Suatu masa dulu, apa sahaja yang saya tanam tidak menjadi dan menemui kegagalan. Kata orang "tangan saya panas, pasal tu pokok tak mahu hidup". Tapi saya ni jenis degil dan tidak mudah mengalah. Saya hadir kursus landscaping selama 4 hari anjuran swasta di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas dan minat berkebun mula berputik. Saya tolak ke tepi apa kata orang dan mulalah saya mengisi ruang lapang saya (setelah pencen) dengan menanam pokok2 renek disamping exercise mengeluarkan peloh di tengah panas matahari. Hasilnya ....... lihatlah foto-foto di bawah ini. Tinggal di rumah taman memang terhad halamannya, jadi saya gunakan sepenuhnya untuk bercucuktanam. Kita kena juga pertimbangkan jiran di sebelah. Daun-daun dari pokok kita terbang masuk ke halaman rumahnya, jadi sebagai timbalbalas, kita tawarkanlah atau berkongsi hasil dari cucuktanam kita kepadanya ...... bila2 perlu daun kari ke, pandan ke, aloe vera ke, cuma minta saja ....... dan apabila ada buah-buahan, sama-samalah kita rasa. Begitulah hidup bermasyarakat di dalam perumahan taman.
Keadaan dan kesuburan tanah juga penting. Biasalah di rumah-rumah taman, kontraktor akan menambun beberapa lapis batu-batu kecil, hardcore dan tanah merah. Sebaiknya, dikorek buang semua batu-batu dan diganti dengan tanah baja hitam (lihat foto) atau tanah merah (tanah bukit) yang tidak berselut.
Tahun 2007 - keadaan tanah halaman ketika pemaju menyerahkan rumah kepada pembeli.
Tanah halaman terdiri dari batu-batu kecil, pasir dan bahan2 buangan binaan.
Lapisan tanah campor batu setebal 6 inci dibuang
Tanah merah diganti dan diratakan
Penanaman rumput secara susunan palet rapat-rapat.
Mula menanam pokok kelapa batang merah.
Keadaan rumput hijau
Tanah di sekeliling rumah saya terdapat anai-anai putih kerana asalnya tapak perumahan ini adalah kawasan ladang kelapa sawit dan getah. Ia juga merupakan ancaman kepada pokok-pokok untuk hidup subur dan adakalanya merosakkan sistem akar hingga pokok tumbang. Saya pernah menanam pokok betik, berhasil dan menikmati buahnya yang manis dan besar (lihat foto di bawah). Tak lama kemudian, tiba-tiba ia rebah ke bumi, patah di bahagian bawah kerana dimakan anai-anai. Saya juga menanam pokok mempelam. Setelah 4 tahun, ia membesar setinggi 15 kaki tetapi tidak berbuah. Ia pernah berbuah sekali tetapi tak lekat, buah-buahnya jatuh ke bumi ketika putik lagi. Saya mengambil keputusan menebang buang kerana daun-daunnya beterbangan ke rumah jiran dan banyak semut kerengga.
Tanah baja hitam Alamanda 7.5 liter - terdapat dijual di kedai-kedai runcit
6 paket = RM10.00
Sempat berbuah lebat dan manis.
Akhirnya tumbang ke bumi kerana dimakan anai-anai putih.
Selain anai-anai, satu lagi ancaman kepada pokok buah-buahan ialah haiwan seperti tupai ......
Tupai suka makan buah-buahan di atas pokok.
Buah yang masak ranum menjadi sasaran tupai menebok.....
dah rezeki dia .... niat kata sedeqah dapat pahala! Jangan marah!
Satu lagi petua seorang Komando, jika kita sesat dalam hutan dan kelaparan,
carilah buah-buahan yang ada kesan ragut atau sisa haiwan kerana ia tidak beracun dan boleh dimakan. Haiwan lebih mengenali buah-buahan beracun atau tidak beracun.
Pokok-pokok yang ditanam bukan sahaja menghasilkan buah untuk dinikmati tetapi ia juga menyejukkan suasana halaman rumah dan mata yang memandang. Apa yang penting, keluarkan sedikit modal (wang dan peloh), cucuk saja ke bumi, Insyaa'allah ia tumbuh (tidak perlu attend kuliah universiti untuk jadi pekebun yang berjaya). Ilmu cucuk tanam lebih kepada kreativiti dan logik. Kita bukan nak hasilkan buah-buahan klon, atau nak jadi Tok Qadhi nak kahwinkan pokok. Itu sudah peringkat tinggi......perlu baca dan berguru.
