Tuesday, August 16, 2016
331.0 Prestasi blog Gegarsyeh pada 16 Ogos 2016
Di atas adalah petikan dari muka web Gegarsyeh pada hari ini, 16/8/2016. Jumlah page view atau bukaan blog ini telah mencapai lebih se tengah juta kali sejak ia dimulakan. Statistik bukaan harian ialah di antara 400 hingga 500 kali manakala bulanan mencecah lebih 17,000 kali. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini dan diharap sedikit sumbangan saya ini memberi munafaat kepada saudara/saudari sekelian.
Kebelakangan ini saya kurang aktif mengemaskinikan blog ini kerana masalah tiada internet dan terpaksa menumpang wifi anak-anak (apabila mereka ada di rumah). Mobile modem ni pun kadang-kadang terhad kegunaannya tidak seperti talian internet Telekom atau Unifi.
Se perkara lagi, janganlah hendaknya saudara/saudari mengambilhati kiranya saya tidak memberi maklumbalas di atas masalah-masalah yang dikemukakan kepada saya. Pertama dan paling utama adalah kerana saya takut memberi nasihat yang salah khasnya melibatkan kesihatan seseorang atau hartabenda anda. Saya merujuk khasnya kepada Artikel tentang Penyakit Jantung saya dan masalah Minyak Hitam kereta. Kedua adalah kerana saya bukan doktor atau mempunyai pengetahuan tentang perubatan apapun, cuma boleh menceritakan pengalaman saya sendiri dan manusia tidak sama walaupun penyakitnya nampak ada kesamaan. Saya juga bukan mekanik kereta yang arif tentang enjin dan elemen-elemen pada kereta. Segala-gala yang saya kemukakan adalah berdasarkan pengalaman diri saya sendiri. Nasihat atau pandangan yang saya beri mungkin betul dan mungkin juga salah. Saya tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu yang tidak balik akibat dari mengikut nasihat/pandangan saya.
Akhir kalam, kiranya terdapat perkataan, perbuatan dan pandangan-pandangan yang mengguris hati para pengunjung blog ini, saya menyusun jari sepuluh memohon berbanyak ampun dan maaf. Perkara yang berlaku itu adalah kelemahan saya dan tidak disengajakan. Saya memerlukan teguran ikhlas dari anda supaya dapat menyedarkan saya, jika ada najis burung di belakang baju kita, kita tidak tahu sehinggalah seseorang memberitahu kita..... betul tak?
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Sunday, April 3, 2016
330.0 Thorikat Naqsyabandiah
Terlebih dahulu saya memohon berbanyak ampun dan maaf khasnya kepada pengikut dan pengamal Tarekat Naqsyabandiah di seluruh tanah air. Saya paparkan sedikit pengetahuan dan perkembangan tentang Tarekat ini yang menimbulkan sedikit perbalahan di antara puak pro dan kontra. Kebelakangan ini, kita terdedah kepada majlis zikir kumpulan Tarekat ini di seluruh negara dan ada di antaranya dilakukan di dalam istana (boleh C&P link ini:https://www.youtube.com/watch?v=GfTT_9Qk8JE).
Jika ditanya kepada saya, saya cuma mampu mengatakan bahawa Tarekat (beberapa Tarekat yang diakui tidak sesat) itu baik sebagai pembersihan jiwa yang sentiasa bergolak dengan kejahatan selama amalan zikirnya tidak menimbulkan fitnah serta tidak bercanggah dengan syarak.
Jangan terikut-ikut orang apabila melihat sesuatu yang anih tanpa mempunyai ilmu yang mantap berhubung perkara itu. Buatlah kajian sendiri, pelajari dari guru-guru yang muktabar dan tanyalah pendapat ustaz atau guru sebelum mengamalkannya. Jangan merujuk semata-mata kepada buku, kitab, laman web, blogs dan segala jenis media massa kerana kefahaman tentang sesuatu ilmu perlu dipelajari secara berhadapan dengan guru. Dikhuatiri jika belajar tanpa guru, maka syaitanlah gurunya, ia akan membisikkan ilmu dan fahaman yang boleh membawa kita kepada kesesatan (dengan Allah jua kita berlindung). Ilmu agama dan syariat tidak boleh difahami dengan logik otak dan ilmu yang cetek, dikhuatiri kita terkeluar trek. Ia melibatkan aqidah, jika aqidah terpesong, tidak sampailah kita kepada Allah malah semakin menjauhiNya.
Di bawah ini saya paparkan sedikit maklumat tentang Tarekat Naqsyabandiah yang terkenal. Terpulanglah kepada anda menimbang. Wallaahu wa'alam.
ISTILAH DALAM TASAWUF
SYARIAT: Segala hukum hakam yang Allah s.wt. wahyukan kepada Nabi dan Rasul. Syariat difahami oleh para ulama dengan cara belajar, kajian dan ijtihad.
