Sunday, February 26, 2017

339.0 Kelemahan syaitan laknatullah


Assalaamu'alaikum para sahabat sekelian.

Musuh kalau berada di depan kita dan kita nampak jelas rupanya, senjata yang dibawanya dan susuk fizikal anggota badannya, tidak susah untuk kita berlawan dan mengalahkannya. 

Musuh yang kita tahu ia ada di sekeliling kita tapi mata kasar kita tidak nampak kehadirannya, bagaimana rupanya, apa kebolehannya, senjata apa dibawanya, kekuatan dan kelemahannya, maka sukarlah sikit bagi kita hendak melawannya. Tapi kita tahu dan sadar, ia ada di depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah kita. Ia boleh menembusi dinding, tembok dan sebarang halangan. 

Musuh yang paling jahat tapi tak kelihatan ialah iblis syaitan (asalnya dibangsakan kepada jin yang dijadikan dari api).  "Dia adalah musuh kamu yang nyata" - selalu kita jumpa di dalam Al-Qur'an. Dia akan dilemparkan ke neraka jahannam kerana sikap keangkuhannya. Kerana Adam a.s. merupakan punca ia dilempar ke neraka, ia memohon kepada Allah agar ditangguhkan hukuman itu dan memberi peluang kepadanya mempengaruh dan menarik se ramai mungkin anak cucu cicit Nabi Adam a.s. bersama2nya di dalam neraka kelak.  Permohonannya diluluskan Allah dan mulalah ia melaksanakan tujuan jahatnya bermula dengan Nabi Adam a.s. dan Hawa sehingga dikeluarkan dari syurga dan mendiami dunia hingga akhirat. Setiap detik, setiap saat, minit, jam, hari dan lain2, kerja ia menghasut manusia melakukan kejahatan dan dosa hinggalah hamba Allah itu hampir mati atau sakratul maut ..... itulah usahanya yang terakhir. Itulah juga penentu hidup kita seterusnya ke syurga atau neraka.....ujian terakhir. 

Syaitan juga amat takut berhadapan dengan orang-orang yang tertentu yang mempunyai kelebihan diberi Allah. Diceritakan (hadith), syaitan tidak sanggup berhadapan dengan Saiyidina Omar bin AlKhattab a.s.  Kalau Omar melalui satu lorong, syaitan yang berada di situ akan cepat-cepat melarikan diri ikut lorong lain. Itulah karomah sahabat Nabi s.a.w. bukan sahaja manusia (arab jahiliah macam Abu Jahal, Abu Lahab dll) takut kepadanya hatta syaitan.
.
Untuk melawan musuh yang tidak kelihatan ini, sekurang-kurangnya kita perlu pelajari dan mengetahui kelemahan-kelemahannya supaya mudah kita memenangi pertarungan yang maha hebat ini. 

Saya perturunkan di bawah ini petikan dari web/blog yang menarik tentang kelemahan jin/syaitan sebagai iktibar. 
..........................................................................................................

Baru-baru ini, saya telah pergi ke surau di Jitra Kedah, seorang ustaz dari pondok haji salleh telah menerangkan serba terperinci mengenai JIN. dan apa itu JIN dan kelemahan JIN.

Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya :

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -

“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

2. Syaitan takut dan lari dari sebahagian hamba Allah

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

“Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat “. Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:

“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:

“Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah Shallallahu’ Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab: “Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah “(HR. Muslim).

4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah

Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).

5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit
Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim)

Rujukan: http://newsensasi90.blogspot.my/2015/11/sebarkan-ustaz-ini-bongkar-6-jenis.html

Tuesday, January 24, 2017

338.0 Pakaian Hitam ketika kematian.

Kita sering melihat di sekitaran kita dan di dalam mediamassa seperti surat khabar dan televisyen, apabila ada sesuatu kematian, maka orang yang datang menziarah akan berpakaian gelap atau hitam, samada orang itu beragama Islam (sudah jadi pakaian rasmi), Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kenapa? adakah pakaian hitam menggambarkan kita turut bersedih dan bersimpati dengan kematian si-mati?  Siapa yang memulakan budaya ini? Apakah hukumnya kita orang2 Islam berpakaian sedemikian ketika menziarah jenazah?

Tidak dinafikan, ramai di antara kita melakukan sesuatu perkara tanpa mengetahui tujuan sebenarnya. Tanyalah kepada kanak-kanak atau remaja malah orang tua, kenapa selepas membaca Al-Qur'an mereka akan mengangkat naskah kitab Al-Qur'an meletakkannya di atas kepala, menciumnya dan melekapkannya di dada.  Tiada tujuan atau sebarang nas atau sunnah, tetapi kerana melihat orang2 dahulu buat, kita ikut. 

Setelah mayat dimasukkan ke dalam lubang kubur atau liang lahad, tali2 yang mengikat mayat akan dilonggarkan atau ditanggalkan.  Tanyalah penggali kubur, mengapa dilakukan demikian.  Tiada jawapan yang tepat melainkan jawapan "orang sebelum saya melakukan demikian."

