Apabila kita menghidap sesuatu penyakit, ramailah saudara mara dan kenalan bersimpati dengan nasib kita. Mereka sering menziarah kita dan mengharapkan kita cepat sembuh. Di samping itu, mereka akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang penyakit yang kita hidapi. "Dulu ada seorang kawan saya, penyakitnya sama seperti awak, dia makan ubat xxxxx dan sekarang dah okay, dari tak boleh berjalan, sekarang boleh berlari...." testimonial seorang sahabat. "Ubat ni gerenti, dulu pakcik saya dok makan ubat hospital berbelas tahun, tak jadi apa, tapi makan ubat ini tak sampai se bulan dah semboh segala penyakit...... tu laaa .... mahal sedikit tetapi berbaloi...." seorang lagi sahabat merekomen ubat. "Jiran saya kena kencing manis dan doktor dah nak potong kaki kanan dia. Tapi dia minta tempoh, dia makan ubat xxxxxx ni, kencing manis hilang dan kaki dia tak hilang.... betoi ni .... cuba hang try pulak....ubat hospital makan jugalah, ni cuma supplementary...." seorang lagi yang bersimpati memberi cadangan. "Ubat hospital pakar semua mengarut, semua ada side effect, baik yang ni, sakit yang lain. Kawan aku dulu, dia berhenti ambil ubat doktor, dia pi jumpa tabib tradisional di Xxxxxxxx, lani dah okay pun, hidup lagi. Semua ini dengan izin Allah jua." Cerita pulak seorang rakan.
Macam tu lah, kita sering di dalam dilemma. Serba salah. Nak terus perubatan hospital atau ambil ubat sampingan @ supplementary atau ubat tradisional sebagai pengganti. Betul-betul memeningkan. Sekarang ini zaman litronik dan serba canggih dengan mediamassa memainkan peranan penting mengiklan segala macam produk kesihatan. Beribu-ribu produk diiklan di majalah, akbar, TV, radio, websites, blogs, di badan bas, lori, van dan lain2. Itulah peniaga, jika ia menjual barangan A, A lah yang terbaik dan yang lain tidak berkesan. Jika ia jual produk B, B lah yang terbaik, A tak baik. Peniaga hipokrit. Janji barangannya laku dan membuat keuntungan. Tidak dinafikan, terdapat peniaga yang ikhlas benar-benar bersimpati dengan nasib kita dan ingin membantu.
Tepok dada tanya selera. Saya tidak menghalang dan tidak pula menyokong. Cuma ingin saya katakan, penyakit kita tidak sama dengan orang lain walaupun terdapat kesamaannya. Apa yang kita makan/minum dan pemakanan kita setiap hari tidak sama dengan orang lain. Aktiviti harian kita juga berbeza. Anatomi dan urat-urat saraf serta kandungan glukosa (gula), kabohidrat, kolestrol dan lain-lain juga tidak sama di antara individu dengan individu yang lain. Jadi, ubatan ini mungkin sesuai untuk orang seperti ini tetapi tidak sesuai dengan orang seperti kita. Kita boleh mencuba dan melihat kesannya.Nasihat saya, eloklah minta nasihat doktor pakar sebelum mengambil sesuatu ubat supplementary. Dari pengalaman saya yang lalu, seorang sahabat (direct sale) rekomen saya ambil ubat supplement satu paket RM15.00 sekali makan (ubat serbok dicampur dengan air - rasa seperti oren, 2 kali sehari) kerana rakannya mengidap sakit jantung seperti saya dan sekarang dah sembuh. Saya pun mencuba, pada masa yang sama saya meminum madu Qaula yang terkenal. Selang beberapa lama, paras kencing manis saya naik mendadak dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Doktor pakar menasihatkan saya berhenti mengambil ubat supplement itu kerana ia mengandungi glukosa yang tinggi. Katanya, memang ubat2 supplement memberi keuntungan kepada pengeluarnya dan penjualnya tetapi kadang2 tidak menyembuhkan apa-apa penyakit pun. Ubat-ubat supplement dijual dengan harga tinggi bagi meyakinkan pengguna sahaja tentang mutunya. Kadang-kadang kita pengguna tertipu dengan andaian diri sendiri.
Dibawah ini, saya ingin memetik pengalaman seorang pesakit jantung, saudara Mohd Basheer dari Selayang(ruj: http://www.bhaseer.com/). Beliau telah kena serangan jantung dan melalui dua kali sessi Angiogram dan keluar-masuk hospital menjadi kebiasaan. Mengikut testimonial kawan kita ini, beliau telah diperkenalkan dengan Kapsul Danshen Plus (Produk herba asal buatan China ini berfungsi mencuci saluran darah). Produk ini mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan USA. Menarik juga artikel ini untuk dikongsi. Entah, dari ribuan web/blog yang saya layari, web ini menjadi pilihan saya. Saya tidak merekomen apa-apa, sekadar untuk makluman anda. Terpulanglah kepada saudara.
