Posts

Showing posts from March, 2015

315.0 Zainab Al Ghazali Al Jubaili (wanita Mesir)

Image
Assalamualaikum w.b.t. Untuk kali ini,jom kita sama2 mengenali kepribadian seorang muslimah ISLAM sejati untuk dijadikan contoh,bahkan boleh kita ikuti corak perjuangan beliau... Mudah-mudahan,kita tergolong dalam kalangan hamba ALLAH yang beriman.. Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu. Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin .Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwa...

314.0 Punca sakit sendi

Image
Punca Sakit Sendi   Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan. Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain. Sebab-Sebab Sakit Sendi Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.  Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan. Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengang...

313.0 Tanda-tanda Kolestrol Tinggi

Tanda-tanda Kolestrol Tinggi Jom periksa samaada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah:- 1)   Sering berasa kebas-kebas pada kaki. 2)   Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi. 3)   Mudah letih, penat dan cepat mengantuk. 4)   Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala. 5)   Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah. 6)   Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi. Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan? 1)   Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol u...

312.0 Negara Islamkah kita?

Image
 Se kilas pandang ...... lahirnya Jalur Gemilang The Malayan flag was designed by Mohamed Hamzah , a 29-year-old architect working for the Public Works Department (JKR) in Johor Baharu , Johore . He entered the Malayan flag design competition in 1947 with two designs which he completed within two weeks. The first design was a green flag with blue kris in the middle, surrounded by 15 white stars. The second design, which was among the three finalists, was similar to the current flag but with a five-pointed star. It borrows major design elements from the East India Company flag, notably the red and white stripes. The competition attracted 373 entries and voting was made by the general public via post. Malayan senior statesman Dato' Onn Jaafar met with Mohamed Hamzah after he won the competition and suggested that the star be changed to an 11-pointed one to represent all the Malayan states. Mohamed Hamzah died just short of his 75th birthday on 13 February 1993 in Jalan S...