Masakan orang utara Malaysia, khasnya Pulau Pinang, tidak akan missed kari ..... kari ikan, kepala ikan, kari daging, dalca, kari ayam dan sebagainya. Kari tak kan sah kalau tak dimasukkan daun kari. Sesetengah orang berkata, buat apalah susah2 tanam kalau sekadar nak guna sehelai dua baik beli saja di pasar. Tapi apabila kita pergi ambil sendiri di taman yang kita tanam, rasanya (feeling) lain dan lebih seronok kerana hasil dari titik peloh kita tanam. Di samping ia mewangikan masakan, ia juga punya banyak khasiat lain yang belum pernah kita terokai. Ikuti satu artikel yang saya petik dari sumber: #petua#mentariminda#bernamaradio24
Pokok daun kari yang ditanam di halaman belakang rumah saya
Daun kari segar dan sentiasa hijau.
Amat mudah ditanam, cari anak pokok dan tanam.
Kadang-kadang daunnya pecah-pecah kerana diserang ulat dan serangga
seperti siput babi, ulat dan serangga.
Sejenis serangga berwarna putih pada ranting pokok daun kari.
Sejenis ulat berwarna hitam memakan daun kari hingga berlubang-lubang.
Khasiat daun kari selain mewangikan masakan ialah:
1. Penawar cirit birit dan buasir
- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
2. Loya dan pening
- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
3. Diabetes
- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Agar rambut panjang dan sihat
-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
6. Lebam dan bengkak
- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7. Kecantikan dan kesihatan diri
- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.
2. Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)
Mulanya saya ambil se pokok kecil dari kampong Kuala Kangsar dan cuba tanam di dalam pasu. Setelah beberapa tahun ia membesar dan saya terpaksa pisahkan dan jadikan dua pasu manakala anak-anaknya saya cuba tanam di atas tanah sebagai ujian, nampaknya ia hidup juga walaupun mengambil masa untuk membesar.
asalnya ia kecil dari mulut pasu, lihatlah sekarang kena asingkan ke dalam dua buah pasu pula .... subur.
Pasu kedua - sama besarnya.
Percubaan menanam anak-anaknya terus ke tanah.
Lidah buaya mempunyai banyak munafaat dan kegunaannya. Saya bentangkan petikan dari sumber: http://manfaatbuahdaun.blogspot.com/2013/11/manfaat-lidah-buaya-untuk-kesehatan.html
Manfaat Lidah Buaya untuk Kesihatan, Kecantikan Wajah dan Rambut
Lidah buaya sejak dulu dikenal sebagai tanaman obat berkhasiat. Meskipun biasa ditanam dalam pot sebagai tanaman hias, namun lidah buaya kerapkali digunakan untuk bahan perawatan kecantikan, dari mulai menyuburkan rambut hingga menghilangkan jerawat.
Lidah buaya mengandungi berbagai macam senyawa biologis aktif, seperti mannans asetat, polymannans, antrakuinon, berbagai lektin dan zat saponin dan senyawa antrakuinon. Senyawa antrakuinon yang terdapat pada lidah buaya merupakan zat yang dapat menangkal bakteri.
Lidah buaya layak disebut sebagai tanaman herbal karena mengandung sekitar 75 jenis zat yang bermanfaat dan kurang lebih sekitar 200 senyawa lain yang sangat berkhasiat.
Manfaat Lidah Buaya untuk Kecantikan
1. Menghilangkan Jerawat
Caranya sangat sederhana dan dapat dilakukan dirumah tanpa harus pergi keluar rumah. Ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil getahnya atau lendir yang terdapat didalamnya. Oleskan pada bagian wajah yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 menit kemudian bilas dengan air hangat.
2. Menghilangkan Flek Hitam
Bagi anda-anda yang memiliki flek-flek hitam diwajah karena pengaruh kosmetik atau bekas jerawat adalah metode ampun untuk menghilangkannya dengan cara alami. Caranya: setelah muka dibersihkan, ambil jelly lidah buayanya, lalu bersihkan dari lendir-lendirnya dan siapkan ke muka setiap pagi juga malam hari. Biarkan selama 30 menit. Setelah itu bersihkan dengan air bersih lalu keringkan. Lakukan minimal 2x sehari berturut-turut. Dijamin, muka anda akan mulus dan terbebas dari flex-flex hitam.Walau memakan waktu lama, namun bila dilakukan secara rutin, hasilnya pun akan maksimal.
