Petikan dari kitab Al-Hikam oleh Al-Imam Ibnu 'Atha'illah As-Sakandari
Di dalam diri insan mempunyai unsur alam mulk (alam nyata) dan unsur alam malakut (alam ghaib) kerana insan itu adalah suatu makhluk yang terlalu istimewa yang disebut sebagai "nuskhah alam yang kecil" yang mempunyai seluruh unsur "nuskhah alam yang besar" iaitu seluruh alam kehidupan ini.
Contohnya di dalam diri insan mempunyai:-
SIFAT MALAIKAT
Taat, ma'rifah, ibadah
Foto hiasan
SIFAT SYAITAN
Penentangan, pengingkaran, melampaui Batas
Foto hiasan: Ramses 8 @ Fir'aun yang melampaui batas
SIFAT HAIWAN
Marah Itu singa, syahwat itu khinzir, menipu itu serigala, rakus pada dunia itu anjing
Foto hiasan
Foto hiasan
SIFAT TUMBUHAN
Diri kita yang beranting-ranting seperti jari-jemari, tangan & kaki. Ada bebulu seperti rambut, kening, misai & janggut. Pada mulanya kecil, subur & indah, kemudian besar menjadi tua, kuning dan mati.
Foto hiasan: a Cuban, 111 tahun usia
SIFAT LANGIT
Kita adalah tempat limpahan ilmu, asrar, nur-nur dan tempat Malaikat.
Foto hiasan
SIFAT BUMI
Kita sebagai tempat tumbuhnya akhlak yang baik, budi pekerti, lemah lembut, kekasaran dan lain-lain.
Foto hiasan
SIFAT 'ARASY
Iaitu roh kita sebagai tempat tajalli keagungan ALLAH SWT. Hati adalah tempat tajalli.
SIFAT LAUH MAHFUZ
Diri kita adalah tempat menyimpan khazanah ilmu
Foto hiasan
SIFAT QALAM
Kita menangkap dan menyingkap apa yang akan ditulis.
SIFAT SYURGA
Jika baik akhlaknya dan berilmu maka sesiapa bersamanya akan sama-sama mendapat nikmat.
Foto hiasan - Darul Mustafa
SIFAT NERAKA
Jika buruk akhlaknya & jahil, maka sesiapa bersamanya sama-sama akan mendapat azab sengsara.
No comments:
Post a Comment