Apabila melalui sesuatu kawasan berhutan atau semak samun, anak2 diajar memberi salam kepada "tok nenek" dan minta izin lalu atau buang air di situ. Siapa dia tok nenek ini?   Kita sepatutnya memohon perlindungan Allah sahaja.

Satu masa dulu, bila timbul bulan Safar, tok-tok alim, ustaz dan ahli agama dicari untuk membuat air penawar menjauhkan bala. Jadilah peristiwa pesta mandi safar tapi sekarang sudah berkurangan kerana terdapat tegahan dari Majlis Agama negeri2 berkaitan.

Banyak lagi perbuatan kita yang dilakukan kerana ikut-ikutan tanpa mengetahui tujuan sebenar. Perbuatan ini diteruskan oleh generasi sekarang dan akan datang.  Apa yang ditakuti, perbuatan ini boleh membawa kepada kufur dan kesesatan jika tidak ditangani di peringkat awal lagi.

Di bawah ini saya paparkan petikan dari FB Ustaz Azhar Idrus untuk panduan dan amalan kita.
..........................................................................................................................................

Seringkali kita lihat apabila ada kematian, budaya pemakaian pakaian berwarna hitam pasti berlaku. Mengenakan pakaian Hitam ketika menziarah kematian bagaikan perkara MESTI/PERLU, bahkan WAJIB dalam kebanyakkan masyarakat harini. Tanda penghormatan? Berkabung?

Namun, tahukah anda Asal-usul dan apa hukum memakai pakaian hitam ketika kematian?

ASAL USUL

Berpakaian hitam kerana berlaku kematian sudah mahsyur dan menjadi kebiasaan diamalkan olih masyarakat kristian eropah sejak abad pada 19.

Ketika Raja Albert meninggal dunia pada tahun 1861, balunya Ratu Victoria juga mengamalkan tradisi berpakaian hitam ini dan diberitakan Ratu memakainya selama 40 tahun.

Menurut pakar sejarah eropah, berpakaian hitam ketika kematian bermula lebih awal lagi yaitu di abad yang ke 17.

Ketika Inggris diperintah olih Sir Oliver Cromwelll pada 1653-1658, beliau melarang rakyatnya hidup mewah, termasuk dalam soal berpakaian. Kaum wanita dikehendaki memakai gaun labuh yang berwarna hitam.

Ane Holander menyebutkan tiga mazhab kristian katolik yang memakai pakaian hitam ketika kematian samada hitam keseluruhan seperti mazhab Benedictine. Manakala mazhab Augustine dan Dominican memakai hitam dan putih.

Menurut Franco Piponnier dan Perrine Manne dalam buku bertajuk Dress in the Middle Ages, bahawasanya berpakaian hitam ketika berlaku kematian asalnya dari Sepanyol pada abad pertengahan yang kemudian ditiru oleh para masyarakat inggeris dan perancis.

Al-Hafiz Al-Imam As-Suyuthi berkata pada kitabnya “Al-Awa’il” bahwa orang-orang kristian koptik Mesir memakai pakaian berwarna hitam untuk menunjukkan kesedihan dalam masa berkabung bila berlaku kematian dikalangan mereka.

HUKUM

Memakai pakaian berwarna hitam bukan sebab berlaku kematian adalah harus kerana Nabi saw pernah memakai pakaian berwarna hitam.

Memakai pakaian hitam kerana meniru budaya orang kafir adalah haram kerana hadith

” مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
artinya “ Sesiapa yang meniru/menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka “

Berkata Imam ‘Izzuddin bin Abdussalam adalah harus memakai pakaian hitam sebab ia dibolehkan oleh syarak, melainkan jika dalam memakainya adalah kerana meniru/menyerupai orang-orang kafir, maka hukumnya diharamkan.

Imam Ghozali menyebut didalam Ihya ‘Ulumuddin bahwa hukum memakai pakaian hitam ketika kematian adalah haram karena termasuk tasyabbuh (menyerupai) dengan cara hidup dan pakaian orang-orang kafir.

Oleh itu jika kebetulan kita sedang memakai pakaian berwarna hitam lalu mendengar berita kematian, harus hukumnya terus memakai pakaian tersebut dan harus pula pergi ke tempat berlaku kematian samada kerana mengucapkan takziah atau sembahyang atau mengikut jenazah ke kubur.

Tetapi jika tidak berpakaian hitam lalu menukar pakaian hitam kerana mendengar berita kematian atau kerana hendak ziarah kematian maka hukumnya adalah haram.

Begitu juga haram membuat peraturan kemestian memakai warna hitam bila berlaku kematian atau menyuruh atau berpesan kepada orang lain supaya memakai warna hitam sebab ada berlaku kematian.

wallahua’lam.

