296 artikel yang meliputi nasihat kesihatan, keagamaan dan beberapa panduan hidup.  Terima kasih kepada semua pengunjung blog saya dan berharap blog ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan kita dan dijadikan panduan hidup seharian. Kebanyakan artikel adalah petikan / copy dari artikel asal yang sumbernya saya nyatakan di bawah artikel tersebut.

Alhamdulillah, hingga kini 6 Oktober 2014, terdapat 170,198 hits dan terdapat 27 tajuk-tajuk yang mendapat hits melebihi 1,000.  Tajuk yang paling mendapat perhatian dan kerap dibuka ialah tentang Minyak Hitam (16/4/2013) - 23,158 hits.  Diikuti tajuk Panduan Kerosakan Kereta - D.I.Y. (13/1/2013) - 11,218 hits, Pahlawan Tok Janggut (Kelantan) - Kisah Misteri (5/2/2013) - 8,644 hits, Himpunan Rahsia Ayatul Kursi (13/1/2013) - 5,596 hits dan Borang Tuntutan Perubatan JPA (Pencen) - 4,798 hits.

Sekali lagi saya menyusun jari mengucapkan terima kasih dan maafkan saya kiranya terdapat perkataan atau ayat-ayat yang mengganggu ketenteraman saudara/saudari yang dihormati. Teruskanlah melayari blog ini kiranya ia memberi munafaat kepada anda dunia dan akhirat.

Saturday, October 4, 2014

296.0 Makanan ringan yang menjurus kepada kanser

Ketika melayari web2 berkaitan kesihatan, terjumpa web facebook Alex Tan yang menarik dan memaparkan nasihat2 dan panduan tentang kesihatan.  Anda boleh rujuk web beliau di:: https://www.facebook.com/profile.php?id=100000985188299

Pertama disenaraikan lima jenis makanan yang menjadi punca kepada penyakit2 semasa yang serius dalam jangkamasa panjang seperti barah, penyakit jantung, kerosakan hati dan lain-lain.

1.   Hot Dogs

Terjemahan: Hot dogs mengandungi kandungan Nitrates yang tinggi dan Badan Perlindungan Kanser menasihatkan kanak-kanan memakannya tidak melebihi 12 biji sahaja dalam sebulan.  Tidak anak anda tidak boleh hidup jika tidak makan hot dogs, belilah yang tidak mengandungi Sodium Nitrate.

Because they are high in nitrates, the Cancer Prevention Coalition advises that children eat no more than 12 hot dogs a month. If you can't live without hot dogs, buy those made without sodium nitrate.



2.. Processed meats and Bacon

Terjemahan: Daging yang diproses dan bakon juga mengandungi kandungan Nitrates yang tinggi seperti hot dogs meningkatkan risiko penyakit jantung.  Lemak tepu di dalam bakon juga menyumbang kepada kanser.

Also high in the same sodium nitrates found in hot dogs, bacon, and other processed meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in bacon also contributes to cancer.


3. Doughnuts

Terjemahan: Donat adalah penyebab utama kanser. Pertama, mereka dibuat daripada tepong, gula dan minyak hydrogenated, kemudian digoreng pada suhu tinggi. Mengikut Adams (seorang doktor atau pakar pemakanan mungkin, tidak dinyatakan), donat adalah makanan yang paling buruk untuk dimakan bagi meningkatkan risiko mendapat kanser.

Doughnuts are cancer-causing double trouble.. First, they are made with white flour, sugar, and hydrogenated oils, then fried at high temperatures. Doughnuts, says Adams , may be the worst food you can possibly eat to raise your risk of cancer. 

.
nampak cantik dan menarik minat kanak2 khasnya, tetapi merbahaya!

5. Chips, crackers, and cookies

Terjemahan:  biasanya dibuat daripada tepong dan gula.  Walaupun sesetengahnya meletakkan label yang ia bebas dari lemak tetapi sebenarnya ia masih mengandungi sedikit lemak (boleh menyebabkan penyakit jantung yang kronik).

