Monday, March 16, 2015

312.0 Negara Islamkah kita?

 Se kilas pandang ...... lahirnya Jalur Gemilang




The Malayan flag was designed by Mohamed Hamzah, a 29-year-old architect working for the Public Works Department (JKR) in Johor Baharu, Johore. He entered the Malayan flag design competition in 1947 with two designs which he completed within two weeks. The first design was a green flag with blue kris in the middle, surrounded by 15 white stars. The second design, which was among the three finalists, was similar to the current flag but with a five-pointed star. It borrows major design elements from the East India Company flag, notably the red and white stripes. The competition attracted 373 entries and voting was made by the general public via post. Malayan senior statesman Dato' Onn Jaafar met with Mohamed Hamzah after he won the competition and suggested that the star be changed to an 11-pointed one to represent all the Malayan states.

Mohamed Hamzah died just short of his 75th birthday on 13 February 1993 in Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
 Flag proposal 1 of Malaya. 
cadangan rekabentuk pertama bendera Malaya

Flag proposal 2 of Malaya. 
cadangan rekabentuk kedua bendera Malaya 

 Flag proposal 3 of Malaya.
 cadangan rekabentuk ketiga bendera Malaya  

Flag of the East India Company
 bendera East India Company (diubahsuai jadi bendera Malaya)

CIRI-CIRI SEBUAH NEGARA ISLAM MENURUT HUKUM SYARAK
February 10th, 2015 by admin
Jabatan Peguam Negara

Takrif

1. Menurut Syeikh Muhammah Abu Zahrah, negara Islam ialah negara yang berada di bawah kekuasaan pemerintah Islam, kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam. Negara seumpama ini wajib dipertahankan oleh setiap Muslim.

2. Imam Al-Fahistani dari mazhab Hanafi menyatakan negara Islam ialah negara yang melaksanakan hukum Islam dan berkuat kuasa ke atas rakyatnya.

3. Menurut Imam Al-Shafie, mana-mana negeri yang pernah menjadi negara Islam, status negara Islam tidak akan hilang berdasarkan hukum Islam sekali pun umat Islam telah dijajah di negara berkenaan. Ini bermakna bahawa negara-negara Islam yang berada di bawah pemerintahan komunis dan juga kuasa-kuasa lain adalah dianggap sebagai negara Islam yang dijajah dan menjadi kewajipan umat Islam membebaskannya apabila mereka mampu.

4. Dr. Said Ramadhan Al-Buti telah menjelaskan persoalan negara Islam di dalam Kitabnya Al-Jihad Fi Al Islam bahawa negara Islam adalah seperti yang telah disepakati oleh Imam-Imam Mazhab Empat, iaitu negeri atau negara yang berada di bawah kekuasaan umat Islam dan kedaulatan mereka dan dengannya umat Islam dapat mengamalkan Islam secara terbuka dan mampu mempertahankan diri dari serangan musuh. Kemasukan tersebut berlaku melalui peperangan, perdamaian dan sebagainya.

5. Perbezaan pandangan para ulama’ dalam mentakrifkan negara Islam, namun perbezaannya hanya dari segi susunan lafaznya sahaja. Kesemua takrif tersebut difahami dalam satu makna yang disepakati oleh semua ulama’, iaitu orang Islam mempunyai kedaulatan ke atas diri mereka di negara berkenaan, mereka boleh menegakkan hukum-hukum dan syiar-syiar Islam di dalamnya.

6. Antara hukum-hukum yang berkaitan dengan negara Islam –

a) wajib mempertahankan dan melaksanakan hukum Islam di dalamnya; dan

b) ia tidak bertukar menjadi negara kufur atau Dar Al-harb selepas negara Islam.