3. Kesihatan Bulu Mata
Bagi anda-anda yang rajin menggunakan maskara, tentunya akan berefek pada kesehatan bulu mata anda. Diantaranya: bulu mata kering dan cepat rontok. Namun anda jangan khawatir karena ada resep khusus yaitu kegunaan jelly liday buaya yang bisa memperkuat akar bulu mata serta menyehatkan bulu mata anda dan bulu mata anda pun akan lebat. Caranya: setiap akan tidur, atau pun saat anda bersantai, cuci bulu mata anda agar terbebas dari bahan kimiawi seperti maskara. Lalu ambil jelly Lidah Buaya, dan oleskan dengan lembut serta pelan-pelan pada bulu mata anda. Biarkan selama 30 menit lalu cuci dengan air biasa hingga bersih. Bila teratur menggunakannya, dijamin bulu mata anda akan kuat, tidak mudah rontok dan tebal.
4. Menyuburkan Alis
Jelly lidah buaya juga bisa digunakan untuk mempertebal alis anda. Caranya setiap tidur diolekan ke alis anda, lalu keesokan harinya dicuci bersih. Semakin anda rajin melakukannnya, maka hasilnya pun akan maksimal.
5. Perawatan Rambut
Dalam hal perawatan rambut yang telah banyak dilakukan, penggunaan lidah buaya dapat mempercepat pertumbuhan rambut, mengurangi munculnya ketombe, dan juga dapat menggantikan fungsi kondisioner dalam melembutkan rambut. Ambil 2 pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah dicuci (lakukan pada sore hari). Lalu balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya, usahakan melakukan perawatan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimal.
6. Perawatan Kulit
Tidak peduli jenis kulit apa yang Anda miliki, lidah buaya dikatakan memang cocok untuk semua jenis kulit karena dia memberikan supply oksigen ke sel yang bisa membangkitkan kekuatan dan menyehatkan kulit. Ambil sepotong lidah buaya dan sisihkan bagian gelnya saja. Ingat, ini tidak termasuk cairan lengket yang menempel pada kulitnya. Hancurkan gel ini dan oleskan sebelum Anda tidur. Selain jerawat hilang, kulit juga akan menjadi lembut, bersinar dan katakan goodbye pada kulit keriput.
7. Gel bercukur
Apabila Anda ingin bercukur dengan nyaman dan aman, Anda tak harus menggunakan krim cukur. Cukup mengoleskan gel yang terdapat pada lidah buaya maka Anda akan mempermudah Anda mencukur bulu serta mencegah iritasi. Lidah buaya akan membuat kulit tetap dingin dan nyaman tanpa terasa pedih.
8. Pembersih makeup
Anda boleh mencoba gel lidah buaya ini untuk membersihkan makeup Anda. Langsung mengambil gel alaminya, maka ia akan membersihkan makeup dengan lembut tanpa meninggalkan iritasi.
9. Melembabkan
Tak perlu bingung mencari pelembab yang alami dan aman untuk kulit sensitif. Anda cukup mencari yang berbahan lidah buaya sehingga kulit menjadi tetap dingin. Ia juga aman untuk kulit sensitif, kulit berjerawat. Bahkan lidah buaya akan membantu menyembuhkan jerawat dan bekas jerawat.
Manfaat Lidah Buaya untuk Kesihatan
1. Mengatasi Diabetes
Konsumsi lidah buaya dengan cara tertentu akan dapat membantu Anda dalam menurunkan level gula darah untuk Anda yang menderita diabetes. Caranya dengan merebus lidah buaya yang sudah dibuang durinya dengan air 3 gelas dan menyisakan air rebusan hingga setengahnya. Ramuan ini dapat dikonsumsi tiga kali per hari masing-masing setengah gelas.
2. Mengobati Luka
Dalam menangani luka-luka ringan, lidah buaya memiliki banyak fungsi. Anda dapat menggunakannya untuk mengobati luka bakar, meredakan rasa perih karena terbakar sinar matahari (sunburn), mengurangi warna lebam karena memar, meredakan rasa perih karena lecet, dan mengurangi kerusakan sel akibat frostbite.