TAREKAT: kita mengamalkan syariat dengan bersungguh-sungguh iaitu melakukan yang wajib, sunat sekadar mampu, meninggalkan yang haram dan makruh serta menjauhi yang sia-sia dibawah asuhan seorang a’rif billah sebagaimana para sahabat mengamalkan syariat dibawah bimbingan dan asuhan seorang arif billah yang paling sempurna dan agung iaitu junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
HAKIKAT: Terbuka hijab kepada perkara perkara ghaib (samiyyat) yg kita imani sebelum ini. seperti pengalaman dapat mencium bau syurga, melihat arasy Tuhan dll.
sumber: http://blogustazsufi.blogspot.com/2009/02/tarekat-naqsyabandi.html
...............................................................................................................................................
JAIP kesan kumpulan ajaran sesat Tarekat Naqsyabandiah
Published: 11 March 2011 7:16 PM IPOH, 11 Mac — Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) telah mengenal pasti sebuah kumpulan tarekat yang aktif di Sungkai dekat Slim River sebagai kumpulan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Mohd Yusop Husin berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak akan mengeluarkan warta terhadap kumpulan itu tidak lama lagi kerana melakukan amalan haram dan menyimpang.
Beliau berkata kumpulan yang mempunyai kira-kira 100 pengikut itu mengikut ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah tetapi ia didapati tidak selari dengan amalan tarekat berkenaan.
“Fatwa akan diwartakan tidak lama lagi oleh jawatankuasa yang dipengerusikan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata antara amalan yang menyimpang ialah pengikutnya mengerjakan ibadat haji secara ghaib, berpegang bahawa semua orang boleh melakukan israk mikraj, mengamalkan amalan bertawassul dengan wali, mandi air zam-zam, air kauthar dan air mahfuz sebagai membuka hijab dan makrifat murid serta mewajibkan mandi taubat dan sujud taubat sebagai syarat menyertai tarekat.
Kumpulan itu dikenali sebagai Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah Kampung Menderang.
Mohd Yusop berkata walaupun kumpulan itu mengikut amalan tarekat muktabar Terekat Naqsyabandiah tetapi ada amalan tertentu yang didapati berlawanan dan bertentangan dengan Islam.
Beliau menasihati umat Islam berhati-hati apabila mengikut dan mempelajari ilmu agama daripada mana-mana kumpulan supaya tidak terjebak dengan ajaran yang menyimpang dengan agama Islam.
Sebelum ini Perak telah mewartakan 14 ajaran atau kumpulan sebagai sesat. — Bernama sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jaip-kesan-kumpulan-ajaran-sesat-tarekat-naqsyabandiah
....................................................................................................................................
Tarekat Naqsyabandi adalah Tarekat yang dikenal luas di seluruh dunia, bahkan dikenal sejarah sebagai Tarekat tertua di Indonesia. Para Wali Songo, sebagian bertarekat Naqsyabandi. Beberapa Imam Mazhab bertarekat Naqsyabandi.
Sebelum bernama Tarekat Naqsyabandi, tarekat ini dikenal dengan Sidiqiyah, karena dipimpin oleh Abu Bakar Assidiq ra. Sepeninggalan Beliau, setiap Guru Tarekat ini akan memberikan Nama Tarekat sesuai dengan Nama Guru di zaman tersebut, sehingga Tarekat ini memiliki banyak nama. Sejak zaman Syaikh Bahauddin, dilakukan pembaharuan dalam perjalanan tarekat. Ketika meninggalnya beliau, di dadanya terukir dengan sangat jelas tulisan ALLAH, karena begitu dalamnya amalan zikir. Dengan adanya kejadian tersebut, beliau diberikan gelar Naqsyabandi, yang berarti ukiran yang sangat jelas. Sehingga setiap Guru Mursyid Tarekat ini memiliki gelar Naqsyabandi. Selanjutnya, tarekat ini lebih dikenal oleh masyarakat dunia dengan nama Tarekat Naqsyabandi.
sumber: https://naqsyabandie.wordpress.com/qa-jogja/
..........................................................................................................................................
Tarekat Naqsyabandi pernah menembusi istana Perak melalui Almarhum YTM Raja Kecil Sulong Perak, Sheikh Dato' Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (28 December 1958 – 30 March 2012). Almarhum Raja Ashman Shah diberitakan telah menghembuskan nafas terakhir baginda pada jam 1.30 pagi hari Jumaat 7 Jamadil Awal 1433 bersamaan 30 Mac 2012 (genab 4 tahun pada Mac sudah).
Petikan biodata Al-marhum dari Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Raja_Ashman_Shah:
Raja Ashman attended high school at St. John Institution, Kuala Lumpur. He held a bachelor's degree in Economics from the University of Nottingham, a master's degree in Law from Cambridge University, and a diploma in Business Law from the University of London, England.[2] He was a barrister-at-law and a member of the English Bar.
Raja Ashman held an ijazah (permission of initiating seekers, teaching the masses and channeling divine energy) from Shaykh Nazim 'Adil al-Haqqani in the Naqshbandi-Haqqani Sufi Order. Known as Sheikh Raja in the sufi order, he was the representative of Shaykh Nazim in Malaysia and Singapore. He established the Naqshbandi sufi lodge (zawiya) in Kuala Lumpur. He was also revered by some members of the Order as one of Shaykh Nazim's worldwide successors.
https://www.youtube.com/watch?v=GfTT_9Qk8JE
Kita doakan agar Allah merahmati ruhnya dan ditempatkan bersama ruh para solihin. Amiin. Hadiahkan bacaan Al-Faatihah.

