Thursday, October 3, 2013

244.0 Solat Vs Otot

Untuk makluman saudara saudari sekelian, apa sahaja yang telah dianjurkan oleh syariat Islam adalah yang terbaik untuk kita kerana ianya datang dari Allah s.w.t. yang mencipta kita dan amat mengetahui tentang diri kita.  Jadi tidak perlulah kita banyak bertanya atau mempersoalkan kenapa perlu begini, kenapa perlu buat begitu, kenapa tidak begini atau buat begitu ...... memadailah kita mencontohi perbuatan/suruhan atau sunnah junjungan kita Rasulullah s.a.w.  Binasanya kaum bani israel laknatullah itu adalah kerana banyak bertanya.  Apakah segala kebaikan daripada sesuatu perbuatan yang dianjurkan itu perlu dibuktikan dengan kaedah saintifik, baharu kita akan yakin dan percaya?  Apakah setelah saintis membuktikan bahawa kuman dalam badan seekor babi cuma akan mati bila terkena tanah (samak), baru kita percaya?  Apakah setelah saintis membuktikan, ketika sujud, darah akan mengalir masuk ke saloran darah halus di bahagian otak yang menyebabkan kita lebih cerdik, baru kita hendak sujud lama-lama?  Apakah setelah Apollo mendaratkan manusia di permukaan bulan dan mendapati kesan panjang belahan bulan, baru kita percaya mukjizat Rasulullah s.a.w. membelah bulan? Jawapannya, anda sendiri yang putuskan.

Kita boleh mengkaji isi al-Qur'an dan hadith dan membuktikan kebenarannya, tiada halangan tetapi terlebih dahulu kita hendaklah yakin tanpa ragu-ragu walau 0.00000001% kebenarannya dan bukan pula mengambil tindakan sebaliknya i.e. cari bukti baru percaya!

Di bawah ini dipaparkan rahsia pergerakan otot-otot ketika kita mendirikan solat untuk pengetahuan anda.
Sumber: http://www.carasolat.com/panduan-solat-sunat-tahajud/#more-122

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.





Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. 


Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. 


Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. 

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. 

Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. 


Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit, pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. 

Semasa kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. 

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. 

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Zikir yang termulia ialah LAA ILAAHA ILLALLAAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Sabda baginda s.a.w. lagi: "Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud)." - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Shiyam, no: 1163.

Baginda S.A.W tidak pernah meninggalkan solat malam ( tahajjud). Paling kurang baginda S.A.W akan sembahyang witir satu rakaat jika baginda S.A.W tidak mampu.

Konsep solat tahajud adalah meninggalkan tidur untuk beribadah padaNya. Maksudnya anda tidur sekejap, kemudian anda terjaga dan anda tinggalkan tidur untuk bersembahyang padaNya.


No comments:

Post a Comment