Monday, September 24, 2012

63.0 Batu merah di kaki Kaabah

Batu merah (7 1/2 keping) di kaki Kaabah


Teringat saya semasa menunaikan haji pada Januari 2002.  Selepas selesai melakukan tawaf, biras saya (Hj. Hamiruddin Saniff, Jeram, Selangor) menanti peluang untuk mencium Hajarul Aswad.  Sukar untuk menghampirinya kerana terlalu ramai dan bersesak.  Tiba-tiba datang seorang Indonesia yang menyorong seorang tua di atas kerusi roda menegurnya. Katanya, diringkaskan, jika saudara tidak dapat mencium Hajarul Aswad, memadai menyentuh atau mencium 7 atau 8 keping batu merah yang terletak betul-betul di kaki Kaabah. Orang tua yang di atas kerusi roda tadi menjadi kuat, turun dari kerusi roda dan terus mencium batu-batu tersebut.

Entahlah, sejauh mana kebenarannya.  Rahsia batu merah ini tidak pernah didedahkan, pelik juga bila memikirkan  mengapa ia berada di situ. Misteri.  Wallaahu wa'alam.

1 comment:

  1. Salam Tuan,

    Terima kasih atas komen yang amat bermakna untuk kami sekeluarga. Al fatihah untuk Almarhum datuk saya Shekh Hussen Bakar Rafie serta bapa Tuan, Shaikh Ahmad Baladram. FYI, almarhum bapa tuan adalah kadi yang mengahwinkan bapa saya Fuad, bersama dengan ramai lagi ahli keluarga kami. Tali silaturahim keluarga Baladram dan Rafie telah tersirat sejak berpuluh tahun yang lalu, insyaallah akan diteruskan oleh generasi kini dan akan datang.

    ReplyDelete