All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose labels claim to be free of trans-fats generally contain small amounts of trans-fats.

............................................................................................................................................................

Punca utama penyebab kerosakan hati:

The main causes of liver damage are:

1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.

2. Not urinating in the morning.

3 . Too much eating.

4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil. 

As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver. 

Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.

We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.'

gambarajah hati
..................................................................................................................................................................
Sedikit maklumat tentang kebaikan Ubi Kayu sebagai penawar kanser. Mari kita berkongsi pengalaman dan testimonial pesakit sebenar yang telah membuktikan keberkesanan ubi kayu sebagai penawar penyakit.

Subject: UBI KAYU / TAPIOCA... cancer fighter?
South Americans and Africans eat manioc a lot as part of their daily diet. I think our Orang Asli and Malays like them too.

I like them in the form of kueh bingka only if they are not too sweet..... It can be boiled/steamed and eaten with scrapped coconut and sugar ( I ate this way when I was a child).

Now no need to look for apricot seeds. The tasty ubi kayu also can kill Cancer.

Manioc, is also known as Cassava, Tapioca, and also Taro

We should be indebted to Dr Cynthia. Do not rest this article in your inbox or delete it. Please share it with all your friends, relatives and others through email and mouth.

From Sunday Observer July 24, 2011
My wonder drug for cancer by Dr. Cynthia Jayasuriya


Please let me share my happy experience with you. I wrote about it in February 2010 but now with added knowledge I write with many other peoples' experience.

My experience

I developed secondary bladder cancer after seven years following cancer in the urethra. My kidney, urethra and part of the bladder was removed. I had radiation to the abdomen there after. It was transitional cell carcinoma of the urethra. I was hale and hearty for seven years and during this period I had yearly examinations of the bladder by the fantastic surgeon who did the surgery at General Hospital Colombo. 

In the seventh year I experienced blood in the urine as I had developed a growth in the bladder. It was once again transitional cell carcinoma (Cancer). The new growth was removed but what if it recurred? While I was convalescing I came to know of a treatment by eating Apricot seed kernel that was being used in Australia and USA without any chemotherapy. 

The information on this is found in the web site MailScanner has detected a possible fraud attempt from "www.worldwithoutcancer.org" claiming to be http://www.worldwithoutcancer./.org/

In a nutshell, how it acts on the cancer is thus. The apricot seed kernel has a substance called Vitamin B17, which was discovered by a British doctor who worked in a remote region in Afghanistan as a missionary. He found the people of the area measured their riches according to the number of Apricot trees they owned. They ate not only the apricots but also the apricot seed kernels. The apricot seed kernel looks like an almond in shape, size and smell. This is also known as the "bitter almond." The doctor discovered that people of the region did not suffer from cancer. After investigating the doctor found that the seed kernel contained a substance, which has been given the name Vitamin B17. 

As I was having cancer I was curious about any food, which had B17 in our regular food. I found by browsing on the internet that manioc also had a large concentration of Vitamin B17. So I also ate the manioc minimum of 10 grams three times a day. Having consumed it for 1 month I underwent examination of my bladder (cystoscopy) at the General Hospital by the same surgeon. He was surprised that my bladder was absolutely clean and normal. "There was no place to take any biopsy" was his very words to me.

While I was taking the manioc I was feeling very fit and well and people around me notice that I looked well.
Armed with the examination results of the bladder examination I published my story for well-being of all cancer patients in Sri Lanka . 

Since then every three months I have gone for examination of the bladder under the same surgeon and every time my bladder was clear. Until now I have not taken any treatment other than eating the manioc. 

In a more simplistic way I would like to explain how the Vitamin B17 in the manioc acts. The scientific name of vitamin B17 is Amygdaline. We know that cancer cells are immature cells and it has a different enzyme to the normal cell enzyme. 

When the Vitamin B17 combines with a normal cell enzyme it breaks down into 3 sugars but when it combines with the cancer cell enzyme it breaks into 1 sugar 1 benzaldehyde and 1 hydrocyanic acid. The hydrocyanic acid kills the cancer cell locally. 

