Buah baik untuk kesihatan fizikal dan mental tetapi kita jarang atau kurang minat memakannya setiap hari. Kata orang "an apple a day keeps the doctor away" memang betul sebab dikurniakan Allah di dalam buah-buahan terdapat kelebihan melawan pelbagai penyakit. Kita cuma perlu membeli, basuh, dibuang kulitnya (jika perlu), kunyah dan telan, tetapi kita ini pemalas sikit atau alasan lain sebok dengan kerja, letih, masa lunch terlalu singkat semua hendak dibuat masa itu dan macam-macam lagi alasannya. Ada yang cari short-cut, makan pill supplementary seperti pill/kapsul minyak ikan, omega, pill/tablet Vitamin B, Vitamin C, multivitamin dan macam-macam lagi ...... beratus ringgit harganya se botol berbanding epal contohnya sebiji RM1.50, pisang berangan RM3.00 se kilo, betik RM2.50 se kilo dan sebagainya. Apapun, kesihatan diri adalah tanggungjawab diri atau individu masing-masing, saya sekadar memberi pandangan dan nasihat.
Kita yang selalu membeli epal yang diimpot dari luar negeri biasanya terdapat label pada setiap biji buah tersebut. Kadang-kadang, kita tak pernah kesah pun, tanggalkan label, cuci, buang kulitnya dan makan. Saya terjumpa web/blog ini: https://www.facebook.com/mohdfirdausmy?fref=photo yang memberi penerangan tentang label buah yang sebelum ini saya sendiripun tak pernah ambil kisah. Eloklah kita menelitinya dan membuat pilihan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(sila rujuk foto buah epal di atas pada perekat/labelnya)
1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
Ini bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.
2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
>>ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.
3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
>>itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.
Selamat membelek pelekat!! ekeke
Credit to Salbiah Ismail
No comments:
Post a Comment