Keistimewaan Unta
Unta adalah sejenis haiwan luar biasa yang sering digunakan sebagai tunggangan atau pengangkutan di padang pasir oleh kabilah-kabilah atau rombongan perniagaan semenjak zaman dahulu kala lagi. Ciri-ciri istimewa yang Allah s.w.t kurniakan kepada unta adalah satu kelebihan dan tidak terdapat pada haiwan-haiwan lain.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Ghasiah: Ayat 17-21
أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (17) وَإِلَى
السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ (18) وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (19) وَإِلَى
الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ (20) فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ (21)
Di antara ciri-ciri istimewa yang terdapat pada unta ialah:-
1) Telinga:
Telinga unta
adalah kecil berbanding dengan haiwan-haiwan lain seperti keldai, kuda,
lembu dan sebagainya. Telinga unta ditutupi bulu yang banyak untuk
melindunginya daripada ribut pasir. Kedua-dua belah telinga unta boleh
membengkok kebelakang dan dilekapkan ke kepalanya untuk melindunginya
daripada dimasuki pasir ketika berlaku ribut pasir.
2) Hidung:
Hidung unta
ada mempunyai penutup seperti kelopak yang boleh dibuka dan ditutup
untuk melindungi lubang hidungnya daripada dimasuki pasir ketika berlaku
ribut pasir dsb.
3) Mata:
Mata unta
mempunyai dua baris bulu mata. Ianya berfungsi seperti perangkap habuk
yang boleh digerakkan secara berselang-seli dengan cepat supaya boleh
menghalang pasir daripada memasuki mata.
4) Ekor :
Ekor unta
terdapat banyak bulu untuk melindungi punggung unta. Tanpa perlindungan
ini, butiran pasir yang dibawa angin dan bergerak laju seperti peluru
sudah pastinya akan memberi iritasi pada bahagian belakang unta.
5) Kaki:
Kaki unta unta
adalah panjang supaya berada di kedudukan tinggi. Juga membantu
mempercepatkan perjalanan. Bahagian bawah kaki ada tapak elastik yang
boleh melebar apabila unta berjalan di atas pasir yang lembut dimana
haiwan lain tidak boleh berjalan di atasnya. Ini membuatkan unta layak
digelar sebagai kapal padang pasir. Dalam keadaan yang sukar di padang
pasir, Kumpulan unta boleh merentasi padang pasir sehingga 50-60 km
sehari. Kereta pun tidak mampu menyaingi unta di permukaan padang pasir
yang beralun-alun.
6) Leher:
Dengan leher yang panjang, unta boleh makan tumbuh-tumbuhan yang tinggi atau yang ada
atas tanah dengan mudah. Leher panjang unta membantu untuk angkat kepala
pada tempat tinggi. Ia juga berfungsi untuk menstabilkan badan apabila
membawa beban berat.
7) Perut:
Ada 4 sudut.
Sistem penghadaman sangat kuat sehingga dlm suasana kering, ianya boleh
mrnghadamkan apa sahaja objek selain makanan seperti getah.
Keistimewaan-keistimewaan lain yang terdapat pada unta ialah:-
1) Dengan ciri-ciri istimewa Allah s.w.t anugerahkan terhadap kulit dan sistem pertahanan dalam badannya, unta berupaya untuk bertahan sekiranya suhu dalam badan berubah secara mendadak sehingga 7°C (i.e. dari 34°C kepada 41°C). Unta hanya akan berpeluh apabila suhu badan naik sehingga 41°C. Berbanding dengan manusia apabila suhu badan melebihi 37°C, besar kemungkinan ini akan mengakibatkan kematian.
Sementara itu, pada malam hari badan unta akan mengeluarkan haba ke udara luar yang sejuk tanpa menghilangkan air dari badan. Mekanisma seperti ini mampu untuk mengekalkan sehingga 5 liter air di dalam badan.
2) Tubuh badan unta memiliki sistem yang boleh memproses airnya sendiri apabila tidak terdapat sumber air untuk dijadikan minuman. Bonggol yang terdapat pada belakang unta sebenarnya mengandungi lemak yang boleh diproses mengeluarkan air untuk digunakan oleh sistem tubuh badan unta.
Apabila unta menarik nafas yang mengandungi udara panas daripada persekitaran, udara panas ini akan mencairkan lemak yang disimpan pada belakang unta secara perlahan-lahan. Proses pembakaran lemak (oksidasi) ini akan menghasilkan air dan karbon dioksida yang dikelarkan semula apabila unta menghembuskan nafas keluar.
Unta boleh menyimpan lemak pada bonggolnya melebihi apa yang disimpan oleh haiwan-haiwan lain. Berbanding dengan haiwan lain seperti kambing biri-biri yang terkenal dengan punggung yang berisi, ianya hanya boleh menyimpan kandungan lemak sehingga 11kg sahaja. Seekor unta boleh menyimpan sehingga 120kg lemak di dalam bonggolnya. Dengan simpanan lemak sebanyak ini, unta mampu hidup tanpa air di gurun yang panas dan kering selama sebulan setengah tanpa meminum air. Jika diperhatikan, bonggol unta yang kehabisan lemak apabila digunakan sepenuhnya akan mengempis dan membengkok ketepi.
Apabila unta terlalu haus dan dahaga, ianya mampu untuk meminum sejumlah air tawar atau air masin dengan jumlah yang amat banyak sehingga kehilangan dahaga. Darah unta mengandungi Enzim Albumin yang banyak melebihi lain-lain organisma. Enzim ini mampu memberi ketahanan kepada tubuh badan unta jika berlaku kekurangan air dalam badan.