What happens is that there is a substance called B17 in the apricot seed kernel (and in manioc), which when combined with a normal cell enzyme breaks down into three sugars. 

When B17 combines with a cancer cell (an immature cell) it breaks down into one sugar, one benzaldehyde and one hydrocyanic acid. The hydrocyanic acid kills the cancer cell.

Others' experiences

I have been receiving frequent information from people with cancer who have read my first article about their experiences with the usage of manioc. I would like to share this information with you readers. 

Mr. Pereira is an 70-year-old gent who was diagnosed with prostate cancer. His wife is a retired Matron of the General Hospital . Mrs Pereira read my article and had decided to try the manioc treatment because of the following reasons. The oncologist he was consulting had prescribed a tablet costing Rs. 2000/ daily and an injection that cost him Rs. 11000, which he had to have weekly. 

As retired pensioners this was too much to afford. Also Mr. Pereira who took the tablets and the injections for a few days refused to take it as it was making him very sick. Hearing of his illness his daughter came from USA to look after him and the daughter and his wife decided to feed him manioc instead of the tablets and injections that were prescribed. When he went on the manioc diet in a week he showed signs of wellness and after eating every morning a large breakfast of manioc for a month they took a test that he was to take after taking the tablets and injections and went to see the oncologist. He took with him the results of the PSA blood test. 

Ever since he was diagnosed with the cancer the PSA test results were 280-290 but after 1 month of eating manioc it was now down to PSA 5.89! Then they came to see me too and showed me the PSA results of before and after. This gentleman (Mr. Pereira) is not showing any cancer symptoms and they call me regularly to say that he is now hale and hearty.

No fancy drug companies have done super duper tests on Vitamin B17 on manioc, why not try it? It is cheap, easy to obtain, easy to cook and very tasty and you will be well and not have side effects. So for what more can you ask? As we all know manioc can kill if the preparation is not done correctly.

Please take the following precautions in preparation. 

A. When choosing a yam to be cooked make sure the yam does not have any blemishes or discoloured areas. And try to buy freshly harvested manioc 

B. When boiling, keep the pot open throughout the cooking. This helps the excess hydrocyanic acid to evaporate

C. Keep excess water for the boil and pour it out after boiling the yam

D. Do not consume ginger or food containing ginger such as ginger biscuits, ginger beer, and ginger ale for at least 8 hours after consuming manioc.


.............................................................................................................................................................
Buah-buahan untuk melawan kanser.


Saturday, September 27, 2014

295.0 Ilmu Kesihatan - Dr. Rahim Mohd. Nor

Intro: Saya telah lama mengenali Dr. Abdul Rahim Mohd. Nor ini (sejak tahun 80han).  Jika tidak silap saya, bapa beliau adalah seorang guru, Cikgu Mohd. Nor yang pernah mengajar saya satu masa dahulu (tahun 1963 - 1968) ketika di Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa, Pulau Pinang yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee.  Dr. Abd Rahim juga boleh dikatakan doktor keluarga saya kerana kesemua kami sekeluarga pernah mendapat rawatan di klinik Dr. Rahim di Bayan Lepas, Pulau Pinang.  Disamping itu, beliau juga "businessman" memiliki kedai emas dan lain-lain.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Abdul Rahim yang tergolong di dalam kelompok orang Melayu yang berjaya.

Ketika melayari web kesihatan, saya terjumpa web Dr. Rich Dr. Rahim (https://www.facebook.com/drrich.drrahim) yang banyak memberi panduan dan nasihat tentang kesihatan. Saya syorkan pembaca melayari web Dr. Rahim yang menarik ini.

