Posts

Showing posts from November, 2013

262.0 Kenali Dajjal @ Dajai!

Image
Asal-Usul Keluarganya: Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”. Seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al-Munawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti. Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau baga...

261.0 Nazar ... adakah perlu?

Image
Apa beza doa dengan nazar? Ada di antara kita, kerana terlalu berharapkan apa yang dicita-citakan terhasil, ia sanggup bernazar. Misalnya, jika ia lulus peperiksaan ini, ia akan berpuasa sunat 3 hari berturut-turut. Nazar atau niat ini menjadi wajib dilaksanakan jika ia lulus peperiksaan tersebut..... 3 hari berturut-turut, jika tercicir satu hari, ia kena mula balik berpuasa dikira hari pertama. Jangan buat main, nazar ni berat. Bagi diri saya, saya tidak berapa meminati nazar kerana seolah-olah saya memberi syarat kepada Allah, Pencipta kita. Misalnya seperti di atas: Jika Engkau (Allah) bagi aku lulus, aku akan puasa ..... , (maksudnya jika Allah tidak bagi yang dihajati, aku tak akan puasa). Siapalah kita hendak memberi syarat kepada Allah yang mencipta kita dan yang Maha Mengetahui baik buruk sesuatu perkara. Jadi, seeloknya, ini cuma pendapat saya yang cetek ilmu agama, jangan bernazar tetapi apabila peroleh sesuatu yang dihajati, kita buat solat sunat syukur atau sujud...

260.0 Doa akhir/awal Tahun Hijrah haram?

Image
2 Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya? November 13, 2012 at 7:44am    -  Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji.. Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba un...

259.0 Hukum tentang Hadith Dhaif

HUKUM BERAMAL DAN BERHUJAH DENGAN HADITH DHAIF Para ulama’ telah berselisih pada keharusan beramal dengan hadith dhaif kepada tiga pendapat: Pendapat pertama Tidak boleh beramal dengannya semata-mata samada pada hukum-hakam atau fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu. Ini adalah pendapat Ibnu Arabi Al-Maliki. Sesetengah karangan memasukkan Imam Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Taimiyah di dalam golongan pertama ini. Demikian itu adalah kesilapan besar yang akan kami nyatakan sebab-sebabnya dalam tajuk ulasan pendapat yang pertama. Pendapat kedua Boleh beramal dalam semua keadaan apabila tidak didapati hadith yang lain pada sesuatu bab melainkan hanya hadis dhaif. Ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Daud. Pendapat ketiga Boleh beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pendapat jumhur ulama’. Di antaranya Amirul Mukminin Fil Hadith Al-Hafiz Ibn...

258.0 Khusyuk solat - Habib Umar Bin Hafiz (28/4/2012)

Image
Sayyidina wa Murabbina Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz  (Tarim, Hadhramaut, Yaman) Solat-solat adalah sebagai hubungan langsung antara seorang hamba dan penciptanya. Dijadikan sejuk mata ini dengan solat. Apabila Rasulullah s.a.w. menghadapi perkara-perkara yang berat, beliau akan solat, menghadap kepada Allah s.w.t. Manusia sekarang tidak memahami apakah maksud dan faedah solat. Solat yang tidak kusyuk adalah seperti jasad tanpa ruh. Orang yang memberi hadiah kepada raja seorang hamba sahaya tanpa ruh akan dicaci dan dimaki oleh raja itu kerana perbuatan itu adalah seperti menghadiahkan bangkai semata-mata. Rasulullah s.a.w. sering mengatakan kepada Bilal Bin Rabah (r.a.), “Ya Bilal! Akim as-salah wa arihna biha“ yang bermaksud: “Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan kami dengannya.“ Ada seorang sahabat yang buta telah berjumpa Nabi s.a.w. untuk meminta disembuhkan matanya. Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu supaya bersabar sahaja dan memberi perjanjian b...