Saturday, July 28, 2012

51.0 Teknik foto yang cantik

Inilah cara dan teknik mengambil foto yang dikategorikan sebagai "pro".


Jangan marah Bro ..... bulan2 posa ni kena banyak senyum dan kurangkan marah barulah "steady".

50.0 Raja Faisal Vs Henry Kissinger (USA) 1973

Kerajaan Saudi Arabia pernah memotong bekalan minyaknya ke negara Barat pada Oktober 1973. Kelam kabut dibuatnya di Amerika dan sekutu-kutunya.  Berikut adalah catatan memori Henry Kissinger (Menteri Luar USA @ keturunan yahudi laknatullah) ketika bertemu Raja Faisal.  Selepas Raja Faisal tiada lagi pemerintah negara-nagara Arab khasnya Saudi Arabia yang sanggup melakukan seperti yang dilakukannya kerana tekanan-tekanan yang dikenakan oleh kuasa barat dan pengaruh jahat yahudi laknatullah. Lihatlah apa yang terjadi kepada Iraq, Afghanistan, Libya dan lain-lain. Sekarang mereka mensasarkan Iran, Syria, Turki ..... yang anti-yahudi.




Masjid Al-Aqsa, di mana Nabi Muhammad s.a.w. dimikrajkan ke Sidratul Muntaha dibakar yahudi laknatullah pada 21 Ogos 1969

Layanan istimewa kepada V.I.P negara Barat padahal negara jiran se agamanya menderita kebuluran!


Apabila Raja Faisal (Saudi Arabia) memotong bekalan minyaknya dan menyebabkan negara barat kekeringan minyak pada bulan Oktober 1973, perkataannya yang terkenal ialah: “Kami dan keturunan kami sebelum ini hidup di atas buah kurma dan susu dan kami akan kembali kepada keadaan ini.” 

Pada hari tersebut, Henry Kissinger, Menteri Luar melawat beliau dan cuba mempengaruhi Raja Faisal agar menarik balik keputusannya. Henry mengatakan, ia masih segar dalam ingatannya, ketika ia bertemu Raja Faisal di Jeddah, ia dalam keadaan sedih jadi ia cuba membuat jenaka dan memberitahu Raja Faisal, “Kapal terbang saya kehabisan minyak, adakah Tuanku akan memerintahkan agar ia dibekalkan minyak dan kami bersedia membayar pada kadar antarabangsa?”

Henry menyambung, dalam memorinya, mengatakan Raja Faisal sedikit pun tidak ketawa, baginda mengangkat kepala dan mengadap Henry seraya berkata: “Dan saya adalah seorang tua yang berhasrat menunaikan solat di Al-Aqsa sebelum meninggal dunia, adakah awak sanggup membantu saya menunaikan hasrat ini?”

Friday, July 27, 2012

49.0 Hadith Palsu Popular

Salam Ramadhan 2012/1433 dan Allah menerima amalan puasa kita, Insya'allah.


Dalam keghairahan kita menuntut ilmu bagi menyempurnakan dan mengelokkan lagi ibadat kita, terkadang-kadang kita merujuk kepada buku atau kitab, melayari website dan semua media yang ada tanpa berguru (i.e. berdepan empat mata).  Terkadang-kadang juga kita mengamalkan sesuatu kerana mengikut adat, budaya dan atas alasan "datuk nenek aku dah lama dok amal perkara ni ...." dan tanpa menyedari bahawa apa yang dilakukan/diamalkan itu bercanggah dengan sunnah dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Bidaah dholaalah).

Banyak hadith palsu atau maudhu' yang menjadi popular di kalangan kita umat Islam Malaysia. Kita tidak sedar bahawa ianya palsu dan ada di antaranya hanya rekaan orang-orang yang tidak bertanggungjawab (Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengucapkannya). Antara sebab lain ia dikategorikan sebagai palsu ialah kerana perawinya tidak dikenali, seorang pendusta atau lemah dari segi daya ingatannya dan lain-lain sebab yang ditetapkan oleh ulamak Islam se dunia.

Menyebarkan atau menyampaikan hadith palsu dengan diketahui bahawa hadith tersebut adalah palsu, hukumnya adalah haram. Samada hadith tersebut berkaitan hukum hakam, kisah sejarah, iaitu tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan targhib (menggalakkan ibadah) dan sebagainya.

Jagailah diri kita agar tidak termasuk di dalam golongan yang dinyatakan Rasulullah s.a.w.; "Sesiapa yang menceritakan daripadaku suatu hadith, dan dia mengetahui ia adalah dusta, maka dia juga salah seorang daripada pendusta." (Direkodkan oleh Imam Muslim).  Dan lagi sabda Rasulullah s.a.w.; "Jangan kamu semua berdusta ke atasku maka dia akan masuk neraka." (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).

Saya telah membeli sebuah buku bertajuk "40 Hadis Palsu Popular" karangan Abdul Razak Muthalib seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa, Selangor (Biodata beliau terdapat di muka belakang buku - foto). Buku ini diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd., Batu Caves, Selangor. Saya rasa pengetahuan ini patut dikongsi. Sebaiknya anda pembaca membeli buku ini (RM9.00 sahaja) kerana penerangan tentang setiap Hadith Palsu dihuraikan dengan panjang lebar dan memuaskan. Saya akan perturunkan sebahagian hadith yang selalu kita ucapkan tanpa menyedari kepalsuannya. Teknik menambah ilmu ini juga melalui pembacaan (buku) tanpa guru berdepan, jadi jika terdapat kemusykilan atau kesilapan, harap dapat maklumkan saya (email: syehcooladram@yahoo.com.my). Saya sekadar menyampaikan apa yang diketahui melalui pembacaan, harap maaf.


