Thursday, August 29, 2013

211.0 Enjin petrol terkecil di dunia.

Sumber dari: http://buzzreal.com/worlds-smallest-petrol-engine/

Tak lama lagi, bateri hanfon atau laptop kita tak payah dok caj dah. Pakai enjin ni boleh tahan berbulan-bulan tanpa dicaj semula. 

Scientists have created the smallest petrol engine in the world which is less than a centimeter long and not even half an inch, small enough to power or any small gadget. The mini-motor which runs for at least two years on a single squirt of lighter fuel is set to revolutionize technology associated with it. It generates around 700 times more energy than a conventional battery. It could be used to operate laptops and mobile phones for months doing away with the need for charging.

The engine, minute enough to be balanced on a fingertip, has been produced by engineers at the university of Birmingham. Experts believe it could be phasing out batteries in such items which just six years. At present, charging an ordinary battery to deliver one unit of energy involves putting 2,000 units into it. The little engine, because energy is produced locally, is far more effective.

The main problems which faced by the engineers who have tried to produce micro motors in the past has been the levels of heat produced. The engines got so hot they burned themselves out and could not be re-used. The Birmingham team overcame this by using heat-resistant materials such as ceramic and silicon carbide.

210.0 Serangan jantung Vs Tendangan Penalti

Serangan jantung Vs Penalti

  

According to british scientists, the risk of a heart attack increases for people who watch soccer penalty shoot-outs.

Soccer is commonly known as a football is a game with the biggest audience in the world. It doesn’t matter which country you belongs to but you can always find a football enthusiast people in a park near you. But the case becomes even more vivacious when its come to England.

Football is the most watched sport in England with the millions of diehard fans supporting to their national team and their club. The significance of football can be assessed by analyzing the study published by british medical journal which carried out an experiment in which they counted the admissions before, during, and after the 1998 world cup match between England and Argentina. The penalty shoot-out of the match ended in the elimination of England from the world cup and because of that 25% of the watchers to suffer from a heart attack! The audience of the match was a whopping 24 million, and report suggest that many people just couldn’t bear the stress and suspense of the penalty shoot-outs. The heart attacks were more common among men than women.

Professor Carroll, a contributor in the study, went as far as suggesting to football authorities that penalty shoot-outs should not be the method to decide a deadlocked match.

He also said that the majority of football fans I know do not like penalty shoot-outs, and so given there is provisional health evidence that they might not be the greatest things either, perhaps they ought to look for an alternative solution.

Serangan jantung Vs Minum air suam



An interesting article in which the importance of warm water can be seen and what effect can be seen in our body. The Japanese and Chinese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.

This article is applicable to those who like to drink cold water. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this ‘sludge’ reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

Common Symptoms Of Heart Attack..

A reason for heart attack is not only be the left arm hurting . Be aware of intense pain in the jaw line.
The common symptom of heart attack is intense sweating and Nausea. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let’s be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive.

Monday, August 26, 2013

209.0 Zuriat

Kita pernah mendengar malah memerhatikan sendiri ada sebuah keluarga yang mempunyai 10 anak lelaki, tiada anak perempuan. Ada pula yang memiliki 5 anak perempuan, tiada anak lelaki. Ada juga yang memiliki lima anak lelaki dan lima anak perempuan (macam keluarga saya) dan yang paling sedih, kahwin bertahun-tahun, seorang anak pun tiada walaupun tinggal di rumah banglo 5 bilik dan serba mewah.  Ada pula sebuah keluarga yang ramai dengan anak tetapi tinggal di sebuah pondok buruk yang menunggu masa untuk rebah ke bumi. Demikianlah takdir Allah s.w.t. ke atas hamba-hambaNya.  Tiada siapa boleh membantah dengan pemberian Allah kerana Allah lebih mengetahui tentang hambaNya.  Jadi, bersyukurlah selalu, jangan berburuksangka dengan Allah dan sentiasa redha dengan qadha dan qadar Allah.

