Posts

Showing posts from March, 2014

280.0 Rahsia langit dikawal ketat

Image
"Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit,  maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api' dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya).  Tetapi sekarang barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan  (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai  (untuk membakarnya)."   - (Surah al-Jin: ayat 8-9) Kumpulan jin meneruskan cerita mereka tentang pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai kedudukan dan kerasulan di alam ini, seluruh pelosok langit dan bumi. Ia bagi membersihkan diri mereka dan segala yang tidak sesuai dengan kehendak Allah SWT yang menurunkan risalah dan menolak segala dakwaan yang mengaku mengetahui segala urusan ghaib. Berkenaan dengan mukadimah ayat ini yang bermaksud kami telah mencuba mengetahui rahsia langit dengan maksud: Menuntut dan mendapatkannya seperti ibarat orang Arab. ...

279.0 Seruan kubur

Image
 Foto hiasan   Foto hiasan   Foto hiasan   Foto hiasan   Foto hiasan   Foto hiasan   Foto hiasan Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..... 1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan: "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. Sumber: http://mysweetmiko.blogspot.com/2012/07/kubur-setiap-hari-menyeru-manusia.html

278.0 Manusia dan 360 sendinya

Image
  Manusia mempunyai 360 sendi pada keseluruhan anggota mengikut sabdaan Nabi Muhammad s.a.w., 1,400 tahun dahulu. ‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah dan mencari pengampunan dari Allah dan mengalih batu atau duri atau tulang dari laluan orang ramai dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” - [HR Muslim] Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau m...

277.0 Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Image
Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, Pengasas Hamas (1/1/1937 - 22/3/2004) Nama penuhnya adalah Syeikh Ahmad Ismail Hasan Abdullah Yasin. Beliau merupakan seorang pejuang. Dilahirkan pada tahun 1 Januari 1937, di sebuah bandar bernama Al-Jura, di kota Ashkelon. Bapanya, Abdullah Yassin telah meninggal dunia pada usianya 3 tahun. Beliau bersama 6 beradiknya dan seluruh keluarganya telah menyusup masuk ke Gaza dan tinggal di Al-Shanti Camp, selepas kampungnya diranapkan oleh Isreali Defense Force pada 1948 ketika terjadinya Perang Arab-Isreal. Beliau masuk ke Gaza sebagai pelarian. Beberapa tahun setelahnya, beliau telah berangkat ke Cairo untuk menuntut di Al-Azhar. Kemudiannya beliau telah mengikuti Ikhwanul Muslimin dan ditangkap kerana kesalahan membawa masuk senjata ke Palestin pada 1984. Kemudian pada 1985, beliau telah dibebaskan setelah terjadinya perjanjian Jibril. Kemudian, ketika berlakunya Intifada pertama pada 1987, beliau telah mengasaskan Hamas bersama Abdul Aziz Ranti...

276.0 Kereta kami ....

Image
Koleksi kereta-kereta yang pernah berkhidmat untuk kami sejak dulu ........ Siti Nurfairuz dan Vauxhall Viva milik Shaikh Mohamed (warna biru muda) Kereta pertama dibeli oleh Walid, Ford Prefect K 5861  Happy ada kereta, Khoya hantar Walid pergi solat Subuh di Masjid Kapitan Keling. Kereta Shaikh Mansoor, Mazda 1000 PP 9170 My third car - DN 2202 Honda Accord Executive Mercedes Benz 190E BFG 2256 Mitsubishi Pajero Diesel PCJ 5280 dibeli dari UDA, Penang kereta syarikat Datsal Enterprise. Proton Wira 1.3,  PDT 6859 (manual) Naza Ria 2.5 WLV 1196 (Sal) Mine, Perodua Kancil 660 manual PFJ 6359 Perodua Myvi auto 1.3,  PJD 8732 (Sal/Farah) Nissan Teana 2.0, PLK 8105 (Sal) Hyundai Getz 1.3 Auto, PGC 4504 (Sal/Fatin)

275.0 Makkah - rumah-rumah sejarah

Image
Makkah tempat lahirnya Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. (Jangan salah faham pula, Islam telah lahir serentak dengan kelahiran Nabi Adam a.s. lagi). Cuma pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. i.e. Nabi akhir zaman dan Nabi yang terakhir, Islam telah lengkap dengan lengkapnya Al-Qur'an sebagai panduan kepada manusia (yang dilantik Allah sebagai khalifah di muka bumi ini sahaja, bukan di planet lain seperti Marikh, Pluto, Jupiter dan lain-lain).  Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. terdapat Nabi-Nabi lain (setahu kita 25 Nabi, mungkin lebih) dari keturunan Yahudi, seperti Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Yaakob a.s. dan lain-lain.  Ada di antara mereka dilantik menjadi Nabi beserta kitab-kitab seperti Zabur, Taurat dan Injil sebagai panduan kepada pengikutnya iaitu Bani Israel. Tapi yang dikatakan manusia pilihan Allah ini (kerana apa sahaja yang mereka minta diqabulkan Allah seperti air terpancar dari 12 punca mata air, makanan salwa atau burung puyuh dan buah-buahan dari langit dan...

274.0 Perkuburan Al-Baqi', Madinatul Munawwarah

Image
“Dari Ibn `Umar r.a. bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: `Sesiapa berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah hendaklah dia meninggal dunia di sana, kerana aku akan memberi syafa’at bagi pihak setiap orang yang meninggal dunia di situ.” (Riwayat Al-Tirmizi) Perkuburan al-Baqi'  (البقيع) yang juga dikenali sebagai Jannatul Baqi'  (جنة البقيع)  adalah kawasan lapang yang menempatkan tanah perkuburan bagi penduduk-penduduk Madinah. Ia terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi. Kawasan ini telah dijadikan sebagai tanah perkuburan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Ramai ahli keluarga dan para sahabat Baginda dikebumikan di kawasan perkuburan al-Baqi`. Qadhi `Iyad rahimahullah meriwayatkan bahawa Imam Malik mengatakan seramai 10,000 para sahabat yang telah meninggal dunia di Madinah telah dikebumikan di perkuburan Baqi`. Pada hayat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda selalu keluar pada lewat malam untuk menziarahi kawa...