Nota: Fatwa dari JAKIM menyatakan ianya sesat:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tariqat-naqsyabandiah-al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani
....................................................................................................................................
Tarekat Naqsyabandi adalah Tarekat yang dikenal luas di seluruh dunia, bahkan dikenal sejarah sebagai Tarekat tertua di Indonesia. Para Wali Songo, sebagian bertarekat Naqsyabandi. Beberapa Imam Mazhab bertarekat Naqsyabandi.
Potret Wali Sembilan @ Songo mengikut ilustrasi pelukis.
Sebelum bernama Tarekat Naqsyabandi, tarekat ini dikenal dengan Sidiqiyah, karena dipimpin oleh Abu Bakar Assidiq ra. Sepeninggalan Beliau, setiap Guru Tarekat ini akan memberikan Nama Tarekat sesuai dengan Nama Guru di zaman tersebut, sehingga Tarekat ini memiliki banyak nama. Sejak zaman Syaikh Bahauddin, dilakukan pembaharuan dalam perjalanan tarekat. Ketika meninggalnya beliau, di dadanya terukir dengan sangat jelas tulisan ALLAH, karena begitu dalamnya amalan zikir. Dengan adanya kejadian tersebut, beliau diberikan gelar Naqsyabandi, yang berarti ukiran yang sangat jelas. Sehingga setiap Guru Mursyid Tarekat ini memiliki gelar Naqsyabandi. Selanjutnya, tarekat ini lebih dikenal oleh masyarakat dunia dengan nama Tarekat Naqsyabandi.
sumber: https://naqsyabandie.wordpress.com/qa-jogja/
..........................................................................................................................................
Tarekat Naqsyabandi pernah menembusi istana Perak melalui Almarhum YTM Raja Kecil Sulong Perak, Sheikh Dato' Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (28 December 1958 – 30 March 2012). Almarhum Raja Ashman Shah diberitakan telah menghembuskan nafas terakhir baginda pada jam 1.30 pagi hari Jumaat 7 Jamadil Awal 1433 bersamaan 30 Mac 2012 (genab 4 tahun pada Mac sudah).
Almarhum seorang yang cukup warak semasa hayat baginda dan memegang jawatan sebagai Khalifah Tariqat Nasyabandi bagi rantau Asia ini dibawah pimpinan Syeikh Nazim Al Qubrusi An Naqsyabandi.
Petikan biodata Al-marhum dari Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Raja_Ashman_Shah:
Raja Ashman attended high school at St. John Institution, Kuala Lumpur. He held a bachelor's degree in Economics from the University of Nottingham, a master's degree in Law from Cambridge University, and a diploma in Business Law from the University of London, England.[2] He was a barrister-at-law and a member of the English Bar.
Raja Ashman held an ijazah (permission of initiating seekers, teaching the masses and channeling divine energy) from Shaykh Nazim 'Adil al-Haqqani in the Naqshbandi-Haqqani Sufi Order. Known as Sheikh Raja in the sufi order, he was the representative of Shaykh Nazim in Malaysia and Singapore. He established the Naqshbandi sufi lodge (zawiya) in Kuala Lumpur. He was also revered by some members of the Order as one of Shaykh Nazim's worldwide successors.
https://www.youtube.com/watch?v=GfTT_9Qk8JE
Tuesday, March 22, 2016
329.0 Kisah Tha'labah sahabat Nabi s.a.w. satu penipuan
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-27 : KISAH THA’LABAH TIDAK INGIN MEMBAYAR ZAKAT
Soalan : Apakah status kisah Tha’labah enggan membayar zakat ?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Mutakhir ini, kita mendengar banyak kisah yang masyhur sehinggakan sebahagian kisah yang didengar itu mencarik maruah individu yang digelar sebagai sahabat Nabi SAW. Antaranya ialah kisah Tha’labah dan kisah ini dikatakan merupakan antara sebab turunnya salah satu ayat di dalam surah at-Taubah.