Sumber dari Facebook rasmi Ustaz Azhar Idrus
dan sehinggit.blogspot.my

Wednesday, December 28, 2016

337.0 Panduan penjagaan kereta

Salam sejahtera semua pengunjung blog saya.  Kita yang jahil dalam sesuatu bab biasanya akan menjadi mangsa penipuan orang.  Tidak semua orang baik dan jujur dan tidak semua orang penipu dan kaki auta.  Tidak terkecuali di dalam hal penjagaan dan pembaikan kereta. Kerana kita jahil dan tak tahu langsung bab kereta, cuma tahu isi minyak dan jalan, maka kita akan terdedah kepada penipuan oleh se gelintir mekanik di woksyop kereta.  Kita yang tak ambil kisah tentang wang, akan bayar berapa saja amaun yang diletak oleh mekanik asalkan kereta kita tidak meragam lagi. 

Di dalam sebuah kereta terdapat ribuan elemen atau komponen yang perlu diawasi kerana setiap satu mempunyai jangkahayat tertentu dan perlu ditukar apabila tiba masanya.  Jangan kerana sayangkan wang, kita sanggup meletakkan nyawa sendiri dan keluarga di ambang bahaya.

Saya terjumpa sebuah artikel tentang penjagaan kereta di web Media Malaysia yang saya rasa amat membantu kita yang sifar pengetahuan tentang bab penyenggaraan kereta masing2.

....................................................................................................................................

JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1)   Minyak hitam

Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km.

2)   Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3)   Spark plug

20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.

4)   Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L...begitu la citernya!

5)   Timing belt

60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!

6)   Clutch plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7)   Fuel Filter

Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.

8)   Air Filter

Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9)   ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!

10)   Gear Oil

Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11)   Brake Fluid & Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12)   Radiator Coolant

Sebotol Rm 15-20... selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13)   Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada "crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelenggaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai "Preventive Maintenance"

14)   Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!

15)   Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16)   Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

17)   Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.

18)   Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000 km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km (Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.

19)   Water pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

20)   Spark plug

Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus - minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.

21)   Top Overhaul

Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

22)   Brake pad

Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

23)   Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

24)   Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.

25)   Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Kredit to FB Limau Ais :)

Sunday, December 11, 2016

336.0 Penyakit kanser hati dan jangkitan virus Hepatitis

Saya terpanggil untuk memaparkan tentang penyakit kanser hati ini setelah dua insiden yang menyebabkan kematian berlaku kepada kenalan saya.

Kes yang pertama berlaku kepada anak sahabat saya baru berusia awal 30han.  Doktor di Hospital Selayang (jika tak silap saya) telah mendiognis penyakitnya dan memberi jangka tempoh hayatnya 6 bulan. Allah lebih menyayanginya dan ia kembali ke rahmatullah pada 6 Oktober 2014 i.e. selepas 3 bulan walaupun berbagai usaha dilakukan oleh familinya.  Allahyarham mempunyai seorang isteri dan seorang anak kecil. Allah rahmati ruhnya dan ditempatkan bersama ruh para solihin. Amiin.


Allahyarham Faiz Anwar bin Haji Azmi telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.00 petang 6 Oktober 2014 di Hospital Selayang, Kuala Lumpur. Jenazah telah selamat dikebumikan pada awal pagi besoknya di perkuburan Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kita milik Allah dan kepada Allah kita dikembalikan. 


Tuan Haji Azmi bin Ismail, kawan saya di Sek. Men. Teknik Alor Setar 1972/73, bapa A/yarham.

Kes kedua ialah sahabat se pejabat UDA (Pulau Pinang), Allahyarham Miswar Ahmad. Setelah didiognis mengidap Hepatitis oleh doktor pakar Hospital Selayang, keadaan kesihatannya semakin merosot dan kakinya membengkak. Doktor menganggarkan jangkahayat 3 -4 bulan sahaja. Pelbagai usaha dilakukan sebagai ikhtiar akhir dan bertawakkal kepada Allah.

Beberapa orang rakan dari Pulau Pinang telah mengambil inisiatif melawat beliau di rumahnya Kuala Lumpur pada 23 September 2014.  Setibanya kami ke rumah beliau kami disambut dengan pelukan persaudaraan dan tangisan.  Suasana menjadi hening seketika seolah-olah inilah pelukan terakhir di antara dua saudara se Islam, dan memang benar ia adalah yang terakhir. Pada 16 Oktober 2014, kami mendapat berita beliau telah kembali ke rahmatullah. Allah rahmati ruhnya dan ditempatkan bersama ruh para solihin. Aamiin.


Lawatan/ziarah terakhir pada 23 September 2014.




Innaa lillaahi wainnaa ilaihi raaji'uun - 16 Oktober 2014
..........................................................................................................................................
Amat jarang di kalangan kita memberikan perhatian dari sudut kesihatan terhadap hati walaupun ramai mengetahui penyakit yang berkaitan dengan organ terpenting itu sebenarnya lebih serius berbanding penyakit lain.

Malah secara umumnya, ramai masih mengambil ringan betapa pentingnya organ yang terletak di belakang tulang rusuk di bahagian kiri abdomen itu.

