Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur di dalam webnya: http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/slipped-disc-cakera-gelincir, memberi penjelasan dan penerangan detail tentang penyakit ini di samping kaedah rawatan alternatif dengan bacaan ayat-ayat Al-Qur'an yang tertentu. Kepada yang mengidap penyakit ini saya nasihatkan janganlah cepat berputus asa, terima se adanya dengan redha dan penuh harapan akan sembuh.
Soalan:
Assalamualaikum Tuan Haji. Nama saya Mohd Shukri dari Kuantan. Saya sudah 6 tahun mengalami penyakit slipped disc. Kesan sakit ini membuat saya sukar untuk berdiri dan duduk lama. Disebabkan ini saya kerap mengambil cuti sakit sakit sehingga menggangu prestasi kerja saya. Saya juga terpaksa solat duduk di atas kerusi. Saya telah menjalani fisioterapi dan setakat ini sakitnya telah berkurangan namun saya tidak boleh melakukan kerja lasak dan berat. Pihak hospital mencadangkan saya untuk melakukan pembedahan namun saya tidak berani mengambil risiko yang tinggi memandangkan usia saya dan juga penyakit kencing manis yang saya alami sekarang. Bolehkah saya mohon jasa baik tuan untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit Slipped Disc dengan menggunakan rawatan Al-Quran? Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikummussalan En Shukri. Setiap hari kami merawat ramai pesakit yang mengalami masalah tulang belakang dari segenap usia yang disebabkan oleh kecederaan, keturunan dan faktor usia.
Terdapat berbagai jenis sakit tulang belakang seperti slipped disc, bone degenerative, scoliosis, spondylitis dan sebagainya. Namun yang paling ramai menghidap penyakit slipped disc ataupun disc prolapsed yang disebabkan oleh cakera (disc) antara vertebra tulang belakang yang mengembang dan menekan saraf tunjang. Inilah yang menyebabkan kesakitan terutamanya kepada saraf dari bahagian slip disc hingga ke hujung kaki.
Pengenalan & Ciri-ciri Umum
Saraf sciatic adalah saraf yang paling panjang dalam badan dan ia bermula dari belakang pelvis, melalui punggung, turun ke kedua-dua kaki. Saraf sciatic ini sering terjejas dalam kes-kes slipped disc. Jika tekanan berlaku pada saraf sciatic (tulang vertebra L1 hingga L5) ia boleh menyebabkan:
- Sakit-sakit berpanjangan
- Kebas dan kejang kaki
- Sensasi cucukan (prickly sensation) dalam satu atau kedua-dua kaki
- Kebas tangan bagi cakera gelincir yang berlaku di bahagian cervical (tulang vertebra C1 hingga C8)
Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan.
Punca-punca
Semakin meningkat usia, cakera tulang belakang anda mula kehilangan kandungan air di dalamnya. Ini menjadikan cakera itu kurang fleksibel dan mudah menjadi rosak. Terdapat beberapa faktor-faktor yang boleh melemahkan tisu cakera dan kadang-kadang boleh membawa kepada penyakit slipped disc, contohnya:
- Membongkok sambil mengangkat benda berat
- Kerja-kerja yang melibatkan mengangkat benda berat
- Kerja-kerja yang melibatkan banyak duduk, terutamanya memandu
- Berat badan berlebihan
- Sukan lasak, seperti angkat berat
- Kecederaan trauma pada tulang belakang, seperti jatuh atau kemalangan kereta
Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat pesakit tulang belakang, terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus atau serangan jin yang menyebabkan masalah sekatan pada sistem saraf sehingga berlakunya kebas-kebas tangan dan kaki, sakit belakang hingga ke kaki. Jadi, pesakit perlu dahulu berjumpa dengan perawat-perawat kami untuk mengenal pasti samaada penyakit yang dialami disebabkan oleh gangguan atau masalah fizikal.
Tanda-tanda Awal Slipped Disk
Kebanyakan orang yang mengalami masalah sliipped disk mengalami kesakitan yang biasanya bermula di bahagian belakang badan dan kemudian merebak ke bahagian anggota badan yang lain.
Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit yang mengalami masalah slipped disk tidak mempunyai sebarang tanda-tanda yang jelas. Ini biasanya kerana sebahagian daripada cakera yang pecah atau membonjol itu adalah kecil atau tidak menekan pada saraf atau saraf tunjang. Tanda-tanda awal adalah seperti berikut:
- Sakit di belakang, leher, atau bahagian bawah badan
- Kadang-kadang, seseorang yang mengalami slipped disc berasa kebas di bahagian-bahagian badan yang atas dan di bawah kawasan yang terjejas (secara umum, di kawasan yang dikawal oleh saraf tertentu). Secara beransur-ansur ini boleh membawa kepada keadaan lumpuh
- Dalam beberapa kes, bahagian bawah badan berasa lemah, dan ia menjadi sukar untuk pesakit berdiri
- Penderitaan individu juga mungkin mengalami perasaan kurang selesa, gatal di kawasan kemaluan
- Individu juga mungkin mengalami sakit semasa bersin, batuk, berjalan, dan lain-lain
Gejala Yang Perlu Perhatian Perubatan Dengan Segera:
- Kelemahan sensasi atau berasa kebas di satu atau kedua-dua anggota badan yang lebih rendah
- Kehilangan ketangkasan dalam satu atau kedua-dua kaki
- Sakit belakang yang teruk dengan kesan darah dalam air kencing
- Sakit berdenyut pada bahagian dalam paha
- Sakit belakang yang bertambah teruk walaupun dalam keadaan berehat berbanding apabila anda bergerak
- Kelemahan berpanjangan dengan sensasi cucukan walaupun dalam keadaan berehat
- Lemah tenaga batin atau sukar untuk bersama
- Kesan yang berterusan boleh membawa kepada pesakit manjadi lumpuh (paralyse)
Kehadiran tanda-tanda yang disenaraikan di atas tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah slipped disc, walau bagaimanpun gejala-gejala ini perlu diberi perhatian serius dan berjumpalah doktor atau datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang boleh merawat gangguan tersebut. Ini kerana terdapat banyak kes-kes di mana pesakit yang telah pergi ke hospital dan menjalani beberapa ujian termasuklah ujian darah yang menunjukkan keadaan komponen darah pada paras normal, tekanan darah yang normal dan tiada sekatan dalam saluran darah. Pemeriksaan MRI, CT Scan dan X-Ray pula menunjukkan tulang, cakera dan sendi tidak menekan saraf tetapi pesakit mengalami tanda-tanda sakit saraf. Dalam kes-kes seperti ini besar kemungkinan pesakit menghadapi masalah gangguan seperti gangguan saka, sihir atau kerasukan.
Rawatan moden
Dalam kebanyakan kes, slipped disc akhirnya akan mengecut kembali secara spontan. Kesakitan biasanya akan berkurangan apabila cakera berhenti menekan pada saraf yang terjejas. Selalunya pihak hospital akan memberi ubat penahan sakit sebagai permulaan rawatan.
Selain itu, fisioterapi boleh membantu anda untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Fisioterapis akan melatih dan mengajar jenis-jenis senaman yang bersesuaian untuk anda lakukan. Sebaiknya senaman itu dilakukan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik dan ianya boleh dilakukan di rumah juga.
Anda juga boleh berunding dengan pengamal osteopath, atau chiropractor untuk merawat keadaan ini. Kedua-dua kiropraktik dan osteopati menggunakan terapi manual, iaitu, manipulasi otot dan tulang melalui urutan dan teknik manual yang lain.
Pembedahan mungkin perlu jika rawatan lain tidak membuahkan hasil yang diharapkan, atau telah gagal untuk memperbaiki keadaan. Discectomy adalah satu prosedur pembedahan yang bertujuan untuk mengeluarkan cakera menggelembung untuk meringankan kesakitan yang dialami di kaki. Antara prosedur lainialah Prostetik iaitu penggantian cakera intervertebral, bertujuan untuk menggantikan cakera tergelincir dengan cakera palsu.
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
- Surah Qaff ayat 16 hingga 45
- Surah Mukminun ayat 60 hingga 80
- Surah Shod ayat 34 hingga 61
- Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28
- Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 60
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Qaff tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Mukminun tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Selain dari amalan ayat-ayat Al-Quran, kami juga menggunakan teknik menekan (pressure point technique) di tempat-tempat tulang belakang yang bermasalah. Selalunya pesakit akan merasa sedikit tidak selesa bila tempat yang bermasalah itu disentuh oleh perawat kami.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.
Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: “Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).”