ILMU KESIHATAN ke 21. Assalam. Masyallah letih doc jawap byk soalan kesihatan drp Rakan FB doc. Doc cuba bgi yg terbaik. Mai hari ni nak ajak semua jadi doktor diri sendiri. Mai kita tengok kut- kut kita kena KENCING MANIS ke atau tak. Simptom dan tanda2 ni ada tak dgn anda. 1. KERAP KENCING. Tak larat lari pi blk air je. Nasib baik tak trkencing dlm seluar nu. 2.AMAT DAHAGA dan BIBIR dan LIDAH KERING. Duk kerja minum air berkole-kole. 3. BERAT BADAN MENURUN DGN MENDADAK.. Sampai seluar terlondeh!! he!he!. 4. LETIH dan NO POWER!! 5. KERAP INFEKSI di badan dan SUSAH SEMBUH. Bila sembuh parutnya HITAM. 6. RABUN MATA sekejap. OK sekejap 7.KEBAS dihujung jari tangan dan kaki. Klu ada simptom2 ni...tunggu ape lagi. Bukan BUATAN ORANG YE. BUKAN PELESIT hirup darah ye. BUKAN ADA BENDA TUMPANG... Yang penting pi cek dulu sebelum terlambat ye. Allah bagi otak untuk fikir untuk jaga KESIHATAN kita TIP TOP.. supaya dpt beramal dgn TIP TOP... PAHALA pun TIP TOP.. Ayuh cek diri anda. Ada soalan bgi tau doc. Doc jawap setakat mampu doc bl doc lapang ye. Doa keberkatan drp ALLAH. Amin. Tk . Drp (DAR) Dr. Abdul Rahim . Hak milik terpelihara. Dilarang menguna info ini utk promo produk kesihatan.





..............................................................................................................................................................

Penyakit Sopak @ kelopak garam - Punca dan rawatan. 
Kredit kepada DrRich DrRahim (Klinik Abdul Rahim Sdn. Bhd.)
ILMU KESIHATAN Ke -22. Tadi pgi kat klinik doc " Doc tengok muka makcik ni bengkak tembam, gatal , mata tak blh buka.. jadi muka Jepun tpi sy Melayu. Sy pakai produk buh kat muka ni doc. Kata kasi COMEL tpi jadi COMOT doc. Depa kata makcik trkena Hantu ludah... Depa kata buh air garam...tpi badan dok bengkak kelopak garam juga." Klu org kata kelopak gula...habis badan buh air gula nu....he he . Klu anda kena allergik kelopak garam doc nasihat:1. Cari punca anda ALLERGIK ...yg akibat kulit gatal atau bengkak. 2.Jangan mkn atau pakai benda tu lain kali sbb tak sesuai dgn anda. 3. Jgn garu....akan akibat lagi gatal dan bengkak tpi minum air banyak untk kencing keluarkan benda allergik trsebut. 4. Dptkan rawatan allergik secara ubat, injek dan lotion segera. Doc doakan kulit anda cantik dan gebu selalu ye. Jika ada persoalan allergic ...insyallah doc akan bantu. Tk .Drp Dr. Abdul Rahim ( DAR ). Hak terpelihara. Dilarang guna info ini utk promo barang kesihatan tanpa izin.
..................................................................................................................................................................................................................
ILMU KESIHATAN ke-23. Assalam. Hari ni mai bersama doc belajak jadi bomoh tulang atau doktor orthopaedik. Emak doc atau anda klu dah menopause...kilang haid pun dah tutup; Maka kilang buat minyak pelincin disendi2 badan pun tutup. Bila minyak lutut dah OUT. Maka minyak pelincin kering dan tulang lutut BERGISIRAN setiap kali bergerak. Ini akibat kerosakan pemukaan tulang lutut dan anda rasa teramat SAKIT LUTUT (ARTHRITIS) terutama masa buang air besar atau solat duk antara duasujud. Sebab tu ORANG LELAKI ..ramai STEADY je, sbb doc dan gang lelaki tak gantung kpd HAID. 1. Klu anda gerak lutut ia BERBUNYI...makna lutut anda alami ARTRITIS. Kena mkn ubat atau injek ubat dlm lutut. 2. Klu ia bengkak lutut...makna lutut anda ada air bisa....kena doc sedut keluar. Klu tak anda tak blh lipat lutut tu. 3. Klu rawatan 1&2 gagal...anda KENA TUKAR SPARE PART LUTUT... Buh lutut drp besi (Arthroplasty). 4. Klu anda percaya pd supplement pasaran yg di promo...tak akan berkesan sbb TULANG SPARE PART KITA DAH LAMA dan RAPUH. 5. Klu percaya pd GIGITAN HANTU kat lutut.... doc tak pandai bab ni...pi lah buat apa yg patut. Ingatlah DIRI kita setiap hari kita makin tua...Manusia tiada spare part. Kereta ada spare part. Oleh itu jagalah lutut anda masa umur dua tiga siris....jangan dah 5 dan 6 siris baru nak jaga...tak berguna lagi. Doc doa lutut kita sentiasa elok dpt kita SUJUD KPD ALLAH adalah nikmat besar rahmat. Ada soalan bab ni bgi tau doc.Soalan drp anda terlalu ramai. Doc jawap yg penting dan share. Tk Drp. Dr. Abdul Rahim. (DAR). Hak terpilihara. Dilarang mengguna info ini utk promo brg kesihatan.