Menurut Pakar Perunding Onkologi, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Datuk Dr. Fuad Ismail , penyakit hati paling kronik ialah kanser hati.

Katanya, kanser hati ataupun dipanggil hepatoma biasanya lebih lazim berlaku di negara-negara Asia.

”Pesakit kanser ini kebanyakannya berumur antara 40 hingga 50 tahun. Ia didapati empat kali ganda lebih kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding wanita,” katanya.

Bagaimanapun terangnya, kebanyakan pesakit tidak menyedari dijangkiti penghidap penyakit tersebut kerana simptomnya tidak berlaku serta-merta.

Faktor risiko menghidap kanser hati termasuk jangkitan kronik virus Hepatitis B atau C yang berkait dengan sirosis (gangguan struktur hati normal oleh fibrosis) dan pembentukan nodul yang disebabkan oleh pelbagai keadaan yang memberi kesan pada hati seperti ketagihan alkohol, obesiti, diabetis dan penggunaan tembakau.

”Antara sebab kebanyakan pesakit berusia dalam lingkungan 40 tahun ke atas adalah kerana virus Hepatitis B mengambil masa agak lama untuk merosakkan hati dan apabila telah rosak, ia akan merebak dengan cepat,” katanya.

Terang beliau lagi, kebanyakan kes kanser hati di peringkat awal tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala tertentu sehinggalah pesakit berada pada tahap yang serius.

Jelas beliau lagi, kanser hati sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu jenis prima dan sekunder.

”Kanser hati prima berpunca daripada masalah di dalam hati itu sendiri iaitu kerosakan sel-sel, manakala sekunder disebabkan kanser yang merebak ke hati daripada organ lain,” ujarnya serius.

Bagaiamanapun, Dr. Fuad memberitahu, punca utama berlakunya kanser hati prima ialah sirosis, iaitu keadaan apabila sel hati rosak disebabkan pelbagai faktor.

”Sebenarnya, faktor itu lebih kepada tabiat meminum arak dan disebabkan oleh jangkitan Hepatitis B dan C,” katanya.

Selain itu katanya, penghidap penyakit heamochromatosis , iaitu zat besi yang tidak dapat dikeluarkan dari badan dan akhirnya mendap di hati, juga mempunyai risiko menghidap kanser hati.

Ini kerana, katanya, zat besi yang tidak dapat disalur keluar akan bertakung sehingga boleh menjejaskan fungsi dan seterusnya merosakkan hati.

Namun, risiko pesakit haemochromatosis untuk menghidap kanser hati dalam jangka masa panjang adalah kira-kira 30 peratus.

Manakala bagi kanser hati jenis sekunder, beliau menjelaskan, ia sebenarnya berpunca daripada organ lain yang bermasalah.

”Ini semua kerana hati dan hempedu adalah bahagian yang paling banyak terdedah kepada kanser di bahagian lain yang sudah merebak,” katanya.

Bagaimanapun, pesakit kanser hati masih berpeluang untuk pulih dengan syarat mesti mendapat rawatan seawal yang mungkin.

”Jika mereka mendapatkan rawatan awal, peluang untuk pulih dalam tempoh lima tahun berikutnya adalah kira-kira 60 peratus.

“Tetapi jika sudah terlalu lama dan dikesan pada peringkat kritikal, harapan adalah tipis,” terangnya serius.

Ditanya mengenai rawatan, Dr. Fuad menjelaskan doktor akan memeriksa hati yang bengkak dengan melakukan ujian darah dan x-ray.

”Ujian darah bertujuan melihat tindak balas hati dengan mengukur enzim yang digunakan dalam ujian itu.

”Sekiranya kanser hati wujud, alfafoetoprotein iaitu protein dalam darah akan meningkat. Bagi penghidap Hepatitis B dan C, ujian bagi mengesan kehadiran antigen perlu dilakukan.

“Untuk mengesahkannya, doktor melakukan ujian imbasan bagi melihat bahagian hati yang mengalami kanser yang biasanya wujud dalam bentuk ketulan.

”Ini diikuti rawatan CT Scan dan Angiogram bertujuan untuk mengesan tahap serius kanser berkenaan.

”Selepas diagnosis berkenaan, rawatan terbaik akan dibincangkan bersama pesakit. Jika ia hanya menyerang pada satu bahagian, pembedahan dilakukan bagi membuangnya.

“Berbanding organ lain pada tubuh manusia, hati agak unik kerana ia masih boleh berfungsi walaupun sebahagian besar sudah dibuang,” katanya.

Rawatan lain katanya, termasuk pembedahan pemindahan hati yang diderma oleh keluarga terdekat, walaupun dalam jangka panjang ia boleh berulang semula.

Selain itu, rawatan kimoterapi juga boleh dilakukan dengan membuat saluran di bahagian arteri dan menghalakan rawatan itu terus kepada kanser berkenaan.