Sebelum kita melihat lebih jauh lagi, di sana juga terdapat ramai lagi para sahabat Nabi SAW yang bernama Tha’labah. Oleh itu, siapakah Tha’labah yang dimaksudkan di dalam kisah ini? Al-Hafiz Ibn Hajar telah menyenaraikan nama-nama sahabat yang bernama Tha’labah di dalam karyanya, antaranya ialah :
• Tha’labah bin Aus
• Tha’labah bin Abi Balta’ah
• Tha’labah bin Thabit
• Tha’labah bin al-Harith
• Tha’labah bin Hatib bin al-Aus al-Ansari (syahid dalam peperangan Uhud)
• Tha’labah bin Harram
• Tha’labah bin al-Hakam
• Tha’labah bin Khaddam al-Ansari
• Tha’labah bin Sa’idah (wafat dalam peperangan Uhud)
• Tha’labah bin Salam
• Tha’labah bin Suwaid al-Ansari
• Tha’labah bin Abd al-Rahman al-Ansari
• Tha’labah bin Qais
Demikian adalah beberapa orang sahabat Nabi SAW yang bernama Tha’labah, tetapi yang Tha’labah yang dimaksudkan di dalam kisah ini ialah Tha’labah bin Hatib al-Ansari. Beliau telah menyertai peperangan Badar dan Uhud bersama Rasulullah SAW. Di samping itu, beliau telah wafat ketika zaman pemerintahan Umar dan ada juga berkata bahawa beliau wafat ketika zaman pemerintahan Uthman. Selain itu, beliau dikatakan telah enggan membayar zakat ketika diperintahkan oleh Nabi SAW sebagaimana yang diceritakan oleh Sa’id bin Jubair dan Abi Qatadah ketika menafsirkan ayat ke 75 di dalam surah al-Taubah. Lihat al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Sahabah (1/20)
Ringkasan kisah Tha’labah
Telah datang Tha’labah bin Hatib al-Ansari kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: Wahai Rasulullah SAW, doakan aku agar Allah SWT mengurniakan aku harta, maka Rasulullah SAW menjawab: “Celakalah engkau wahai Tha’labah, sedikit membawa kepada kesyukuran kepada Allah lebih baik daripada banyak yang engkau tidak mampu”. Setelah beberapa tempoh, beliau datang lagi kepada Rasulullah SAW dan mengulang benda yang sama. Maka Rasulullah SAW mendoakan baginya agar Allah SWT memberinya harta. Setelah itu, turunnya ayat al-Qur’an :
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Surau al-Taubah, 9:103)
Lalu Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki dari al-Ansar dan seorang lagi daripada Bani Sulaim dan Nabi SAW memberikan catatan berkaitan zakat ini kepada mereka. Di samping itu, Nabi SAW meminta dua lelaki tersebut untuk meminta daripada Tha’labah sebahagian hartanya untuk disedekahkan. Kedua lelaki tersebut terus melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Nabi SAW dan mereka bertemu dengan Tha’labah lalu membaca apa yang ditulis oleh Nabi SAW di dalam catatan tersebut. Setelah dibacakan apa yang terkandung di dalam catatan tersebut, Tha’labah enggan mengeluarkan sebahagian hartanya untuk dizakatkan dan mengatakan bahawa ini adalah jizyah. Kedua lelaki tersebut bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan kepada Baginda SAW berkenaan peristiwa tersebut. Maka Allah SWT menurunkan ayat :
وَمِنْهُم مَّنْ عَاهَدَ اللَّـهَ لَئِنْ آتَانَا مِن فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya: “Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. (Surah al-Taubah, 9:75)
Apabila turunnya ayat tersebut, salah seorang daripada lelaki tersebut telah bertemu dengan Tha’labah dan memberitahu beliau bahawa: Allah SWT telah menurunkan ayat di atas keengganan engkau membayar zakat maka celakalah engkau wahai Tha’labah.
Apabila mendengar kata-kata tersebut, Tha’labah terus bertemu dengan Rasulullah SAW dan ingin membayar zakat tetapi Rasulullah enggan menerimanya kerana Allah SWT telah menghalangku daripada menerima apa-apa daripada engkau. Setelah Rasulullah SAW wafat, Tha’labah bertemu dengan Abu Bakar RA yang pada waktu sebagai khalifah tetapi Abu Bakar menolaknya.
Kemudian di zaman khilafah Umar bin al-Khattab RA, Umar RA juga menolak untuk menerima harta daripada Tha’labah, sehingga tiba zaman Uthman RA menjadi khalifah, Uthman RA juga melakukan perkara yang sama. Akhirnya, Tha’labah wafat di zaman Uthman bin Affan RA dalam keadaan tidak membayar zakat setelah mencubanya berkali-kali. Lihat Tafsir al-Thabari (no. 16987) al-Mu’jam al-Kabir Thabarani, (no. 7873) dan Asbab al-Nuzul oleh al-Wahidi hal. 252.
Pendapat ulama berkaitan kisah ini
Kisah ini adalah tidak sahih berdasarkan apa yang dinyatakan pendapatnya oleh para ulama, antaranya ialah:
• Imam al-Qurthubi berkata: “Tha’labah ialah salah seorang yang menyertai peperangan Badar dan beliau juga antara orang yang telah diakui keimanannya sebagaimana yang termaktub di dalam hadith. Untuk itu, apa yang diriwayatkan ini adalah tidak sahih”.
• Imam Ibn Hazim berkata: “Tha’labah seorang ahli badar dan hal ini umum mengetahuinya, maka riwayat ini adalah bathil”.
• Imam al-Iraqi mengatakan bahawa: “Thabarani telah mengtahkrijkan hadis ini dengan menggunakan sanad yang lemah”.
• Imam al-Qurthubi menyatakan: “Apa yang diriwayatkan berkaitan Tha’labah adalah tidak benar”.