Tanggungjawab Kerajaan Sebagai Sebuah Negara Islam

13. Dalam kitab-kitab tulisan Abu Yaala dari Mazhab Hanbali dan Al-Mawardi seorang ulama’ terkemuka mazhab Shafie bahawa mereka telah menggariskan tugas-tugas yang menjadi tanggungjawab sesebuah pemerintahan Islam di dalam kitab masing-masing yang berjudul Al-Ahkam Al-Sultaniyah.

14. Menurut Al-Mawardi secara umumnya tugas pemerintah Islam ialah menjaga kepentingan agama dan mentadbir urusan negara dan umat.

15. Manakala Ibnu Taimiyah pula berpendapat bahawa urusan pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar, malah agama itu sendiri tidak dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintah.

16. Berdasarkan pandangan Al-Mawardi dalam huraiannya secara terperinci berkenaan dengan tugas-tugas dan tanggungjawab pemerintah adalah seperti berikut:

a) Memelihara agama daripada sebarang pencerobohan dan ajaran yang boleh memesongkan akidah umat Islam seperti yang telah disepakati oleh para ulama’ yang berlandaskan Al Quran dan Hadith.

b) Melantik Jemaah Menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan, antaranya seperti berikut:

i) Menurut pandangan Al-Mawardi, “Harus melantik orang kafir yang menjadi warganegara Islam (zimmi) sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh pemerintah.

ii) Mengenai perlantikan wanita sebagai Menteri dan jawatan awam yang lain, para ulama’ berselisih pendapat. Sebahagian ulama’ seperti Al-Mawardi tidak mengharuskan dan sebahagian ulama’ lain seperti Imam Abu Hanifah dan Ibnu Jarir Al Tabari berpandangan mengharuskan untuk melantik wanita memegang jawatan-jawatan awam kecuali jawatan tertinggi sebagai ketua Negara.

iii) Dr. Ibrahim Abd.Hamid dari Universiti Al-Azhar dalam kajiannya “Nizam Al-Qada Fi Al Islam” telah menyokong pandangan dari Abu Hanifah atas alasan tiada sebarang dalil yang kukuh melarangnya. Bahkan di dalam sejarah Islam, terdapat wanita yang telah dilantik untuk memegang jawatan awam.

iv) Saidina Umar R.A pernah melantik seorang wanita bernama Assyifa’ sebagai ketua perbandaran pada zaman pemerintahannya. Saidatina A’isyah R.H pernah menjadi pemerintah tertinggi satu pasukan tentera yang terlibat dalam peperangan Al-Jamal. Beliau juga adalah seorang ahli ijtihad di kalangan sahabat. (Al Ansari 1980: hlm.303).

c) Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan agama dan negara daripada pencerobohan dan menjamin keamanan dalam negara.

d) Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.

e) Mendirikan sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat dan sembahyang hari raya, membina masjid-masjid dan melantik imam-imam. Dalam perkara ini Abu Yaala telah mengkategorikan masjid kepada dua jenis, iaitu –

i) masjid Sultan, iaitu masjid yang terletak di bawah kuasa pemerintah; dan

ii) masjid am, iaitu masjid persendirian.

Bagi masjid Sultan, kuasa melantik imam masjid adalah menjadi hak pemerintah. Dengan itu tidak harus menjadi imam di masjid Sultan melainkan telah dilantik oleh kerajaan.

Menurut Abu Yaala, sekiranya imam rasmi telah selesai menunaikan sembahyang secara berjamaah, tidak harus bagi orang lain, mendirikan Jemaah kerana ditakuti perbuatan tersebut dianggap sebagai satu bentuk tentangan terhadap kuasa pemerintah.