Rujukan: http://www.rawatan.org/kanser-hati-muncul-secara-senyap-2/

Friday, December 9, 2016

335.0 Tanda-tanda sakit di badan ..... wajib ambil tahu!

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Nota: maklumat ini adalah petikan artikel dari Puan Rusnani Omar UMP. Harap maaf kerana saya bentangkan di sini tanpa pengetahuan atau kebenaran beliau.

Maha Suci Allah Maha Pencipta telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian.
"Sungguh, Kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." - Surah At-Tiin, ayat 4. Semua pancaindera kita dan apa jua komponen (ribuan) yang terdapat pada diri kita ada fungsinya masing-masing. Allah telah membuka minda manusia mempelajari tentang anatomi dirinya sendiri yang amat ajaib.
............................................................................................................................................
Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis (UMP)

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c) Bersin

i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat

i) Sistem penghadaman yang lemah.

ii) Perut mengandungi angin.

iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL
: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR
: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. SAKIT SENDI

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT / KERONGKONG / LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT / KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.

b) Sistem saraf otak yang lemah.

c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

✻ღϠ₡ღ✻

(¯`✻´¯)

`*.¸.*✻ღϠ₡ღ. Madam Ann Official

FEEL FREE TO TAG, LIKE & SHARE...SHARING IS CARING!~






334.0 Cakera Tergelincir atau Slipped Disc

Assalaamu'alaikum sdr pengunjung blog ini.  Saya terjumpa satu website/blog yang membincangkan tentang Cakera Tergelincir atau Slipped Disc dan terasa untuk berkongsi dengan anda sekelian.  Kebelakangan ini, penyakit ini semakin menular dan berkembang di negara kita.  Ia tidak mengenal usia tetapi majoriti mereka yang lebih tua lebih mudah mengidapnya.  Orang yang mengidapnya akan berjalan sedikit membongkok atau memegang pinggangnya.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur di dalam webnya: http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/slipped-disc-cakera-gelincir, memberi penjelasan dan penerangan detail tentang penyakit ini di samping kaedah rawatan alternatif dengan bacaan ayat-ayat Al-Qur'an yang tertentu.  Kepada yang mengidap penyakit ini saya nasihatkan janganlah cepat berputus asa, terima se adanya dengan redha dan penuh harapan akan sembuh.

Soalan:

Assalamualaikum Tuan Haji. Nama saya Mohd Shukri dari Kuantan. Saya sudah 6 tahun mengalami penyakit slipped disc. Kesan sakit ini membuat saya sukar untuk berdiri dan duduk lama. Disebabkan ini saya kerap mengambil cuti sakit sakit sehingga menggangu prestasi kerja saya. Saya juga terpaksa solat duduk di atas kerusi. Saya telah menjalani fisioterapi dan setakat ini sakitnya telah berkurangan namun saya tidak boleh melakukan kerja lasak dan berat. Pihak hospital mencadangkan saya untuk melakukan pembedahan namun saya tidak berani mengambil risiko yang tinggi memandangkan usia saya dan juga penyakit kencing manis yang saya alami sekarang. Bolehkah saya mohon jasa baik tuan untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit Slipped Disc dengan menggunakan rawatan Al-Quran? Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikummussalan En Shukri. Setiap hari kami merawat ramai pesakit yang mengalami masalah tulang belakang dari segenap usia yang disebabkan oleh kecederaan, keturunan dan faktor usia.

Terdapat berbagai jenis sakit tulang belakang seperti slipped disc, bone degenerative, scoliosis, spondylitis dan sebagainya. Namun yang paling ramai menghidap penyakit slipped disc ataupun disc prolapsed yang disebabkan oleh cakera (disc) antara vertebra tulang belakang yang mengembang dan menekan saraf tunjang. Inilah yang menyebabkan kesakitan terutamanya kepada saraf dari bahagian slip disc hingga ke hujung kaki.

Pengenalan & Ciri-ciri Umum



Tulang belakang manusia terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain. Di antara setiap tulang belakang terdapat perlindungan, pad bulat rawan (tisu perantara) yang dipanggil cakera. Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu untuk mengurangkan geseran di antara vertebra apabila berlaku pergerakan. Di dalam cakera ini terdapat saraf tunjang yang sangat sensitif dan ia melalui tengah-tengah ruang vertebra. Ia mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan. Slipped disc berlaku apabila bulatan tisu penghubung di sekitar cakera rosak. Ini menyebabkan bahagian lembut, seperti gel bahagian cakera membengkak dan menonjol keluar. Tidak jelas apa yang menyebabkan tisu penghubung untuk pecah. Walau bagaimanapun, penyusutan cakera sering berlaku hasil daripada peningkatan usia.

Saraf sciatic adalah saraf yang paling panjang dalam badan dan ia bermula dari belakang pelvis, melalui punggung, turun ke kedua-dua kaki. Saraf sciatic ini sering terjejas dalam kes-kes slipped disc. Jika tekanan berlaku pada saraf sciatic (tulang vertebra L1 hingga L5) ia boleh menyebabkan:

-   Sakit-sakit berpanjangan
-   Kebas dan kejang kaki
-   Sensasi cucukan (prickly sensation) dalam satu atau kedua-dua kaki
-   Kebas tangan bagi cakera gelincir yang berlaku di bahagian cervical (tulang vertebra C1 hingga C8)

Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan.