Junjungan kita Rasulullah s.a.w. juga pernah diherdik (diperli) oleh orang kafir Makkah kerana tidak mempunyai zuriat anak lelaki (rujuk surah Al-Kauthar). Pada zaman Arab Jahiliyah, mereka berbangga dengan memiliki anak-anak lelaki yang akan menyambung zuriat keturunan mereka (anak perempuan tidak diambilkira di dalam salasilah keluarga). Rasulullah s.a.w. telah ditakdirkan Allah, anak-anak lelaki baginda meninggal dunia ketika kecil.  Jadi mereka mengejek dengan mengatakan zuriat Rasulullah s.a.w. telah terputus (tetapi Allah mengherdik mereka dengan firmanNya: Sungguh orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus (dari rahmat Allah) - al-Kauthar, ayat 3).  Zuriat dari junjungan Rasulullah s.a.w. atau ahlul bait, wujud sehingga ke hari ini melalui zuriat Saiyidina Ali Abi Talib dan Fatimah (puteri Rasulullah s.a.w.) yang tetap dipelihara Allah.

Jadi, bersyukurlah dengan pemberian Allah s.w.t. walaupun hati sering diganggu oleh bisikan syaitan laknatullah agar tidak mensyukuri nikmat Allah.


208.0 Alam Perkahwinan

Foto hiasan. Selamat Pengantin Baru kepada Siti Muniera Shaikh Munawar Baladram dan pasangannya Mohd Hassan Hj Misran pada 25/8/2013. Didoakan perjodohan kekal abadi dan sebuah rumahtangga yang harmoni lagi diberkati Allah.

Apabila seorang lelaki mengucapkan "aku terima nikahnya ......" bermakna ia telah berjanji dengan Allah akan mengambil pasangannya sebagai isteri yang akan dibelai dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

Pemikiran yang betul dan positif adalah syarat untuk kita bersikap positif. Mental attitude yang betul sangat penting dalam melayari bahtera rumahtangga. Attitude yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumahtangga yang tidak menentu.

Untuk membina dan mengekalkan kesuburan cinta, kita perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah langkah praktikal bagaimana untuk kita bina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif.

Fokus pada tanggungjawab diri, bukan sekadar menuntut hak

Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakan manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan haknya semata-mata. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “Aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam beberapa situasi, kita tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan?

Fokus pada tanggungjawab diri – sebagai suami atau isteri, kita dituntut oleh syariat Islam untuk melaksanakan tanggungjawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Menuntut hak tidak salah, Islam menggariskan hak-hak suami yang wajib dipenuhi isteri, dan hak-hak isteri yang wajib dipenuhi suami. Namun, menunaikan hak pasangan itu lebih utama.

Tidak guna memberi hantaran cincin bertatah batu berlian tetapi melayan isteri amat buruk sekali.

Inilah prinsip asas, inilah golden rule yang harus difahami dan digenggam oleh setiap daripada kita yang bakal atau sedang melayari alam perkahwinan.

Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan. Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu. Padahal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup, fokus kepada apa yang kita boleh lakukan untuk melaksanakan tanggungjawab kita.

Sabda Rasulullah s.a.w. : مَنْ لا يَرْحَمْ لاَ يُرْحَمْ !

Siapa yang tidak memberi rahmah (kasih sayang), dia tidak dirahmati (dikasihi disayangi).
(Muttafaqun ‘alaih)

تَهَادُوا تَحَابُّوا

Berilah hadiah sesama kamu, nescaya kamu akan saling cinta-mencintai. (Riwayat Al Baihaqi)

Mereka yang berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sering mendapat haknya sebagai ganjaran. Mereka yang memberi kasih sayang, akan mendapat kasih sayang sebagai ganjaran. Kasih sayang daripada siapa? Kasih daripada Allah s.w.t Maha Pencipta, kasih daripada sesiapa yang dikehendakiNya, juga daripada makhlukNya di muka bumi, antaranya ialah pasangan hidup dan manusia.

Manusia sering merasakan bahawa dengan menerima kebaikan, hati akan gembira dan bahagia. Benar, tetapi ada satu lagi perkara yang akan membuatkan hati gembira dan bahagia, iaitu memberi kebaikan. Mungkin ramai yang tidak percaya, namun seringkali perkara inilah yang tidak dilakukan, yang menyebabkan hati manusia tidak bahagia. Ya, tidak memberi kebaikan, maka hati tidak bahagia.

Giving, it is one of our needs. The need to give. Berilah kebaikan, buatkan pasangan gembira dan bahagia, nescaya kita juga akan gembira, bahagia dan terima kebaikan.

What you give is what you get. What goes around, comes around.

Berkahwin bukan sekadar untuk menerima daripada pasangan, tetapi juga untuk memberi. Tidak sempurna erti perkahwinan dengan hanya menerima. Menjadi baik dan memberi kebaikan, adalah sebahagian daripada erti perkahwinan.