Pandangan ini juga telah disepakati oleh Imam Shafie, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.

f) Mengendalikan urusan mengerjakan ibadah Haji.

g) Mengendalikan urusan pemunggutan dan pembahagian zakat seperti perlantikan Amil.

h) Memungut cukai atau hasil daripada sumber-sumber yang ada dalam Negara (Kharaj).

i) Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan tanah-tanah (Ihya Al-Mawat).

j) Mewujudkan sistem pertadbiran yang cekap bagi megendalikan urusan-urusan kewangan, harta-harta milik kerajaan, pekerja dan juga pasukan bersenjata.

k) Membenteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah dengan hukuman yang sesuai sama ada hudud atau ta’zir.

l)Melaksanakan tugas-tugas hisbah iaitu dikenali sebagai penguatkuasa, tujuannya untuk memastikan supaya adab, akhlak dan syiar Islam serta peraturannya bagi menjamin kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

17. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Islam untuk memastikan kesejahteraan rakyatnya terjamin dari segi keselamatan dan kesejahteraan yang menjadi tonggak kepada wujudnya sesebuah negara Islam.

Kerajaan Menurut Hukum Islam

19. Menurut Al-Mawardi, pelantikan ketua negara Islam melalui dua cara, iaitu –

a) melalui pemilihan baiah masyarakat Islam; dan

b) melalui pelantikan oleh pemerintah sebelumnya (Wilayah Al-‘Ahd).

22. Mengenai prinsip pelaksanaan “Syura” yang merupakan salah satu prinsip asas di dalam sistem pemerintahan Islam, menurut Rashid Rida, “Sistem syura ini berbeza mengikut keadaan yang di hadapi oleh sesuatu umat serta perkembangan sesebuah masyarakat kerana dalam perkara seperti ini tidak mungkin ditetapkan kaedah pelaksanaan untuk semua tempat dan masa”.

23. Syeikh Toha Abd. Al-Baqi Surus juga menyatakan “Syura di dalam Islam adalah suatu prinsip yang bersifat am, dan berubah kaedah pelaksanaan mengikut perkembangan sistem tamadun serta kehidupan manusia. Ia boleh dilaksanakan seperti pada zaman permulaan Islam ataupun seperti yang telah dilaksanakan pada zaman ini melalui institusi Parlimen”.

24. Dr. Abdul Hamid Ismail Al-Ansari, menyatakan bahawa Dewan-dewan perwakilan seperti Parlimen yang ada pada hari ini boleh dianggap sebagai “Majlis Syura” dan anggota-anggotanya adalah sebagai ahli Majlis Syura, cara-cara pemilihan yang telah dilaksanakan pada zaman ini adalah sah di sisi Islam.”

25. Mengenai pelantikan atau pemilihan orang bukan Islam sebagai anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, beliau berpendapat adalah diharuskan dan pendapat beliau itu tidak dibantah oleh para ulama’ Al-Azhar ketika membentangkan tesis Ph.D beliau.

26. Imam Ahmad ibnu Hanbal menyatakan, “Sesiapa yang dilantik menjadi pemerintah dan masyarakat bersetuju dengannya, maka ia adalah pemerintah yang sah dan sesiapa yang mendapat kuasa melalui kekuatan (Perang) sehingga berjaya menjadi pemerintah, maka ianya juga adalah pemerintah yang sah”. (Ibn Jauzi-al Manaqib).

27. Imam Ibnu.Taimiyah menyatakan, “Pemerintah yang wajib ditaati adalah pemerintah yang mempunyai kuasa, sama ada ianya adil atau zalim, tetapi tidak wajib taat kepada perintah atau suruhan untuk melakukan maksiat”.

Kewajipan Umat Islam Terhadap Pemerintah

28. Menurut Abu Yaala, apabila pemerintah telah melaksanakan tanggungjawabnya maka kewajipan umat terhadap pemerintah adalah seperti berikut, antaranya –

a) taat (dalam perkara yang tidak mendatangkan maksiat); dan

b) menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

29. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Nisa’ ayat 59 bermaksud –

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dikalangan kamu.”

30. Dalam Hadith Rasullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud –

“Sesiapa yang taat kepadaku, bererti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaku bererti ia telah derhaka kepada Allah, sesiapa yang taat kepada pemerintah bererti ia taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bererti ia derhaka kepadaku.”.

