Posts

340. UCAPAN PENGHARGAAN

Image
Assalaamu'alaikum para pengunjung blog gegarsyeh.blogspot.com. Setelah sekian lama saya tidak timbul kerana menghadapi masalah komputer riba rosak dan cuma mengharapkan penggunaan hanfon yang amat terhad. Di sini saya menggunakan/menumpang laptop isteri saya untuk menyatakan rasa terharu dan ucapan ribuan terimakasih di atas minat saudara / saudari mengunjungi blog saya ini. Untuk makluman statistik blog ini menunjukkan lebih 832,000 orang mengunjungi sejak ianya ditubuhkan. Saya memohon berbanyak2 maaf kerana terdapat komen dan soalan yang amat terperinci yang bukan di bidang saya.  Misalnya tentang kesihatan, maaflah saya tak dapat memberi nasihat kesihatan kerana saya tiada kelulusan doktor atau perubatan (sekadar kongsi pengalaman sakit jantung bolehlah).  Saya nasihatkan tuan/puan rujuk terus kepada doktor peribadi. Takut saya nak beri nasihat atau pandangan tentang sakit atau perubatan tuan/puan.  Harap maaf.  Satu lagi tentang cadangan atau pilihan minya...

339.0 Kelemahan syaitan laknatullah

Image
Assalaamu'alaikum para sahabat sekelian. Musuh kalau berada di depan kita dan kita nampak jelas rupanya, senjata yang dibawanya dan susuk fizikal anggota badannya, tidak susah untuk kita berlawan dan mengalahkannya.  Musuh yang kita tahu ia ada di sekeliling kita tapi mata kasar kita tidak nampak kehadirannya, bagaimana rupanya, apa kebolehannya, senjata apa dibawanya, kekuatan dan kelemahannya, maka sukarlah sikit bagi kita hendak melawannya. Tapi kita tahu dan sadar, ia ada di depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah kita. Ia boleh menembusi dinding, tembok dan sebarang halangan.  Musuh yang paling jahat tapi tak kelihatan ialah iblis syaitan (asalnya dibangsakan kepada jin yang dijadikan dari api).  "Dia adalah musuh kamu yang nyata" - selalu kita jumpa di dalam Al-Qur'an. Dia akan dilemparkan ke neraka jahannam kerana sikap keangkuhannya. Kerana Adam a.s. merupakan punca ia dilempar ke neraka, ia memohon kepada Allah agar ditangguhkan hukuman i...

338.0 Pakaian Hitam ketika kematian.

Image
Kita sering melihat di sekitaran kita dan di dalam mediamassa seperti surat khabar dan televisyen, apabila ada sesuatu kematian, maka orang yang datang menziarah akan berpakaian gelap atau hitam, samada orang itu beragama Islam (sudah jadi pakaian rasmi), Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kenapa? adakah pakaian hitam menggambarkan kita turut bersedih dan bersimpati dengan kematian si-mati?  Siapa yang memulakan budaya ini? Apakah hukumnya kita orang2 Islam berpakaian sedemikian ketika menziarah jenazah? Tidak dinafikan, ramai di antara kita melakukan sesuatu perkara tanpa mengetahui tujuan sebenarnya. Tanyalah kepada kanak-kanak atau remaja malah orang tua, kenapa selepas membaca Al-Qur'an mereka akan mengangkat naskah kitab Al-Qur'an meletakkannya di atas kepala, menciumnya dan melekapkannya di dada.  Tiada tujuan atau sebarang nas atau sunnah, tetapi kerana melihat orang2 dahulu buat, kita ikut.  Setelah mayat dimasukkan ke dalam lubang kubur atau liang la...

