Monday, February 10, 2014

270.0 Syafie Vs Wahabi


Ramai di antara kita telah dibuka hati dan diberi keimanan oleh Allah (orang Melayu selalu kata "dah sampai seru") untuk menunaikan Haji di Makkatul mukarramah pada musim haji atau mengerjakan umrah di bulan-bulan lain. Alhamdulillah, Allah menerima amalan ibadah kita dan diberi ganjaran sewajarnya.

Sebagaimana kita semua sediamaklum, penduduk Makkah berfahaman Wahabi tetapi ramai di antara kita masih ragu-ragu dan terawang-awang tentang Wahabi ini. Mereka mentadbir dua tanah suci (Makkah dan Madinatul Munawwarah), bukan memilikinya. Mereka juga berkuasa membangunkan sekitar Masjidil Haram dan keseluruhan Makkah (seperti yang dapat dilihat sekarang ini dan beberapa tempat sejarah agong seperti rumah kediaman Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama Khadijah r.aha telah dimusnahkan) dan Madinah di atas alasan memberi keselesaan kepada pengunjung Haji dan Umrah yang semakin bertambah setiap tahun.










Kita di Malaysia mengamalkan mazhab Syafie dan terdapat beberapa percanggahan di dalam ibadat berbanding fahaman/mazhab Wahabi. Contohnya: apabila solat subuh, kita kena baca doa qunut (hukumnya sunat muakad i.e. jika tidak dibaca, kena sujud sahwi selepas baca tahiyat dan sebelum beri salam). Bila kita solat subuh di sana, diimamkan oleh Imam Wahabi, mereka tidak baca doa qunut, terus sujud, jadi apa patut kita buat (solat niat ikut imam). Ringkasnya, tidak perlu baca doa qunut dan tidak perlu sujud sahwi (kerana kita akan dilihat seperti menambah rukun di dalam solat).... ikut imam. Wallaahu wa'alam.

Sebelum kita mengenali Wahabi dengan lebih lanjut, elok kiranya kita mengenali seorang ulamak terkenal (Mazhab Syafie) yang terkenal di Makkah suatu masa dulu dan mendalami pandangannya tentang Wahabi. Artikel ini saya petik dari blog:

Sumber: http://al-fanshuri.blogspot.com/search/label/Kenali%20Ulama%27%20Kita]
Sumber web: http://al-ashairah.blogspot.com/2008/05/sheikh-ahmad-zaini-dahlan.html

Syeikhul Islam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu 'Anhu


Semalam aku [abu zahrah] bersembang di warung kopi dengan seorang kenalan yang aku kenali dari sebuah forum di internet. Kebetulan beliau tinggal berhampiran dengan rumahku. Dalam perbualan tersebut beliau meminta aku untuk menulis mengenai seorang ulama yang bernama Sayyid Ahmad Zaini Dahlan [gambar sebelah]. Katanya beliau mengetahui nama ulama ini melalui penulisan yang dibaca sahaja, terutama apabila menyentuh pertembungan antara kaum Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan Wahabi, tetapi tidak mengenali siapakah sebenarnya ulama ini. Aku sekadar mendiamkan diri, tak berani janji takut tidak terkotakan. Maka bila kembali kerumah aku cuba mencari bahan mengenai ulama tersohor ini, demi untuk tidak menghampa-kan kenalan baruku itu. Tulisan ini sebagai hadiah untuk beliau walaupun agak sukar bagiku. Namun aku bersyukur sahabatku Ustaz Abu Muhammad, rupanya telah menulis mengenai ulama ini sebelumnya diblog beliau Bahrus Shofa. Alhamdulillah, memudahkan aku. Lalu aku kumpul dan susun semula tulisan tersebut dengan sedikit penambahan. [Sidi Abu Muhammad .. izinkan hamba ya] Semoga ianya memberi manfaat kepada para pembaca.

