Tuesday, May 20, 2014

287.0 Kemajuan fotografi dan tips membeli kamera DSLR terpakai.

Baru-baru ini melawat Muzium Kamera Penang dengan Siti Farah dan Siti Filza.

 My name is Bon.... Jaybon!

 Kamera dicipta pada zaman perang dunia .... seperti senjata.

 Kamera jenis bedek dari atas kamera.

Kamera dulu-dulu boleh dilihati di Muzium Kamera Penang.

Flash bulbs pakaibuang.


 Gajet kamera untuk pengintip (spy).

Dulu-dulu tahun 1920 sudah ada "selfie".

Innovasi oleh Lego.

Kamera DSLR Canon EOS buatan Jepun jenis paling laris jualannya di dunia.


Mai kita bersembang pasai fotografi. Ramai di antara kita meminati fotografi samada secara suka-suka,  amatur atau profesional.  Tambahan pula sekarang kebanyakan telefon bimbit dilengkapkan dengan kamera.  Kita ambil gambar untuk kenang-kenangan kerana sesuatu event atau peristiwa penting bagi kita itu tidak akan berulang.  Sekarang ini, tidak perlu latihan atau kursus khas untuk mengambil gambar yang cantik kerana kecanggihan ciptaan kamera membolehkan kita menghasilkan gambar-gambar yang cantik. Apapun, bergantung kepada kita.  Berapa lama sesuatu foto dapat bertahan di dalam simpanan kita.  Zaman dahulu ketika kamera mula dicipta ia menggunakan filem negatif hitam putih (B&W).  Filem negatif sejak tahun 1920an boleh disimpan dengan baik hingga sekarang.  Saya sendiri masih menyimpan negatif milik almarhum bapa saya, Shaikh Ahmad bin Obaid Baladram sejak beliau muda, foto keluarga anak seorang tahun 1945 hingga anak ke sepuluh (lihat foto2 antik di bawah ini).  Filem negatif ini saya snap dengan kamera digital dan develop (komputer) dengan menjadikan ia negatif semula, maka akan timbul foto positif, amat mudah.

Contoh: filem negatif ketika Merdeka 31 Ogos 1957.

Filem negatif asal B&W disnap semula menggunakan digital camera.

Dinegatifkan semula menjadi foto B&W.


Foto keluarga yang diambil pada tahun 1940an.

Kamera saya yang masih elok dan berfungsi.

Kamera SLR jenama Pentax P30 dibeli pada 11 November 1988, sempena kelahiran anak pertama Siti Farah Najwa.  Menggunakan filem B&W atau  warna 35mm.  Masih berfungsi.

Compartment Pentax P30 - tempat mengisi filem negatif.

Kamera tetap menjadi gajet kesukaan ramai, bezanya setiap orang memilikinya mengikut kemampuan masing-masing atau tujuan ia mengambil foto tersebut. Ada yang membeli brand new dan ada yang membeli kamera second-hand.  Kebiasaannya, kamera yang canggih dan mahal menghasilkan foto yang amat cantik dan detail, ditambah pula dengan software komputer yang boleh mengedit foto digital seperti Photoshop dll.

Dibawah ini adalah panduan membeli kamera DSLR terpakai, dipetik dari AH Mohd/Daunpisang. Nasihatnya amat membantu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Tip: Mahu Beli Kamera DSLR Terpakai?By AH Mohd | Daunpisang – Tue, May 13, 2014
- emel Daunpisang di ahmohd250@yahoo.com

 
Kamera DSLR

Membeli kamera DSLR baru memang agak. Seperti juga membeli kereta, pilihan kedua termasuk mencari kamera '2nd hand' namun anda perlu berhati-hati dan mengamalkan beberapa tip.

Shutter Count

Setiap kamera mempunyai kitaran shutter yang digunakan seperti milage kenderaan. Lagi banyak jumlah shutter, lagi kerap ia sudah digunakan dan memerlukan servis pada kiraan tertentu.