• Imam al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan: “Aku tidak merasakan bahawa khabar ini benar”.
Tarjih
Setelah melihat kepada pendapat-pendapat yang dikemukan oleh para ulama berkaitan riwayat atau kisah ini, kami juga memilih untuk menyatakan bahawa kisah ini adalah tidak benar (sahih) dan ia tidak boleh disebarkan kepada masyarakat melainkan untuk menyatakan bahawa kisah ini tidak benar (sahih). Ini juga selari dengan pendapat ulama hadith yang muktabar.
Antara sebab-sebab kami mengatakan bahawa kisah ini tidak benar ialah:
• Tha’labah merupakan seorang sahabat nabi SAW. Kita sebagai umat Islam perlu berpegang dan percaya bahawa sahabat bersifat dengan ‘adalah (adil), dalam erti kata lain bahawa mereka tidak menipu, apatah lagi untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan rukun Islam seperti tidak membayar zakat.
• Tha’labah merupakan salah seorang sahabat yang menyertai peperangan badar. Sebagaimana kita ketahui bahawa. Ahli badar mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antaranya Allah SWT telah bersaksi di atas keimana mereka dan Allah SWT mengampunkan dosa mereka yang lalu dan akan datang. Berdasarkan hadith Nabi SAW :
اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ فَقَدْ وَجَبَتْ لَكُمُ الْجَنَّةُ
Maksudnya : “Buatlah apa yang kalian suka kerana Allah SWT telah meletakkan kalian di dalam syurga”.
Riwayat al-Bukhari (3684) dalam Kitab Peperangan, Bab Keutamaan Orang yang Menyertai Perang Badar.
• Setelah melihat kepada sebab turunnya ayat tersebut, kami mendapati bahawa pendapat yang rajih (kuat) adalah ayat tersebut diturunkan kepada golongan munafik kerana mereka begitu bakhil dan kedekut untuk mengeluarkan sebahagian daripada harta mereka sebagaimana dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Tahzib al-Tahzib.
Kesimpulan
Marilah sama-sama kita menunaikan salah satu daripada rukun Islam ini iaitu mengeluarkan zakat. Ini kerana, harta kita bukanlah milik kita sepenuhnya, bahkan ia adalah milik Allah SWT dan juga milik saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik seperti kita.
Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan orang-orang yang sentiasa menyucikan hartanya iaitu berzakat dan semoga Allah SWT menerima amalan kita dan meletakkannya di neraca kebaikan kelak. Amin.
Wallahua’lam
Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/n05qgK
Monday, October 12, 2015
328.0 Airasia
Contoh semangat, kegigihan, berfikiran positif, keyakinan diri dan cita-cita membawa kejayaan. Bagaimana seorang yang awalnya terlibat di dalam industri hiburan boleh bertukar menjadi pemilik syarikat penerbangan.
Bukanlah suatu yang mustahil selagi ada cita-cita dan semangat juang untuk memperolehi apa yang dihajati.
Ikuti pengalaman Tan Sri Tony Fernandes dan Airasia yang dipetik dari
https://www.facebook.com/SukanStarTV/
SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA
Temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes (Gambar adalah pejabat Tony Fernandes di LCCT, ada satu pintu yang membolehkan anda naik ke atas, di antara barisan kedai-kedai, ada lif, tingkat 1) .
SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.
Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.
Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.
Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.
KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).
Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.
Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.
Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.
Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.
Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.
Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.
Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.
Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.
Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.
Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.
Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.
Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)
Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah
Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.
Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.
Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah
Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.
Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.
Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.
Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)
Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha
Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.
Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.
Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.
Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.
PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.
PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”
Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.
Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.
Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”
Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.
(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)
Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.
Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.
DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.
Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.
(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.
Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.
Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.
Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.
Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.
LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?
Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.
Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.
Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.
BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?
Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.
MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.
Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.
Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.
Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.
Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… hahaha

327.0 Prestasi Blog gegarsyeh.blogspot.com
Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah kerana seandainya saya dijemput menemuiNya, sekurang2nya saya ada meninggalkan sebuah blog yang sedikit sebanyak dapat membantu atau membimbing para pengunjungnya dalam hal-hal tertentu yang berkaitan. Itulah pelaburan akhirat saya (jika dan diharap ianya satu kebaikan/kebajikan yang terus menerus). Semoga Allah tidak mensia-siakan amalan saya selama hidup ini. Jika terdapat kesilapan, kekasaran bahasa, maklumat yang tidak tepat atau bercanggah dengan fakta atau perkataan yang mengganggu emosi pembaca blog ini, saya menyusun jari memohon ribuan ampun dan maaf. Saya berharap sdr/sdri dapat memaklumkan saya sebarang kelemahan dan cacat cela blog ini untuk kebaikan bersama. Saya juga mengalu-alukan cadangan dan pandangan untuk membaikinya.
Kebelakangan ini, saya menghadapi kesukaran mengemaskinikan blog ini dan menjawab permasalahan pengunjung kerana masalah internet di rumah. Saya terpaksa berkongsi internet melalui WIFI/telefon anak-anak, jadi penggunaannya agak terhad. Sedang membaiki keadaan dan masalah teknikal. Harap maaf.