337.0 Panduan penjagaan kereta

Image
Salam sejahtera semua pengunjung blog saya.  Kita yang jahil dalam sesuatu bab biasanya akan menjadi mangsa penipuan orang.  Tidak semua orang baik dan jujur dan tidak semua orang penipu dan kaki auta.  Tidak terkecuali di dalam hal penjagaan dan pembaikan kereta. Kerana kita jahil dan tak tahu langsung bab kereta, cuma tahu isi minyak dan jalan, maka kita akan terdedah kepada penipuan oleh se gelintir mekanik di woksyop kereta.  Kita yang tak ambil kisah tentang wang, akan bayar berapa saja amaun yang diletak oleh mekanik asalkan kereta kita tidak meragam lagi.  Di dalam sebuah kereta terdapat ribuan elemen atau komponen yang perlu diawasi kerana setiap satu mempunyai jangkahayat tertentu dan perlu ditukar apabila tiba masanya.  Jangan kerana sayangkan wang, kita sanggup meletakkan nyawa sendiri dan keluarga di ambang bahaya. Saya terjumpa sebuah artikel tentang penjagaan kereta di web Media Malaysia yang saya rasa amat membantu kita yang sifar peng...

336.0 Penyakit kanser hati dan jangkitan virus Hepatitis

Image
Saya terpanggil untuk memaparkan tentang penyakit kanser hati ini setelah dua insiden yang menyebabkan kematian berlaku kepada kenalan saya. Kes yang pertama berlaku kepada anak sahabat saya baru berusia awal 30han.  Doktor di Hospital Selayang (jika tak silap saya) telah mendiognis penyakitnya dan memberi jangka tempoh hayatnya 6 bulan. Allah lebih menyayanginya dan ia kembali ke rahmatullah pada  6 Oktober 2014 i.e.  selepas 3 bulan walaupun berbagai usaha dilakukan oleh familinya.  Allahyarham mempunyai seorang isteri dan seorang anak kecil. Allah rahmati ruhnya dan ditempatkan bersama ruh para solihin. Amiin. Allahyarham Faiz Anwar bin Haji Azmi telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.00 petang 6 Oktober 2014 di Hospital Selayang, Kuala Lumpur. Jenazah telah selamat dikebumikan pada awal pagi besoknya di perkuburan Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kita milik Allah dan kepada Allah kita dikembalikan.  Tuan Haji Azmi bin Ismail, kawan ...

335.0 Tanda-tanda sakit di badan ..... wajib ambil tahu!

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu! Nota: maklumat ini adalah petikan artikel dari Puan Rusnani Omar UMP. Harap maaf kerana saya bentangkan di sini tanpa pengetahuan atau kebenaran beliau. Maha Suci Allah Maha Pencipta telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. "Sungguh, Kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." - Surah At-Tiin, ayat 4. Semua pancaindera kita dan apa jua komponen (ribuan) yang terdapat pada diri kita ada fungsinya masing-masing. Allah telah membuka minda manusia mempelajari tentang anatomi dirinya sendiri yang amat ajaib. ............................................................................................................................................ Disediakan oleh: Pn. Rusnani Omar Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis (UMP) Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan oran...

334.0 Cakera Tergelincir atau Slipped Disc

Image
Assalaamu'alaikum sdr pengunjung blog ini.  Saya terjumpa satu website/blog yang membincangkan tentang Cakera Tergelincir atau Slipped Disc dan terasa untuk berkongsi dengan anda sekelian.  Kebelakangan ini, penyakit ini semakin menular dan berkembang di negara kita.  Ia tidak mengenal usia tetapi majoriti mereka yang lebih tua lebih mudah mengidapnya.  Orang yang mengidapnya akan berjalan sedikit membongkok atau memegang pinggangnya. Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur di dalam webnya: http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/slipped-disc-cakera-gelincir , memberi penjelasan dan penerangan detail tentang penyakit ini di samping kaedah rawatan alternatif dengan bacaan ayat-ayat Al-Qur'an yang tertentu.  Kepada yang mengidap penyakit ini saya nasihatkan janganlah cepat berputus asa, terima se adanya dengan redha dan penuh harapan akan sembuh. Soalan: Assalamualaikum Tuan Haji. Nama saya Mohd Shukri dari Kuantan. Saya sud...