Punca-punca

Semakin meningkat usia, cakera tulang belakang anda mula kehilangan kandungan air di dalamnya. Ini menjadikan cakera itu kurang fleksibel dan mudah menjadi rosak. Terdapat beberapa faktor-faktor yang boleh melemahkan tisu cakera dan kadang-kadang boleh membawa kepada penyakit slipped disc, contohnya:

-   Membongkok sambil mengangkat benda berat
-   Kerja-kerja yang melibatkan mengangkat benda berat
-   Kerja-kerja yang melibatkan banyak duduk, terutamanya memandu
-   Berat badan berlebihan
-   Sukan lasak, seperti angkat berat
-   Kecederaan trauma pada tulang belakang, seperti jatuh atau kemalangan kereta

Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat pesakit tulang belakang, terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus atau serangan jin yang menyebabkan masalah sekatan pada sistem saraf sehingga berlakunya kebas-kebas tangan dan kaki, sakit belakang hingga ke kaki. Jadi, pesakit perlu dahulu berjumpa dengan perawat-perawat kami untuk mengenal pasti samaada penyakit yang dialami disebabkan oleh gangguan atau masalah fizikal.

Tanda-tanda Awal Slipped Disk

Kebanyakan orang yang mengalami masalah sliipped disk mengalami kesakitan yang biasanya bermula di bahagian belakang badan dan kemudian merebak ke bahagian anggota badan yang lain.

Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit yang mengalami masalah slipped disk tidak mempunyai sebarang tanda-tanda yang jelas. Ini biasanya kerana sebahagian daripada cakera yang pecah atau membonjol itu adalah kecil atau tidak menekan pada saraf atau saraf tunjang. Tanda-tanda awal adalah seperti berikut:

-   Sakit di belakang, leher, atau bahagian bawah badan
-   Kadang-kadang, seseorang yang mengalami slipped disc berasa kebas di bahagian-bahagian badan yang atas dan di bawah kawasan yang terjejas (secara umum, di kawasan yang dikawal oleh saraf tertentu). Secara beransur-ansur ini boleh membawa kepada keadaan lumpuh
-   Dalam beberapa kes, bahagian bawah badan berasa lemah, dan ia menjadi sukar untuk pesakit berdiri
-   Penderitaan individu juga mungkin mengalami perasaan kurang selesa, gatal di kawasan kemaluan
-   Individu juga mungkin mengalami sakit semasa bersin, batuk, berjalan, dan lain-lain

Gejala Yang Perlu Perhatian Perubatan Dengan Segera:

-   Kelemahan sensasi atau berasa kebas di satu atau kedua-dua anggota badan yang lebih rendah
-   Kehilangan ketangkasan dalam satu atau kedua-dua kaki
-   Sakit belakang yang teruk dengan kesan darah dalam air kencing
-   Sakit berdenyut pada bahagian dalam paha
-   Sakit belakang yang bertambah teruk walaupun dalam keadaan berehat berbanding apabila anda bergerak
-   Kelemahan berpanjangan dengan sensasi cucukan walaupun dalam keadaan berehat
-   Lemah tenaga batin atau sukar untuk bersama
-   Kesan yang berterusan boleh membawa kepada pesakit manjadi lumpuh (paralyse)

Kehadiran tanda-tanda yang disenaraikan di atas tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah slipped disc, walau bagaimanpun gejala-gejala ini perlu diberi perhatian serius dan berjumpalah doktor atau datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang boleh merawat gangguan tersebut. Ini kerana terdapat banyak kes-kes di mana pesakit yang telah pergi ke hospital dan menjalani beberapa ujian termasuklah ujian darah yang menunjukkan keadaan komponen darah pada paras normal, tekanan darah yang normal dan tiada sekatan dalam saluran darah. Pemeriksaan MRI, CT Scan dan X-Ray pula menunjukkan tulang, cakera dan sendi tidak menekan saraf tetapi pesakit mengalami tanda-tanda sakit saraf. Dalam kes-kes seperti ini besar kemungkinan pesakit menghadapi masalah gangguan seperti gangguan saka, sihir atau kerasukan.

Rawatan moden

Dalam kebanyakan kes, slipped disc akhirnya akan mengecut kembali secara spontan. Kesakitan biasanya akan berkurangan apabila cakera berhenti menekan pada saraf yang terjejas. Selalunya pihak hospital akan memberi ubat penahan sakit sebagai permulaan rawatan.

Selain itu, fisioterapi boleh membantu anda untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Fisioterapis akan melatih dan mengajar jenis-jenis senaman yang bersesuaian untuk anda lakukan. Sebaiknya senaman itu dilakukan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik dan ianya boleh dilakukan di rumah juga.