Muka hadapan buku

Muka belakang buku

HP1: Menuntut ilmu hingga ke China.  
"Tuntutlah ilmu walau ke negara China."

HP2: Rejab bulan Allah.
"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

HP3: Perselisihan adalah rahmat.
"Perselisihan di kalangan umatku adalah suatu rahmat."

HP4: Mengenal diri, kenali tuhan.
"Sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia mengenali tuhannya."

HP5: Bekerja untuk dunia.
"Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esoknya."

HP6: Kelebihan membaca surah Yaasiin.
"Sesiapa yang membaca Yaasiin dan dia niatkan kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampunkannya dan akan dikurniakan kepadanya ganjaran seperti membaca al-Qur'an sebanyak 12 kali, dan setiap Muslim yang dibaca di sisinya surah Yaasiin ketika Malaikat Maut turun kepadanya, akan turun pula daripada setiap huruf daripada surah Yaasiin itu se puluh Malaikat yang akan berdiri di sisinya, mereka akan solat dan memohon ampun baginya ..............."    Hadith lain (palsu) tentang kelebihan surah Yaasiin; "Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada waktu malam, maka dia akan bangun pada paginya dalam keadaan diampunkan dosanya, dan sesiapa yang membaca surah al-Dukhaan pada malam Jumaat, dia akan bangun pada paginya dalam keadaan diampunkan." Hadith lain (palsu); "Sesungguhnya bagi setiap suatu itu mempunyai hati dan hati al-Qur'an adalah Yaasiin. Siapa yang membaca Yaasiin akan dicatatkan oleh Allah baginya dengan bacaan tersebut seperti membaca al-Qur'an sebanyak se puluh kali."

Nota: surah Yaasiin boleh dibaca pada bila-bila masa tanpa mengkhususkan masa tertentu seperti pada malam Jumaat. Terdapat hadith sohih tentang amalan hari Jumaat; "Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan diterangi cahaya di antara dua hari Jumaat." (Direkodkan oleh al-Nasai dan al-Baihaqi).  Hadith sohih yang lain direkodkan oleh al-Darimi: "Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan diterangi cahaya di antara dirinya dan Bait al-'Atiq."

HP7: Syurga di bawah tapak kaki ibu
"Syurga itu di bawah kaki para ibu." 

Nota: terdapat hadith sohih yang lain dengan lafaz berbeza serta menceritakan isi kandungan yang sama. Diceritakan oleh Muawiyah bin Jahimah, bahawa dia datang menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: "Sesungguhnya aku ingin menyertai peperangan jihad, dan aku datang untuk meminta pendapat kamu." Lalu Nabi Muhammad bertanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Dia menjawab: "Ya." Rasulullah bersabda: "Pergilah dan berbaktilah kepada ibu kamu, kerana sesungguhnya syurga berada di bawah kedua kakinya,"  Hadith ini direkodkan oleh an-Nasaie dan Tabrani dan al-Hakim.

HP8: Talaq menggegarkan 'Arasy

"Berkahwinlah kamu semua dan janganlah kamu bercerai talaq. Sesungguhnya talaq itu menggegarkan Arasy."

HP9: Solat sunat malam raya

"Tidaklah mana-mana hamba yang solat enam rakaat pada malam raya kecuali diberikan syafaat kepada ahli rumahnya, yang semuanya sudah dijanjikan neraka."

Terdapat hadith palsu lain yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam raya: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka hatinya tidak mati pada hari semua hati yang lain mati." Apa yang diseru oleh al-Qur'an dan sunnah dalam menyambut hari raya ini ialah menyemarakkannya dengan laungan "takbir".

HP10: Solat yang tidak mencegah kemungkaran

"Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran, maka sebenarnya tidak bertambah hubungannya dengan Allah kecuali semakin jauh."

Sebenarnya ia adalah daripada perkataan Ibn Mas'ud tetapi dengan lafaz yang lain iaitu (hadith sohih): "Sesiapa yang solatnya masih tidak dapat menyerunya ke arah kebaikan dan mencegahnya daripada melakukan kejahatan, maka sebenarnya tidak bertambah hubungan dengan Allah kecuali lebih jauh."

(Insya'allah, akan disambung .... waktu solat Jumaat dari hampir).

HP11: Jihad hati

"Kita pulang dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar." Para sahabat bertanya: "Apakah jihad yang lebih besar?" Nabi Muhammad menjawab: "Jihad hati (memerangi hawa nafsu)."

HP12: Menuntut ilmu daripada buaian

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."

HP13: Solat dengan berserban

"Sesungguhnya solat dengan berserban menyamai dua puluh lima solat tanpa memakai serban."

HP14: Bercakap urusan dunia di dalam masjid

"Siapa yang bercakap tentang urusan dunia di dalam masjid, Allah akan menghapuskan amalannya empat puluh tahun."

Nota: Larangan sebenarnya dalam masjid ialah berjualbeli seperti dalam hadith hasan (sohih) yang direkodkan oleh Tirmizi, "Jika kamu melihat seorang berniaga di dalam masjid, hendaklah kamu ucapkan "semoga Allah tidak menguntungkan perniagaan kamu." Terdapat juga larangan membuat iklan "barang hilang" seperti hadith (sohih) direkodkan oleh Muslim, "Siapa yang mendengar seorang membuat pengumuman untuk mencari barang yang hilang di dalam masjid, maka ucapkan "semoga Allah tidak mengembalikan barang tersebut kepada kamu." Sesungguhnya masjid bukan dibina untuk urusan ini."

