272.0 Makan minum sambil berdiri?

Foto hiasan sahaja Sudah menjadi adat (diajar oleh orang putih) berdiri ketika makan dan minum khasnya di dalam sesuatu majlis rasmi atau majlis persendirian di restoran, hotel maupun di rumah. Dengan berbuat demikian, kita boleh berjumpa dan bersembang dengan ramai kenalan sambil makan dan minum (berdiri). Itu cara barat, kenapa kita mesti ikut? Apa yang Islam ajar adalah yang terbaik. Tetapi sudah menjadi tabiat manusia, jika kelebihan atau kebaikannya tidak dibuktikan dengan kaedah saintifik, maka ia tidak akan yakin atau mempercayainya. Macam babi, arak dan dadah diharamkan oleh Islam, tidak perlu tanya lagi atau dibuktikan bahayanya. Telah dibuktikan bahawa di dalam babi terdapat ulat-ulat yang cuma mati apabila terkena atau direndam di dalam air tanah, maka baru hendak yakin dan percaya? Dikhuatirkan, satu masa, kita menganggap babi haram bukan kerana Islam mengharamkannya tetapi kerana ulat yang terdapat di dalamnya. Akan ke...