Penutup
Dalam pengalaman kami merawat pesakit slipped disc, ada di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari fizikal dan spiritual. Dari segi fizikal ramai yang memakai tongkat atau dengan berkerusi roda bila kali pertama datang berubat dan dengan kuasa dan izinNya ramai yang boleh berjalan tanpa memakai tongkat atau berkerusi roda setelah beberapa kali mendapat rawatan. Ada yang cepat sembuh dan ada yang lambat. Terpulang kepada yang Maha Esa untuk menyembuhkanNya kerana sebagai manusia kita perlu berikhtiar. Walaupun ada yang masih rasa sakit, tapi jiwa lebih tenang dan redho.
Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda,
"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa jalla." (HR. Muslim)
InsyaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu anda yang mempunyai masalah cakera slipped disc ini.
Sekian
...............................................................................................................................................
Suntikan Radiofrekuensi Intradiskal
Satu paradigma baru dalam rawatan cakera tergelincir.
Hanya satu suntikan, cakera tergelincir (slipped disc) anda akan mengecut dan anda tidak akan rasa sakit lagi. Malah rasa sakit yang menjalar turun kekaki cepat sembuh hanya selepas beberapa jam selepas suntikan. Menarik bukan? Bagi anda yang mengidap sakit belakang yang berpunca dari cakera tergelincir atau stenosis spina , anda perlu baca artikel ini kerana kaedah rawatan suntikan (tanpa pembedahan) terbaru ini dikenalpasti amat berkesan.
Rawatan ini dinamakan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal Secara umumnya kaedah haba radiofrekuenci digunakan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir.Bagi mereka yang takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang belakang, maka rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling tepat.Kajian terbaru dijalankan di HUSM mendapati rawatan suntikan ini mampu memberi kejayaan sehingga 90%. Satu angka yang belum pernah dicapai dalam sejarah rawatan kesakitan tulang belakang.
Apakah itu Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal (Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression)?
Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal ini menggunakan kaedah haba radiofrekuenci untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun kekaki.Kaedah ini hanya mengecutkan sebahagian kecil cekera yang bermasalah, oleh itu ia tidak akan mengganggu kestabilan tulang belakang.
Sakit belakang yang bagaimanakah sesuai untuk kaedah rawatan ini?
Sakit belakang yang disebabkan oleh cakera tergelincir (orang muda) atau stenosis spinal(orang berusia) yang terpilih.Biasanya sakit dalam kedua keadaaan ini pesakit akan mempunyai gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki.
Bagaimanakah procedur suntikan ini dilakukan?
Procedur ini dilakukan dalam dewan bedah dibawah kawalan mesin Xray.Anda dikendaki baring meniarap atas katil bedah sepanjang suntikan dilakukan yang mengambil masa hanya setengah jam.Suntikan ubat bius setempat dilakukan pada kulit belakang anda sebelum jarum radiofrekuensi dimasukkan terus kedalam cakera pada tulang belakang anda.Anda tidak perlu risau akan rasa sakit kerana ubat bius setempat akan ditambah jika perlu.Anda akan sedar dan perlu berinteraksi bersama doctor semasa suntikan dilakukan.Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan menghalang dari kesan sampingan yang tidak dikehendaki.
Adakah saya akan rasa sakit selepas prosedur dan apakah hasil yang dijangkakan?
Kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa sakit yang signifikan selepas suntikan kerana jarum yang digunakan kecil dan hanya satu atau dua tempat suntikan dilakukan. Malah semasa haba disalurkan kedalam cakera (disc) kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa kesakitan. Kebanyakan pesakit memberikan hasil kelegaan besar yang dramatik, iaitu dalam masa satu hari selepas suntikan dilakukan.
.......................................................................................................................................
DOA utk sembuhkn sakit SARAF.
(kiriman seorang hamba Allah)
"wa izaa batosytum batosytum jabbaariin"
Surah Asy-Syu'araa' . Surah ke 26, Ayat ke 130
Amalkan..Saya dpt dari ustaz..
Dipersilakan sesiapa yg nak share..
Biasanya apabila hendak berdoa, mulakan dgn Al-Faatihah 1x dan selawat Nabi s.a.w., kemudian barulah berdoa..
...............................................................................................................................................
Baru-baru ini saya terjumpa satu iklan tentang perubatan tradisional, urutan penyakit slipped disc ini. Sesiapa yang berhajat boleh berhubung terus dengan Haji Hashim bin Abdul Rahman di alamat berikut. Saya tidak rekomen dan tidak menghalang kerana saya sendiri belum pernah mendapatkan rawatan tersebut. Kita berikhtiar, Allah yang merealisasikannya.
No comments:
Post a Comment