HP15: Menziarah kubur hari Jumaat.

"Siapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripada mereka pada setiap hari Jumaat, maka akan diampuni dosanya dan dia akan ditulis sebagai anak yang berbakti."

Terdapat hadith lain (palsu) berkaitan perkara ini juga: "Siapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya pada setiap hari Jumaat kemudian membaca surah Yaasiin di sisi kubur mereka berdua atau salah seorang daripada mereka, akan diampunkan dosanya sebanyak jumlah ayat atau huruf-hurufnya."

Terdapat hadith sohih yang menganjurkan kita menziarahi kubur: Ali bin Abi Talib melaporkan Rasulullah s.a.w. pernah berkata: "Sesungguhnya aku dahulu pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah kubur kerana ia dapat mengingatkan kamu akan akhirat." (Hadith direkodkan oleh Abu Daud, Tirmizi, al-Nasaie, Ibn Majah dan Ahmad).

HP16: Kelebihan solat Tarawih

Dalam sebuah hadith yang panjang, dikatakan ianya disampaikan oleh Ali bin Abi Talib. Beliau menyebut tentang ganjaran pada setiap malam bagi sesiapa yang menunaikan solat tarawih. Kelebihan-kelebihan yang dinyatakan dalam hadith palsu tersebut adalah seperti berikut:

Malam 1: Dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama terhapus sepertimana ia baru dilahirkan dan mendapat keampunan daripada Allah.

Malam 2: Dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang tarawih serta kedua ibubapanya diampunkan (sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam 3: Malaikat berseru di bawah Arasy supaya orang mukmin meneruskan sembahyang tarawih dan berdoa semoga Allah mengampunkan dosa mereka.

Seterusnya Malam 4, 5, 6 ....... hinggalah ke Malam 30: Allah memberikan penghormatan yang teristimewa kepada orang bertarawih lalu berkata dengan maksudnya; "Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad yang bernama al-Kauthar."

Memadailah kita beriman dengan hadith sohih: "Sesiapa yang mendirikan (menghidupkan) Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka diampunkan segala dosanya yang lalu." (direkodkan oleh Muslim).

HP17: Menyapu muka selepas solat (1)

Anas bin Malik menceritakan "Apabila Rasulullah selesai daripada solat, beliau menyapu atas kepalanya dengan tangan kanannya dan berkata: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jauhkanlah daku daripada dukacita dan kesedihan."

HP18: Kisah Alqamah si anak derhaka

Cerita Alqamah yang menderhakai ibunya ini sangat popular dan sering diceritakan oleh para penceramah. Diringkaskan ceritanya, Alqamah seorang ahli ibadat di zaman Rasulullah s.a.w. Selepas berkahwin, beliau dilihat memberi perhatian dan melebih-lebihkan isterinya berbanding ibunya. Ibunya kecewa dan terasa hati. Ketika hendak mati, Alqamah tidak dapat melafazkan ucapan syahadah. Lalu Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya sahabat samada Alqamah masih mempunyai ibu dan disuruh panggil. Ibunya diminta menarik balik kutukannya dan memaafkan Alqamah. Ibunya enggan sehinggalah Rasulullah s.a.w. memerintahkan sahabat mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqamah agar ia cepat mati. Ibunya memaafkannya dan ia dapat mengucap sebelum meninggal dunia.

Nota: Terdapat hadith sohih menceritakan tentang derhaka kepada ibu di antaranya: Abu Bakrah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: "Mahukah aku jelaskan kepada kamu semua tentang dosa yang sangat besar?"  Kami (para sahabat) menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Beliau berkata: "Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibubapa." (Direkodkan oleh Bukhari).

Dalam hadith lain (sohih) yang dilaporkan oleh Ibn Umar, Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di antara golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari akhirat kelak dan tidak akan masuk syurga ialah mereka yang menderhakai ibubapanya. (Hadith hasan sahih).

[kena stop kejap...... waktu berbuka dah hampir!]

HP19: Menyapu muka Selepas Solat (2)

Anas bin Malik menceritakan: "Apabila Rasulullah selesai daripada solatnya, beliau menyapu dahinya dengan tapak tangan kanannya. Kemudian dia melalukan daripada atas muka hingga sampai ke janggutnya, lalu berdoa: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nampak ....................."

HP20: Dunia itu ladang akhirat

Dunia ini ladang bagi akhirat.

HP21: Solat orang yang berkahwin lebih baik

Solat dua rakaat orang yang sudah berkahwin, lebih baik sebanyak 70 rakaat daripada orang yang bujang.

HP22: Amalan khas Nisfu Sya'ban

Dikatakan bahawa Ali bin Abi Talib melaporkan hadith berikut:

"Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman; "Sesiapa yang memohon ampun daripada Ku akan Ku ampunkannya. Sesiapa yang memohon rezeki daripada Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkan. ............................."------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AWAS! Buku 40 Hadith Palsu Yang Palsu? 
Ruj: http://jomfaham.blogspot.com/2012/03/buku-40-hadith-popular-palsu-yang-palsu.html

Pada 4 Jun 2013 i.e. kelmarin, saya terbaca blog di atas dan ia menyanggah beberapa hadith yang dikatakan palsu di dalam Buku 40 Hadith Palsu tersebut dengan ulasan2 dan nas yang jelas.

