Posts

289.0 Palestin bersendirian!

Image
Sejarah Penaklukan Israel ke atas Palestin by ADMIN on MAY 20, 2012 Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhirnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya ‘terkebil-kebil’ mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV. Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja. Ulang tayang Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan. Kini serangan itu berterusan, ratusan raky...

288.0 Penyakit dan penjagaan buah pinggang (kidney).

Image
Posisi buah pinggang dalam tubuh kita. TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya. Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang - kegagalan akut dan kronik - akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang. Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh . Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah. Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot. Tanda utama...

287.0 Kemajuan fotografi dan tips membeli kamera DSLR terpakai.

Image
  Baru-baru ini melawat Muzium Kamera Penang dengan Siti Farah dan Siti Filza.  My name is Bon.... Jaybon!  Kamera dicipta pada zaman perang dunia .... seperti senjata.  Kamera jenis bedek dari atas kamera.   Kamera dulu-dulu boleh dilihati di Muzium Kamera Penang.   Flash bulbs pakaibuang.    Gajet kamera untuk pengintip (spy).   Dulu-dulu tahun 1920 sudah ada "selfie".   Innovasi oleh Lego.   Kamera DSLR Canon EOS buatan Jepun jenis paling laris jualannya di dunia.       Mai kita bersembang pasai fotografi. Ramai di antara kita meminati fotografi samada secara suka-suka,  amatur atau profesional.  Tambahan pula sekarang kebanyakan telefon bimbit dilengkapkan dengan kamera.  Kita ambil gambar untuk kenang-kenangan kerana sesuatu event atau peristiwa penting bagi kita itu tidak akan berulang.  Sekarang ini, ti...

286.0 Rahsia Keajaiban Kaabah

  15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains : 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong a...