3. Mengobati Wasir
Siapkan setengah dari batang lidah buaya beserta dua sendok madu dan setengah cangkir air matang. Cara membuatnya cukup mudah iaitu parut lidah buaya, kemudian ditambahkan madu dan setengah cangkir air matang pada parutan tadi. Aduk sampai rata ramuan ini dan saring kemudian. Minum ramuan ini tiga kali sehari.
4. Melancarkan pencernaan
Pencernaan yang sehat merupakan kunci dari tubuh yang sehat sebab pencernaan yang buruk dapat berujung pada berbagai macam penyakit. Nah, lidah buaya ini sudah dikenal sejak lama sebagai tanaman obat yang membantu melancarkan pencernaan dan menjaga pencernaan supaya tetap sehat.
5. Mengeluarkan racun dari dalam tubuh
Sama seperti rumput laut, lidah buaya merupakan tanaman yang mengandung gelatin. Gelatin tersebut berfungsi untuk menyerap racun yang berada pada usus dan mengeluarkannya bersama dengan kotoran. Proses detoksifikasi ini jelas sangat menguntungkan bagi tubuh Anda.
Mengingat banyaknya manfaat lidah buaya, ada baiknya jika Anda mulai menanam lidah buaya di dalam pot dan halaman rumah.
Nota: Video tentang khasiat aloe vera boleh dilihat di sini: http://www.youtube.com/watch?v=AejZjR0qIig&feature=share
3. Pokok Mas Cotek
Seorang sahabat memberi saya sepohon Mas Cotek dalam pasu. Saya sendiri pernah dengar tetapi tidak pernah lihat pokok ini sebelum ini. Apabila buahnya telah masak kemerahan, saya ambil terus makan, rasa isinya seperti buah jambu air. Mas cotek mempunyai banyak khasiatnya dan sekarang telah dikomersialkan secara meluas, ikuti petikan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Emas_Cotek
Mas Cotek yang saya tanam di dalam pasu.
Mungkin mas cotek jantan kerana daunnya agak kecil.
Buahnya apabila masak berwarna kemerahan dan boleh dimakan terus.
Lihat pada daunnya terdapat bintik-bintik keemasan
Bila masak, buahnya berwarna merah menyala.
Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .
Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba.
Mas Cotek dikomersialkan.
Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:
- Flavonoid
- Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
- Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
- Tannis
- Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
- Triterpenoids
- Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient
- Phenols
- Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik
Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair.selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan sebanyak 3-5 biji sehari untuk menyihatkan badan.
4. Daun Pandan (Pandanus amaryllifolius Roxb)
Saya juga menanam pokok/pohon daun pandan wangi. Ia amat mudah tumbuh dan memerlukan penjagaan yang minima dan cepat membesar. Kadang-kadang terlalu subur dan merimbun, jadi saya terpaksa trim sikit dan sedekahkan ke kedai runcit berdekatan.
Masa dulu-dulu, apabila ada kenduri kahwin, bunga telor biasanya dibuat dari raga kecil atau telor dibungkus dengan kain dimasukkan "bunga rampai" yang wangi direnjis2 dengan pewangi dan diikat pada lidi tebal. Bunga rampai itulah asalnya daun pandan yang dihiris halus.
Bunga telor moden (Ehsan dari Sinofloral)
Kadang-kadang ketika bersanding, bunga rampai akan ditabur ke arah mempelai.
Bunga rampai memeriahkan majlis perkahwinan
(Ehsan: http://amiro82.blogspot.com/2013/03/kelebihan-daun-pandan.html)
Rupa-rupanya, daun pandan bukan sekadar wangian majlis atau di dalam masakan atau kueh mueh orang Melayu, ia lebih dari itu. Berikut adalah sebahagian dari manafaat dan khasiatnya terdapat di web: http://amiro82.blogspot.com/2013/03/kelebihan-daun-pandan.html
Daun pandan hijau subur dan wangian bagi masakan. Bukan itu saja malah banyak lagi munafaat dan khasiatnya yang belum kita terokai.
Daun pandan ini ada banyak khasiat selain sebagai pewangi almari dan dalam kereta. Ibarat ambi pure semulajadi.
1. Khasiat dan Kegunaan Daun Pandan
Semua orang kenal daun pandan. Bahasa botaninya P. amarylifolius. Inggerisnya screw pine leaves. Ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman menanamnya dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya. Kadang-kadang kita tidak terfikir begitu banyak faedahnya kepada kita dalam kehidupan seharian. Mari kita lihat sepenuhnya!