Di antara hadith2 yang dimaksudkan (tidak palsu):

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China

Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya

Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih

Hadis ke-15: "kita pulang dari jihad yg kecil kepada jihad yang besar". Para sahabat bertanya: "apakah jihad yang paling besar?" Nabi Muhammad menjawab: "Jihad hati ( memerangi hawa nafsu)"

Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat

Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin

Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran

Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat

Wallaahu wa'alam, saya sendiripun tidak tahu mana yang palsu dan mana yang tidak kerana kedua-dua pihak ada nas dan dalil masing-masing. Harap ada pihak2 tertentu dapat menetapkannya. Benarkah "perselisahan adalah rahmat?"

Pada hari ini pula, 5/6/2013 terdapat lagi blog yang mempersoalkan tentang hadith palsu "menuntut ilmu sampai ke negeri China." Sila lawati: http://myinfohubs.blogspot.com/2013/06/hadith-palsu-popular-menuntut-ilmu.html

Wallaahu wa'alam.





























Wednesday, July 25, 2012

48.0 RM1 untuk cuci buah pinggang

Anda tidak percaya? Ini adalah rahsia daun pasli / parsley.



Sudah bertahun-tahun berlalu dan buah pinggang kita berfungsi menapis darah dengan membuang garam, racun dan apa sahaja yang tidak perlu daripada memasuki badan kita. Walau bagaimanapun, garam akan terkumpul dan ia perlu menjalani proses pencucian.

Bagaimana kita hendak melakukannya?

Ianya amat mudah, mula-mula ambil se ikat daun/batang pasli dan dicuci bersih.

Potong hingga kecil batang pasli dan masukkan ke dalam pot / periok. Masukkan air bersih dan didihkan selama 10 minit. Biarkan ia menyejuk kemudian ditapis dan disimpan di dalam botol di dalam peti sejuk.

Minum se gelas air tadi se hari dan kita akan dapat merasakan kesemua garam dan lain-lain racun yang terkumpul keluar dari buah pinggang melalui sistem pembuangan air (kencing). Kita akan dapat merasakan perbezaannya berbanding sebelum ini.

Pasli telah diketahui umum sebagai bahan pencuci buah pinggang yang berkesan / terbaik dan ia adalah semulajadi.

SILA EDARKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT KITA.


Untuk ketahui lebih lanjut tentang pasli, boleh rujuk Wikipedia ini:    http://en.wikipedia.org/wiki/Parsley

Prevention is better than cure!  Buah pinggang kalau dah rosak dan tidak berfungsi lagi, cuma ada dua usaha i.e. yang pertama harapkan adalah sesiapa dari kalangan adik beradik atau sahabat yang sudi mengorbankan se biji buah pinggangnya untuk saudaranya. Dan yang kedua ialah menjalani proses mencuci darah melalui mesin Dialysis atau dikenali Hemodialysis. Proses ini mengambil masa 2 1/2 jam hingga 4 1/2 jam bagi satu2 sessi dan kos bagi setiap penggunaan mesin adalah RM300 - RM400 se kali dan kena lalui sebanyak 3 kali se minggu jika mahu teruskan kehidupan.

In medicine, hemodialysis (also haemodialysis) is a method that is used to achieve the extracorporeal removal of waste products such as creatinine and urea and free water from the blood when the kidneys are in a state of renal failure. (Rujuk:  http://en.wikipedia.org/wiki/Hemodialysis ).

Jadi, sayangi buah pinggang anda, jagailah ia supaya sentiasa berfungsi dengan baik. Terpulanglah kepada anda untuk mengorbankan RM1 membeli daun pasli atau melalui proses Haemodialysis yang melibatkan kos kewangan, masa dan lain-lain.  Good Luck!


 Proses Dialysis


Mesin Hemodialysis






47.0 Buku Panduan Pesara Kerajaan

Untuk makluman member Pesara, saya ada salinan lengkap Buku Panduan tersebut (36 mukasurat termasuk Borang2 yang berkaitan) tetapi dalam format ppt (Powerpoint), jadi tak dapat nak di download/upload di blog ini.  Walaubagaimanapun, pihak sdr/sdri bolehlah buka website JPA atau hubungi JPA di alamat tertera di bawah ini.

Saya boleh membantu melalui hantaran e-mail. Sesiapa berhajat boleh hantar email kepada saya di: datsalentp@yahoo.com 






46.0 Kad Pesara Baru


Kepada sdra/sdri pesara Kerajaan, sila ambil maklum dan tindakan memohon Kad Pesara Baru dari JPA (Bahagian Pencen).

Wednesday, July 18, 2012

45.0 Function Keys dan Shortcuts (Windows) di Komputer


Setiap hari kita mengguna papan kekunci (keyboard) komputer. Di bahagian atas sekali terdapat butang-butang fungsi i.e. F1, F2 .... F12. Ramai di antara kita tidak menoleh pun butang2 tu tetapi sebenarnya ia akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses penyiapan kerja komputer kita jika kita mahir menggunakannya.

Di bawah ini adalah senarai fungsi setiap butang diambil dari web: http://www.computerhope.com/keys.htm

Commonly known as "function keys", F1 through F12 may have a variety of different uses or no use at all. Depending on the installed operating system and the software program currently open will change how each of these keys operate. A program is capable of not only using each of the function keys, but also combining the function keys with the ALT or CTRL key, for example, Microsoft Windows users can press ALT + F4 to close the program currently active.

Below is a short-listing of some of the common functions of the functions keys on computers running Microsoft Windows. As mentioned above not all programs support function keys and may perform different tasks then those mentioned below. If you are looking for more specific shortcut keys and function key examples we suggest seeing our shortcut key page.

F1
· Almost always used as the help key, almost every program will open the help screen when this key is pressed.
· Enter CMOS Setup.
· Windows Key + F1 would open the Microsoft Windows help and support center.
· Open the Task Pane.