Terima kasih di atas sokongan, komen dan pandangan sdr/sdri selama ini. Sehingga hari ini 12 Oktober 2015, terdapat lebih 367,391 orang pengunjung yang membuka artikel2 di dalam blog ini. Bulan September mencatat jumlah hampir 12,000 orang. Purata dalam sehari terdapat 350 - 500 orang.
Pada saya, angka dan statistik tidaklah begitu penting kerana saya lebih mengutamakan samada kandungan blog ini benar-benar memberi munafaat atau tidak, samada ia menyelesaikan masalah atau sebaliknya menimbulkan masalah.
Paling saya risau, apabila terdapat soalan-soalan berkaitan masalah kesihatan dan penyakit. Saya bukan doktor dan bukan pula pelajar perubatan. Kalau tanya bab pembinaan rumah, bolehlah saya jelaskan dari piling dalam tanah sampai siap bumbung dan boleh didiami, memang bidang saya selama lebih 25 tahun. Jadi dalam hal penyakit/perubatan biasanya saya menjawab berdasarkan pengalaman penyakit (i.e. serangan jantung atau angin dalam badan) yang saya sendiri alami. Soalan2 yang dikemukakan juga akan dirujuk kepada doktor2 pakar via email atau FB seperti Dr. Arshad dan Dr. Rahim Mohd. Nor. Agak sukar untuk memaklumkan apakah penyakit yang dihadapi oleh penanya kerana pertama saya bukan doktor dan kedua tiada maklumat yang terperinci tentang pesakit (butiran peribadi seperti umur, sudah berkahwin, pekerjaan dll) dan penyakit (kecualilah doktor famili yang menyimpan rekod kesihatan pesakit sejak awal lagi). Jika penyakit dan simptom penyakit mempunyai persamaan dengan yang pernah dialami oleh saya, saya bolehlah membantu memberi nasihat. Selain dari itu, saya juga merujuk laman sesawang berkaitan kesihatan samada di dalam atau di luar negara.
Sama juga apabila ada soalan-soalan berkaitan kereta/motor dan minyak hitam. Saya bukanlah mekanik atau pakar tentang kereta/motor. Saya boleh menolong menyebarkan pengalaman dan hasil pembacaan untuk dikongsi bersama, tidak lebih dari itu. Saya mengalu-alukan, jika terdapat mana-mana mekanik atau pengedar minyak hitam dapat tampil membantu saya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Inilah tujuan blog ini, berkongsi maklumat dan pengalaman.
Sekian dan terima kasih di atas kunjungan serta sokongan anda!

326.0 Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah
Assalaamu'alaikum para saudara, sahabat dan kenalan di Blog ini.
DALIL DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN
Oleh : Kiyai Muhammad Idrus Ramli
SOAL: “Apakah doa akhir tahun dan awal tahun ada dalilnya?
Tidak lama lagi (14 Oktober 2015 Rabu), kita akan menyambut tahun Hijrah, sempena penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Ia merupakan permulaan kalendar Islam. Sebelumnya, dunia mengenali kalendar yang dicipta oleh orang Kristian sempena kelahiran Nabi Isa a.s. (iaitu 579 tahun sebelum berhijrahnya Nabi Muhammad s.a.w.).
Seperti biasa, di kalangan kita (orang2 Malaysia) akan timbul Ustaz2 dan Ustazah2 di dalam Facebook, Blog, Twitters dan sebagainya seperti tumbuhnya cendawan di musim hujan. Masing2 memberi keterangan dan lengkap dengan hujjah2 tentang Doa akhir dan awal tahun hijrah boleh diamal atau tidak (bukan susah jadi Ustaz dan Ustazah, tak payah pi Maktab Mahmud atau Universiti Al-Azhar Kaherah, cukup dengan copy dan paste ..... macam yang saya selalu buat).
Saya pun bukan arif sangat bab2 agama tetapi penjelasan oleh Kiyai Muhammad Idrus Ramli cukup memuaskan hati saya dan saya rasa ingin berkongsi dengan anda semua.
.............................................................................................................................................DALIL DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN
Oleh : Kiyai Muhammad Idrus Ramli
SOAL: “Apakah doa akhir tahun dan awal tahun ada dalilnya?
JAWAB: “Ya jelas ada dalilnya. Masakan doa tidak ada dalilnya. Di dalam al-Qur’an Allah subhanahu wata’ala berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ
يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ (60)
“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri
dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina".
(QS. Ghafir : 60).
Ayat di atas memberikan pesanan agar kita
selalu berdoa kepada Allah, dan Allah menjanjikan akan mengabulkan doa
kita. Sedangkan orang yang sombong dari menyembah-Nya seperti tidak mahu
berdoa kepada-Nya, diancam dimasukkan ke neraka Jahanam.
Perintah berdoa dalam ayat di atas bersifat mutlak dan umum. Karena itu
berdoa pada akhir tahun dan awal tahun, masuk dalam keumuman perintah
ayat tersebut.
SOAL: “Tapi dalil khusus akhir tahun dan awal tahun kok tidak ada.”