Saluran Darah Tersumbat Punca Serangan Jantung
Saya terkena serangan jantung pada tahun 2007 ketika itu umur 34 tahun kerana 2 saluran didapati tersumbat dan telah menjalani rawatan angiogram sebanyak 2 kali. Dalam 2 tahun selepas terkena serangan jantung kesihatan saya merosot teruk dan selalu keluar masuk wad seperti ICU,CCU dan CHDW. Pada Oktober 2009 saya diperkenalkan Kapsul Danshen Plus yang boleh membantu mencuci saluran darah tersumbat dan aktif sehingga saluran yang paling halus (kapilari). Pada mulanya saya tidak percaya tapi selepas mengambilnya lebih kurang sebulan saya terus berhenti semua ubat-ubat Hospital setelah banyak perubahan positif yang berlaku dalam kesihatan saya.
Di sini ingin saya berkongsi dengan semua orang bagaimana Kapsul Danshen Plus ini berfungsi dan menyelesaikan masalah kesihatan yang kronik. Sepanjang saya mengidap jantung koronari, saya belum pernah terjumpa produk 'MEMBERSIH SALURAN DARAH' . Ini satu-satunya produk herba yang dapat membantu membersih saluran darah yang terdapat di pasaran pada masa ini dan ia bebas dari dadah, mendapat kelulusan daripada FDA-IND USA (Food and Drug Admintration, Amerika Syarikat) iaitu produk herba pertama China yang mendapat pengiktirafan ini. Ia mengubah pesepsi kehidupan saya sebagai pesakit koronari di mana selama ini saya hanya bergantung kepada ubat-ubat yang dibekalkan dari Hospital tetapi ia tetap juga tidak memberi penyelesaian sepenuhnya dalam masalah kesihatan saya kerana masih sakit dada dan cepat penat akibat saluran masih tersumbat, ubat-ubat yang dibekalkan kepada saya seperti aspirin hanya membantu untuk mencairkan darah sahaja tapi tidak membuka saluran yg tersumbat. Sebab itu kita boleh lihat ramai pesakit jantung koronari setiap hari makan ubat tapi dalam masa yang sama masih kena membuat pemasangan stent, belon atau bypass. Kesimpulannya walaupun kita makan ubat setiap hari risiko untuk kena serangan jantung dan strok masih tinggi kerana saluran masih tersumbat. Segala-galanya telah berubah apabila saya mengamalkan makan kapsul DANSHEN PLUS sehingga saluran darah saya tidak lagi tersumbat dan mampu menjalani kehidupan sebenar seperti orang yang sihat . Alhamdulillah syukur kepada tuhan, semoga lepas ini saya dapat membantu insan lain pulak.
Kapsul Danshen Plus boleh diambil bersama ubatan hospital dan produk tambahan lain. Ia juga membantu membuka saluran darah anda yang tersumbat , sehingga darah yang dipam keluar dari jantung dapat membawa oksigen, zat-zat makan, zat-zat ubat atau suplimen sampai ke tempat yang memerlukan rawatan (sel-sel). Ramai pesakit bila makan ubat atau suplimen tapi penyakit tidak sembuh maka mereka salahkan ubat, sebenarnya bukan salah ubat yang tak baik tapi zat ubat itu tak sampai kepada sel sel kerana saluran darah anda tersumbat .Dengan kandungan kolestrol dan gula yang tinggi menyebabkan darah cepat menjadi pekat, bila darah pekat di samping saluran yang menjadi sempit sehinggalah lama kelamaan saluran darah kita akan tertutup terus menyebabkan penggumpalan (atherosklerosis) itu berlaku di dalam saluran darah, jika ia berlaku di dalam saluran ke jantung, anda akan mengalamiserangan jantung. Jika sekatan itu berlaku di dalam saluran yg membekalkan ke otak, anda akan mengalami strok.
Atherosklerosis ialah penyakit yg menyerang secara senyap-senyap dan tanpa sebarang gejala. Seseorang mungkin tidak menyedari yg dia mempunyai masalah ini sehingga sesuatu kejadian dramatik berlaku........seperti serangan jantung dan strok. Ia berlaku dalam senyap-senyap, tetapi seringkali membawa maut.
Kapsul Danshen plus telah dipatenkan, mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan halal, penggunanya di seluruh dunia melebihi 200 juta orang dan melebihi 40 negara, ia telah membantu ramai pesakit yang berkaitan saluran darah (kardiovaskular). Saluran tersumbat adalah masalah akar umbi yang perlu diselesaikan supaya peredaran darah anda lancar sehingga anda dapat mengelak daripada penyakit-penyakit merbahaya.