F2
· In Windows commonly used to rename a highlighted icon or file.
· Alt + Ctrl + F2 opens document window in Microsoft Word.
· Ctrl + F2 displays the print preview window in Microsoft Word.
· Enter CMOS Setup.

F3
. Often opens a search feature for many programs including Microsoft Windows.
· In MS-DOS or Windows command line F3 will repeat the last command.
· Shift + F3 will change the text in Microsoft Word from upper to lower case or a capital letter at the beginning of every word.

F4
· Open find window.
· Repeat the last action performed (Word 2000+)
· Alt + F4 will close the program currently active in Microsoft Windows.
· Ctrl + F4 will close the open window within the current active window in Microsoft Windows.

F5
· In all modern Internet browsers pressing F5 will refresh or reload the page or document window.
· Open the find, replace, and go to window in Microsoft Word.
· Starts a slideshow in PowerPoint.

F6
· Move the cursor to the Address bar in Internet Explorer and Mozilla Firefox.
· Ctrl + Shift + F6 opens to another open Microsoft Word document.

F7
. Commonly used to spell check and grammar check a document in Microsoft programs such as Microsoft Word, Outlook, etc.
· Shift + F7 runs a Thesaurus check on the word highlighted.
· Turns on Caret browsing in Mozilla Firefox.

F8
· Function key used to enter the Windows startup menu, commonly used to access Windows Safe Mode.

F9
· Opens the Measurements toolbar in Quark 5.0.

F10
· In Microsoft Windows activates the menu bar of an open application.
· Shift + F10 is the same as right-clicking on a highlighted icon, file, or Internet link.
· Access the hidden recovery partition on HP and Sony computers.
· Enter CMOS Setup.

F11
· Full-screen mode in all modern Internet browsers.
· Ctrl + F11 as computer is starting to access the hidden recovery partition on many Dell computers.
· Access the hidden recovery partition on eMachines, Gateway, and Lenovo computers.

F12
· Open the Save as window in Microsoft Word.
· Shift + F12 save the Microsoft Word document.
· Ctrl + Shift + F12 prints a document in Microsoft Word.
· Preview a page in Microsoft Expression Web
· Open Firebug.

Additional information

· Computer keyboard keys and explanations.

· Computer keyboard shortcuts

· See the function keys definition for further information about this term and related terms.

Boleh rujuk juga web ini:  http://www.seoconsultants.com/windows/keyboard/

Tambahan 2 Jun 2013: lagi shortcut keys komputer (windows):

Keyboard Shortcuts (Microsoft Windows)

1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box - Keyboard Shortcuts

1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the Toggle Keys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
25. NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
26. LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
27. RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Shortcut Keys for Character Map

After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:

1. RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
2. LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
3. UP ARROW (Move up one row)
4. DOWN ARROW (Move down one row)
5. PAGE UP (Move up one screen at a time)
6. PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
7. HOME (Move to the beginning of the line)
8. END (Move to the end of the line)
9. CTRL+HOME (Move to the first character)
10. CTRL+END (Move to the last character)
11. SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)

Microsoft Management Console (MMC)
Main Window Keyboard Shortcuts

1. CTRL+O (Open a saved console)
2. CTRL+N (Open a new console)
3. CTRL+S (Save the open console)
4. CTRL+M (Add or remove a console item)
5. CTRL+W (Open a new window)
6. F5 key (Update the content of all console windows)
7. ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
8. ALT+F4 (Close the console)
9. ALT+A (Display the Action menu)
10. ALT+V (Display the View menu)
11. ALT+F (Display the File menu)
12. ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts

1. CTRL+P (Print the current page or active pane)
2. ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
3. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
4. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
5. F5 key (Update the content of all console windows)
6. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
7. CTRL+F5 (Restore the active console window)
8. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation

1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts

1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web page)
11. CTRL+W (Close the current window)


44.0 Kreatif

Kreatif 1: tandas awam - one way mirror
Tandas terletak di bahu jalan awam - dinding cermin

dari dalam tandas awam, boleh menikmati pandangan di luar ...... 
sanggupkah anda mengguna tandas ini????

Kreatif 2: Lukisan 3D di lantai bilik air
Pastikan pengguna bilik air ini bukan se orang yang mengidap lemah jantung ....

Kreatif 3: Hiasan siling di ruang merokok! 
bayangkan anda di dalam kubur .... seram!


43.0 D.I.Y no.2

Kita biasa menyimpan barang-barang masakan atau makanan di dalam plastik. Supaya tahan lama dan tidak masuk angin, kita akan mengikat muncung plastik dengan getah.

Ada sahabat hantar kepada saya cara yang lebih efektif dan murah dengan recycle botol minuman - lihat foto dan selamat mencuba.


langkah 1: potong/gunting bahagian atas muncung botol minuman


langkah 2: masukkan muncung plastik makanan ke dalam lubang muncung botol dan pasang penutupnya, gerenti tak masuk angin!

Saturday, July 14, 2012

42.0 JJK - Jom jalan kaki!

Berjalan kaki biasa dengan tenang tidak gopoh-gapah atau jogging adalah satu cara penjagaan kesihatan yang amat murah (tidak perlu apa-apa peralatan senaman yang mahal-mahal).

