338.0 Pakaian Hitam ketika kematian.

Kita sering melihat di sekitaran kita dan di dalam mediamassa seperti surat khabar dan televisyen, apabila ada sesuatu kematian, maka orang yang datang menziarah akan berpakaian gelap atau hitam, samada orang itu beragama Islam (sudah jadi pakaian rasmi), Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kenapa? adakah pakaian hitam menggambarkan kita turut bersedih dan bersimpati dengan kematian si-mati? Siapa yang memulakan budaya ini? Apakah hukumnya kita orang2 Islam berpakaian sedemikian ketika menziarah jenazah? Tidak dinafikan, ramai di antara kita melakukan sesuatu perkara tanpa mengetahui tujuan sebenarnya. Tanyalah kepada kanak-kanak atau remaja malah orang tua, kenapa selepas membaca Al-Qur'an mereka akan mengangkat naskah kitab Al-Qur'an meletakkannya di atas kepala, menciumnya dan melekapkannya di dada. Tiada tujuan atau sebarang nas atau sunnah, tetapi kerana melihat orang2 dahulu buat, kita ikut. Setelah mayat dimasukkan ke dalam lubang kubur atau liang la...