JAWAB: “Ada, yaitu diqiyaskan dengan doa awal waktu dan akhir waktu.
Misalnya doa pada awal bulan dan akhir bulan. Dalam kitab-kitab hadits
diriwayatkan:
DOA AWAL BULAN
عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ
اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ: " اَللهُمَّ أَهِلَّهُ
عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ
رَبِّيْ وَرَبُّكَ اللهُ " رواه الدارمي والترمذي وقال: حديث حسن
Dari Thalhah bin Ubaidillah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam apabila melihat hilal (bulan pada tanggal 1, 2 dan 3),
maka beliau berdoa: “Ya Allah, perlihatlah bulan ini kepada kami dengan
kebahagiaan, keimanan, keselamatan dan keislaman. Tuhanku dan Tuhanmu
adalah Allah.” (HR. al-Darimi [1730] dan al-Tirmidzi [3451]. Al-Tirmidzi
berkata: “Hadits ini hasan”.).
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُمَا، قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : " اَللهُ أَكْبَرْ ، اَللّهُمَّ أَهِلَّهُ
عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ ،
وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى ، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ ".
رواه الدارمي
Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila melihat hilal, maka
berdoa: “Allah Maha Besar. Ya Allah, perlihatkanlah bulan ini kepada
kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, keislaman dan pertolongan
pada apa yang Engkau cintai dan Engkau ridhai. Tuhan kami dan Tuhanmu
adalah Allah.” (HR. al-Darimi [1729]).
عَنْ قَتَادَةَ ، أَنَّهُ
بَلَغَهُ ، أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ
إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : " هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ
خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، آَمَنْتُ بِاللهِ الَّذِيْ
خَلَقَكَ " ، ثلاث مرات ، ثم يقول : " اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ ذَهَبَ
بِشَهْرِ كَذَا وَجَاءَ بِشَهْرِ كَذَا ". رواه ابو داود
Dari
Qatadah, bahwa telah sampai kepadanya, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam apabila melihat hilal, maka berdoa: “Semoga bulan ini membawa
kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk.
Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Aku beriman kepada Allah
yang telah menciptakanmu.” Sebanyak tiga kali, kemudian berkata:
“Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan ini, dan datang
dengan bulan ini.” (HR. Abu Dawud [5092]).
Hadits-hadits di atas
menunjukkan anjuran membaca doa pada awal bulan, setelah perginya bulan
sebelumnya. Doa akhir tahun dan awal tahun, dianjurkan juga, dengan
diqiyaskan pada doa awal bulan di atas. Di sisi lain, dalam kitab-kitab
hadits juga disebutkan doa-doa yang dianjurkan pada awal terbitnya
Matahari dan setelah terbenamnya Matahari, sebagaimana dijelaskan dalam
kitab-kitab tentang doa dan dzikir, seperti kitab al-Adzkar karya
al-Imam an-Nawawi dan semacamnya. Wallahu a’lam.
SOAL: “Kalau dalil doa akhir tahun dan awal tahun tersebut didasarkan pada dalil qiyas, apakah hal ini dibenarkan?”
JAWAB: “Ya tentu dibenarkan. Qiyas dalam ibadah telah dilakukan oleh
para ulama sejak generasi salaf, para sahabat, ahli hadits dan para imam
madzhab, termasuk Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Bukhari dan lain-lain.
Bahkan Syaikh Ibnu Baz juga banyak melakukan qiyas dalam bab ibadah,
sebagaimana dapat dibaca dalam sebagian fatwa-fatwa beliau.
SOAL: “Apakah penjelasan khasiat doa akhir tahun dan awal tahun tersebut dapat dibenarkan?”
JAWAB: “Ya tentu saja dibenarkan. Khasiat ayat al-Qur’an, doa dan
dzikir telah diakui oleh seluruh ulama. Syaikh Ibnu Qayyimil Jauziyyah,
murid terkemuka Syaikh Ibnu Taimiyah, panutan kaum
Wahabi-(bukan-Salafi), berkata:
وَمِنَ الْمَعْلُوْمِ أَنَّ بَعْضَ
الْكَلامِ لَهُ خَوَاصُّ وَمَنَافِعُ مُجَرَّبَةٌ فَمَا الظَّنُّ بِكَلامِ
رَبِّ الْعَالَمِيْنَ الَّذِيْ فَضْلُهُ عَلَى كُلِّ كَلامٍ كَفَضْلِ
اللهِ عَلَى خَلْقِهِ الَّذِيْ هُوَ الشِّفَاءُ التَّامُّ وَالْعِصْمَةُ
النَّافِعَةُ وَالنُّوْرُ الْهَادِيْ وَالرَّحْمَةُ العَامَّةُ الَّذِيْ
لَوْ أُنْزِلَ عَلَى جَبَلٍ َتَصَدَّعَ مِنْ عَظَمَتِهِ وَجَلالَتِهِ قَالَ
تَعَالَى وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ
للمؤمنين [ الإسراء: 82 ] وَ مِنْ هَا هُنَا لِبَيَانِ الْجِنْسِ لاَ
لِلتَّبْعِيْضِ هَذَا أَصَحُّ الْقَوْلَيْنِ. (ابن القيم، زاد المعاد في
هدي خير العباد، 2/162).