Jalan menuju gerbang perkahwinan bukan sekadar usaha mencari yang baik, tetapi juga usaha agar dirimenjadi baik, agar dapat memberi di alam perkahwinan.

Banyakkan usaha menjadi baik, dan lebih baik, warnai kehidupan seharian dengan nilai-nilai Iman dan Islam. Kemudian berusaha mencari yang baik, insyaAllah, yang terbaik akan Allah s.w.t aturkan buat kalian.

Antara pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah:

“Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Kita juga perlu jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan kebaikan. Definisi baik buruk, menurut neraca apakah yang kita pegang? Bukan neraca nafsu, bukan neraca akal manusia semata-mata. Definisi baik buruk yang kita pegang adalah apa yang ditetapkan Allah s.w.t., dalam kata lain, neraca syara’, neraca Islam. Perkara baik, adalah apa yang syara’ tetapkan sebagai baik. Perkara buruk, adalah apa yang syara’ tetapkan sebagai buruk.

Menjadi dan Memberi Kebaikan Di Pentas Kehidupan

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa. (An-Nahl: 30)

Ayuh kita berusaha menjadi baik, meningkatkan amal kebaikan, memberi kebaikan kepada manusia. Jalan ke arah kebaikan itu banyak, medan amal kebaikan itu luas. Berusaha agar semakin banyak kebaikan dapat dilakukan dan diberi, nescaya semakin banyak kebaikan yang akan kita terima, di dunia, bahkan lebih lagi di akhirat. Inilah janji Allah Yang Maha Pemberi, Maha Pembuka Rahmat.

By: Ahmad Faiz
Sumber: http://www.islamituindah.my/menjadi-dan-memberi-di-alam-perkahwinan

DALAM HATI TERSIMPUL CINTA

Cinta. Ceritera biasa muda-mudi dan remaja. Fitrah manusia ingin mencintai juga dicintai. Adam perlukan Hawa, Hawa perlukan Adam.

Namun, fitrah perlu dibajai iman, hati perlu disiram zikir, agar ia tumbuh subur dan memberi pulangan ketenangan serta redha Allah yang utama. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati, tiga hati atau banyak hati. Cinta yang didamba hingga ke penghujung, hanya bertahan di pertengahan, terkulai dimamah usia cinta dosa yang dibelai.

Dalam hati tersimpul cinta,
Bagai dunia aku yang punya,
Sungguh sulit mendefinisi bahagia,
Hanya yang merasa memahaminya.

Mengayam cinta bertakhtakan iman. Cinta adalah perkataan yang indah dan suci sekiranya takwa menjadi benang dalam menyulam cinta.

Falsafah cinta menyebut: Kita tidak sempurna tetapi perkahwinan menyempurnakan kita.

Dalam menapak menaiki tangga menuju gerbang perkahwinan, perancangan dan persediaan perlu kemas disusun. Sesungguhnya, yang paling sukar adalah persediaan jiwa. Jiwa perlu bersih, kuat, jernih, suci dan cekal untuk melangkah ke alam yang baru ini.

Apabila si teruna dan dara diijabqabulkan maka terbinalah rumahtangga. Mungkin inilah tafsiran kebanyakan orang apabila ditanyakan maksud rumahtangga. Islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan Islam merupakan sistem keluarga. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan kediaman. Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan antara hati-hati yang ditegakkan di atas tunjang kasih mesra, saling simpati, saling melindungi, saling berbudi, juga ditegakkan di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri. Di bawah lindungan rumahtangga juga lahirnya anak-anak dan dari rumahtangga memanjangnya tali hubungan kasih sayang.

Al-Quran menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan lembut, gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra. Gambaran hubungan yang memperlihatkan bayang yang teduh dan embun-embun yang basah, dan gambaran hubungan yang melepaskan bau-bau yang semerbak harum.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Surah Ar-Ruum: 21)

Itulah hubungan antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang, malah dari ungkapan kata-kata Al-Quran itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.

Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: “Wahai para pemuda! Barangsiapa antara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa (shaum), kerana puasa itu dapat membentengi dirinya”.- (Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. ‘Perasaan’ adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan ‘bekerja’ untuk kita, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, sesuatu yang dilihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika hanya bergantung kepada perasaan, cinta akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumahtangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan ‘pertunjukan’ dengan peranan yang lebih berkesan.