Di bawah tapak kaki kita terdapat point-point yang berkait dengan setiap organ dalaman kita. Dengan mengusap atau mengurut point-point tersebut, ia boleh merawat kesakitan yang dialami, Insya'allah. Sekarang ini terdapat pakar "Reflexology" (urut tapak kaki). Tapi kalau tiada masa atau susah mencari pakar, memadai luangkan sedikit masa dengan banyakkan berjalan kaki.  Telah jadi tabiat kita, kalau bawa kereta, mesti parking paling dekat dengan tempat yang dituju seperti pejabat atau kompleks perniagaan. Apa kata, parking jauh supaya dapat berjalan kaki.  Apabila berjalan kaki, secara tidak langsung kita menekan "suis" organ-organ badan kita supaya ia sentiasa cergas dan berfungsi dengan baik.  Bangunan tinggi ada lif, apa salahnya sekali sekala jangan naik lif tapi jalan kaki naik tangga (takat tingkat 2 atau 3 okaylah).


Teringat saya kepada al-marhum walid saya, Shaikh Ahmad Baladram.  Sejak saya kecil lagi, saya lihat boleh dikatakan setiap pagi, al-marhum akan keluar rumah (terletak di sebelah kedai kopi Jalan Patani, Pulau Pinang) berjalan kaki ke Jalan Dato Keramat malah sehingga Simpang Enam (KOMTAR) dan balik selepas makan nasi kandar.  Al-marhum meninggal dunia dalam usia 71 tahun kerana serangan jantung.  Allah rahmati ruhnya, Amiin.

Terdapat satu artikel menceritakan kelebihan jogging. Sila rujuk: http://www.hopeitw.com/keep-walking/

The organs of your body have their sensory of touches at the bottom of your foot. If you massage these points you will find relief from aches and pain as you can see the heart ♥ is on the left foot. Typically they are shown as points and arrows to show which organ it connects to.

It is indeed correct since the nerves connected to these organ terminate here. This is covered in great details in Acupressure studies or textbook.

ALLAH (swt) created our body so well that He thought of even this. He made us walk so that we will always be pressing those pressure points and thus keeping these organ activated at all times.


Jadi, jom kita berjogging. Beli kasut getah yang murah-murah dah memadai asalkan jangan pakai kasut bertapak tinggi di tumit.  Jadikan kehidupan kita sentiasa sihat afiat.  Prevention is better than cure!

41.0 Nasib Se ekor Gajah

Pada suatu hari, seorang pemuda melintasi se ekor gajah dan kemudian ia berhenti, agak keliru bagaimana se ekor gajah yang besar diikat pada kayu pancang dengan tali kecil di kaki belakangnya. Tidak diikat dengan rantai besi dan tiada pagar/kandang.  Memang jelas, gajah ini boleh, pada bila-bila masa, melepaskan diri tetapi ia tidak berbuat demikian. 

Pemuda tadi menemui pelatih gajah dan bertanyakan mengapa gajah itu berdiri sahaja di situ dan tidak mencuba melarikan diri dari ikatan itu. "Begini," kata pelatih gajah, "semasa gajah ini masih kecil, kami menggunakan tali yang sama saiznya (kecil) untuk mengikat mereka, tali itu sesuai dengan umur mereka ketika itu.  Apabila gajah ini besar dan dewasa, ia telah dilatih supaya mempercayai bahawa ia tidak boleh melepaskan diri. Mereka percaya tali kecil itu masih mengikat mereka, jadi mereka tidak akan berusaha melepaskan diri."

Pemuda itu rasa pelik, haiwan-haiwan ini boleh melepaskan diri dari ikatan bila-bila masa, tetapi kerana mempercayai bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian, mereka kekal di situ.

Seperti gajah-gajah tersebut, berapa ramai di kalangan kita yang mengharungi kehidupan ini, berpegang kepada satu kepercayaan yang kita tidak boleh berbuat sesuatu hanya kerana kita gagal melakukannya se belum ini?

Jadi, sedarilah kemampuan dan keupayaan kita, keluarlah dari kepompong kepercayaan yang karut marut dan takut kepada kegagalan.  Hanya kerana kita tidak boleh melakukan sesuatu pada suatu ketika, atau sesuatu yang dilakukan tidak menjadi sebelum ini, tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya sekarang. Fikir-fikirkanlah!

[Diterjemah dari FB, Hope In The World].

Friday, July 13, 2012

40.0 Durian Belanda

Tahukah anda buah durian belanda adalah penawar bagi kanser?  Lepeh ni, harga durian belanda melambung lah pulak!

“10000 times stronger killer of CANCER than Chemo”.. do share it.. can save many lives, fill up hopes and build confidence in the patients…

The Sour Sop or the fruit from the graviola tree is a miraculous natural cancer cell killer 10,000 times stronger than Chemo.

Why are we not aware of this? Its because some big corporation want to make back their money spent on years of research by trying to make a synthetic version of it for sale.

Nak tahu lebih lanjut, buka website ini:  http://www.hopeitw.com/cancer-killer-fruit/



39.0 Vertical Garden

Kita selalu tengok taman bunga di padang kebun bunga.  Di Sepanyol terdapat taman bunga menegak ......

Easy way to beautify Concrete Jungles/Heavy urban areas. Can easily add a touch of artistry and increase mood! This could easily be implemented in Urban environments.

"Spain has been bursting forth with lots of green roofs and vertical gardens. This vertical garden is located in the town square of San Vicente del Raspeig in the southeast of Spain and was designed by architect Jose Maria Chofre. The six-story vertical garden is installed on the facade of a children's library, where it creates a spectacular organic contrast to the urban complex and the surrounding angular concrete buildings."