Di kalangan penuntut ilmu dipondok atau pesantren, nama Sayyid Ahmad Zaini Dahlan sudah tidak asing lagi. Namanya harum dan masyhur dikalangan mereka kerana sebahagian besar daripada sanad keilmuan para ulama Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Fathoni) bersambung kepada ulama besar ini. Dan di kalangan para ulama ianya sangat terkenal sebagai ulama seorang pembela Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam pertembungan dengan Wahabi. Ulama besar ini amat dimusuhi oleh puak Wahabi atau kaum muda[h]. Maka banyak fitnah yang ditaburkan terhadap ulama besar ini agar orang-orang yang jahil macam kita menjauhinya.

Ulama besar inilah yang telah memberi perlindungan kepada Syeikh Rahmatullah bin Khalilurrahman al-Kiranawi al-Hindi al-Utsmani (lahir 1226H/1811M, riwayat lain lahir Jumadil Awwal 1233H/9 Mac 1818M, wafat malam Jumaat, 22 Ramadan 1308H/2 Mei 1891M) ketika diburu oleh penjajah British bahkan memperkenalkan kepada pemerintah Makkah. Seterusnya memberi laluan untuk Syeikh Rahmatullah membuka Madrasah Shaulatiyah.

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah merupakan seorang Syeikhul Islam, Mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari titihan yang mulia, ahlul bait Rasulullah s.a.w. melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah s.a.w. Berdasarkan kepada kitab "Taajul-A'raas", juzuk 2, mukasurat 702 karya al-Imam al-'Allaamah al-Bahr al-Fahhamah al-Habib 'Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja'faar al-'Aththaas. Nasabnya adalah seperti berikut:

Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin 'Utsman Dahlan bin Ni'matUllah bin 'Abdur Rahman bin Muhammad bin 'Abdullah bin 'Utsman bin 'Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin 'Abdul Wahhaab bin Muhammad bin 'Abdur Razzaaq bin 'Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi 'Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina 'Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin 'Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam 'Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul r.anhum.

Menurut riwayat, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan lahir di Makkah pada 1232H/1816M. Selesai menimba ilmu di kota kelahirannya, ia lantas dilantik menjadi mufti Mazhab Syafi‘i, merangkap Syeikh al-Haram iaitu “pangkat” ulama tertinggi yang mengajar di Masjid al-Haram yang diangkat oleh Syeikh al-Islam yang berkedudukan di Istanbul, Turki.

Beliau sangat masyhur, dan daripada kemasyhuran inilah maka beliau diberi pelbagai gelaran dan julukan antaranya al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syeikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi - Shallalahu 'Alaihi wa Sallam - wa Kawakibu Sama-ihi (Penghafal Hadits Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan Bintang-bintang langitnya), Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin(Tumpuan para murid dan Pendidik para salik).

Murid beliau Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi [gambar bawah] dalam "Nafahatur Rahman" antara lain menulis:-



“Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan r.a. hafal al-Qur`an dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Qur`an (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab "asy-Syaathibiyyah" dan "al-jazariyyah", dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Qur`an, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khuatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus.”

Murid-muridnya

Diantara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:-



· Kiyai Nawawi Banten (foto di atas)
· Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi
· Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni menurut satu riwayat
· Kiyai Muhammad Saleh Darat
· Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi
· Sayyid Utsman Betawi
· Tuan Hussin Kedah
· Syeikh Ahmad Yunus Lingga,
· Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah,
· Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei,
· Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni,
· Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II),
· Syeikh Abdul Hamid Kudus,
· Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri,
· Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama,
· Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani,
· Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh 'Abdul Qadir bin 'Abdur Rahman bin 'Utsman al-Fathoni
· Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)]
· Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh)
· Syeikh Utsman Sarawak [gambar bawah]
· Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi.


Syeikh Uthman Abdul Wahhab @ Uthman Sarawak

Selain itu ramai ulama di Nusantara yang bersambung sanad keilmuan mereka kepada murid kepada Sayyid Ahmad Zaini Dahlan iaitu Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syeikh Ahmad al-Fathoni. Bahkan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni juga merupakan murid kepada Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Dan murid kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni yang bertebaran di seluruh pelusuk Nusantara sangatlah banyaknya.