................................................................................................................................................................

ILMU KESIHATAN KE 24: Assalam. Doc dan anda Syukur nikmat Allah bagi kita ada jari dan kuku. Ada kuku...seronoknya dpt BERGARU. Seronok juga dpt CUBIT suami atau isteri nu. Mai doc nak ajar anda jadi doktor KUKU pula hari ni. 1. Kuku MAKAN CEKAM: dimana kuku masuk dlm isi jari. Siapa kerap kena cam ni kena potong kuku STRAIGHT. Jgn potong MELEKUNG, isi tepi akan tumbuh dan kuku akan masuk dlm isi. Ubat nya BUKAN buh INAI le, tapi POTONG ISI YG LEBIH atau BUANG KUKU yg masuk isi. 2. Kuku BERNANAH: Kebanyakan org kencing manis. Doc nasihat control kencing manis ye. Baru infeksi nanah tak jadi serta mkn antibiotik. Klu tak kontrol..SEMUT pun suka nu. 3. KUKU BERKULAT/FUNGUS..kuku berdebu: Doc nasihat sapa yg kena...rajin2lah KERINGKAN KUKU bila basah. Kulat akan biak dlm keadaan lembab. Buh CANDID LOTION bawah kuku dan makan GLUSEOFULVIN. 4. Bila jari terapit, PERDARAHAN BAWAH KUKU: Doc tebuk lubang dgn pin atas kuku untk keluarkan darah beku tersebut atau cabut je kuku tu. Nanti naik kuku yg baru. Klu tak sakit biarkan je. Ada soalan bab kuku; insyallah doc cuba tolong masa doc lapang ya. Lupa nak habak KUKU PANJANG... jaga2 tau SENANG PATAH.... rajin2 potong ye. Drp Dr. Abdul Rahim (DAR).Copy right reserve. Tk.






sumber: https://www.facebook.com/drrich.drrahim

Wednesday, September 17, 2014

294.0 16 Sept = Hari Malaysia = Pembunuhan di Sabra & Shatila



Hari ini dalam Sejarah | Tragedi Sabra dan Shatila 1982
Bagi rakyat Malaysia, tanggal 16 September adalah tarikh penting menandakan terbentuknya sebuah negara berdaulat bernama Malaysia dan terbebasnya wilayah Sabah dan Sarawak dari penguasaan penjajah. Namun, bagi rakyat Palestin, pada tarikh yang sama tahun 1982, satu peristiwa tragis telah menimpa mereka yang amat jelas menunjukkan PENGKHIANATAN dunia kepada rakyat Palestin.