Anda juga boleh berunding dengan pengamal osteopath, atau chiropractor untuk merawat keadaan ini. Kedua-dua kiropraktik dan osteopati menggunakan terapi manual, iaitu, manipulasi otot dan tulang melalui urutan dan teknik manual yang lain.

Pembedahan mungkin perlu jika rawatan lain tidak membuahkan hasil yang diharapkan, atau telah gagal untuk memperbaiki keadaan. Discectomy adalah satu prosedur pembedahan yang bertujuan untuk mengeluarkan cakera menggelembung untuk meringankan kesakitan yang dialami di kaki. Antara prosedur lainialah Prostetik iaitu penggantian cakera intervertebral, bertujuan untuk menggantikan cakera tergelincir dengan cakera palsu.

Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:

-   Surah Qaff ayat 16 hingga 45
-   Surah Mukminun ayat 60 hingga 80
-   Surah Shod ayat 34 hingga 61
-   Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28
-   Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 60

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Qaff tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Mukminun tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.

Selain dari amalan ayat-ayat Al-Quran, kami juga menggunakan teknik menekan (pressure point technique) di tempat-tempat tulang belakang yang bermasalah. Selalunya pesakit akan merasa sedikit tidak selesa bila tempat yang bermasalah itu disentuh oleh perawat kami.

Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: “Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).”

Penutup

Dalam pengalaman kami merawat pesakit slipped disc, ada di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari fizikal dan spiritual. Dari segi fizikal ramai yang memakai tongkat atau dengan berkerusi roda bila kali pertama datang berubat dan dengan kuasa dan izinNya ramai yang boleh berjalan tanpa memakai tongkat atau berkerusi roda setelah beberapa kali mendapat rawatan. Ada yang cepat sembuh dan ada yang lambat. Terpulang kepada yang Maha Esa untuk menyembuhkanNya kerana sebagai manusia kita perlu berikhtiar. Walaupun ada yang masih rasa sakit, tapi jiwa lebih tenang dan redho.
Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda,

"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa jalla." (HR. Muslim)

InsyaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu anda yang mempunyai masalah cakera slipped disc ini.

Sekian
...............................................................................................................................................

Suntikan Radiofrekuensi Intradiskal

Satu paradigma baru dalam rawatan cakera tergelincir.

Hanya satu suntikan, cakera tergelincir (slipped disc) anda akan mengecut dan anda tidak akan rasa sakit lagi. Malah rasa sakit yang menjalar turun kekaki cepat sembuh hanya selepas beberapa jam selepas suntikan. Menarik bukan? Bagi anda yang mengidap sakit belakang yang berpunca dari cakera tergelincir atau stenosis spina , anda perlu baca artikel ini kerana kaedah rawatan suntikan (tanpa pembedahan) terbaru ini dikenalpasti amat berkesan.

Rawatan ini dinamakan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal Secara umumnya kaedah haba radiofrekuenci digunakan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir.Bagi mereka yang takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang belakang, maka rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling tepat.Kajian terbaru dijalankan di HUSM mendapati rawatan suntikan ini mampu memberi kejayaan sehingga 90%. Satu angka yang belum pernah dicapai dalam sejarah rawatan kesakitan tulang belakang.

Apakah itu Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal (Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression)?

Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal ini menggunakan kaedah haba radiofrekuenci untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun kekaki.Kaedah ini hanya mengecutkan sebahagian kecil cekera yang bermasalah, oleh itu ia tidak akan mengganggu kestabilan tulang belakang.

Sakit belakang yang bagaimanakah sesuai untuk kaedah rawatan ini?

Sakit belakang yang disebabkan oleh cakera tergelincir (orang muda) atau stenosis spinal(orang berusia) yang terpilih.Biasanya sakit dalam kedua keadaaan ini pesakit akan mempunyai gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki.

Bagaimanakah procedur suntikan ini dilakukan?

Procedur ini dilakukan dalam dewan bedah dibawah kawalan mesin Xray.Anda dikendaki baring meniarap atas katil bedah sepanjang suntikan dilakukan yang mengambil masa hanya setengah jam.Suntikan ubat bius setempat dilakukan pada kulit belakang anda sebelum jarum radiofrekuensi dimasukkan terus kedalam cakera pada tulang belakang anda.Anda tidak perlu risau akan rasa sakit kerana ubat bius setempat akan ditambah jika perlu.Anda akan sedar dan perlu berinteraksi bersama doctor semasa suntikan dilakukan.Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan menghalang dari kesan sampingan yang tidak dikehendaki.

Adakah saya akan rasa sakit selepas prosedur dan apakah hasil yang dijangkakan?

Kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa sakit yang signifikan selepas suntikan kerana jarum yang digunakan kecil dan hanya satu atau dua tempat suntikan dilakukan. Malah semasa haba disalurkan kedalam cakera (disc) kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa kesakitan. Kebanyakan pesakit memberikan hasil kelegaan besar yang dramatik, iaitu dalam masa satu hari selepas suntikan dilakukan.
.......................................................................................................................................