Karangan

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif Selain melahirkan para ulama beliau beliau juga menghasilkan karangan amatlah banyaknya antaranya adalah:-

1. al-Futuhatul Islamiyyah;
2. Tarikh Duwalul Islamiyyah;
3. Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram;
4. al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin;
5. ad-Durarus Saniyyah fi raddi 'alal Wahhabiyyah;
6. Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib;
7. Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul 'Abidin;
8. Hasyiah Matan Samarqandi;
9. Risalah al-Isti`araat;
10. Risalah I'raab Ja-a Zaidun;
11. Risalah al-Bayyinaat;
12. Risalah fi Fadhoilis Sholah;
13. Shirathun Nabawiyyah;
14. Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah;
15. Fathul Jawad al-Mannan;
16. al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi;
17. Manhalul 'Athsyaan;

Kewafatannya

Setelah menaburkan jasanya di Makkah, Saiyyid Ahmad bin Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke kota Madinah, kerana suasana di kota Makkah kurang aman dan beliau wafat di kota Madinah pada 1304H/1886M dan dimakamkan disana. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani.

Peringatan!!!!

Berhati-hatilah wahai saudaraku dengan fitnah yang ditaburkan oleh puak Wahabi keatas al-‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. Janganlah ditelan terus akan dakyah mereka itu. Mereka menuduh al-‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan sebagai tukang buat fitnah, rafidhi dan lain-lain lagi. Allahu Allah. Itu adalah merupakan jarum halus musuh untuk menghancurkan kebenaran. Tujuan mereka menabur fitnah keatas al-‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah semata-mata untuk meruntuhkan sanad keilmuan dan pengetahuan sebenar para ulama kita bahkan ulama seluruh dunia, agar kebathilan mereka [Wahabi] diterima. Allahu Allah … apakah tergamak kita mengatakan para ulama kita seperti Syeikh Ahmad al-Fathoni, Syeikh Nawawi al-Banteni, Syeikh Utsman Sarawak, Syeikh Abdul Wahab Rokan, Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni dan lain-lainnya itu berguru kepada seorang tukang fitnah? Ingatlah dan renung dalam hati sanubari kita, apa jasa Muhammad bin Abdul Wahhab dengan kita atau dengan nenek datuk kita berbanding dengan Sayyid Ahmad Zaini Dahlan dan para ulama kita terdahulu. Sedangkan anjing lagi tahu mengenang jasa, apakan lagi kita manusia. Fikirkanlah. Cukuplah kukatakan kepada puak Wahabi dan pencinta mereka, bahwasanya anjing yang menyalak bukit, takkan runtuh bukit!


Katakan TIDAK kepada Wahabi.


Sekian.
Salam hormat dari abu zahrah.

Cintailah ulama' kita

[Sumber: http://al-fanshuri.blogspot.com/search/label/Kenali%20Ulama%27%20Kita]
Sumber web: http://al-ashairah.blogspot.com/2008/05/sheikh-ahmad-zaini-dahlan.html

Mufti Mazhab Shafie di Masjidil Haram,  Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu 'Anhu

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu 'Anhu adalah seorang alim yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam sejarah Islam. Bahkan beliau juga ada menulis kitab sejarah Islam yang bertajuk “al-Futuhat al-Islamiyyah” yang ada di dalamnya kisah tentang fahaman Wahhabi.

Beliau merupakan Mufti Mazhab Shafie di Masjidil Haram di akhir-akhir era Uthmaniyyah di awal kemunculan fahaman al-Wahhabi setelah Mufti Mazhab al-Shafie yang sebelumnya Sheikh Abdullah al-Zawawi mati ditembak oleh puak Wahhabi.

Beliau juga ada mengarang kitab yang bertajuk “Fitnah al-Wahhabiyyah” yang merupakan satu bahagian daripada kitabnya “al-Futuhat al-’Islamiyyah”.

