339.0 Kelemahan syaitan laknatullah

Assalaamu'alaikum para sahabat sekelian. Musuh kalau berada di depan kita dan kita nampak jelas rupanya, senjata yang dibawanya dan susuk fizikal anggota badannya, tidak susah untuk kita berlawan dan mengalahkannya. Musuh yang kita tahu ia ada di sekeliling kita tapi mata kasar kita tidak nampak kehadirannya, bagaimana rupanya, apa kebolehannya, senjata apa dibawanya, kekuatan dan kelemahannya, maka sukarlah sikit bagi kita hendak melawannya. Tapi kita tahu dan sadar, ia ada di depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah kita. Ia boleh menembusi dinding, tembok dan sebarang halangan. Musuh yang paling jahat tapi tak kelihatan ialah iblis syaitan (asalnya dibangsakan kepada jin yang dijadikan dari api). "Dia adalah musuh kamu yang nyata" - selalu kita jumpa di dalam Al-Qur'an. Dia akan dilemparkan ke neraka jahannam kerana sikap keangkuhannya. Kerana Adam a.s. merupakan punca ia dilempar ke neraka, ia memohon kepada Allah agar ditangguhkan hukuman i...