Allah s.w.t telah mengurniakan kebolehan luarbiasa kepada unta sehingga mampu untuk meminum air masin dengan jumlah yang banyak. Organ buah pinggang unta mampu menapis garam dan mengeluarkannya melalui air kencing selepas mengambil kandungan air bagi keperluan tubuh badannya. Berbanding dengan manusia, ianya akan mengalami risiko kematian apabila meminum air masin bagi menghilangkan dahaga.
3) Unta juga diberikan kelebihan untuk mengeluarkan susu sebanyak 2 kali sehari secara berterusan selama setahun sebagai sumber minuman dan bekalan nutrisi. Apabila Afrika mengalami musim kemarau pada tahun 1984-1985, suku-suku kaum di Kenya yang mengembala lembu dan hidup dengan hasil minuman susu lembu akhirnya mengalami kepupusan serta mati kebuluran akibat kehabisan bekalan makanan dan susu. Tetapi sebaliknya suku kaum yang mengembala unta, masih boleh bertahan dan hidup kerana mereka mendapatkan bekalan nutrien daripada susu unta sepanjang musim kemarau yang berlaku selama hampir dua tahun.
Maha suci Allah yang telah menciptakan unta dengan ciri-ciri istimewa bersesuaian dengan iklim serta bentuk muka bumi yang didiaminya. Dengan kelebihan yang ada pada haiwan ini, maka mudahlah untuknya menyesuaikan diri dan hidup dalam suasana persekitaran gurun pasir yang paling ekstrem dan mempunyai udara kering, ribut pasir dan suhu panas yang boleh mencecah sehingga 50°C. Dalam masa yang sama, ianya sangat memberi faedah kepada kehidupan manusia secara keseluruhannya. Maka tidak hairanlah kenapa unta mendapat jolokkan sebagai ‘Ship of the desert’.
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan” (Surah Ar-Rahman: Ayat 13)Sumber Rujukan : The Quran Miracles Ecyclopedia
.....................................................................................................................................................
Kita selaku manusia berakal boleh mempelajari sesuatu dari ciptaan seekor unta yang unik. Saya paparkan di bawah ini sedikit ulasan yang diambil dari web:
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=13082.html
Ulama telah buat kajian tentang unta, didapati unta ada sifat-sifat terpuji yang harus diikuti oleh manusia, antaranya (secara ringkas) ialah:
1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, oleh sebab itu dia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan. Justeru, manusia kena belajar sikap tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.
2. Unta mentaati tuannya, oleh sebab itu dia senang dipelihara. Justeru, manusia kena taat Tuhan dan mudah amalkan agama.
3. Unta mengenali tuannya dan ingat tempat kembali, sebab tu dalam hukum fiqh jika ada jumpa binatang yang sesat maka boleh ambil untuk diiklankan kecuali unta sebab unta akan tahu sendiri jalan pulang. Justeru, manusia kena kenal dan tahu tempat kembali iaitu akhirat maka sentiasa beramal untuk akhirat.
4. Unta tidak akan melakukan hubungan seks di hadapan manusia kerana sikap malu yang tinggi, bahkan jika dia tahu ada manusia yang intai waktu dia mengawan maka dia akan marah dan mungkin akan bunuh orang tersebut. Justeru, manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi, bukan senang-senang buat maksiat depan khalayak orang, bahkan ada manusia yang lebih teruk dari binatang dalam bab ni hingga tak malu bercumbu-cumbu di hadapan orang.
5. Unta tidak akan berkongsi bini macam binatang lain. Justeru, manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga.
6. Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling, jika musim sejuk maka kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula dia akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. Justeru, manusia harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana keliling.
7. Bahagian-bahagian dari diri unta banyak manfaatnya, hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat. Justeru, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun bagi umat.
.................................................................................................................................................
Hukum tentang meminum air kencing unta.
Ini pertama kali saya mendengar/terbaca bahawa air kencing unta boleh diminum bagi tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, terdapat pendapat dan hukum tentang perkara ini dari ulamak2 terkenal, di antaranya saya paparkan di bawah ini untuk pengetahuan kita semua.
Sumber dari web:http://soaljawab.wordpress.com/2007/08/11/air-kencing-unta/
Assalamualaikum kpd ahli panel yg dihormati…
sy terbaca dlm buku ensiklopedia solat dr pustaka imam syafii yg mengatakan air kencing unta bole diminum berdasarkan sebuah hadis ckp bhw nabi bnarkan ( sy x ingat matan hadis tp muttafaqun alaih )
mohon penjelasan ttg hukum ini adakah ia bole diminum dan adakah dikira x najis klu disentuh ? atau hadis ini utk situasi darurat shj
syukran…
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Hadith minum kencing unta riwayat Anas merupakan hadith sahih (al-Bukhari #2855, Muslim #1671) yang mengisahkan terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mereka sakit, lalu Nabi s.a.w. menyuruh mereka minum susu dan kencing unta, dan akhirnya mereka pun sihat.
Ibn Qayyim memetik kata-kata Ibn Sina (pengarang Kitab al-Qanuun) : Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. [Zaad al-Ma'aad, 4/47-48].
Ulama’ khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam rh. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”
Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta. WA.
Sekian, wassalam
al-ahkam
No comments:
Post a Comment