333.0 Maulidur Rasul 2

Image
Assalaamu'alaikum kepada semua pengunjung blok ini.  Didoakan sepanjang hari ini anda sekelian berada di dalam kesejahteraan dan dirahmati Allah.  Aamiin. Tak lama lagi kita akan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w yang amat kita cintai dan rindui pada hari Isnin bersamaan 12 Disember 2016. Maka seperti biasa juga akan timbul suara2 yang mengatakan perbuatan menyambut Maulidur Rasul ini bidaah tidak dibuat pada zaman Nabi dan para sahabatnya. Ia adalah idea atau rekaan ulamak di akhir zaman.  Saya bukanlah seorang yg ariff bab2 agama.  Dari pembacaan saya, ramai para ilmuan mengatakan perkara ini tergolong di dalam bidaah hasanah (bidaah tetapi ada kebaikannya) dan ianya berdasarkan nas-nas Al-Qur'an dan hadith. Jadi, sudahlah.....hentikan tuduh menuduh dan menuding jari kepada seseorang.  Apa yang penting ialah tanda ingatan kita kepada Rasulullah s.a.w., kita sentiasa bersolawat.....basahkan lidah dan isikan hati dengan solawat keatasnya. ...

332.0 Maulidur Rasul 1

Image
Yang dihormati para sahabat semuanya. Didoakan kita semua sentiasa di dalam peliharaan Allah dan sihat afiat dalam rahmat Allah. Tarikh 12 Rabiul'awal setiap tahun merupakan tarikh keramat kelahiran Rasulullah s.a.w. ke dunia ini sebagai seorang yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang hari kelahirannya disambut dengan meriah oleh penduduk dunia setiap tahun walaupun ia sudah meninggal lebih 1,438 tahun ..... satu tempoh masa yang jauh. Solawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Kita terus menyambutnya kerana cinta dan kasih kepada baginda junjungan. Kita mengharap dengan sepenuh hati agar kita dikenali sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w. dan mendapat syufaat darinya di hari akhirat kelak, Insyaa'allah. Kisah sirah Rasulullah s.a.w. atau perjalanan hidup baginda mungkin ramai yang sudah tahu melalui buku, website, ceramah Maulid dan pelbagai mediamassa. Saya tidak bercadang mengulangi atau membincangkan tentangnya....

331.0 Prestasi blog Gegarsyeh pada 16 Ogos 2016

Image
Di atas adalah petikan dari muka web Gegarsyeh pada hari ini, 16/8/2016.  Jumlah page view atau bukaan blog ini telah mencapai lebih se tengah juta kali sejak ia dimulakan.  Statistik bukaan harian ialah di antara 400 hingga 500 kali manakala bulanan mencecah lebih 17,000 kali.  Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini dan diharap sedikit sumbangan saya ini memberi munafaat kepada saudara/saudari sekelian. Kebelakangan ini saya kurang aktif mengemaskinikan blog ini kerana masalah tiada internet dan terpaksa menumpang wifi anak-anak (apabila mereka ada di rumah).  Mobile modem ni pun kadang-kadang terhad kegunaannya tidak seperti talian internet Telekom atau Unifi. Se perkara lagi, janganlah hendaknya saudara/saudari mengambilhati kiranya saya tidak memberi maklumbalas di atas masalah-masalah yang dikemukakan kepada saya. Pertama dan paling utama adalah kerana saya takut memberi nasihat yang salah khasnya melibat...

330.0 Thorikat Naqsyabandiah

Image
Terlebih dahulu saya memohon berbanyak ampun dan maaf khasnya kepada pengikut dan pengamal Tarekat Naqsyabandiah di seluruh tanah air. Saya paparkan sedikit pengetahuan dan perkembangan tentang Tarekat ini yang menimbulkan sedikit perbalahan di antara puak pro dan kontra.  Kebelakangan ini, kita terdedah kepada majlis zikir kumpulan Tarekat ini di seluruh negara dan ada di antaranya dilakukan di dalam istana (boleh C&P link ini:https://www.youtube.com/watch?v=GfTT_9Qk8JE). Jika ditanya kepada saya, saya cuma mampu mengatakan bahawa Tarekat (beberapa Tarekat yang diakui tidak sesat) itu baik sebagai pembersihan jiwa yang sentiasa bergolak dengan kejahatan selama amalan zikirnya tidak menimbulkan fitnah serta tidak bercanggah dengan syarak. Jangan terikut-ikut orang apabila melihat sesuatu yang anih tanpa mempunyai ilmu yang mantap berhubung perkara itu.  Buatlah kajian sendiri, pelajari dari guru-guru yang muktabar dan tanyalah pendapat ustaz atau guru sebelum mengamalk...