Tuesday, December 6, 2016

332.0 Maulidur Rasul 1


Yang dihormati para sahabat semuanya.

Didoakan kita semua sentiasa di dalam peliharaan Allah dan sihat afiat dalam rahmat Allah.

Tarikh 12 Rabiul'awal setiap tahun merupakan tarikh keramat kelahiran Rasulullah s.a.w. ke dunia ini sebagai seorang yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang hari kelahirannya disambut dengan meriah oleh penduduk dunia setiap tahun walaupun ia sudah meninggal lebih 1,438 tahun ..... satu tempoh masa yang jauh. Solawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Kita terus menyambutnya kerana cinta dan kasih kepada baginda junjungan. Kita mengharap dengan sepenuh hati agar kita dikenali sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w. dan mendapat syufaat darinya di hari akhirat kelak, Insyaa'allah.

Kisah sirah Rasulullah s.a.w. atau perjalanan hidup baginda mungkin ramai yang sudah tahu melalui buku, website, ceramah Maulid dan pelbagai mediamassa. Saya tidak bercadang mengulangi atau membincangkan tentangnya.  Cuma apabila tarikh 12 Rabiul'awal tiba, saya dalam dilemma.  Di antara suka dan duka, di antara keceriaan dan air mata. Genab 63 tahun di dunia ini, mengharungi pelbagai dugaan, berjuang menegakkan agama Allah, baginda Rasulullah s.a.w. telah dipanggil Allah kembali kepadaNya pada tarikh yang sama, i.e. 12 Rabiul'awal.  Jadi, hendak meraikan kelahirannya atau hendak mengingati kewafatan baginda?  Dua sambutan yang berbeza dan bercanggah dalam hari yang sama.  Terpulang kepada diri masing-masing bagaimana hendak menyambutnya. Cuma dalam kegembiraan kita menyambut hari kelahirannya, jangan pula kita lupa, ia juga hari kewafatannya.

Bagaimana diri ini akan bergembira tentang kelahirannya padahal hari yang sama, ia kembali kepada Allah? Dua perasaan yang berbeza berlaku se rentak. Terasa baru se malam Rasulullah s.a.w. kembali kepada Nya dan meninggalkan aku teraba-raba di dalam kegelapan mencari cahaya penunjuk jalan. Solawat dan salam ke atas mu Yaa Rasulullah, Yaa Nabiyallah, Yaa Habiiballah, Yaa Muhammad. Yaa Allah, pertemukan kami di dalam perjalanan menuju ke syurga dan di telaga Kauthar.  Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.







2 comments:

  1. Tuan,
    Boleh contact saya 012-4973121.
    Saya ada hantar email kat tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Saya dah check dlm email, maaf, tiada email dari tuan. TQ.

      Delete