2. Kegunaan Daun Pandan dalam Makanan.
-Air perahan daun pandan boleh digunakan membuat kuih-muih tradisional seperti
kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka
(bengkang,kata orang utara)
-Daun pandan yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam.
-Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih,
sirap dan berbagai jenis bubur.
3. Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :
- Daun Pandan boleh digunakan sebagai Pewangi bedak sejuk
- Pewangi asli bunga rampai.
- Ubat pencegah lipas
Caranya:
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
-Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
4. Khasiat Daun Pandan dalam perubatan:
Daun Pandan ubati Lemah saraf - ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
Buang angin dalam badan- Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
Gelisah : Ambil 2 helai daun pandanmuda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
Kelemumur- Ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika. Kemudian basuh dengan air sekali lagi. Dari sumber: http://bukitbemban.blogspot.com/. Bagi menghilangkan kelemumur. Caranya ialah:- Ambil 10 lembar daun pandan lalu tumbuk sampai halus, dan letak 2 gelas air. Setelah ditapis, usapkan air hasil tapisan tersebut ke rambut yang sebelumnya sudah dikeramas. Kemudian bilas dengan air bersih.
Ubat panau.
- Ambil segenggam daun pandan, tumbuk hingga halus, kemudian ambil airnya dan campur dengan sedikit garam. Minum ramuan ini sehari sekali selama 3 hari berturut-turut.
Ubat darah tinggi.
-Ambil 2 gelas air, campur dengan daun pandan secukupnya lalu direbus sampai air menjadi 1 gelas. Minumlah setengah gelas pagi dan setengah gelas petang.
Dengan cara ini tekanan darah perlahan-lahan akan menurun sampai pada titik normal. Tetapi harus ingat, perlu patuhi apa nasihat yang doktor tetapkan.
Lemah saraf
Ambil 3 lembar daun pandan segar, cuci, potong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 2 gelas, tapis ketika panas. Minum pagi dan petang selepas makan .
Mengurangi gelisah
Ambil 2 lembar daun pandan segar, cuci, potong kecil-kecil. letakkan dengan 1 gelas air mendidih, tutup gelas, tapis semasa masih panas. Minum sehari sekali selepas makan. Lakukan selama 3 hari.
Sengal-sengal sendi
Ambil 5 lembar daun pandan segar, 20 daun serai segar, cuci bersih, tumbuk keduan-duaya sampai halus. Tambahkan 1 sendok makan minyak kayu putih dan minyak gandapura. Aduk semua bahan, sapukan pada bahagian yang sakit. Lakukan sampai rasa sakit berkurang.
Hitamkan rambut dan mencegah uban
Khasiat daun pandan juga dapat menumbuhkan, menghitamkan, dan mencegah uban di rambut.
Lagi Info Kegunaan, manfaat dan khasiat daun pandan
Daun pandan: Tanaman yang tumbuh subur di daerah tropica ini dapat menghilang kelemumur dan menghitamkan rambut. Selain aroma wanginya sering digunakan untuk aroma dan perwarna masakan dan minuman, Ternyata daun pandan memiliki khasiat khusus sebagai penambah selera makan dan penenang.
Selain ditanam untuk menghias laman ia dapat jugak mencegah tikus, cicak dan seranga yang lain daripada masuk ke dalam rumah. Air pandan boleh diguna untuk membilas lantai.
Daun pandan sering digunakan dalam masakan. Baunya mempunyai wangi yang tersendiri. Daun Pandan boleh dicampur untuk membuat kuih, kek dan sebagai perasa dalam minuman.
Sumber rujukan lain: http://www.trymasak.my
http://www.oldtraffords.com/2011/02/kegunaanmanfaat-dan-khasiat-daun-pandan.html#ixzz2Ot8UbXzb
5. Pokok Kunyit (Curcuma longa)
Daunnya lebar, besar dan hijau
Di penjuru belakang halaman rumah saya tanam pokok kunyit atau Curcuma longa . Alhamdulillah, daunnya besar-besar dan menghijau. Amat mudah menanamnya dan memerlukan penjagaan minima. Kalau masak kuah pindang, mesti tak lepas memasukkan daunnya. Pernah sekali apabila ia sudah cukup matang, tumbuh pula bunga di antara dahan2nya.
