Sunday, July 21, 2013

194.0 Ziarah kubur & Hadiah bacaan Al-Qur'an

Assalaamu'alaikum Saudaramara dan para sahabat sekelian. Kali ini, saya nak bincang pasal ziarah kubur. Kita sering ziarah kuburan saudaramara yang biasanya kuburan orang yang paling hampir dengan kita dan paling disayangi semasa hidupnya i.e. ibu, bapa, isteri, suami, anak dan sebagainya.  Ziarah kubur ada baiknya, pertama: yang meninggal tidak kesepian, ia tahu ada orang yang datang menziarahnya. Kedua: apabila dibaca ayat-ayat al-Qur'an dan berdoa kepadanya, Insya'allah sampai terus segala pahala setiap huruf (bukan perkataan) dari al-Qur'an itu kepada mereka. Ketiga: kita juga beroleh pahala bacaan tersebut. Keempat: apabila melihat kawasan kuburan, ia mengingatkan kita bahawa satu masa kita juga akan menjadi penghuninya.  Kalau dah ke kawasan kuburan, bawalah penyapu atau penyakar supaya dapat bersihkan sekitar kawasan tersebut atau upah orang membersihkannya (lebih baik buat sendiri ..... commitment).

Jadikan ziarah kubur sebagai rutin bulanan atau mingguan dan tidak khusus kepada pagi Aidil Fitri atau Aidil Adha sahaja.  Janji ziarah, supaya dapat menyemarakkan lagi kasih sayang kita kepada mereka yang sudah berpindah ke alam barzah.  Jangan tinggalkan mereka dipenuhi semak samun.

Ada sesetengah orang, saya lihat, membawa bunga-bungaan dan air wangian ditabur/disiram di atas kuburan. Saya tak ingat, ada seorang ustaz di dalam ceramahnya, menegah perbuatan ini kerana ia tidak memberi apa-apa kesan kepada si mati malah itu bukan budaya Islam. Mungkin tidak menjadi kesalahan jika kita berniat untuk menghiasi dan mencantikkan suasana kawasan kuburan.  Wallaahu wa'alam, harap ada sesiapa dapat menegur saya berhubung perkara ini.


Di kawasan perkuburan terbesar di Jalan Perak, Pulau Pinang (kubur Tok Keramat - foto di atas), biasanya terdapat kelompok-kelompok kubur yang dibahagikan mengikut "keluarga", jadi mudahlah kita melakukan aktiviti lawatan sekaligus.  Berbeza dengan tempat lain atau kawasan kuburan baharu, ia ditempatkan berasingan bagi memenuhi ruang "first come first serve".  Kubur di Jalan Perak ini juga boleh diguna berulang-ulang kali atau "recycle" selepas 4 atau 5 tahun dikebumikan mayat yang terakhir.  Jadi, kawasan tersebut akan dipenuhi dengan batu nisan disusun rapat-rapat.  Saya difahamkan oleh penggali kubur di situ, jika semasa menggali terjumpa tengkorak atau tulang-tulang yang sudah reput, mereka akan tanam semula bersebelahan lubang yang baru digali.

Kawasan kuburan keluarga saya, Baladram, di Jalan Perak, Pulau Pinang.

Saudara saya di Labuan, Sabah, Abd Latiff Bledram menjadikan ziarah kubur 
ayahandanya Al-Marhum Datuk Paduka Sheikh Muhammad Omar Bledram sebagai rutin.
Contoh yang patut ditauladani.

Saya paparkan di bawah ini, sebuah artikel tentang ziarah kubur dan bacaan Yaasiin sebagai panduan dan pengetahuan kita. (sumber: Pondok Habib).

Baca Yaasin Di Kuburan


Dalam bulan Ramadhan terutama sekali di hujung-hujungnya dan pada hari lebaran nanti, ramailah saudara-saudara kita mendatangi tanah-tanah perkuburan tempat persemadian insan-insan yang mereka sayangi. Bukanlah maksudnya bahawa menziarahi kubur itu hanya dihukumkan sunnat pada masa-masa tersebut sahaja. Ianya lebih kepada faktor masa yang terluang atau faktor suasana yang syahdu di hari yang mulia menghimbau ingatan kepada mereka-mereka yang telah tiada. Oleh itu, pada ketika itulah penuh segala pusara dengan para penziarah.