38.0 D.I.Y

D.I.Y (Do It Yourself) atau BBS (Boleh Buat Sendiri)

amat kreatif - sodok buang sampah dari botol plastik


37.0 Lampu Botol

Kaedah murah dan berkesan untuk sistem pencahayaan di Fillipina. Sangat kreatif.


nota: "In the Philippines, to bring sustainable lighting to homes in impoverished communities, empty plastic bottles are being installed in ceilings. Filled with water and bleach, they refract sunlight, and provide light equivalent to a 55watt light bulb."

36.0 H.B.P

HBP - kalau di USM ia dikenali sebagai Housing, Building & Planning ataupun Hantu Balik Pagi. Saya adalah graduan kursus HBP ini tahun 1981 dan selalu balik ke rumah waktu pagi kerana habiskan kerja di studio se panjang malam.  Siapa yang ambil kursus ini, tahulah perik susahnya untuk mendapat se gulung ijazah HBP.

HBP, USM 1981 - projek: rekabentuk Club House dan Marina di Tanjong Tokong, Pulau Pinang

Saya tak mahu cerita lanjut tentang HBP, USM kerana saya akan ceritakan tentang HBP = High Blood Pressure = Tekanan Darah Tinggi.

Saya bentangkan soal-jawab tentang HBP ini yang diambil dari website kesihatan.

Apakah penyakit darah tinggi???
Taburan tekanan darah antara satu kawasan penduduk dengan yang lain berbeza begitu juga dengan antara kaum. Namun secara umum tekanan darah dikira tinggi bila ada risiko yang jelas terhadap kesihatan. 


Tekanan darah normal berapa???
Jika berdasar kajian Framingham Study, Tekanan darah seperti berikut : 
>160/95 darah tinggi
140/90-160/95 'borderline'
<140/90 normal  


The 1st Number: Systolic pressure (atau bacaan Atas) is the pressure generated when the heart contracts. 

The 2nd Number: Diastolic pressure (atau bacaan Bawah) is the blood pressure when the heart is relaxed.


Automatic Blood Pressure Monitor - jenis Omron SEM-1 Model menggunakan 4 biji bateri alkaline AA. 



Penyebab darah tinggi ???
Hipertensi primer
Penyebab :
Kesan genetik
Kesan alam sekitar
Minum alkohol
Tinggi pengambilan garam
Faktor hormon

Hipertensi sekunder
Penyebab:
Penyakit endokrin seperti Conn dan Cushinh syndrome
Penyakit salur darah atau jantung (cardiovascular )
Pengambilan ubatan seperti Pil Perancang

Apakah komplikasi ???
Komplikasi seperti berikut : 
1. Rosak salur darah : salur darah boleh tersumbat
2. Kelemahan jantung (heart failure)
3. Kerosakan buah pinggang dan lain-lain 


Apakah pemeriksaan yang perlu ???
1. Xray dada : tengok saiz jantung dan keabnormalannya 
2. ECG : tengok fungsi jantung
3. Ujian air kencing : kesan pada buah pinggang
4. BUSE : tahap biokimia darah

Rawatannya???
Langkah umum:
1. Kurangkan berat badan
2. Kurang minum alkohol (jangan minum - Haram bagi orang Islam)
3. Kurang makan garam
4. Senaman berterusan, kurangkan stress
 
Ubatan :
1. Diuretics : spt Thiazide
2. B-adrenergic :spt Atenolol
3. Vasodilator : spt Nifedipine 

4. ACE inhibitor : spt Captopril dan lain-lain lagi 

Apakah prognosis (kemungkinan )???
Bergantung kepada beberapa perkara seperti :
1. Keterukan darah tinggi
2. Adakah komplikasi sudah berlaku pada jantung, buah pinggang dan lain-lain
3. Faktor risiko lain seperti lemak badan tinggi, keluarga ada sakit jantung, kurang senaman dan lain-lain 


[sila lihat/buka juga post saya bertarikh 19 Mac 2012 bertajuk Carta Tekanan Darah]



Monday, July 9, 2012

35.0 Jawatan Kosong ....

Iklan Jawatan Kosong ..... lawak tapi serius!


Ayoh kita mengisi kekosongan jawatan tersebut di surau atau masjid berhampiran, insya'allah besar ganjaran pahalanya. Bayaran gaji, elaun, bonus dll. akan dibayar di akhirat, pada masa itu, terbeliak biji mata terkejut mendapat habuan yang tidak pernah dibayangkan, Insya'allah. Mungkin ada di antara kita akan menyesal dan menepok dahi, "kenapalah dulu aku tak kerap pergi ke masjid?".


Subhaanallah, Masyaa'allah. Allah mengambil kedua-dua kakinya tetapi ia sedikitpun tidak menjejaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan sanggup ia ke masjid, kita bagaimana?

34.0 Business FOREX On-Line - Haram!

Mungkin ada di antara kita yang meminati dan sedang bergiat dalam perniagaan matawang asing atau Forex secara On-Line. Dikepilkan petikan artikel dan fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 13-15 Februari 2012. Bagaimanapun, keputusan fatwa ini TIDAK TERPAKAI jika berurusniaga matawang asing di kaunter pengurup wang (Money Changer) atau institusi kewangan berlesen.



(Petikan dari Majalah Iman, edisi April 2012, m/surat 77)

33.0 Polisi Insuran Kereta - Maklumat penting

Setiap kita yang memiliki kenderaan "diwajibkan" mengambil insuran First Party (i.e. insuran merangkumi kecurian dan kemalangan yang dialami oleh kita). Yang peliknya, kereta Kancil saya tahun 2002, tiada hutang bank, apabila saya hendak mengambil Insuran Third Party (i.e. pihak syarikat insuran akan bayar kepada pemilik kenderaan yang berlanggar dengan kita), pihak syarikat insuran kata tiada jadi saya terpaksa ambil First Party RM300.00 (nota: road tax Kancil 660cc = RM20.00 setahun).