*****
Mengalirnya darah insan tidak berdosa di Sabra dan Shatila

Sabra adalah nama sebuah penempatan rakyat Lebanon di bahagian selatan Beirut Barat manakala Shatila pula adalah pusat perlindungan untuk pelarian Palestin sejak 1949 lagi. Menjelang 1949 sahaja, sudah ada lebih 100 000 pelarian Palestin yang berada di Lebanon termasuk Shatila dan bilangannya terus bertambah sehingga sekarang. Sabra dan Shatila adalah berhampiran dan interaksi yang berlaku antara penduduk Lebanon di Sabra dan pelarian Palestin di Shatila menyebabkan kejiranan itu secara tidak rasmi dikenali sebagai ‘Kem Sabra dan Shatila’.

*****
PLO dan Kumpulan Militia Phalangists

Palestine Liberation Organisation (PLO) ditubuhkan pada tahun 1964 sebagai badan induk yang memayungi beberapa pertubuhan lain dalam usaha membebaskan keseluruhan bumi Palestin dari Zionis Israel. Pada 1969, Perdana Menteri lebanon telah memberi kebenaran kepada pihak PLO untuk menjadikan Lebanon sebagai pengkalan operasi menentang Israel. Pejuang PLO semakin bertambah menjelang awal 70-an apabila pejuang PLO di Jordan diusir. Perkara ini telah merunsingkan Israel dan juga telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan dengan penduduk dan kumpulan militia tempatan khususnya kumpulan Phalangists. Beberapa siri serangan telah dilakukan oleh PLO ke atas Israel melalui selatan Lebanon yang mengentarkan Israel sehingga memaksa mereka melakukan serangan balas.

*****
6 Jun 1982 - bermulanya titik hitam Sabra dan Shatila.

Bagi menghentikan serangan dari selatan Lebanon khususnya dari PLO, Israel telah melancarkan beberapa siri serangan balas sehinggalah pada 6 Jun 1982, bermulanya titik hitam Sabra dan Shatila apabila Israel menghantar sekitar 60,000 tentera memasuki Lebanon untuk menghapuskan PLO. Walaupun mendapat ‘kecaman’ dari Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), Israel dengan dibantu oleh beberapa kumpulan Kristian tempatan termasuk kumpulan militia Phalangists berjaya memasuki Lebanon dan menjelang 18 Jun 1982, mereka sudah berjaya mengepung pejuang PLO di Beirut Barat.

*****
Gencatan senjata dan PENGKHIANATAN

Kepungan berterusan oleh Israel yang berlarutan selama hampir 2 bulan telah menimbulkan kerisauan berlakunya bencana kemanusiaan yang besar jika Israel melancarkan serangan terhadap pejuang PLO serta penduduk setempat. Atas ‘usaha dan perantaraan’ wakil kerajaan Amerika Syarikat, Philip Habib, satu gencatan senjata telah dipersetujui diantara Israel dan pejuang PLO.

Antara perjanjian yang dipersetujui adalah pejuang dan pegawai-pegawai PLO perlu meletakkan senjata, meninggalkan bumi Lebanon dan menutup serta menghentikan semua operasi pejabat dan prasarana PLO. Proses pengunduran atau lebih tepatnya PROSES PENGUSIRAN ini dilaksanakan di bawah pengawasan pasukan tentera antarabangsa(Amerika Syarikat, Itali dan Perancis) dan mereka dijadualkan untuk berada di lapangan selama 30 hari dari tarikh ketibaan mereka. Mereka juga BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA KESELAMATAN penghuni kedua-dua kem tersebut termasuk ahli keluarga pejuang yang ditinggalkan di Sabra dan Shatila. Di pihak Israel pula, mereka BERJANJI tidak akan meneruskan kemaraan mereka ke Beirut.

*****
Janji untuk dikhianati!!!

Pengunduran pejuang PLO yang bermula pada 24 Ogos 1982 itu selesai sepenuhnya menjelang 1 September 1982. Pengkhianatan bermula apabila Israel mula menempatkan tenteranya di sekeliling kedua-dua kem tersebut 2 hari selepas pengunduran pejuang PLO selesai. Tidak lama selepas itu, pasukan tentera antarabangsa pula melaksanakan peranan mereka dan mula meninggalkan kawasan tersebut lebih awal dari yang dijanjikan!!!

