Posts

Showing posts from September, 2012

63.0 Batu merah di kaki Kaabah

Image
Batu merah (7 1/2 keping) di kaki Kaabah Teringat saya semasa menunaikan haji pada Januari 2002.  Selepas selesai melakukan tawaf, biras saya (Hj. Hamiruddin Saniff, Jeram, Selangor) menanti peluang untuk mencium Hajarul Aswad.  Sukar untuk menghampirinya kerana terlalu ramai dan bersesak.  Tiba-tiba datang seorang Indonesia yang menyorong seorang tua di atas kerusi roda menegurnya. Katanya, diringkaskan, jika saudara tidak dapat mencium Hajarul Aswad, memadai menyentuh atau mencium 7 atau 8 keping batu merah yang terletak betul-betul di kaki Kaabah. Orang tua yang di atas kerusi roda tadi menjadi kuat, turun dari kerusi roda dan terus mencium batu-batu tersebut. Entahlah, sejauh mana kebenarannya.  Rahsia batu merah ini tidak pernah didedahkan, pelik juga bila memikirkan  mengapa ia berada di situ. Misteri.  Wallaahu wa'alam.

62.0 Tidur dengan kipas angin?

Image
Petikan dari Melayukini.net. Se kadar menyampaikan apa yang diketahui. Sukar menentukan kebenarannya kerana ia tidak nyatakan siapa yang membuat kajian dan finding ini. Se kadar teori tapi logiknya ada. Melayukini.net – Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan | Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingka...

61.0 Kelebihan kulit pisang

Image
Percaya atau tidak, cuba dulu! Ambil secebis kulit pisang, tonyoh bahagian dalamnya pada gigi anda selama 2 minit. Lepas tu cuci dengan berus gigi, Insya'allah gigi jadi putih (bagi orang2 yang masih ada gigi laaa ......... dan tidak pakai gigi palsu - jangan marah bro, nanti kena lelong!)

60.0 Goji guarana

Image
34 faedah mengamalkan goji. Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :- 1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi. 2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit. 3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja" 4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat. 5. Goji mengurangkan risiko kanser 6. Goji mengurangkan kolestrol 7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes 8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual 9. Goji membantu mengurangkan berat badan 10. Goji melegakan sakit kepala dan pening 11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak 12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda 13. G...

59.0 Anda sakit?

Image
Tak dinafikan, apabila kita jatuh sakit, hati menjadi gundah kerana kebiasaan yang selalu dilakukan tidak boleh dilakukan kerana banyak sangat pantang larangnya (khasnya tentang makan dan minum).  Bila kena diabetes, kegemaran kepada makanan dan minuman manis menjadi "musuh ketat". Bila kena serangan jantung dan level kolestrol yang tinggi, kena hadkan makanan yang berminyak dan berlemak dan macam2 lagi yang dinikmati selama ini sudah tidak boleh dinikmati lagi.  Janganlah berkecil hati atau berasa gundah kerana kita belum melihat ada orang yang jauh lebih menderita sakit daripada kita.  Sesekali pergilah berjalan-jalan di hospital. Bermacam2 keadaan pesakit dapat dilihat. Contohnya, di dalam wad patah, manusia macam robot - cucuk besi di kepala, di lutut, di buku lali dan macam2 lagi. Kita yang boleh bergerak bebas dan melakukan banyak perkara patut bersyukur kerana ramai yang terlantar sakit di atas katil hospital dah berbulan-bulan. "Dan apabila aku sakit, Di...