Di bawah ini, saya "cut & paste" maklumat yang diterima dari seorang sahabat tentang Insuran Kenderaan yang saya rasa PENTING diketahui oleh kita dan sedikit maklumat tentang "kehilangan KP/IC".

Regards
Abd Talib Said

To All Car Owners.
Car Insurance Claim Void - IMPORTANT‏

In any case, when making a police report, you must ALWAYS report that the CAR WAS STOLEN without your knowledge. If you reported it as the car was driven away when it was left in the car wash, no insurance will pay you. You can only sue the company for negligence. Advice: Let the professional do the report! I have a car crashed and broke a lamp post, and the towing agent told me to pay RM100 to let him and "the professional" do the standard report that can guarantee dapat the insurance claims! I got the claims and escape paying for the broken lamp post! I was warned: If I were to report the actual reasons my way on how the car crashed, I won’t be able to get the insurance claims.

Note: Reasons such as tyre bursts, driver tidur, car skidded, heavy rain, car went out of control, road slippery etc. all these reasons will be rejected by insurance companies and you get zero claims. It must be reported as an accident not because of your fault, the car's technical fault, road fault, weather's fault but must put the blame on others as the cause of accident!

You can declare yourself as the cause of accident, can still get the insurance claim, but the Police will fine you first RM300 and you have to pay for the replacement of the damaged lampost!

A Lampost at Plus Highway will cost you RM4000!

Same thing if you parked your car under a tree and a branch fell off and damaged your car. If you report as a parked car – your claim will not be entertained.

You have to report that while you are driving your car, the branch fell and damaged your car.

CAR INSURANCE CLAIM VOID...

Be careful, if you have the habit of sending your car for car wash or other similar places such as car jockey at car park, while in shopping complex etc..

Two weeks ago my nephew sent his Toyota Harrier for a car wash in the car park of Bangsar Shopping Complex while he had an appointment there. He handed the car keys to the car wash people and left the car park for his appointment.

After the appointment he went to collect his car, & the car wash people told him that his car had been collected. HOW COULD IT BE!?

After a prolonged argument without any results, he had no choice, but to make a police report... and follow up with an insurance claim.

The Insurance company rejected his claim because the car was not stolen. The point of contention was why he had handed over the car keys to someone unknown, and why he had not waited till the car washing was finished. 

So, be careful next time. If you really need to send your car for a car wash, better stay there and wait for your car, if not, this may happen to you..

Please forward this message to all your friends to warn them.

" I am agent of MSIG, ZURICH and BERJAYA SOMPO confirm that if you hand over the keys of your car for someone to take care example :- Car Wash, Car Park and on your return if the Car is 'taken' away, Insurer WILL NOT PAY for the 'Loss'

NOTES FROM AN INSURANCE AGENT:

1. OTHER COMPANIES IN MALAYSIA , TOO, WILL NOT PAY FOR SUCH A LOSS.

2. IF YOU LEAVE YOUR CAR ENGINE RUNNING AND YOUR CAR DOORS UNLOCKED, WHILE YOU POP INTO THE GROCERY STORE FOR EVEN A FEW SECONDS, AND SOMEONE DRIVES YOUR CAR AWAY, THE INSURANCE COMPANY WILL NOT PAY.

PLEASE BE MORE CAREFUL!!!

LOSS OF I.C.

In an unrelated event: Loss of I.C. If you lose your IC and go to get a replacement at the Bahagian Pendaftaran, the fine is RM100 for a first offender (Nota: perkara yang sama telah berlaku kepada anak saya).

If you lost your IC again, the fine will be doubled and so on. If you made the police report that your IC was pick-pocketed (somewhere, say Pasar Malam) the Bahagian Pendaftaran won’t fine you! You get the replacement for free within 24 hr! Just trying to out smart them.

AL - KISAH ... nasib Wira negara! 



Al-kisah, kereta saya di parking di luar rumah seperti biasa (Taman Pekaka, Sg. Dua). Pada jam hampir 12.00 tengahmalam, 18 Ogos 2005, tiba-tiba terdengar dentuman kuat dan enjin lori. Alarm kereta saya berbunyi. Dari tingkap, saya lihat sebuah lori tanah menghentam belakang kereta saya. Sementara hendak membuka pintu dan kunci grille rumah, lori telah cabut lari dan tak sempat melihat nombornya. Diringkaskan cerita, beberapa orang pemuda yang berada di dalam sebuah kereta di belakang lori tersebut berhenti dan memberi maklumat nombor plet lori.  Saya pun membuat laporan Polis di keesokan hari.  Pihak Polis menyemak dan nombor tersebut adalah nombor sebuah motosikal (i.e. nombor palsu).  Jadi saya mengambil keputusan "repair sendiri" (nak charge kepada siapa?), kena RM2,500.00 (NCB insuran pun dah maksima). Yang sedihnya bukan pasal kena bayar tak pasal-pasal tetapi sedih kerana tiada seorang jiran pun yang tinggal berdekatan yang tampil atau bertanya khabar apa yang berlaku atau memberi maklumat tentang lori hantu itu. Semua buat hal masing-masing, rumah masih cerah (belum tidur). Bunyi dentuman dan alarm kereta sudah cukup kuat untuk menarik perhatian. Kadang-kadang terfikir juga nak tukar nama taman tu kepada Taman Pekak A kerana tiada siapa yang dengar apa yang berlaku. Jangan marah, nanti kena lelong!!!