Perbahasan beliau adalah begitu teliti dan hebat sekali sehinggakan sesiapa yang membaca kitab beliau akan menyedari kejahilan diri sendiri dan betapa tingginya ilmu beliau.

Di dalam kitab “al-Durar al-Saniyyah”, beliau mendatangkan hujah-hujah ulama’ empat mazhab (Ahli Sunnah) tentang ke’sunnah’an menziarahi maqam Rasulullah SAW dan bertawassul dengan Baginda SAW.
Bahkan beliau menegaskan bahawa ulama’ telah ijma’ mengenai ke’sunnah’an menziarahi maqam Baginda SAW dan bertawassul dengan Baginda SAW.

Adalah satu perkara yang maklum bahawa golongan Wahhabi mengharamkan umat Islam menziarahi maqam Rasulullah SAW semata-semata apatah lagi bertawassul dengan Baginda SAW.

Sikap mereka melampaui batas sehingga mengkafirkan umat Islam yang berbuat demikian dan menggelar mereka “Quburiyyun” – penyembah-penyembah kubur. Astaghfirullah.

Golongan ini bukan sahaja melanggar ijma’, tetapi jua mengkafirkan orang yang beramal mengikut ijma’ ulama’.

Di dalam buku ini, beliau juga mencatatkan peristiwa-peristiwa berkenaan golongan Wahhabi dengan begitu terperinci.

Beliau juga menukilkan kata-kata Sheikh Alawi al-Haddad tentang kedudukan Wahhabiyyah sebagai khawarij dan kisah Sheikh Alawi al-Haddad bertemu dengan seorang alim besar mazhab hanafi, al-Allamah Sheikh Zahir Sunbul al-Hanafi yang memberitahu beliau tentang kedudukan bid’ah Wahhabiyyah yang sangat bahaya. Banyak lagi yang tidak disebut di sini bagi memendekkan kalam. Sebahagiannya agak sensitif bagi sesetengah negara.

Beliau mempunyai banyak karangan-karangan yang bermanfaat, semoga Allah SWT merahmati beliau yang tergolong dalam kelompok ulama’ yang terulung dalam sejarah Islam dan memberikan kita manfaat serta cahaya dalam urusan agama dengan berkat kedudukan beliau di sisi-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kitab ini bertajuk “al-Durar al-Saniyyah fi al-radd ‘ala al-Wahhabiyyah” yang bermaksud “Mutiara-mutiara Yang Bersinar bagi Menolak [Golongan] Wahhabiyyah” yang di karang oleh Sheikh al-Islam, Tempat Rujuk Orang Awam dan Khusus, Ketua dan Pemimpin kita.

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu 'Anhu, Mufti Mazhab Shafie di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah. (Wafat pada 1304 H/1886M di al-Madinah al-Munawwarah).
Terjemahan:

Dan adapun mengenai ijma’ (ulama’) umat Islam mengenai ke’sunnah’an menziarahi maqam Rasulllah SAW maka al-’Allamah Ibnu Hajar (al-Haytami al-Makki) dan kitab “al-Jawhar al-Munazzam”, sesungguhnya sekumpulan daripada para imam yang mendukung Shariat yang mulia ini yang merupakan tempat rujuk dan bergantung dalam urusan agama telah menukilkan Ijma’ dalam perkara ini.

Dan khilaf di antara mereka ialah sama ada hukumnya wajib atau sunat, maka barangsiapa yang berselisih pendapat tentang keharusan menziarahi maqam Rasulullah SAW sesungguhnya dia telah mencarik/merobek ijma’.

Renungan

Ada orang kata gelaran Wahhabiyyah ini dicipta oleh kaum Yahudi dan Nasrani supaya umat Islam lebih jauh daripada pengikut Muhammad Ibn Abdul Wahhab.

Namun begitu, pada hakikatnya kita melihat gelaran ini diberikan oleh para ulama’ Islam kepada mereka. Maka sebab itulah, mereka lari dari gelaran Wahhabiyyah kepada Salafiyyah.

No comments:

Post a Comment