31. Dalam sebuah Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud –

“Sesiapa yang menarik kesetiaannya kepada pemerintah, ia menemui Allah tanpa sebarang hujah, sesiapa yang mati tanpa kesetiaan kepada pemerintah, mati ia seperti dalam jahiliyah (maksiat).”.

32. Dalam sebuah Hadith diriwayatkan oleh At Tabari yang bermaksud –

“Taatilah kepada pemerintah kamu dalam apa jua keadaannya, sekiranya mereka, memerintahkan kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranku, maka mereka diberi pahala kerana mentaati mereka, sekiranya mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranku, maka dosanya ditanggung oleh mereka dan kamu terselamat daripada dosa.”.

33. Dalam sebuah Hadith diriwayatkan oleh At Tabari yang bermaksud –

“Sekiranya kamu berada dibawah pemerintah-pemerintah yang menyuruh kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kamu mengikut mereka.”.

34. Prinsip ketaatan kepada pemerintah ini sangat penting dalam Islam kerana kehidupan umat serta semua peraturan yang dibawa oleh Islam tidak akan dapat ditegakkan tanpa adanya pemerintah yang ditaati. Oleh sebab itulah mentaati ketua negara adalah sebahagian asas utama bagi Syariat Islam yang suci.

35. Berdasarkan prinsip ketaatan ini jugalah, perbuatan mencabar pemerintah yang sah sehingga membawa kepada perpecahan masyarakat yang boleh memecahkan perpaduan dan melemahkan umat adalah satu kesalahan yang dipandang berat oleh agama seperti mana yang dijelaskan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud –

“Sesiapa yang datang kepada kamu padahal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin melakukan penderhakaan dan memecahkan perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh.”.

Kewajipan Dan Cara Menegur Pemerintah

36. Ketaatan kepada pemerintah tidak menghalang seseorang itu daripada memberi pandangan, nasihat dan teguran terhadap pemerintah, malah ianya adalah salah satu perkara yang dituntut di dalam Islam.

37. Walau bagaimanapun Islam mengajar kita supaya apabila hendak menasihati pemerintah mestilah dilakukan mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan oleh hukum Syarak seperti tidak menegur atau menasihat pemerintah secara terang-terangan kerana ianya boleh mengaibkan pemerintah, sebaliknya teguran itu hendaklah dilakukan secara berhikmah dan mengikut saluran yang dibenar oleh Syarak dan undang-undang.

38. Imam Al-Ghazali membahagikan kewajipan amar maaruf kepada lima peringkat:

i) Memberitahu (taarif).

ii) Menasihati dengan kata-kata yang lembut.

iii) Menggunakan kata-kata yang keras.

iv) Mencegah dengan kekuatan.

v) Menggunakan cara ugutan.

39. Pandangan Imam Al-Ghazali di atas bersandarkan kepada sebuah Hadith yang diriwayat oleh Imam Ahmad dan Al-Hakim yang bermaksud:-

“Sesiapa yang ingin menasihati pihak yang berkuasa mengenai sesuatu perkara, maka janganlah ia menyampaikan secara terang-terangan, tetapi hendaklah ia memegang tangannya dan menyampaikan nasihatnya secara bersendirian. Sekiranya nasihat itu diterima maka itulah yang baik, tetapi sekiranya tidak diterima, maka ia (pemberi nasihat) dikira telah melaksanakan tangungjawabnya.”.

40. Kesimpulannya dapat difahami bahawa ciri-ciri negara Islam ialah Amar Maaruf Nahi Mungkar memelihara Maqasid Syariah yang telah ditetapkan oleh hukum Syarak, oleh itu menjadi kewajipan kepada kita untuk mentaati pemerintah selagi mana pemerintah tersebut menjalankan tanggungjawab menjaga kesucian Islam dan menegakkan syiarnya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Tuan Haji Othman bin Ibrahim
Wan Nurulddin bin Wan Hussain
Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah)
Jabatan Peguam Negara


No comments:

Post a Comment