Bunga kunyit
(ehsan dari http://zulbahrihussin.blogspot.com/2011/10/bunga-pokok-kunyit.html)
Banyak kegunaan dan khasiatnya di antaranya seperti yang dipetik dari sumber ini: http://zulbahrihussin.blogspot.com/2011/01/pokok-kunyit_2061.html
Curcuma longa nama saintifik diberikan untuk kunyit. Sebut saja pasal masakan, wanita khususnya kaum ibu pasti menyentuh kunyit. Ada yang telah siap dipeket kita panggil kunyit debu atau pun kunyit serbuk. Dari segi penggunaan kunyit yang telah diproses memanglah mudah, namun setengah dari kita tetap menyukai kunyit hidup. Rizom kunyit ia itu isi kunyit perlu ditumbuk menggunakan lesung batu. Proses untuk menyiapkan hidangan agak lambat.
Permintaan terhadap daun kunyit dikatakan amat tinggi di musim perayaan terutamanya dua perayaan besar masyarakat melayu. Daun kunyit begitu senonim dengan rendang.
Dari segi perubatan kunyit juga digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik. Kunyit dapat meningkatkan pengaliran dalam melancarkan perjalanan darah. Pokok kunyit menggemari suasana yang redup dan perlu mendapat pancaran matahari yang mencukupi.
Cara penanaman kunyit amatlah mudah, isi kunyit dibiakkan melalui pecahan rizom. Mata tunas yang telah terbit memudahkan untuk kita menanamnya.Tanamlah dimana saja, bekas barangan terpakai seperti tin cat, tayar buruk, periuk belanga yang telah rosak boleh dijadikan bekas semaian.
Ketika menyudahkan teks ringkas mengenai pokok kunyit ini, saya sempat menelefon seorang kawan, bertanyakan harga daun kunyit dipasaran. Satu kilogram...enam ringgit, itu harga tolak secara borong. Tanamlah dari sekarang nanti bulan puasa kau boleh buat duit......pesan beliau ringkas......
6. Pokok Rambutan
Anak pokok rambutan ketika mula ditanam.
Membesar ..... jenis Anak Sekolah.
Jun 2014 - ia berbuah buat kali kedua tetapi tidak banyak berbanding kali pertama tahun sudah.
Berbuah kali kedua - Jun 2014
Dapatlah rasa sejambak pada Jun 2014 - isinya tebal, bijinya kecil dan lekang manis.
Saya membuat ujian menamam pokok rambutan jenis "Anak Sekolah" Saya tanam dua batang anak pokok setinggi satu setengah kaki. Satu tidak subur dan terpaksa dibuang dan satu lagi sudah berbuah buat kali kedua. Buahnya berwarna merah, isinya manis, tebal dan lekang. Sebelum ini, saya pernah mencuba menanam pokok manggis (di halaman tepi rumah taman) tetapi pertumbuhannya tidak menggalakkan mungkin kerana keadaan tanah berselut dan tidak sesuai, jadi saya buang.
Sedikit maklumat tentang pokok rambutan yang diambil dari http://pokok-rambutan.blogspot.com/
Terkenal dengan nama 'Rong Rien' atau 'Anak Sekolah'. Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981. Saiz buah sederhana besar (40 gm/buah), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah. Isinya manis, lekang dan pejal.
Terdapat beberapa varieti yang ditanam di Malaysia, namun hanya enam varieti sahaja yang popular iaitu R134, R156 (Muar Gading), R162 (Ong Heok), R170 (Deli Cheng), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Keenam-enam klon ini berbeza dari segi bentuk buah, isi dan tahap kemanisan.
Indeks kematangan buah rambutan - Secara umumnya buah rambutan sudah boleh dipetik diantara 12 -19 minggu selepas berputik dan berbeza mengikut varieti. Rambutan Anak Sekolah atau Rongrien (R191) didapati sesuai dipetik pada peringkat 16 minggu selepas berputik.
7. Pokok kelapa
Saya terjumpa dan mengambil sebatang anak pokok kelapa yang setinggi 2 kaki di dalam longgokan sampah di halaman rumah di Taman Bertam Indah dan cuba menanamnya di rumah Bertam Perdana. Hasilnya selepas 3 tahun, berbuah buat kali pertama. Pokoknya sekarang setinggi 15 kaki. Bolehlah makan kelapa muda dan minum airnya sebagai penawar, Insyaa'allah.