Kebanyakan pengeluar sudah menetapkan kadar jumlah shutter sebelum ia perlu diservis jadi apa yang boleh dilakukan ialah semak model yang hendak dibeli dan kemudiannya lihat jumlah shutter count dalam kamera.

Bagaimana untuk lihat shutter count? Satu cara ialah tanya pemilik/penjual tetapi mereka mungkin tidak memberitahu jumlah sebenar jadi anda boleh periksa sendiri dengan melihat nombor pada fail dalam kamera. Namun ia juga boleh direset.

Cara kedua ialah dengan menggunakan kaedah program seperti EOSinfo untuk Canon atau myshuttercount.com bagi Nikon dan Pentax. Muat naik fail NEF atau DNG sebelum ia mengira jumlah shutter count.

Selepas memperoleh nombor, anda boleh semak dan selaraskan dengan jumlah shutter yang sepatutnya ada pada kamera terutama kamera lama dalam olegkikin.com.

 
myshuttercount periksa jumlah shutter

Sensor

Cara terbaik memeriksa sensor adalah dengan menangkap gambar subjek cerah seperti langit atau dinding putih dan buka apertur ke jumlah paling rendah, misalnya f/22. Lihat hasil rakaman imej dalam komputer atau skrin pada 'magnification' penuh dan lihat jika ada 'kotoran' yang perlu dibersihkan.

Cara ini juga membolehkan anda melihat piksel yang mati tetapi caranya ditukar iaitu menangkap subjek yang gelap (cara mudah ialah tutup lensa dengan cap).

Kotoran atau dipanggil Dust boleh dibersihkan tetapi kalau ada kesan calar dan sebagainya, anda mungkin tidak perlu membeli kamera tersebut.

Lensa

Ramai yang menjual kamera bersama pilihan lensa. Lagi banyak lensa ditawarkan sekali, lebih baik tetapi periksa takut-takut ada kesan calar.

Lensa pada kamera DSLR amat penting. Penjual biasanya menawarkan lensa kit tetapi mintalah satu atau dua lensa lain pada harga berpatutan. Periksan lensa tersebut depan dan belakang. Masukkan dan keluarkan pada kamera bagi memastikan ia benar-benar muat dan lancar.

Satu masalah dengan lensa ialah kehadiran fungus jadi lebih baik anda bertanyakan soalan kepada penjual di mana mereka menyimpan lensa. Lensa yang baik disimpan di tempat yang betul-betul kering (lebih baik kalau disimpan dalam dry box khas).

Skrin

Skrin LCD kamera amat penting terutama bagi pasca rakaman. Anda pasti mahu lihat semula foto yang sudah diambil jadi pastikan skrin masih berada dalam keadaan baik.

Lihat pada skrin dan pastikan tiada piksel mati. Mudah saja, jika imej hitam timbul pada skrin, ia bermakna pikselnya sudah mati.

Ia tidaklah menjejaskan foto akhir tetapi masih penting seperti yang dinyatakan di awal tadi. Oh ya, pastikan juga 'viewfinder optikal' masih cantik.

Beli Online

Kalau anda membeli secara online, pastikan penjual mengepos gambar kamera sebenar dan bukannya copy paste dari laman web kamera.

Dari situ anda boleh lihat secara kasar apa yang dilakukan pada kamera. Minta juga sampel gambar dari penjual bukan untuk melihat skil fotografi si penjual tetapi misalnya kalau terdapat banyak foto pantai, ia bermakna si penjual suka mengambil fotografi laut dan secara tidak langsung menunjukkan kamera mungkin terdedah kepada habuk halus pasir.

Tawaran lain

Lagi banyak tawaran lain disediakan bersama pakej kamera, ia lebih baik. Lihat juga kalau si penjual mampu menyediakan set kotak lengkap yang lama. Pastikan penjual menyediakan pengecas bateri, cap lensa dan body serta kabel.

Waranti

Kadang-kadang, kalau anda bernasib baik, kamera tersebut masih berada dalam waranti. Lihat pada penjual yang mampu berbuat demikian menawarkan waranti.

No comments:

Post a Comment