Apa beza doa dengan nazar?
Ada pula sesetengah orang bernazar dengan perkara-perkara yang pelik tanpa memikir panjang kesannya ke atas dirinya semata-mata mengharapkan Allah mengqabulkan hajatnya. Kadang-kadang ia bernazar berlawanan dan bertentangan dengan syariat kerana kejahilannya. Misalnya, jika dapat, ia akan mandi dengan air oreng atau air kopi, atau jika dapat ia akan botakkan kepala di bahagian hadapan sahaja dan macam2 lagi yang diistilahkan sebagai "pelik". Saya pernah terbaca sebuah hadith (tak tahulah pulak jika ianya hadith sahih atau hadith palsu, harap dapat dimaklumkan). Ceritanya, seorang hamba Allah telah bernazar jika ia memperoleh apa yang dihajatinya, ia akan minum air kencing anjing. Ditakdirkan ia dapat apa yang dihajatinya, mulalah timbul keraguan dan masalah kerana nazarnya bertentangan dengan syariat. Hamba Allah ini pun bertemu Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakan apa yang harus dibuatnya. Nabi s.a.w. menasihatkan apabila hari hujan, ia hendaklah pergi ke rumah si-anu dan tadah air hujan dari bumbung rumah orang itu dan minum. Maka nazarnya dikira telah dilaksanakan. Hamba Allah tadi merasa pelik juga tentang perkara ini, maka setelah ditinjau dan disiasat, didapati penghuni rumah tersebut tidak pernah solat. Jadi air hujan rahmat yang menimpa rumah orang yang tidak salat menyamai air kencing anjing. Betapa teroknya!
Jadi, saya ingin nasihati para sahabat, rakan dan saudara mara, berfikir dua kali sebelum bernazar dan berfikir sepuluh kali, adakah wajar aku bernazar?
Di bawah ini saya paparkan artikel yang diambil dari http://www.islamituindah.my/hukum-bernazar-dalam-islam. Ia menjelaskan lanjut tentang nazar.
Nazar hanya sah apabila ia diucapkan dengan lisan. Hal ini menjadi kaedah am dalam hukum dan amalan. Sebagaimana hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam:
Tidak ada lafaz yang khusus buat nazar. Cukup dengan lafaz yang menunjukkan ke arah melazimkan diri dengan sesuatu.
Contohnya: “Wajib atas saya untuk melakukan / tidak melakukan sekian sekian” atau “Saya berjanji dengan Allah untuk sekian sekian”; walaupun tidak disebut perkataan nazar itu sendiri.
Harus diingat, sebahagian ulama termasuk Syeikh Ibnu Uthaimin rahimahullah melihat bahawa hukum nazar adalah makruh bahkan Syeikhul Islam Ibnu Taimiah cenderung ke arah pengharamannya. Ini berdasarkan hadis Ibnu Omar bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
Ini hukum nazar secara am. Adapun kalau seseorang itu sudahpun bernazar, maka wajib untuknya melaksakannya selama mana ia adalah suatu yang baik atau harus. Sebagaimana sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:
Adapun nazar maksiat, cukup dengan dia tidak menunaikan nazar itu kerana ia maksiat. Tidak ada kafarah yang wajib ke atasnya. Selain itu, bagi mereka yang melanggar nazar atau ingin menebus nazarnya, kafarah nazar adalah:
1. Memberi makan kepada sepuluh orang miskin; atau
2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin; atau
3. Memerdekakan seorang hamba.
Sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Maa’idah, ayat 89.
(Rujukan Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin)
Ustaz Idris bin Sulaiman
Pegawai di Pejabat Kedutaan Arab Saudi
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا مَا لم تعْمل بِهِ أَو تَتَكَلَّم
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengampuni umatku apa yang dibisikkan dalam hati selama mana ia tidak dilaksanakan atau diucapkan” (Riwayat Bukhari dan Muslim).Tidak ada lafaz yang khusus buat nazar. Cukup dengan lafaz yang menunjukkan ke arah melazimkan diri dengan sesuatu.
Contohnya: “Wajib atas saya untuk melakukan / tidak melakukan sekian sekian” atau “Saya berjanji dengan Allah untuk sekian sekian”; walaupun tidak disebut perkataan nazar itu sendiri.
Harus diingat, sebahagian ulama termasuk Syeikh Ibnu Uthaimin rahimahullah melihat bahawa hukum nazar adalah makruh bahkan Syeikhul Islam Ibnu Taimiah cenderung ke arah pengharamannya. Ini berdasarkan hadis Ibnu Omar bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
لا تَنْذُرُوا فَإِنَّ النَّذْرَ لَا يُغْنِي مِنَ الْقَدَرِ شَيْئًا وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ من الْبَخِيل
“Janganlah kalian bernazar; sesungguhnya ia tidak bisa mempengaruhi takdir; ia hanya dilakukan oleh orang yang bakhil” (Riwayat Bukhari dan Muslim).Ini hukum nazar secara am. Adapun kalau seseorang itu sudahpun bernazar, maka wajib untuknya melaksakannya selama mana ia adalah suatu yang baik atau harus. Sebagaimana sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:
مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلا يَعْصِهِ
“Barangsiapa bernazar untuk taat kepada Allah maka hendaklah dia taat; dan barangsiapa bernazar untuk kemaksiatan maka janganlah ia melakukannya” (Riwayat Bukhari).Adapun nazar maksiat, cukup dengan dia tidak menunaikan nazar itu kerana ia maksiat. Tidak ada kafarah yang wajib ke atasnya. Selain itu, bagi mereka yang melanggar nazar atau ingin menebus nazarnya, kafarah nazar adalah:
1. Memberi makan kepada sepuluh orang miskin; atau
2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin; atau
3. Memerdekakan seorang hamba.
Sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Maa’idah, ayat 89.
(Rujukan Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin)
Ustaz Idris bin Sulaiman
Pegawai di Pejabat Kedutaan Arab Saudi
No comments:
Post a Comment