8. Pokok Longan
Saya juga cuba menanam pokok longan. Anak pokok dibeli dari nursery di Jalan Pongsu Seribu. Setelah beberapa bulan menanamnya, tumbesarannya tidak menggalakkan kerana mungkin keadaan tanah tidak sesuai, ia cuma berbuah sebiji setinggi 6 kaki dan akhirnya saya membatalkan hasrat menanamnya (tebang buang).
Sebiji saja berbuah!
9. Mempelam harum manis
Pada Julai 2014 saya membeli anak pokok mempelam harum manis di Pasar Permatang Manggis, Kepala Batas dengan harga RM13.00 sahaja. Ini adalah cubaan kedua setelah pokok mempelam yang pertama membesar tetapi gagal mengeluarkan buah.
Korek lubang se dalam lebih kurang satu setengah kaki dan masukkan tanah merah beserta campuran tanah baja hitam.
Dilindungi dengan dawai matapunai supaya tidak dirosakkan oleh belalang kunyit khasnya atau lain-lain serangga. Anak pokok sebaiknya jangan didedahkan terus kepada cahaya terik matahari, boleh buat bumbung atau apa2 lindungan.
................................................................................................................................................Perkembangan tumbuh-tumbuhan di halaman rumah saya pada 30 April 2015.
Perkembangan pokok mempelam harum manis yang ditanam sejak Julai 2014.
Alhamdulillah, pokok rambutan berbuah buat kali ketiga.
Pokok kelapa rendah pun berbuah lebat, dapatlah merasa kelapa muda.
Bunga kertas - guna baja bunga, ia jadi subur. Disebelahnya pasu pokok kari dan daun kunyit.
Alhamdulillah ...Anda seorang yang rajin... Saya suka perkongsian ilmu ini
ReplyDeleteTerima kasih. Sama-samalah kita mengambil munafaat dari tanah, jangan dibiarkan kosong tanpa apa-apa hiasan atau hasil.
Deletetq utk perkongsian ilmu.Seronok tgk rumah saudara yg bersih walaupun banyak tanaman..tgk blog saudara dah membuatkan saya pn nak ke arah bercucuk tanam jugak..Saya kena manfaatkan tanah yg ada disekitar.
ReplyDeleteTerima kasih. Sebenarnya tidak rugi bersahabat dengan tanah ..... kata orang2 tua, memang betul. Selain dapat merasa buahnya atau khasiat2 lain, bercucuktanam membuatkan kita berpeloh. Biasakan diri dengan kepanasan mentari pagi, badan jadi sihat. Tidak dapat dielakkan, bekerja di pejabat berhawadingin, naik kereta berhawadingin dan hendak tidur pun dipasang hawadingin sampai pagi. Ok, selamat bercucuktanam, Wassalam.
DeleteBest nyer saudara ada halaman yg luas blh tnm mcm mcm pokok...terasa spt berada di kg hlman gitu..rumah saya pula skdr rumah teres(rumah tengah) je blhla muat sebatang pokok delima dan bbrpa pokok wajib spt pandan dan kari
ReplyDeleteSdri Suzana .... saya pernah tinggal di rumah teres, memang tanah halaman depan dan belakangnya amat terhad. Tapi saya sempat menanam dan merasa mempelam yang ditanam. Sebiji mempelam beratnya hampir 2 kg.....bayangkan besar mana? manis dan lemak tetapi akhirnya terpaksa ditebang kerana terlalu rimbun dan mengganggu jiran sebelah sebelum rumah tersebut dijual.
Deleteterima kasih atas informasinya tentang tanaman yang bermanfaat,karena tidak harus punya halaman luas untuk bisa di tanami tanaman bermanfat
ReplyDeletetasseminar/www.yaakifaelegantas.com
terima kasih atas informasinya tentang tanaman yang bermanfaat,karena tidak harus punya halaman luas untuk bisa di tanami tanaman bermanfat
ReplyDeletetasseminar/www.yaakifaelegantas.com
Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ini tuan,saya pun tengah fikir2 lagi ni nak tanam apa kt kawasan rumah baru saya nanti
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRapat je pokok dgn pagar..xrosakke pagar?
ReplyDeleteSalam, tanah tu akak alih dan tukar baru letak rumput semua tu. buat sendiri ke upah orang?
ReplyDelete