Islam adalah agama cinta. Dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga dia merasakan hangatnya cinta.

Kehangatan cinta kepada Allah, Rasulullah s.a.w, dan cinta insani semata-mata kerana Allah


By: Putera-Islam.com
Sumber: http://www.islamituindah.my/dalam-hati-tersimpul-cinta

Saturday, August 24, 2013

207.0 Tak pernah terfikir?


Tak pernah terfikir pun nak buat macam ni?  Inilah perkataan yang akan keluar dari mulut kita setelah membaca artikel ini.  Mungkin, kejadian atau situasi seperti ini tidak pernah wujud di negara yang kita cintai yang rakyatnya mempunyai degree simpati yang amat tinggi. 

Se perkara lagi, idea membantu orang-orang susah (miskin dan fakir) sepatutnya dipelopori oleh orang-orang Islam yang telah dididik oleh Rasulullah s.a.w. melalui Al-Qur'an dan al-Hadith.  Mereka fakir dan miskin termasuk di dalam asnaf (layak menerima zakat dan fitrah) kalau tidak pun sedeqah jariah dari golongan yang berada ala kadar.  Tak kan jadi papa kedana jika membelanja RM1.00 untuk seorang hamba Allah yang kelaparan, percayalah!

Pelik juga dengan manusia ni.  Dia kata dia mempercayai Al-Qur'an 100% dan beriman dengan yang ghaib (seperti dosa dan pahala yang tidak nampak di dunia tetapi dibalasi di akhirat kelak).  Kalau nak beli akhirat, pilih benda-benda yang tak elok atau kurang nilainya di mata manusia.  Saya beri contoh, di surau atau masjid, sebelah selipar terputus talinya, maka ia pun tinggalkan di surau dengan niat waqaf.  Setiap hari Jumaat, apabila tong kutipan derma masjid lalu di hadapannya, dimasukkan syiling-syiling baki dalam koceknya (sejak mula kerja sampai pencen, macam tu lah..... tak berubah). Begitu rendah sekali nilai akhirat.  Tapi, jika membeli se kotak rokok untuk memuaskan nafsu, RM10.00 tiada masalah, habis, beli lagi se kotak berterusan sampai mati.  (Saya bernasib baik kerana terus berhenti merokok setelah kena serangan jantung, jika tidak sampai sekarang masih merokok).

Ringkasnya, di sini ingin saya katakan, untuk membuat kebaikan dan kebajikan, kita perlulah kreatif tanpa perlu pembelajaran yang tinggi.  Guna otak yang dikurniakan oleh Allah.  Ketika hendak tidur, cuba buat calculation, sejak bangun tadi banyak mana kebajikan (tidak semestinya yang melibatkan wang ringgit) yang telah dibuat hingga saat hendak tidur ini.  Sendiri punya diri, sendiri tahulah!  Wassalam.


Tandas dihiasi permata, perlukah?

Kebiasaan, apabila terlintas hendak membuat kebajikan yang menjanjikan pahala yang besar di akhirat, syaitan akan membisikkan kata-kata yang menakutkan (akan jatuh miskin, atau kata "masa aku susah tiada siapa yang tolong") dan kita akan berpaling dari membuat kebajikan.
Tangisan anak, meratapi mayat ibunya yang mati kebuluran di Afrika.

Di negeri lain, ini bukan lagi makan, melantak namanya!




Friday, August 23, 2013

206.0 Masa paling afdal berselawat

Waktu Afdal Berselawat

1.   Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
2.   Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
3.   Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
4.   Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
5.   Di akhir qunut dalam solat.
6.   Di dalam solat jenazah.
7.   Di antara takbir solat hari raya.
8.   Ketika masuk dan keluar dari masjid.
9.   Setiap waktu pagi dan petang.
10. Hari Khamis malam Jumaat,
11. Sepanjang hari Jumaat,
12. Ketika telinga berdesing.
13. Ketika terlupa sesuatu perkara.
14. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
16. Masa menghadiri tempat perhimpunan yang baik.
17. Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
18. Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.










Wednesday, August 21, 2013

205.0 Gusti Vs Jantung

Mungkin tanpa kita sedari, ramai di antara ahli gusti professional dunia (khasnya di negara barat) telah meninggal dunia pada usia muda (tidak mencecah 50 tahun) kerana masalah jantung.

