292.0 Sista Ovari (Cyst Ovary) atau Kanser Ovari

Sista ovari (Cyst Ovary) Salah satu penyakit yang menyerang para remaja atau wanita ialah sista ovari atau kanser ovari. Bunyi "kanser" sahaja sudah cukup membimbangkan dan merunsingkan kehidupan. Walau bagaimanapun, para remaja dan wanita janganlah terlalu gentar dengan penyakit ini kerana berita baiknya sista ovari bukanlah ketumbuhan seperti kanser yang sering kita dengar dan ia biasanya boleh hilang dengan sendirinya tanpa apa-apa rawatan. Manakala berita gundahnya ialah sesetengah sista ovari tidak hilang malah ia bertukar menjadi kanser (Dengan Allah jua kita berlindung). Ikuti artikel pengenalan lanjut tentang perkara ini yang saya ambil dari sumber: http://kambingemas.blogspot.com/2007/09/sista-cyst-di-ovari.html dan Apakah yang dimaksudkan dengan Sista Ovari? Sista atau ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa jenis sista ovari. Gulungan wanita begitu mengambil berat terhadap sist...