*****
Dunia menyaksikan pembunuhan ini.

Drama pembunuhan ini semakin jelas apabila pada 11 September 1982, Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel pada waktu itu ‘mengisytiharkan’ terdapat seramai 2 000 ‘pengganas’ Palestin yang bersembunyi di kalangan pelarian di khemah-khemah pelarian sekitar Beirut. Bermula pada 15 September, sehari selepas pembunuhan bakal Presiden Lebanon yang menjadi sekutu kuat Israel-Phalangists, Bashir Gemayil, tentera Israel mara dan memasuki Beirut Barat dan mengepung kem Sabra dan Shatila. Menjelang tengahari 15 September itu, seluruh penempatan telah dikepung oleh tentera dan kereta-kereta kebal Israel. Pos-pos kawalan tentera didirikan bagi memantau pergerakan penduduk di dalam kem.

Tanggal 16 September adalah tarikh yang tidak akan dilupakan. Sepasukan tentera Phalangists sekitar 150 orang mula memasuki kem Sabra dan Shatila dan tragedi bermula.

Dunia menyaksikan untuk tempoh 40 jam kemudian, tentera Phalangists ini merogol, membunuh dan mencederakan ramai orang awam yang TIDAK BERSENJATA. Kebanyakan mangsa adalah wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Bagaikan neraka, rakyat awam tiada jalan keluar akibat kepungan kukuh oleh tentera Israel. Keganasan tentera Phalangists ini berterusan sehingga 18 September 1982.

Jumlah angka korban adalah antara 700(angka rasmi Israel) hingga 3500 orang. Sehingga kini, tiada sesiapa pun yang telah dihukum atas keganasan terancang ini bahkan disokong oleh beberapa kerajaan lain.

*****
Dunia terus membisu

Dengan 4000 angka kematian yang sibuk dilaungkan oleh Amerika Syarikat akibat ‘serangan pengganas’ 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia(WTC), mereka telah melancarkan ‘kempen peperangan menentang keganasan’ yang telah memusnahkan dua buah negara - Afghanistan dan Iraq, yang sehingga kini TIDAK MENEMUI sebarang bukti sahih untuk mengaitkan pengganas dengan tragedi tersebut. Dan kempen ini masih diteruskan.

Bandingkan pula sikap Amerika Syarikat dan dunia terhadap pembunuhan kem Sabra dan Shatila ini. Jelas, yang terbunuh adalah dari kalangan wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak bersenjata, dan yang lebih menyayat hati adalah mereka dibunuh semasa mereka sepatutnya mendapat PERLINDUNGAN ANTARABANGSA melalui jaminan yang ditaja sendiri oleh Amerika Syarikat, dan peristiwa ini berakhir seperti tiada apa yang berlaku.

Permainan Amerika Syarikat dan sekutunya dalam ‘misi keamanan’ yang dilancarkan mereka lebih jelas kalau kita lihat dari siri-siri pembantaian rakyat awam seperti kes di Syria, Mesir, Palestin, Rohingya dan lain-lain. Peranan mereka sebagai pembantu dalam ‘menghapuskan keganasan’ seperti dihalalkan oleh seluruh pemimpin negara Islam apabila tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh mereka begitu juga dengan Konferens Organisasi Islam(OIC).

*****
Peranan kita

Tragedi berdarah Sabra dan Shatila ini akan terus diingati bagi mereka yang merasakan semua mangsa terbabit itu ialah saudara-mara mereka. Tragedi ini hanya satu bahagian kecil daripada siri-siri kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Peranan kita adalah untuk terus membongkar siri-siri kekejaman Israel ini dan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya untuk kita membebaskan cengkaman Israel terhadap negara Palestin keseluruhannya.

Sumber: Al-Aqsa Dalam Bahaya, Dr Maszlee Malik [AKA]
https://www.facebook.com/aqsa.syarif