Dalam ziarah biasanya akan dibaca surah Yaasin dan tahlil sebagai hadiah dan barakah kepada arwah tersebut. Jumhur ulama daripada keempat-empat mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah, termasuklah mazhab asy-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah, menghukumkan baik, mustahab, bahkan sunnat untuk membacakan al-Quran di sisi kubur. Syaikh al-Imam al-`Allaamah Muhammad bin Ahmad bin Salim as-Safaarini al-Hanbali rahimahullah (w. 1188H) dalam karya beliau "al-Buhur az-Zaakhirah fi `Uluum al-Akhirah" menyatakan, antara lain sebagai berikut:-

Tanbih: Pembacaan al-Quran di kubur dipandang sebagai mustahab oleh para ulama Mazhab Syafi`i dan ulama lain. Imam an-Nawawi menyatakan dalam "Syarah al-Muhadzdzab" bahawa dimustahabkan bagi penziarah kubur untuk membaca apa-apa yang mudah daripada al-Quran dan mendoakan bagi mereka. Hal ini merupakan nas atau pandangan yang datang daripada Imam asy-Syafi`i sendiri. Di tempat lain, yakni dalam karangan lain, ditambah bahawa jika dikhatamkan sekalian al-Quran itu di atas kubur tersebut, maka ianya adalah afdhal. Dan adalah imam kita, Imam Ahmad RA, pada permulaannya mengingkari amalan sedemikian, namun kemudian beliau telah menarik balik pandangannya tersebut setelah sampai hadis yang menjadi sandaran amalan ini kepada beliau.

Ibnu Qayyim al-Jawziyyah, murid Ibnu Taimiyyah al-Harrani telah menukilkan sebuah kisah mengenai pembacaan yaasin di kubur dalam karyanya "ar-Ruh" pada halaman 18 sebagai berikut:-

Telah mengkhabarkan kepadaku oleh al-Hasan bin al-Haitsam yang berkata: "Aku telah mendengar Abu Bakar bin al-Athrusy bin Bint Abi Nashr bin al-Tammar berkata: "Ada seorang lelaki yang selalu datang menziarahi kubur ibunya pada hari Jumaat lalu membaca surah Yaasin. Pada sebahagian hari-hari yang dia datang menziarahi kubur ibunya, dia akan membaca surah Yaasin. Selepas membaca Yaasin, dia berdoa: "Ya Allah, seandainya Engkau memberi pahala atas pembacaan surah ini, maka jadikannya bagi segala penghuni perkuburan ini". Tatkala datang Jumaat berikutnya, datang seorang wanita kepada si lelaki tadi seraya berkata: "Adakah engkau si fulan anak si fulanah?" Dia menjawabnya: "Ya." Wanita tersebut berkata lagi: " Adalah anak perempuanku telah meninggal dunia dan aku telah bermimpi melihatnya duduk di tepi kuburnya, lalu aku menyapanya: "Kenapa engkau duduk di sini?" Dia menjawab: "Sesungguhnya si fulan anak si fulanah telah datang menziarahi kubur ibunya dan membaca surah Yaasin serta menjadikan pahalanya bagi segala ahli kubur, maka kami telah diberi kesenangan daripada yang sedemikian atau kami telah diampuni atau yang seumpamanya (yakni para ahli kubur tersebut mendapat kesenangan daripada hadiah pahala bacaan surah Yaasin tersebut atau mendapat keampunan atau yang seumpamanya)."

Oleh itu, janganlah kita membenci perbuatan saudara-saudara seagama yang membaca sesuatu daripada al-Quran di sisi kubur atau menghadiahkannya kepada mereka-mereka yang telah berpulang ke rahmat Allah. Rahmat Allah itu amat luas dan banyak jalan atau sebab untuk meraihnya.

"Ulama bersepakat [ijma'] tentang sampainya pahala amalan doa, sedekah, dan sembelihan [kita] kepada si mati berdasarkan hadith Sahih Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu : "Apabila seorang manusia itu mati, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : [1] sedekah jariah, [2] ilmu yang dimanfaatkan, dan [3] anak soleh [yakni orang Islam] yang mendoakannya."

Jumhur Ahlus Sunnah wal Jamaah menyatakan : Seseorang manusia itu boleh memperuntukkan pahala amalannya untuk orang lain sama ada amalan itu berupa sembahyang, puasa, sedekah atau pun bacaan Al-Quran dengan mendoakan, "Ya Allah! Jadikan pahala apa yang telah aku lakukan ini untuk si fulan." 
- [Dr. Wahbah az-Zuhaili, Fiqh al-Islam, 3:2095-2096].

Pandangan Syeikh Ali Jum`ah Tentang Hadiah Amalan dan Bacaan Al-Quran bagi Mayat.