Video dibawah adalah hasil dari kajian oleh Fakulti Perubatan Universiti keio, Japan (80,000x zoom) menggunakan kaedah satellite maping ke atas saluran darah mikro (kapilari) yang dibersihkan selepas 30 minit mengambil Kapsul Danshen Plus.
Bila pesakit mengambil Kapsul Danshen plus disamping ia mencuci atau membersihkan saluran darah secara tak langsung ia akan mencairkan dan mengembangkan arteri koronari , menambahkan kadar pengaliran darah dan membaiki pengedaran mikro sehingga anda mendapat oksigen yang cukup dan peredaran darah yang sangat baik dan lancar. Kapsul Danshen juga berfungsi sama seperti ubat inspirin iaitu mampu mencairkan darah dan juga menjaga paras kolestrol anda. Ia sangat berkesan terhadap pencegahan dan perawatan penyakit jantung serta penyakit yang berkaitan dengan pengedaran darah. Kajian klinikal juga membukti kan Kapsul Danshen Plus boleh digunakan untuk mengelak seseorang dari terkena serangan jantung dan strok dengan memberi 6-8 kapsul di letakkan dibawah lidah.
Kepada orang yang sihat, anda masih ada pilihan dalam kesihatan anda.......jadi renung-renungkan lah masa depan kesihatan anda.................Apakah 5-10 tahun akan datang anda pasti, anda tidak kena penyakit jantung atau strok atau darah tinggi atau kencing manis????
Cuba anda fikir sejenak........di kalangan rakan-rakan, saudara mara anda yang berumur 35 ke atas, hanya berapa orang yang bebas dari penyakit seperti di atas, selepas saya terkena serangan jantung, banyak perkara rutin harian saya tak mampu hendak lakukan dan saya mengalami truma yang sangat teruk sehingga hilang kenyakinan diri bila saya lihat sendiri ketika berada dalam Wad di Hospital di mana ramai orang meninggal dunia, saya tidak boleh lupa sejarah itu bila pesakit yang di depan dan di tepi katil saya meninggal antaranya sebab strok, kanser hati dan organ tak berfungsi.
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
"Hampir separuh daripada semua kematian akibat serangan jantung berlaku semasa serangan yang pertama dan sebelum rawatan dapat dimulakan (Tak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana menganggap diri sihat). Oleh itu, pencegahan adalah suatu perkara yang mesti dilakukan."
Jika anda memerlukan penerangan lebih lanjut tentang keberkesanan kapsul Danshen plus ini sila sms atau e-mail , saya sedia berkongsi pengalaman ini dengan semua orang terutama pesakit jantung koronari dan strok. Kapsul Danshen Plus ini adalah khusus untuk semua penyakit yang berkaitan saluran atau pembuluh darah, di mana sangat sesuai juga untuk kencing manis dan darah tinggi - bhaseer 019-260 2000
** Artikel ini adalah sebagai maklumat sahaja, Sila berjumpa Doktor bertauliah untuk memperolehi maklumat yang lebih tepat *
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
BELI PRODUK KLIK
Baca Mengenai Produk Kapsul Danshen Plus
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
PENGALAMAN SENDIRI ~ Mohd Bhaseer 41 Tahun
Kena Serangan Jantung
Pengalaman kena heart attack memang mengerikan, saya terkena serangan jantung pada september 2007 ketika itu saya berumur 34 tahun. Pada permulaannya lebih pukul 4 pagi, saya terjaga dari tidur dan isteri sedang memasak untuk sahur, saya tersedar bila rasa sebelah kiri badan saya rasa lenguh, lepas tuh saya pon ke ruang tamu, selepas rasa lenguh hilang dan saya terus tidur masuk ke bilik dan tidur semula (serangan pertama-agak ringan).
Lebih kurang pukul 11 pagi, saya pergi berjumpa pelanggan dan naik ke pejabatnya ditingkat 1, selepas turun ke parking saya rasa pening dan sesak nafas lepas 2 minit hilang, cuma pening sahaja, jadi saya masih tidak mensyaki apa-apa yang buruk, tapi dalam pada masa yang sama ada bertanya kawan tentang keadaan saya ketika itu, dia memberitahu kalau sebelah kiri selalunya berkaitan jantung.
Seterusnya lebih kurang pukul 1 tengahari, saya membuat keputusan untuk balik ke rumah untuk berehat dan buka puasa atas faktor kesihatan. Bila sampai rumah selepas makan tengahari saya sesak nafas lebih teruk dari tadi, tapi sekejap-kejap jer datang pas tu ok balik. lepas tu sesak nafas balik hingga mengalir air mata.
