314.0 Punca sakit sendi


Punca Sakit Sendi
 

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan
pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu
sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan
oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke
individu yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.  Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

Berat badan berlebihan
Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
Penyakit sendi seperti arthritis
Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
Penyakit tulang
Ketumbuhan
Jangkitan kuman
Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
Penyakit kronik
Ubat-ubatan

Comments

Popular posts from this blog

132.0 Minyak hitam

104.0 CHECKLIST - tanda-tanda awal serangan jantung.

9.0 BORANG TUNTUTAN PERUBATAN JPA (PENCEN) - UPDATE! 23 November 2014 (6th Anniversary)