Di bawah ini sebahagian daripada mereka yang telah dilaporkan mati kerana serangan/masalah jantung.  Di samping itu, ramai juga yang telah mati dalam usia muda kerana kemalangan jalanraya dan bunuh diri kerana tekanan hidup.

Mengikut sesetengah pendapat, mereka mengalami gangguan mental kerana aksi lasak semasa bergusti dan pengambilan ubat-ubatan pada dos yang berlebihan atau tidak merujuk kepada doktor pakar.  Kita turut bersimpati dengan apa yang mereka alami dan sekadar mengucapkan terima kasih kerana menghiburkan kita selama ini.


Umur mati: 40 tahun

Umur mati: 46 tahun

Umur mati:  42 tahun

Umur mati:  45 tahun

Umur mati:  38 tahun

Umur mati:  76 tahun





Umur mati:  27 tahun


Umur mati:  27 tahun


Umur mati:  34 tahun

Umur mati:  46 tahun

Umur mati:  29 tahun

Umur mati:  36 tahun

Wednesday, August 14, 2013

204.0 Ratibul Haddad

Ratibul haddad ini adalah amalan zikir berasal dari Hadhramaut, Yaman. Ia dibaca dalam satu kumpulan / jemaah duduk dalam satu bulatan.  Kebiasaannya diletak air botol di tengah bulatan dan dibaca beramai-ramai selepas solat Maghrib, malam Jumaat.  Air yang telah dibacakan zikir ini boleh dijadikan penawar segala penyakit zahir dan batin, Insya'allah.

video

Sunday, August 11, 2013

203.0 Solat cara Syiah .... menyesatkan!

Syiah sudah dihukumkan bukan pengikut Ahlul sunnah wal jamaah malah telah terpesong jauh dari syariat Islam.  Pelbagai bukti kesesatan nyata semakin menonjol. Dipaparkan cara mereka bersolat yang ternyata sesat lagi menyesatkan. (sumber:  http://hasnulhadiahmad.com/cara-pelik-orang-syiah-solat-18-gambar/)

Cara Pelik Orang Syiah Solat by HASNUL HADI AHMAD on AUGUST 9, 2013


Cara Orang Syiah Solat

Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:



Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).


Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.


Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.


Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.


Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.


Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.


Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.



Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.



Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?


Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.


Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.

Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)


Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Israel untuk menjatuhkan Islam.


Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.


Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang terlis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph ”.


Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.

Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Wallahu’alam….
Semoga di kreditkan kembali artikel ini ke hasnulhadiahmad.com

Lihatlah bagaimana Tok Khatib Syiah membaca khotbah .... ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.? atau macam orang kerasukan syaitan saja.

video
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KUALA TERENGGANU 10 Ogos 2013 - Fahaman dan ajaran Syiah bukan setakat perlu diharamkan malah mesti dibanteras dan diperangi habis-habisan bagi memastikannya tidak lagi wujud dan bertapak di negara ini.

Mufti Terengganu, Dr. Zulkifly Muda berkata, sebarang kegiatan dan perkara yang berkaitan Syiah mesti diharamkan secara mutlak bagi membendung penyebaran ajaran itu.

Menurut beliau, Syiah merupakan ajaran sesat dan buktinya diperkukuh berdasarkan sebuah buku bertajuk Assunnah Wassyiah yang menyatakan Syiah merupakan mazhab yang sengaja diwujudkan Yahudi.

Beliau mendakwa, menerusi mazhab itu Yahudi meneruskan usaha merosak dan memusnahkan agama Islam serta umatnya secara terancang.

"Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, Yahudi sentiasa berusaha merosakkan agama Islam dan umatnya, serangan demi serangan dilakukan dari luar terhadap umat Islam tetapi tidak berjaya.

"Bagi meneruskan tujuan jahat itu, mereka cuba menyerang agama dan umat Islam dari dalam pula dengan mewujudkan satu mazhab (Syiah)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan penularan fahaman Syiah di negara ini yang dikatakan mempunyai sehingga 200,000 pengikut selain turut memiliki markas hampir di setiap negeri.

Dalam masa sama, Dr. Zulkifly memberi jaminan perkembangan dan penyebaran ajaran Syiah di Terengganu setakat ini terkawal namun pihaknya akan sentiasa memantau perkara itu dari semasa ke semasa.

Menurutnya, pada 2011 wujud usaha menyebarkan buku-buku ajaran sesat Syiah di masjid-masjid di negeri itu tetapi berjaya dipatahkan pihak berkuasa termasuk polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).