Mengimbau kembali kenangan manis suatu masa dahulu. Saya masih ingat kalau pergi ke Penang Road, mesti pekena Nasi Ghani Briyani (berhadapan corner Boston Bar) atau Murtabak Ghafur dekat Bertam Lane. Masa tu Restoran Craven A di Simpang Enam / Jalan Macalister jadi tumpuan ramai dan masih ingat ada papan iklan berlampu Jam Tangan Titoni di atas bumbung deretan kedai 3 tingkat. Untuk keluarga dan anak2 kecil akan bertumpu di Great World, ada lanca pusing (Ferris Wheel).
Setahun sekali ada Pesta di Padang Tambun, sekarang menjadi bengkel bas MPPP dan kedai2/bengkel Lorong Kulit. Segala-galanya telah berubah.
Berhadapan Boston Bar ini (kiri) terdapat restoran Ghani Briani
Lapangan terbang Bayan Lepas dan kapalterbang Malayan Airways
Lukisan artis kampong Sungai Gelugor, Penang (estet)
Jalan utama di Balik Pulau semasa Jepun memerintah
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
Bangunan rumahkedai Penang Road selepas dibom 16/2/1942
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
Bangunan rumahkedai Chulia Street selepas dibom 16/2/1942
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
Bangunan rumahkedai Campbell Street selepas dibom 16/2/1942
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
Bangunan rumahkedai Penang Road berhampiran panggung Odeon
selepas dibom 16/2/1942
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
Kedai ubat Cina di simpang Chulia Street dan Pitt Street
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
Sekolah Convent di Lebuh Farquhar 16/2/1942
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
Bangunan rumahkedai Chulia Street selepas dibom 16/2/1942
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
Bangunan rumahkedai Acheen Street selepas dibom 16/2/1942
(Foto ehsan dari War Museum, Batu Maung)
Boston Bar corner Penang Road
Keretapi Bukit Bendera
Kilang bijeh Eastern Smelting Co. (berasap) di Jalan Dato Keramat
Tapak kilang bijeh setelah diratakan.
Tapak kilang bijeh diganti dengan kompleks Penang Times Square.
Zaman British - kereta kuda
Masjid Kapitan Keling, Lebuh Buckingham
Sebuah masjid yang mengamalkan dua Imam (Syafie dan Hanafi) secara bergilir-gilir. Ia menjadi Masjid Negeri Pulau Pinang sebelum Masjid Negeri di Green Lane dibina. Bapa saya, Shaikh Ahmad Baladram menjadi Imam (Syafie).
Public transport - kalau tak silap bas City Council
Dulu jam tangan Titoni amat digemari.
Bukit Bendera
Feri - dibina dan diimpot dari Hong Kong sebelum dibina sendiri di Pasir Gudang..
Bukit Bendera - train baru sikit.
Menara jam Victoria dekat jeti - round about Padang Kota Lama dan Lebuh Downing/Beach Street (Jalan Pantai).
Menara Masjid Kapitan Keling. Saya pernah naik hingga ke tingkat atas
melalui anak2 tangga berpusing2 dan dari situ boleh nampak
view Pengkalan feri Pulau Pinang.
Bukit Bendera
Bukit Bendera
Bukit Bendera
Yellow Bus milik Boon Siew ke Balik Pulau via Jelutong.
Nota: bucu bangunan 7Up ni sudah roboh kerana dilanggar kereta.
Sebuah rumah Melayu di Kampong Rawa / Jalan Patani
Restoran Nasi Kandar Mobile dulu-dulu.
(dipetik dari laman blog Geng Kepala Batas)
Panggung Odeon masih kekal tetapi tak se meriah dulu.
Guru (Shaikh Ahmad Baladram) dan murid Sekolah Al-Mashoor Penang tahun 1939
(Mulanya cawangan Al-Mashoor, Teck Soon St. dibuka di Kongsi, Balik Pulau).
Sijil Tamat Persekolahan Al-Mashoor tahun 1937
Bangunan asal Al-mashoor di Teck Soon St.
sekarang multistorey car park (KOMTAR)
Rumah Syed Hadi salah seorang pengasas Sekolah Al-Mashoor di Jelutong
telah menjadi milik cina dan dijadikan tokong.
Bangunan asal Al-mashoor di Teck Soon St.
sekarang multistorey car park (KOMTAR)
Rumah Syed Hadi salah seorang pengasas Sekolah Al-Mashoor di Jelutong
telah menjadi milik cina dan dijadikan tokong.
Halaman rumah 126, Patani Road
Fort Prefect no. plet K 5861
Fort Prefect no. plet K 5861
Rumah 126 Patani Road di mana kami 10 beradik dibesarkan.
Bah - kerap juga berlaku pada tahun 60han - 70han.
Bilik tengah, tingkat atas rumah 126.
Bah - kerap juga berlaku pada tahun 60han - 70han.
Foto semasa hari raya Aidil fitri
Rumah 126 juga dijadikan asrama sementara untuk pelajar lelaki
sekolah Al-Mashoor
Shaikh Munawar & isteri Fatimah Darus serta anak2,
Siti Muniera dan Shaikh Mahfiez di laman rumah 126.
Shaikh Munawar & isteri Fatimah Darus serta anak2,
Siti Muniera dan Shaikh Mahfiez di laman rumah 126.
Pasukan Sepak Raga Patani Road/Kampung Rawa
A/Yarham P.Ramlee dan Saloma di Pesta Pantai Bagan pada 6/4/1973
(sebulan sebelum kembali ke rahmatullah).
Melawat monyet di Waterfall bersama keluarga dari Singapura
Bandingkan Georgetown sekarang.
Penang Road di awal pagi.
Georgetown di waktu malam
Yang lama dan yang baru - pembangunan Georgetown tidak begitu pesat.
Banyak bandar baru telah tumbuh dan sedang dimajukan.
Sejarah Pulau Pinang 1985 - Jambatan dan Proton
Sejarah Pulau Pinang 1985 - Jambatan dan Proton
Line Clear nasi kandar terkenal di Penang
Roti bakar + telor setengah masak Hutton Lane ... memang sedap!
Bakar guna arang.
Anak mamak roti bakar generasi kedua.
Roti bakar + telor setengah masak Hutton Lane ... memang sedap!
Bakar guna arang.
Anak mamak roti bakar generasi kedua.
Mamak generasi pertama berusia lebih 70 tahun masih strong
dan boleh ambil order.
aku ketika 31 Ogos 1957
Kedai foto Star, Jalan Dato Keramat
(Foto asal B&W, diwarnakan oleh Tuan Syed Idrus Hashim Al-Haddad)
Assalam, Shaikh.
ReplyDeleteMemang nostalgik! Tahniah kerana masih mampu menyimpan gambar2 yg dah lama. Harap beri kebenaran untuk saya menyimpan sebagian gambar2 tu untuk kegunaan sendiri. Terima kasih.
Salam sdr Kal. Silakan, saya pun ambil dari laman blog orang lain dan ada foto2 keluarga yang masih dalam simpanan saya.
Delete