330.0 Thorikat Naqsyabandiah

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak ampun dan maaf khasnya kepada pengikut dan pengamal Tarekat Naqsyabandiah di seluruh tanah air. Saya paparkan sedikit pengetahuan dan perkembangan tentang Tarekat ini yang menimbulkan sedikit perbalahan di antara puak pro dan kontra. Kebelakangan ini, kita terdedah kepada majlis zikir kumpulan Tarekat ini di seluruh negara dan ada di antaranya dilakukan di dalam istana (boleh C&P link ini:https://www.youtube.com/watch?v=GfTT_9Qk8JE). Jika ditanya kepada saya, saya cuma mampu mengatakan bahawa Tarekat (beberapa Tarekat yang diakui tidak sesat) itu baik sebagai pembersihan jiwa yang sentiasa bergolak dengan kejahatan selama amalan zikirnya tidak menimbulkan fitnah serta tidak bercanggah dengan syarak. Jangan terikut-ikut orang apabila melihat sesuatu yang anih tanpa mempunyai ilmu yang mantap berhubung perkara itu. Buatlah kajian sendiri, pelajari dari guru-guru yang muktabar dan tanyalah pendapat ustaz atau guru sebelum mengamalk...