Tuesday, March 25, 2014

277.0 Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, Pengasas Hamas
(1/1/1937 - 22/3/2004)

Nama penuhnya adalah Syeikh Ahmad Ismail Hasan Abdullah Yasin. Beliau merupakan seorang pejuang. Dilahirkan pada tahun 1 Januari 1937, di sebuah bandar bernama Al-Jura, di kota Ashkelon. Bapanya, Abdullah Yassin telah meninggal dunia pada usianya 3 tahun. Beliau bersama 6 beradiknya dan seluruh keluarganya telah menyusup masuk ke Gaza dan tinggal di Al-Shanti Camp, selepas kampungnya diranapkan oleh Isreali Defense Force pada 1948 ketika terjadinya Perang Arab-Isreal. Beliau masuk ke Gaza sebagai pelarian.

Beberapa tahun setelahnya, beliau telah berangkat ke Cairo untuk menuntut di Al-Azhar. Kemudiannya beliau telah mengikuti Ikhwanul Muslimin dan ditangkap kerana kesalahan membawa masuk senjata ke Palestin pada 1984. Kemudian pada 1985, beliau telah dibebaskan setelah terjadinya perjanjian Jibril. Kemudian, ketika berlakunya Intifada pertama pada 1987, beliau telah mengasaskan Hamas bersama Abdul Aziz Rantisi yang mana Hamas telah menjadi sayap kanan kepada Palestine Muslim Brotherhood dan beliau telah menjadi spritual leadernya secara tidak langsung.

Pada 1989, beliau telah dipenjarakan kerana tertangkap oleh tentera Isreal. Kemudian pada 1997, pihak Jordan telah melakukan tukaran tahanan, dimana 2 tahanan ejen Mossad yang tertangkap di Jordan atas kesalahan cubaan membunuh Khaled Mishal telah ditukarkan dengan Syeikh Ahmad. Maka selepas itu beliau telah dibebaskan dan kembali menjadi pemimpin Hamas.

Sebagai perjanjian, Hamas diminta menghentikan serangan ke atas Isreal terutamanya penyerang berani mati. Pihak Hamas bersetuju namun beberapa tahun setelahnya, serangan tetap diteruskan sebagai satu jalan menghancurkan Isreal. Pada 2003, Syeikh Ahmad telah menghentam hasil perjanjian Aqsa yang mana berat sebelah. Ketika itu, serangan dilancarkan ke atas Isreal.

Bermula September 2003, pihak Isreal telah melancarkan kempen memburu dan membunuh Syeikh Ahmad. Beberapa cubaan gagal. Serangan F-16 ke atas sebuah bangunan untuk membunuh Syeikh Ahmad juga gagal.

Namun, ALLAH lebih sayangkan Syeikh Ahmad. Pada 22 Mac 2004, ketika beliau sedang berada di atas kerusi roda mengimamkan solat Subuh di kota Gaza, sebuah helikopter Apache AH-64 telah menyerang bertubi-tubi ke atas masjid tersebut di daerah Sabra. Sebelum serangan, sebuah F-16 telah terbang rendah di kawasan tersebut untuk menyembunyikan suara kehadiran Apache tersebut. Lokasi masjid hanya 100 meter daripada rumah Syeikh Ahmad.

Ketika serangan berlaku, Syeikh Ahmad dan 9 orang pengikutnya termasuk pengawalnya telah meninggal dunia. Seramai 12 orang lainnya cedera parah dah 2 daripadanya adalah anak Syeikh Ahmad sendiri. Setelah serangan itu, Abdul Aziz Rantisi telah diangkat menjadi ketua Hamas.

Al-Fatihah....

Hari ini 25/3/2014, genap 10 tahun 3 hari setelah pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Sejarahnya takkan terlupakan. Kita masih menggenggam erat akan cerita perjuangan Hamas, Intifada, dan seluruh gerakan Murabbitun yang telah lama membela nasib penduduk di Palestin daripada tercengkam dek kejahatan Isreal. InsyaALLAH, suatu hari nanti, akan datang satu pasukan daripada Timur, membebaskan kota Palestin itu daripada tangan-tangan kafir yang terlaknat.

Ketahuilah, bahawa masanya sudah tidak terlalu lama......

Syeikh Ahmad Yassin dalam kenangan.

Sebarkanlah walau satu ayat !

No comments:

Post a Comment