Isteri saya memberi cadangan untuk ke klinik, tapi saya enggan sebab ingat penat biasa jer, memang tak terfikir pon kena heart attack. Selepas beberapa ketika tengah saya berehat datang serangan yang kuat sehingga seluruh anggota badan kaku (jari tangan pon tak mampu nak menggemgam)saya hanya mampu menahan airmata yang keluar tiada henti ketika itu, tanpa berlengah isteri saya terus menghidupkan enjin kereta dan saya masih mampu berjalan ke kereta (tapi sudah macam robot kerana semua anggota tak boleh di bengkokkan), sampai di klinik doktor memberitahu ini "muscle pain",doktor bagi satu jarum dan suruh segera ke hospital.
Sampai di Hospital sungai buluh, terus ke kecemasan, selepas di cucuk sejarum tadi agak berasa lega sikit dan mampu berjalan masuk ke wad kecemasan untuk membuat pemeriksaan, selepas membuat saringan (ecg-electrocardiogram) di kaunter kecemasan saya telah dihantar ke bahagian kritikal. Selepas saya baring di atas katil, saya nampak ramai orang (nurse dan doktor) di sekeliling saya , lepas tuh saya dah tak sedar diri.
Selepas satu setengah jam saya tersedar, saya terkejut seluruh anggota badan saya penuh dengan wayar yang berselirat, mulut hidung ditutup dengan alat oksigen, semasa itu datang seorang doktor memanggil nama saya dan cuba berinteraksi samada saya sudah sedar atau tidak.........setelah tengok saya betul-betul sedar dan dia memberitahu bahawa saya bahawa saya terkena "SERANGAN JANTUNG". Macam tidak percaya , saya masih hidup.
Itulah pengalaman saya, hanya orang-orang yang mengalami seperti saya sahaja akan memahami, apa itu serangan jantung, apa itu strok, saya teringat ketika dalam ICU pesakit di sebelah katil saya kiri dan kanan adalah pesakit strok yang kritikal, koma melebihi seminggu, ketika itu saya hanya ingat mati sahaja, alhamdulillah umur saya masih panjang ,hari ke empat saya telah di pindahkan ke wad biasa dan hari ke enam saya di benarkan pulang.
Semasa di pindah ke wad biasa perkara yang saya tak boleh lupa adalah hari-hari ada orang meninggal dalam wad itu, semua berkaitan strok, hati rosak, macam2 lah......pengalaman ini yang saya lalui ini memang membuat saya insaf, tergerak untuk berkongsi dengan orang-orang yang sihat. Selepas itu rutin hidup saya berubah 100%, kena makan ubat 3 kali sehari, tak boleh kerja berat, beberapa kali di masukkan ke wad balik, penah masuk ICU, CCU, CHDW (kardio). Untuk orang-orang yang sihat, anda masih ada pilihan dalam kesihatan anda.......jadi renung-renungkan lah.................
Apakah 10 tahun akan datang anda pasti, anda tidak kena penyakit jantung atau strok atau darah tinggi atau kencing manis????
Cuba anda fikir sejenak........di kalangan rakan-rakan, saudara mara anda yang berumur 40 ke atas, hanya berapa orang yang bebas dari penyakit seperti di atas, sejak saya terkena serangan jantung, saya sangat fobia bila ada saja orang "meninggal dunia" secara mengejut, kekadang akan memnggangu fikiran saya sehingga 2-3 hari, tambahan yang meninggal dunia orang yang saya kenal.......pasti saya akan trauma.
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
Sekarang saya rasa sangat bersyukur dan rasa seolah-olah mati hidup semula, umpama di beri peluang hidup buat kali kedua, walaupun trauma itu tak mungkin akan hilang. Untuk sahabat sahabat di luar sana jaga lah dan utamakan kesihatan anda. Adalah lebih baik kita "mencegah" daripada mengubati. wasalam
Promote Your Page Too
Ketika seseorang sedang menderita tekanan darah tinggi, maka dia memiliki kemungkinan tujuh kali ganda menderita stroke, empat kali ganda mendapatkan serangan jantung dan lima kali ganda kemungkinan meninggal kerana kegagalan jantung.
-Dr.Neil Solomon Md,PhD ( John Hopkinsn Hospital & University )
Terima Kasih dan tahniah di atas perkongsian hebat ini ...saya juga ingin berkongsi maklumat2 penting berkenaan sakit jantung di blog bawah, harap dapat kita saling bantu membantu hamba Allah lain yg sedang menderita sakit jantung
ReplyDeleteUbat Sakit Jantung
Terima kasih di atas hasrat berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Saya telah layari blog yang disyorkan tetapi agak sukar memahami setiap penerangan kerana mungkin terjemahan terus dari bahasa lain ke bahasa Malaysia.
DeleteSalam..hebat post tuan..saya juga senasib dengan tuan.Jika ada kelapangan boleh kita bertukar pendapat dan pandangan.Tkasih
ReplyDelete0182758545