Imam Al Ghazali
FADHILAT SOLAT
Sungguh solat itu menghadapnya seseorang kepada Allah. Siapa solat tidak menghadapkan hatinya kepada Allah, malah fikirannya menjalar ke mana-mana, ketahuilah solat yang demikian tidak di terima. Allah telah mengundang pada solat itu. Di situ Dia menyediakan perbuatan dan zikir yang bermacam-macam agar kita (orang yang solat) menikmatinya.
Dikatakan: ‘Dalam solat itu 12000 tingkat. Lalu di kumpulkan menjadi 12 sahaja, agar solatnya menjadi sempurna. Yang 6 sebelum masuk solat: Yang 6 lagi di dalamnya.
Pertama adalah ILMU
Nabi saw bersabda yang bermaksud: "sedikit amal yang di sertai ilmu lebih baik dari pada banyak amal dalam kebodohan."
Adapun ilmu di sini mencakupi 3 hal:
1. mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunnah.
2. mengetahui fardhu dan sunatnya wudhu.
3. mengetahui tipu daya syaithan sehingga dapat memeranginya.
Kedua adalah WUDHU
Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Tidak ada solat melainkan dengan bersuci."
Adapun kesempurnaan wudhu terdapat dalam 3 hal:
1. Menyucikan hati dari hasad dengki dan marah
2. Menyucikan badan dari dosa
3. Membasuh anggota wudhu dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan
Ketiga adalah PAKAIAN
Allah swt berfirman yang bermaksud: "Pakailah perhiasanmu ketika tiap-tiap solat." -QS Al-A’raf ayat 31
Yakni berpakaian bersih, sopan menutup aurat dan berpakaianlah tiap-tiap solat.
Adapun kesempurnaan berpakaian juga dalam 3 hal:
1. Halal
2. Suci dari najis
3. Sesuai dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong
Keempat adalah MENJAGA WAKTU (di awal waktu)
Allah swt berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya solat itu di wajibkan atas orang-orang Mukmin pada waktunya." -surah An-Nisa ayat 103
Adapun kesempurnaan menjaga waktu juga dalam 3 hal:
1. Apabila melihat bulan atau matahari atau yang lainnya hingga dapat menentukan waktu.
2. Pendengaranmu kepada Azan
3. Fikiranmu selalu memerhatikan waktu solat
Kelima adalah MENGHADAP KIBLAT (bukan menyembah kiblat)
Allah swt berfirman yang bermaksud: "Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Di mana pun kamu ada hadapkanlah mukamu ke arahnya." -surah Al-Baqarah ayat 144
Adapun soal menghadap kiblat agar sempurna juga dalam 3 hal:
1. Menghadap kiblat dengan mukamu
2. Menghadap kepada Allah swt dengan hatimu
3. Hendaklah engkau Kusyuk
Keenam adalah NIAT
Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amal itu bergantung pada niat. Dan untuk tiap orang apa yang di niatkan."
Adapun kesempurnaan dalam niat juga 3 hal:
1. Mengetahui sedang solat apa
2. Sedar sedang berdiri di hadapan Allah dan di lihat-Nya
3. Tahu bahawa Dia mengetahui apa yang ada di dalam hatimu sehingga kamu harus mengosongkan dari kesibukan dunia
Ketujuh adalah TAKBIR (AllahuAkbar)
Foto hiasan
Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Awal solat adalah takbir sedang akhirnya adalah salam."
Adapun kesempurnaan takbir mengandungi 3 perkara:
1. Membaca takbir dengan benar
2. Mengangkat tangan ke paras telinga
3. Hatimu terus berniat
Kelapan adalah BERDIRI (bagi yang berkuasa)
Foto hiasan
Allah swt berfirman yang bermaksud: "Berdirilah kerana Allah serta mentaatinya." -surah Al-Baqarah ayat 238
Adapun kesempurnaan berdiri juga dalam 3 hal:
1. Menempatkan pandangan ke tempat sujud
2. Menjadikan hatimu ingat kepada Allah swt
3. Jangan menoleh ke kanan dan ke kiri
Kesembilan adalah membaca surah AL-FATIHAH
Allah swt berfirman yang bermaksud: "Sebab itu bacalah apa-apa yang mudah di antara Al-Quran." -surah Al-Muzammil ayat 30
Adapun kesempurnaan membaca Fatihah adalah:
1. Membaca dengan Tartil dan benar
2. Merenungkan maknanya
3. Mengamalkan apa yang di baca
Kesepuloh adalah RUKUK
Foto hiasan
Allah swt berfirman yang bermaksud: "Dan rukuklah." -Surah Al-Baqarah ayat 34
Adapun kesempurnaan rukuk juga 3 perkara:
1. Meletakkan dua tangan di atas lutut, membuka jari-jarinya
2. Toma’ninah
3. Membaca Tasbih
Kesebelas adalah SUJUD
Foto hiasan
Allah swt berfirman yang bermaksud: "Dan sujudlah." -surah Al-Fushilat ayat 37
Adapun kesempurnaan sujud juga dalam 3 perkara:
1. Meletakkan kedua tangan sama paras di telinga
2. Jangan membuka lengan terlalu lebar
3. Toma’ninah serta membaca Tasbih
Kedua belas adalah DUDUK TASYAHUD
Foto hiasan
Khat bentuk duduk tasyahud
Adapun kesempurnaan duduk ada 3 hal juga:
1. Duduk dengan kaki kiri dibawah kaki kanan
2. Membaca Tasyahud, doa untuk diri dan kaum Mukmin
3. Salam dengan sempurna
Adapun kesempurnaan salam adalah:
1. memberi salam beserta niat di dalam hati bahawa salam itu ditujukan kepada orang di sebelah kanan, demikian juga ketika memberi salam kepada orang di sebelah kiri.
Jika 12 hal ini telah terpenuh, maka ikhlaslah dalam mengerjakannya agar hal-hal tersebut akan sempurna sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: "Sembahlah Allah serta mengikhlaskan agama bagi Nya." -surah Az-Zumar ayat 2
Adapun kesempurnaan ikhlas juga 3 perkara:
1. Dengan solat itu untuk mencari keredhaan Allah bukan untuk keredhaan manusia
2. Taufiq itu adalah daripada Allah
3. Engkau menjaganya sehinggalah engkau datang kepada-Nya pada hari kiamat
Sumber: http://1khalifah.wordpress.com/tag/cara-solat/
No comments:
Post a Comment