Syeikh Ali Jum`ah, seorang ulama besar asal Mesir kelahiran tahun 1952 yang pernah menjabat sebagai Mufti besar negri Mesir. Beliau sempat berguru kepada ulama Makkah asal Padang, Indonesia, Musnid ad-Dunya Syeikh Yasin al-Fadany. Nah bagaimana penjelaan Syeikh Ali Jum`ah tentang hadiah pahala dan bacaan al-quran kepada mayat . Ada baiknya kita lihat nash beliau dalam kumpulan fatwa beliau, al-Bayan li ma yasy`ulu al-azhan pada soal ke 65 jilid 1 hal 194 beliau ditanyakan:

Pertanyaan ke 65: apakah hukum membaca al-quran bagi mayit atas kubur? Apakah sampai pahalanya kepada mayit?

Jawab:

Para ulama telah ijmak bahwa membaca al-quran diatas kubur tidak haram dan pelakunya tidak berdosa.
Mayoritas ulama Mazhab Hanafi, Syafii, dan Hanbali berpendapat disunatkan hal demikian, berdasarkan hadits marfu` riwayat Anas: "Barangsiapa masuk pemakaman kemudian membaca surat Yasin, niscaya Allah ringankan baginya pada hari itu. Dan baginya kebaikan dengan jumlah tersebut."  Dan berdasarkan hadits shahih dari Ibnu Umar ra bahwa beliau berwasiat apabila dikuburkan supaya dibacakan disampingnya permulaan surat al-Baqarah dan penutupnya.

Sedangkan ulama Mazhab Maliki mereka berpendapat makruh membaca di atas kubur, tetapi Syeikh ad-Dardir (salah satu ulama besar Mazhab Maliki) berkata: para ulama mutaakhirun berpendapat tidak mengapa dengan membaca al-quran dan zikir serta menjadikan pahalanya kepada mayit, pahala tersebut akan sampai. Insya Allah.

Khilaf pada masalah ini lemah. Pendapat golongan yang menyatakan sunat membaca al-quran dan membolehkannya adalah pendapat yang kuat, sehingga sebagian ulama berpendapat bahwa masalah ini merupakan masalah yang telah disepakati ulama (ijmak) dan mereka menerangkannya secara jelas.

Sebagian ulama yang menyebutkan ijmat tersebut adalah Imam Ibnu Qudamah al-Muqaddisy al-Hanbali beliau berkata: Qurbah apapun yang dilaksanakan dan dijadikan pahalanya untuk mayit yang muslim atau dihadiahkan pahalanya kepada mayit niscaya pahalanya boleh sampai bagi orang yang membacanya dan adalah mayit seolah-olah ada di hadapan sehingga diharapkan untuk mendapatkan rahmat. Pendapat kami adalah yang telah kami sebutkan. Dan hal ini merupakan kesepakatan kaum muslimin (ijmak) karena umat muslim pada setiap masa dan daerah berhimpun dan membaca al-quran serta menghadiahkan pahalanya kepada mayit tanpa ada orang yang mengingkarinya.

Dan ijmak ini juga di kutip oleh syeikh Usmani. Beliau menyebut tentang hal ini: “para ulama telah sepakat bahwa istighfar, doa, shadaqah, haji, memerdekakan budak dapat bermanfaat bagi mayat dan sampai pahalanya kepada mayat dan membaca al-quran di samping kubur di sunatkan.

Para ulama menyebutkan secara terang bahwa sampai pahala bacaan (alquran) bagi mayat. Hal ini mereka pahami dari kebolehan haji untuk mayat dan sampai pahalanya kepada mayat karena dalam haji juga ada shalat dan dalam shalat ada pembacaan al-fatihah dan lainnya, sesuatu yang boleh sampai pahalanya secara keseluruhannya maka sebagiannya juga boleh sampai. Maka pahala bacaan al-quran boleh sampai kepada mayat dengan izin Allah ta`ala terlebih lagi bila pembacanya mendoakan supaya Allah memberikan seperti pahala bacaannya bagi mayat.

Dari penjelasan terdahulu, majoriti para ulama – bahkan sebahagian ulama mengatakan ijmak- berpendapat boleh membaca al-quran sebagaimana telah kami terangkan. Sedangkan masalah menghadiah pahala bagi mayat dan apakah sampai pahalanya maka majoriti ulama berpendapat sampai pahalanya. Para ulama Mazhab Syafii berpendapat sampai pahalanya sama halnya dengan doa misalnya dengan mengucapkan: “Ya Allah, jadikanlah seperti pahala bacaanku kepada si fulan”, bukan maksudnya menghadiahkan diri amalan. Perbedaan pendapat pada masalah ini hanyalah hal kecil dan tidak sepatutnya diperselisihkan pada masalah ini. Wallahu A`lam.

No comments:

Post a Comment