325.0 Kesan makan mi segera pada kesihatan
Mi segera menjadi kegemaran khasnya kepada kanak-kanak, remaja di sekolah maupun di universiti (termasuklah saya satu masa dulu) dan peringkat umur dewasa (mungkin dah terpaksa atau cari makanan yang ringkas). Jenama terkenal seperti Maggi telah lama berada di pasaran dan merupakan jenama mi segera yang mula-mula diperkenalkan. Kemudian baharulah timbul jenama-jenama baru. Biar apapun jenamanya, kandungan di dalam perencah dan mi itu sendiri mengundang bahaya kepada pemakannya. Tidak dinafikan, ia makanan segera yang paling mudah disediakan, sedap dan cepat mengenyangkan. Teringat saya di Padang Arafah dan Mina ketika menunaikan ibadah haji tahun 2002, selain makanan bermasak, mi segera dalam bekas plastik (berjenama lain dari Maggi) juga dibekalkan dan boleh diambil pada bila-bila masa apabila lapar. Pada masa itu, bahaya memakan makanan ini tidak disebarkan secara berleluasa dan kekurangan media massa berbanding sekarang ini. Apabila terjumpa webs...