Tuesday, October 22, 2013

254.0 Tok Wan vs Cucu

Saya nak bincang tentang tok wan @ datuk dan cucu (maaflah, saya sendiri tiada cucu lagi). Di mana-mana pun, kaum apa pun, dari pemerhatian sayalah, tok wan menyayangi cucunya melebihi sayangnya kepada anaknya. Kenapa? saya pun tak tahu tapi jika ditakdirkan esok ni, saya pun ada cucu, mungkin saya juga akan melakukan se demikian.  Kadang-kadang, apa saja yang diminta oleh cucunya, datuk akan belikan, cakap saja nak apa.  Kadang-kadang bila cucu demam, tok wan lebih ambil berat melebihi ibubapanya, ini boleh membuatkan ibubapanya "jealous" kepada tok wan (i.e. jealous sayang!), tapi tok wan tak kisah.  Tiap-tiap kali apabila tok wan pergi menjengok cucunya dirumah anak menantunya, pasti ada buah tangan, sekurang-kurangnya mainan ikut peredaran zaman. Kalau zaman dulu, dibawanya patong plastik ayam itik atau rusa atau bola getah, kemudian advance sikit, patung Ultraman dan terkini Angry Bird dan Transformers.  Demikianlah sayangnya tok wan kepada cucunya tidak dapat dinafikan.  Kadang-kadang juga, kalau tok wan tak tengok cucunya dalam tempoh yang agak lama, boleh demam dibuatnya dan ini menyebabkan tok wan sanggup memandu jauh untuk melawat cucunya atau ambil flight bagi yang agak berada sikit.

Rupa-rupanya, sayang cucu ni ikut sunnah Rasulullah s.a.w.  Di bawah ini saya paparkan nota kuliah Ustaz Samsuri Ahmad pada 12/6/2013 di Surau Ar-Rayyan, Bertam Lakehomes, P. Pinang.

Hadith 1: Hadith sahih Bukhari. Daripada Usamah bin Zaid bin Harithah (cucu angkat Nabi Muhammad s.a.w.) katanya, Nabi s.a.w. dukung aku dan letak aku di atas sebelah pehanya. Kemudian Nabi s.a.w. ambil cucunya Hasan bin Ali diletak di sebelah lagi, kemudian dipeluk kedua-duanya. Kemudian Nabi s.a.w. berdoa "kasihanilah kedua-duanya, Hasan bin Ali dan cucu angkat aku Usamah bin Zaid. Aku sayang kedua-duanya."

Hadith 2: Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. mengajaknya berjalan-jalan tetapi baginda tidak bercakap apa-apa sehingga sampai ke pasar. Kemudian Nabi s.a.w. bergegas balik ke rumah Fatimah.  Di sana ada "dukan" iaitu Hasan bin Ali, cucu Nabi s.a.w.  Kata Abu Hurairah, aku rasa ibunya sedang mandikannya. Kemudian Hasan keluar menuju terus kepada Nabi s.a.w. dan terus saling peluk berpelukan. Nabi s.a.w. berdoa, "aku sayang sungguh kepada cucuku ini, maka semua orang sayangilah cucunya dan sayanglah kepada orang yang sayang kepada keluarganya."

Jadi, sayangilah anak cucu dan kanak-kanak.

A/yarham Shaikh Mohamed Baladram (abang sulung saya) sanggup terbang dari KL ke Rusia semata-mata untuk melihat cucu-cucunya (buat kali terakhir) walaupun keadaan jantungnya sudah cukup terok (pembedahan by-pass di IJN, KL).

Al-Marhum Shaikh Ahmad Obaid Baladram (bapa saya) dengan cucu-cucu lelaki kesayangannya, dari kiri Shaikh Faisal S. Mohamed, dukung Shaikh Ahmad Faiz S. Mahdi dan Shaikh Mahfiez S. Munawar.

Al-Marhum Shaikh Ahmad Obaid Baladram mendukung Siti Farah Najwa (anak sulung saya)

Shaikh Munawar Baladram (abang saya) dengan cucu pertama, Marissa.

30 Julai 1989: Foto jamuan terakhir sempena doa selamat Siti Farah Najwa genab satu tahun usia dihadiri oleh Al-Marhum Shaikh Ahmad Baladram kerana besok petangnya, Al-marhum kembali ke rahmatullah. Allah rahmati ruhnya dan ditempatkan bersama ruh para solihin, Amiin. Al-Faatihah.

Seronok di kelilingi cucu, anak-anak Kal Kauthar bin Hj. Yusuf Baladram.




No comments:

Post a Comment