Foto hiasan: Abang saya, A/Y Shaikh Mohamed dengan kereta pertama Ford Prefect tahun 60an. Dulu bila isi RM10.00 minyak "regular" happy habeh, 4 - 5 hari sampai se minggu boleh tahan.
Kebelakangan ini, kenaikan harga minyak petrol walaupun cuma 20 sen se liter, kesan dominonya amat terasa. Kueh yang dulu 40 sen dah naik 50 sen, roti canai dari 80 sen dah jadi RM1.00, barang-barang keperluan dapor semuanya naik, boleh tengok pada tag harga setiap barang di "overlapped" dengan tag harga baru. Kita yang berpendapatan sederhana (apatah lagi pesara macam saya ni) memang terkena bahangnya "rakyat didahulukan". Dengar kabar oleh pakar ekonomi, kenaikan harga RON95 tidak akan berhenti di sini saja malah akan naik lagi di masa akan datang dengan alasan untuk membanteras kes penyeludupan minyak petrol dan diesel ke negeri Thailand. Apa ni? orang lain buat pasal, orang lain pula kena tanggung kosnya ..... tindakan yang bijak kah ini? Malaysia, tanah tumpahnya petrol ku!
Saya ingin berkongsi pengetahuan dari sebuah artikel yang wujud lama dulu semasa kemaruk kenaikan harga minyak di Malaysia. Teknik penjimatan ketika mengisi minyak ke dalam tangki kereta ini telah terbukti berkesan, sedikit sebanyak membantu kita menghadapi kos kenaikan petrol masakini, bacalah!
MEMBANTU ANDA MENGHADAPI KOS KENAIKAN PETROL
Pengalaman untuk dikongsi bersama-sama agar dapat membantu ketika kenaikan harga petrol meningkat-kan kos sara hidup.
Ceritanya di mana adik ipar saya dapat menjimatkan petrol dengan begitu menakjubkan. Caranya begitu mudah dimana apabila kita mengisi minyak selalunya kita akan menekan hozzle tersebut secara maksima untuk pengisian yang cepat. Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan menekan hozzle minyak tersebut secara minima yang boleh dan anda akan menunggu agak lama untuk pam tersebut berhenti mengikut jumlah wang yang dibayar. Dengan meluangkan sedikit masa sahaja adakah anda percaya bahawa penjimatan tersebut adalah luar biasa.
Sebagai contoh sebelum ini pada setiap RM10.00 petrol saya akan mendapat perjalanan sejauh 100 km sahaja (untuk perjalanan didalam bandar). Selepas mencuba kaedah diatas, saya tidak menyangka bahawa perjalanan saya kini kepada 150 km dengan kadar RM10.00 juga.
Setelah mencuba pada beberapa jenis petrol (Shell/Petronas dll) memang ada kebenarannya. Saya telah bertanya kepada yang arif tentang petrol, dan memang benar jika anda mengisi minyak pada tahap mengepam yang maksima, petrol tersebut akan bercampur dengan gas (banyak gas dari petrol). Pada kadar yang minima pula hanya petrol sahaja yang akan dipamkan kedalam tangki kereta kita. Pada kadar sederhana setengah minyak setengah gas lah agaknya. Mengapa tidak kita mencuba dalam keadaan sekarang dimana harga petrol kian meningkat ... gaji macam tu jugak. p/s jika pada sesiapa yang sering menggunakan Shell, adakah anda perasan bahawa pada hozzle terdapat 3 tahap pengisian untuk memudahkan kita tidak perlu memegang hozzle tersebut. Takuk besi tahap minima seolah-olah di patahkan....??? Perasan kah anda...
Tan Joo Huat
Sony Electronics (M) Sdn Bhd
International Procurement Center

No comments:
Post a Comment