DOA utk sembuhkn sakit SARAF.
(kiriman seorang hamba Allah)

 "wa izaa batosytum batosytum jabbaariin"

Surah Asy-Syu'araa' . Surah ke 26, Ayat ke 130
Amalkan..Saya dpt dari ustaz..
Dipersilakan sesiapa yg nak share..
Biasanya apabila hendak berdoa, mulakan dgn Al-Faatihah 1x dan selawat Nabi s.a.w., kemudian barulah berdoa..

...............................................................................................................................................

Baru-baru ini saya terjumpa satu iklan tentang perubatan tradisional, urutan penyakit slipped disc ini. Sesiapa yang berhajat boleh berhubung terus dengan Haji Hashim bin Abdul Rahman di alamat berikut.  Saya tidak rekomen dan tidak menghalang kerana saya sendiri belum pernah mendapatkan rawatan tersebut.  Kita berikhtiar, Allah yang merealisasikannya.





Tuesday, December 6, 2016

333.0 Maulidur Rasul 2


Assalaamu'alaikum kepada semua pengunjung blok ini.  Didoakan sepanjang hari ini anda sekelian berada di dalam kesejahteraan dan dirahmati Allah.  Aamiin.

Tak lama lagi kita akan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w yang amat kita cintai dan rindui pada hari Isnin bersamaan 12 Disember 2016.

Maka seperti biasa juga akan timbul suara2 yang mengatakan perbuatan menyambut Maulidur Rasul ini bidaah tidak dibuat pada zaman Nabi dan para sahabatnya. Ia adalah idea atau rekaan ulamak di akhir zaman.  Saya bukanlah seorang yg ariff bab2 agama.  Dari pembacaan saya, ramai para ilmuan mengatakan perkara ini tergolong di dalam bidaah hasanah (bidaah tetapi ada kebaikannya) dan ianya berdasarkan nas-nas Al-Qur'an dan hadith.

Jadi, sudahlah.....hentikan tuduh menuduh dan menuding jari kepada seseorang.  Apa yang penting ialah tanda ingatan kita kepada Rasulullah s.a.w., kita sentiasa bersolawat.....basahkan lidah dan isikan hati dengan solawat keatasnya.  Majlis Maulid sepatutnya dipenuhi dengan solawat, marhaban, membaca sirah, mengimbau sejarah perjuangan baginda s.a.w. mengembangkan Islam hingga ke akhir hayatnya dan mengenali baginda s.a.w. dengan lebih dekat. Dengan lain perkataan, lakukan apa sahaja asalkan nama Muhammad sebati di lubuk hati kita.  Kita merasa dekat dan cinta kepadanya walaupun sudah lebih 1,438 tahun baginda s.a.w. meninggalkan kita dan tak pernah kita lihat wajahnya.  Dengan perasaan cinta dan rindu kita berharap sekurang2nya baginda s.a.w. tidak mengusir kita dari kelompok umatnya yang sedang menghampiri telaga Kauthar.  Pada hari itu, cuma syufaat Nabi s.a.w. sahaja yang dapat menyelamatkan kita dari azab akhirat bukan wang ringgit atau harta benda.  Bukan mudah untuk mendapatkan syufaat itu. Syaratnya ialah kita semasa hidup kita sering bersolawat dan gemar mengerjakan sunnah2 baginda s.a.w. sebaik mungkin.  Bukanlah sunnah itu terhad kepada berjanggut berjubah dan kahwin empat tetapi merangkumi perilaku baginda s.a.w. seharian,  cara pergaulan dengan isteri, sahabat, tetangga dan orang ramai.

Rasulullah s.a.w. adalah seorang manusia yang sempurna di dalam semua aspek kehidupan. Allah telah menurunkan "manual" kehidupan untuk kita (Al-Qur'an) dan disertakan juga seorang "sample" untuk kita ikuti dan tauladani.  Jadi tiada alasan untuk kita berdalih-dalih lagi.  Bayangkan satu ketika kita ternampak se kelompok manusia tidak berpakaian telanjang bulat lelaki perempuan berumur se baya 33 tahun sedang menghampiri se buah telaga untuk menghilangkan dahaga yang amat perit.  Sebaik kita menghampirinya tiba-tiba kita diusir "nyah engkau dari kelompok ini, selama hidupmu tidak pernah engkau mengingati aku apalagi bersolawat ke atasku dan kaum keluargaku...." Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Ingatlah, tiada siapa malah Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. yang punya kuasa memberi syufaat kepada umatnya pada hari tersebut.

Apa salahnya mengingati baginda s.a.w. di dalam suatu majlis mengenangkan kelahiran seorang manusia yang membawa rahmat kepada seluruh alam?  janganlah berkelakuan sombong dan angkuh dan melarang orang lain melakukan kebaikan.

Solawat dan salam ke atas baginda tercinta Rasulullah s.a.w., ahli keluarga dan para sahabatnya.  Ya Allah tempatkanlah kami bersama Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak dan memperolehi syufaatnya, aamiin yaa robbal'aalamiin.