“Dan telah dimaklumi bahwa sebagian
perkataan manusia memiliki sekian banyak khasiat dan aneka kemanfaatan
yang dapat dibuktikan. Apalagi ayat-ayat al-Qur’an selaku firman Allah,
Tuhan semesta alam, yang keutamaannya atas semua perkataan sama dengan
keutamaan Allah atas semua makhluk-Nya. Tentu saja, ayat-ayat al-Qur’an
dapat berfungsi sebagai penyembuh yang sempurna, pelindung yang
bermanfaat dari segala marabahaya, cahaya yang memberi hidayah dan
rahmat yang merata. Dan andaikan al-Qur’an itu diturunkan kepada gunung,
niscaya ia akan pecah karena keagungannya. Allah telah berfirman: “Dan
kami turunkan dari al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman.” (QS. al-Isra’: 82).
Kata-kata “dari
al-Qur’an”, dalam ayat ini untuk menjelaskan jenis, bukan bermakna
sebagian menurut pendapat yang paling benar. (Ibn al-Qayyim, Zad
al-Ma’ad, 2/162).
Perhatikan, dalam pernyataan di atas, Syaikh
Ibnu Qayyimil Jauziyyah menjelaskan bahwa khasiat doa dan dzikir
termasuk hal yang dimaklumi di kalangan umat Islam.
Bagi yang tidak
percaya dengan khasiat tersebut, tangisilah dirinya, karena telah
menyimpang dari kemakluman yang diakui dalam agama.”
SOAL: “Dari mana untuk mengetahui khasiat ayat al-Qur’an, doa dan dzikir?”
JAWAB: “Sebahagian dari hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam. Sebahagian juga dari pengalaman orang-orang soleh dan ilham
yang diterima oleh para auliya atau orang-orang yang ma’rifat kepada
Allah. Hal ini sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafizh as-Suyuthi dalam
al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an.”
SOAL: “Apakah kepercayaan terhadap
khasiat yang diperoleh dari kaum para auliya dan orang-orang soeh tidak
merosakkan akidah Islam.”
JAWAB: “Tidak merosakkan. Bahkan
mempercayai khasiat yang diperoleh dari pengalaman dan ilham para auliya
dan orang soleh termasuk bahagian dari akidah umat Islam. Hal ini
sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Taimiyah dalam al-‘Aqidah
al-Wasithiyyah.”
SOAL: “Siapa dari kalangan ulama yang menganjurkan doa akhir tahun dan awal tahun?”
JAWAB: “Ya banyak sekali, terutama ulama Timur Tengah dan seluruh
dunia. Anda boleh baca dalam kitab Kanz al-Najah wa al-Surur fi
al-Ad’iyah al-Ma’tsurah allati Tasyrahu al-Shudur, karya Syaikh Abdul
Hamid bin Muhammad Ali Qudus al-Makki al-Syafi’i, (1277-1335 H).”
Wallahu a’lam.
Saturday, August 22, 2015
325.0 Kesan makan mi segera pada kesihatan
Mi segera menjadi kegemaran khasnya kepada kanak-kanak, remaja di sekolah maupun di universiti (termasuklah saya satu masa dulu) dan peringkat umur dewasa (mungkin dah terpaksa atau cari makanan yang ringkas). Jenama terkenal seperti Maggi telah lama berada di pasaran dan merupakan jenama mi segera yang mula-mula diperkenalkan. Kemudian baharulah timbul jenama-jenama baru. Biar apapun jenamanya, kandungan di dalam perencah dan mi itu sendiri mengundang bahaya kepada pemakannya.
Tidak dinafikan, ia makanan segera yang paling mudah disediakan, sedap dan cepat mengenyangkan. Teringat saya di Padang Arafah dan Mina ketika menunaikan ibadah haji tahun 2002, selain makanan bermasak, mi segera dalam bekas plastik (berjenama lain dari Maggi) juga dibekalkan dan boleh diambil pada bila-bila masa apabila lapar. Pada masa itu, bahaya memakan makanan ini tidak disebarkan secara berleluasa dan kekurangan media massa berbanding sekarang ini. Apabila terjumpa website http://www.carigold.com/portal/forums/ (dipetik dari www.malaysiaria.com.my) yang menceritakan kandungan di dalamnya dan kesannya kepada organ-organ dalaman kita, tersentap juga saya, dan selepas ini saya mungkin berfikir dua tiga kali sebelum memakan mi segera. Memang boleh dimakan tetapi janganlah terlalu kerap. Jika ada makanan ganti, eloklah didahulukan dan diberi keutamaan dan mi segera pilihan terakhir....OK!
Berikut petikan dari laman yang dimaksudkan.
Kesan Makan Mi Segera Pada Kesihatan. Ia sangat beracun lebih dari syabu.
Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?
__________________
Sumber: http://www.carigold.com/portal/forums/

Subscribe to:
Posts (Atom)